The first 200 lines.
Ke tepi!
Semua orang, ke tepi!
Tuan Chen ialah pegawai Pekan Qilin.
Gajinya tinggi
dan sepatutnya hidup senang.
Kenapa dia bunuh keluarganya sendiri?
- Kami syak yang Tuan Chen dirasuk. - Ke tepi!
Pada jam tiga pagi, Tuan Chen
bunuh seorang pengurus rumah,
lima hamba dan empat pembantu rumah.
Selepas itu, dia bunuh isteri dan anaknya yang berumur lima tahun
sebelum bunuh diri.
Tuan!
Tuan!
Sayang!
Ayah!
Tuan Chen tahu seni pertahanan diri?
Tuan, Tuan Chen sukakan seni. Dia tidak tahu seni pertahanan diri.
Anehnya.
Macam mana cendekiawan mampu membunuh dengan begitu sempurna?
Ketua, kami jumpa sesuatu.
- Jumpa apa-apa lagikah? - Tiada.
Sini. Cepat.
Tunggulah saya.
Jom.
Saya mahir dalam empat seni.
Saya boleh berlakon teater, menyanyi dan menari juga.
Tapi, kenapa tiada pelanggan pilih saya?
Awak sempurna sangat.
Lebih bagus kalau ada beberapa kelemahan.
Ketua, berambus.
Bacalah sendiri.
Mulai esok,
awak kena jaga diri sendiri.
Zhou Kun.
Dasar penipu!
Terima kasih, Tuan Zhou Kun.
Orang sanggup bayar sepuluh tahil emas untuk minta awak menilik nasib.
Tapi, saya sudi bayar
seribu tahil.
Aduhai. Dia tanggalkan baju.
Jom keluar.
Sekejap saja.
Bukankah awak patut mandi dan tukar pakaian sebelum datang?
Kami syak awak terlibat dalam satu kes pembunuhan.
Tolong ikut kami untuk membantu siasatan.
Kenapa pula?
Awak ada buktikah?
Kami tidak akan syak awak kalau kami ada bukti.
- Kamu semua. - Ya.
- Bawa dia pergi! - Baik!
Gerak!
Li Jiao Ran, si perempuan jahat!
- Cepat! - Saya beri amaran, Li Jiao Ran...
Lepaskan saya!
Tarik dia.
Keringkannya.
Di mana dia?
Hati-hati.
Ketua!
Zhou Kun, apa yang penipu macam awak cuba lakukan?
Saya beri awak amaran. Jangan buat sembarangan.
Sudahlah!
Saya silap.
Saya pergi cari awak
disebabkan kes Tuan Chen.
Tugas mahkamah tempatan tangkap pembunuh.
Kenapa awak cari saya?
Kami syak yang Tuan Chen disumpah.
Awak patut laporkannya kepada Jabatan Kayangan di istana.
Mereka pakar kes aneh begini.
Mana sifat kemanusiaan awak?
Tiga belas nyawa yang tidak bersalah dalam Keluarga Chen telah terkorban.
Salahkah kalau saya minta tolong awak?
Ya, Tuan Zhou.
Disebabkan ada perkahwinan yang diatur
antara awak dengan ketua kami,
awak patut tolong kami.
Betul.
Tuan Zhou.
Tengoklah ketua kami.
Walaupun dia konstabel terbaik di Pekan Qilin
dalam menangkap orang,
dia tidak tahu apa-apa tentang sihir.
Bukankah dia sedang merayu sekarang, Tuan Zhou?
Awak tidak tahu apa-apa.
Ketua Li awak kata
yang perkahwinan itu
ditentukan sebelum kami lahir.
Perkahwinan itu sepatutnya dijalankan ketika kami masih dalam perut ibu kami.
Saya tidak patut kata begitu.
Sudah.
Awak betul.
Bazi kita tidak sepadan langsung.
Lupakan tentang perkahwinan.
Nyawa kita akan lebih pendek sekalipun kita bertemu untuk seketika.
Apa yang saya perlu buat supaya awak bantu saya?
Dengar. Saya kenakan sepuluh tahil emas apabila menilik nasib pelacur.
