Release info

All About My Romancee E13 130516 HDTV H264 720p-KOR-HANrel
A Commentary by Dazai

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2019-04-15
Downloads: 30
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kenyataan media?

Ya.

Kenapa saya perlu melakukannya?

Semua jurucakap parti kita sedang sibuk sekarang.

Semua jurucakap parti kita sedang sibuk sekarang.

Malangnya,

mereka juga ada terlibat dalam pelbagai skandal. Jadi kami terpaksa mencari seseorang yang berkebolehan.

Apa kata kamu tunjukkan kebolehan kamu?

Selama ini,

keteguhan moral dianggap sebagai senjata yang paling hebat.

Lantas,

apabila tindakan seseorang tidak selaras dengan kata-katanya...

ia menyebabkan rakyat berasa tertipu.

Ia juga telah menghancurkan harapan

Ia juga telah menghancurkan harapan

dan kepercayaan rakyat.

Oleh itu, GKP

dengan rasa rendah diri ingin menyatakan kekesalan kami terhadap hal ini.

Pihak kami juga tertanya-tanya...

segala kata-kata Wakil Rakyat No Min Yeong selama ini,

adakah walau sebutir kebenaran dalam semua itu,

atau patutkah kita meragui semua itu?

Kita tetapkan satu isyarat rahsia.

Isyarat rahsia?

Semasa kita di depan orang lain dan tiada pilihan selain untuk menyerang satu sama lain,

kita boleh menyentuh hidung, telinga...

ataupun mengenyitkan mata.

Atas kejadian di mana berlakunya penipuan oleh Wakil Rakyat No Min Yeong dari GJP,

bagi rakyat yang terluka disebabkan hal tersebut...

saya bersimpati atas segala yang telah terjadi.

Pertama sekali,

atas perbuatan saya yang menyebabkan kesedihan dan kemarahan anda semua,

dengan setulus hati saya meminta maaf.

dengan setulus hati saya meminta maaf.

Saya tidak pasti bagaimana saya mahu menjelaskan perkara ini kepada anda semua.

Namun, tanpa memesongkan sebarang fakta mahupun menafikan apa yang berlaku--

Saya rasa memang jelas sekali yang saya telah tunduk memohon maaf.

Kenapalah mereka hanya melihat hal kecil ini dan membesar-besarkannya dengan menulis berita yang bukan-bukan?

Adakah kami memang musuh ketat sejak kelahiran yang dulu?

Banyak juga berita yang ditulis dari sudut positif.

Cuma ia tidak diletakkan di muka hadapan berita.

Itulah masalahnya.

Orang ramai hanya akan membaca berita buruk yang ditulis di muka hadapan itu saja.

Apapun, awak tak bolehlah mengatakan yang ia berita yang bukan-bukan.

Bukankah awak sendiri yang membuka peluang untuk mereka menulis berita yang sebegitu?

Apa dia?

Sayang,

memang betul pun awak tergelak.

Bukan begitu?

Itu...

memang betul, tapi--

Wakil Rakyat Go.

Pihak yang terlibat dalam hal pemansuhan sekolah antarabangsa ada di sini untuk berjumpa puan.

Begitu juga dengan wakil persatuan ibu bapa dan guru dari sekolah Nagwon.

Ya, saya faham.

Sayang.

Nampaknya awak akan dimarahi teruk-teruk.

Saya keluar dulu.

Adakah ini masuk akal?

Aku ialah jurucakap parti.

Tapi kenapa dia menyerahkan tugas itu kepada Gim Su Yeong?

Adakah aku telah ditinggalkan?

Kenapa kau tak cakap apa-apa pun? Mulut kau dah kena jahit?

Nak aku buka jahitannya?

Tidak.

Saya fikir tuan sedang bercakap seorang diri.

Beritahu aku yang kau tahu bahawa aku bukannya sedang bercakap seorang diri.

Kau fikir kenapa Ketua Go mengetepikan aku dalam hal ini?

Entahlah.

Mungkin kerana tuan telah beberapa kali membuat kesilapan.

Jadi ia menyebabkan Ketua Go berasa tidak senang hati--

Apa maksud kau? Jadi kau pun nak cakap bahawa aku telah diketepikan, begitu?

Apa maksud kau? Jadi kau pun nak cakap bahawa aku telah diketepikan, begitu?

Bukan begitu. Bukan itu maksud saya.

Betul atau tidak kau cakap begitu?

Cakap betul-betul.

Ia bermaksud yang saya tidak tahu.

Begitu rupanya.

Ya.

Aku amat berterima kasih atas jawapan jujur kau itu, budak!

