The first 189 lines.
Faham?
Kebahagiaan awak dibina atas kesedihan saya, Haruhi!
Yua, bekerja keras mulai minggu depan.
Saya tak bermakna bagi mereka.
Saya cuma nak hilangkan diri.
Awak boleh bercakap dengan saya.
Kaede?
Tak perlu malu.
Okey...
Moe Maya Baki Akaun Simpanan: 90,167 Yen
Apa? Kurang daripada yang saya sangka.
Mesej Baru
Hari Ini Ialah Hari Hoodie. Ini Yang Saya Akan Pakai.
Hari Hoodie?
Mungkin saya patut pergi hari ini.
Tapi saya tak ada duit dan gaji saya akan masuk lambat lagi.
Mak: Apa Khabar? Ayah Risau. Awak Akan Balik Musim Panas Ini?
Saya boleh bayar balik selepas dapat gaji bulan depan.
Kaede, Meja C pesan champagne, jadi sertai mereka.
Okey.
Moe, saya minta maaf Kaede tak dapat datang ke meja awak.
Bukan salah awak, Nanase.
Sebenarnya, ada seorang gadis nakal yang asyik mencari Kaede.
Dia tak mahu lelaki itu pergi ke meja lain...
...jadi dia pesan champagne untuk bawa lelaki itu pulang.
Begitu rupanya.
Maknanya dia...
...akan datang balik kalau saya pesan champagne juga?
Ya, tapi...
Boleh saya dapatkan menu?
Dom Perignon Platinum, 800,000.
Richard, 3,000,000!
Bonne Qualité, 17,000.
Jika ia yang paling murah...
Mak akan hantar lebih banyak daripada biasa.
Ini gaji kerja sambilan mak. Jangan beritahu ayah, okey?
Terima kasih, mak.
Maaf, tapi bukan hari ini.
Begitu.
Maaf.
Tiada masalah.
Moe...
Saya minta maaf sebab tak dapat bersama awak.
Saya juga minta maaf sebab tak dapat pesan champagne.
Awak tak perlu, Moe.
Saya tak mahu awak buat begitu.
Yua
Itulah yang berlaku. Saya terkejut.
Hari itu pula...
Baguslah.
Kaede tak paksa awak pesan champagne, tak seperti Harupi.
Apa?
Moe, jangan terlalu naif.
Awak patut lihat papan buletin.
Saya nak pergi kerja.
Kabuki-cho, Majesdy-10
Topik Hangat Tentang Majesdy Mari Bincang Tentang Lelaki Anda!
Bagaimana dengan kerja awak? Awak akan ke Tokyo hari ini, kan?
Awak akan datang ke kelab, bukan?
- Puterinya yang cantik! - Ya!
Berikan kami mesej!
- 3, 3, 2, 2, 1, 1! - 3, 3, 2, 2, 1, 1!
Teman lelaki saya mampu layan wanita...
...pertengahan umur dengan baik.
Dia nampak bagus dalam kerjanya.
Jangan biarkan stoking awak terbalik.
Ya.
- Ya! - Ya!
Kenapa dengan tadi?
Sangat menjengkelkan...
Saya maksudkan apa yang saya cakap.
Maaf, tapi ini panggilan terakhir untuk pesanan.
Gadis itu juga mahukan awak. Apa yang dia akan pesan?
Saya tak tahu...
...tapi kalau awak pesan sesuatu yang mahal,...
...saya boleh menyanyi lagu terakhir di sebelah awak.
Kalau begitu, tambah Dom Pérignon putih dalam tab saya.
Terima kasih, Yua.
Pesanan terakhirnya ialah Dom Pérignon putih...
...tapi awak tak perlu paksa diri awak, Sanae.
Apa? Kalau begitu, saya akan pesan Dom Pérignon juga.
Yang putih itu?
Perisa ros.
Terima kasih, Sanae.
Pada malam aku merayau-rayau
Kau hulurkan tanganmu kepadaku
Kaulah kucing putihku
Penipu! Tak mungkin ini berlaku! Saya harap mereka berdua mati.