Kira sendiri dan beritahu saya jumlah kos bagi 13 mangsa keluarga Tuan Chen.
Cari saya apabila awak dapat jawapannya.
Saya akan bayar awak.
Tunggu saya di Lorong Keluarga Chen tengah hari esok.
Lagi satu,
berhenti panggil saya penipu mulai sekarang.
Okey.
Kalau begitu, apa patut saya panggil awak?
Tuan?
Dia sudah keluar?
Dia memang sudah keluarkah?
Zhou Kun.
Dasar penipu.
Cuaca kering. Berwaspada dengan api.
Cuaca kering. Berwaspada dengan api.
Cuaca kering. Berwaspada dengan api.
Kenapa Aura Yang di lorong ini sangat lemah?
Apa maksud awak?
Aura Yang yang lemah akan menyebabkan kekurangan tuah.
Penduduknya akan alami nasib malang.
Ini dia.
Apa yang berlaku?
Cakaplah sesuatu.
Bukan begini.
Sepatutnya ada sesuatu di sini.
Ada di sini.
Sehelai kain merah dan tiga keping syiling gangsa.
Inilah dia.
Sihir apa ini?
Ini bukan sihir. Ini formasi ilusi.
Formasi ilusi?
Tengok.
Ini...
Apa yang berlaku padanya?
Formasi ilusi ini
dikenali sebagai "Kambing Emas Mengetuk Gerbang".
Apa maksud awak?
Formasi ilusi ini akan cipta ilusi suasana depresif
dan buat mereka rasa risau.
Kalau minda seseorang dikawal,
kemarahan akan tercipta
dan setiap ilusi akan kelihatan menakutkan bagi mereka.
Minda Tuan Chen dikawal.
Dia nampak keluarganya sebagai syaitan lalu bunuh mereka.
Akhirnya, dia nampak dirinya sebagai syaitan juga
dan bunuh dirinya sendiri.
Manusia atau syaitan yang mampu cipta
formasi ilusi seperti ini?
Mestilah manusia.
Rasanya
awak tidak kenal siapa orang itu, betul?
Kenapa saya kena tahu siapa dia?
Awak pakar peramal terbaik di Pekan Qilin.
Tidak bolehkah awak uruskan pawang macam dia?
Kalau semua pembunuh yang boleh dijumpai menerusi penilikan,
kenapa kami kena perlukan konstabel macam awak?
Betul?
Tidak mengapa. Awak boleh balik.
Jangan buat saya rasa jengkel.
Bawa ini bersama awak!
Dengar sini!
Hati-hati.
- Ketua. - Ketua.
- Ketua. - Ketua.
Tuan Zhou, akhirnya awak kembali.
Tuan Zhou, berilah saya petanda.
Pak cik, tolong balik. Saya tidak berikan petanda selepas tengah hari.
Tuan Zhou, saya sudi bayar sepuluh kali ganda harga biasa.
Sepuluh kali harga biasa?
Saya merayu. Beri saya petanda.
- Nampaknya awak memang dalam kecemasan. - Betul.
Beritahu saya.
Apa yang awak mahu tahu?
Saya tidak jumpa jarum sulaman isteri saya.
Boleh awak beritahu saya di mana hendak carinya?
Jarum sulaman?
Ya.
Ketua.
Siapa dia?
Orang ini?
Dia abang Tuan Chen, Chen Zhong.
Dia datang untuk cari Tuan Su.
Dia patut ada di sini untuk tahu tentang prosedur penyiasatan.
Rasanya, ada sesuatu di belakang dia. Kamu berdua nampak?
Kalau saya terpaksa nampak sesuatu,
saya rasa itu tekanan,
harapan dan keyakinan.
Berambus!
Saya pasti yang jarum sulaman ini
pasti sangat istimewa.
Betul.
Jarum ini boleh tutup...
Boleh tutup
mulut orang.
Alang.
Awak mati dalam keadaan teraniaya
dan terbeban
sebab dituduh membunuh.
Saya tidak mampu tuntut bela untuk awak.
Saya kecewakan awak.
Ayah, ibu?
Kenapa kamu berdua ada di sini?
No comments yet. Be the first to leave one.