- Okey, bertenang. - Awak menjengkelkan!
Saya tak boleh jujur.
Tak mungkin, awak nak pergi?
Sekejap, apa patut saya buat? Apa? Sekejap.
Yua...
Awak memang penipu.
"Kaulah kucing putihku"? Menjijikkan.
Saya tiada pilihan.
Saya tak boleh halang dia apabila dia mahu buat pesanan.
Saya seorang pelayan.
Itu alasan kegemaran awak setiap kali ada masalah.
Menjengkelkan betul. Saya patut putuskan hubungan dengan awak.
- Awak buat lagi. - Apa?
Saya faham.
Saya akan datang selepas kerja. Kita bincang nanti.
Awak tak pernah tunaikan janji awak. Jangan ganggu saya.
Ia penting untuk menyekat kehadiran pegawai.
Pertama sekali...
"Buddha besar yang kedekut datang."
Siapa?
"Dia si kedekut yang mencari Kaede."
"Si gemuk itu"?
"Yang pakai baju bercorak Asia"?
Saya?
Kaede Tidur Dengan Perempuan? Saya Tak Mahu Yang Begitu.
Tidur dengan?
"Dia agak fizikal dengan orang yang bayar mahal."
Terima kasih.
Makanan pedas pun tak beri kesan kepada dia.
Jika kereta melanggarnya, tulangnya akan patah.
Nanase...
Saya akan pesan Bonne Qualité.
Baik!
Saya tak percaya awak pesan champagne.
Awak tak apa-apa?
Saya tak apa-apa. Itu yang paling murah.
Harganya tak penting.
Terima kasih, Moe.
Baiklah.
Hei
Ya?
Adakah gadis yang bersama awak tempoh hari datang juga?
Ini kali pertama bagi dia.
Apa? Kali pertama?
Awak satu-satunya gadis yang nak jumpa saya hari ini,...
...jadi kita boleh berseronok.
Yakah?
Jadi, champagne itu sia-sia saja.
Moe, awak pilih sesi masa tanpa had hari ini.
Boleh awak tunggu sampai habis?
Apa?
Apa kata kita makan selepas itu?
Sudah tentu boleh.
Kabuki Cho, Majesy-15
Maaf, terima kasih kerana menunggu.
Apa? Awak tukar pakaian?
Ya, sut ini buat saya nampak macam pelayan.
Tapi itulah diri awak.
Saya tahu...
...tapi saya tak nak malukan awak.
Saya takkan rasa malu.
Awak bukan orang begitu bagi saya.
Terima kasih kerana cakap begitu.
Mari pergi.
Ditempah
Apa yang awak mahu?
Apa kata kita makan pasta?
Boleh juga.
Pasta krim tomato nampak sedap tapi risoto nampak sedap juga.
Mari pesan kedua-duanya. Saya boleh bantu awak habiskannya.
Baiklah.
Awak suka pasta krim tomato?
Saya sukakannya.
Ia sangat sedap.
Yakah? Baguslah.
Awak mahu risoto juga?
Sudah tentu!
Jangan paksa diri awak.
Terima kasih. Saya gembira kita pesan kedua-duanya.
Terima kasih.
Terima kasih.
Sudah tentu. Jaga diri.
Terima kasih.
Telefon saya apabila awak sampai di rumah.
Baiklah.
Gunakan ini.
Tak perlu.
Pemandu, tolong saya.
Tiada siapa pernah layan saya...
...seperti seorang wanita sebelum ini.
Kaede beri saya keyakinan sebagai seorang wanita.
Alamak, apa patut saya buat? Saya dah mula sukakan dia.
Saya nak bersama dia lebih lama.
Tapi untuk itu berlaku...
Ini Moe dan ini Yuki.
Saya beritahu Yuki yang awak nak bekerja...
...sebagai teman wanita sewa.
Ya...
Terima kasih kerana luangkan masa untuk saya.
Tak apa.
Saya tertanya-tanya...
No comments yet. Be the first to leave one.