Hei!

Kau sudah sediakan apa yang aku minta itu?

Sudah.

Ini dia.

Apa kata kalau kamu terus saja menjadi jurucakap parti?

Tidakkah tuan merasakan yang tuan terlalu banyak mengarah-arahkan saya?

Kamu hanya perlu meneruskan apa yang sedang kamu lakukan sekarang.

Tampil ke hadapan apabila saya meminta kamu berbuat begitu,

dan lakukan saja segala apa yang saya arahkan.

Dan...

uruskanlah kehidupan peribadi kamu baik-baik.

Saya rasa tuan tidak berapa faham apakah yang dimaksudkan dengan 'kehidupan peribadi'.

Apa yang dimaksudkan dengan 'kehidupan peribadi' adalah...

apabila kita boleh menjalani hidup secara bebas

tanpa campur tangan daripada sesiapa pun.

Pendek kata, bagaimana saya mahu menguruskannya, itu ialah hak saya.

Kamu fikir kamu ialah orang biasa yang boleh hidup secara sesuka hati kamu?

Kamu fikir kamu ialah orang biasa yang boleh hidup secara sesuka hati kamu?

Kamu ialah seorang pegawai kerajaan, Wakil Rakyat Gim.

Sebab itulah tuan hanya perlu masuk campur dalam urusan rasmi saya saja.

Kalau tuan buat begitu, mungkin saya takkan mematuhinya sepenuhnya. Tapi saya akan cuba juga untuk mematuhi arahan tuan.

Namun,

sekiranya tuan masuk campur dalam kehidupan peribadi saya...

dengan mengekori saya ke mana-mana dan memerhatikan gerak geri saya--

Jadi apa?

Ketua Go sedang berbincang dengan seseorang.

Dengan siapa dia berbincang?

Dengan Wakil Rakyat Gim Su Yeong.

Yakah?

Ya.

Kenapa aku tak dengar apa-apa pun?

Jadi, saya akan membuatkan tuan mendapat malu.

Di hadapan seluruh dunia ini,

walaupun saya sedikit pun tidak teringin untuk melakukannya...

saya akan memanggil tuan sebagai ayah.

Pendek kata...

saya akan memastikan kita berdua akan sama-sama tersungkur.

Apa kamu buat ni?

Tuan memanggil saya ke sini?

Saya tidak memanggil kamu pun.

Oh, yakah?

Jadi, ini ialah hadiah Hari Bapa...

manakala ini ialah hadiah Hari Guru?

Bagi saya, tuan ialah seorang ayah dan seorang guru.

Macam mana ni? Saya langsung tidak menyediakan apa-apa untuk kamu sempena Hari Anak.

Aigoo. Tuan tidak perlulah menyediakan apa-apa untuk saya.

Maafkan saya.

Saya bergurau saja.

Kamu tak perlulah begitu risau kerana saya meminta Gim Su Yeong memberikan kenyataan media tadi.

Tidak kiralah apa orang lain cakap, kamulah jurucakap parti kita.

Tidak kiralah apa orang lain cakap, kamulah jurucakap parti kita.

Kamu juga ialah orang kanan saya, faham?

Baiklah, tuan.

Dia fikir aku bodoh?

Tapi apa yang ada pada Gim Su Yeong sebenarnya...

sehingga dia boleh membuatkan Ketua Go menyokongnya sampai sebegitu sekali?

Pendek kata...

saya akan memastikan kita berdua akan sama-sama tersungkur.

Apa ini?

Sama-sama tersungkur?

Apakah maksudnya?

Seonbae.

Semalam saya ada menghubungi awak.

Nampaknya awak terlalu sibuk.

Oh. Saya baru ternampak ada panggilan daripada awak lewat malam tadi.

Awak melakukannya dengan baik dalam sidang media tadi.

Tidak banyak perkara yang tidak dapat saya lakukan dengan baik.

Betul tu.

Awak hebat dalam segala-galanya, seonbae.

Awak memang hebat dalam melukakan hati seseorang.

Betulkah?

Awak selalu berbuat begitu terhadap saya.

Contohnya dengan memanggil saya sebagai wartawan yang teruk dan sebagainya.

Memang sudah menjadi kebiasaan saya untuk bercakap secara jujur.

Secara jujur?

Memang jujur pun.

Berita tentang anak saudara Wakil Rakyat No Min Yeong...

memang bagus sekali.

Ia bukannya diterbitkan atas nama saya.

- Yakah? - Yalah.

Tapi memang saya ada membantu serba sedikit.

Begitu rupanya.

Begitulah.

Saya berhasrat untuk terus berbuat begitu kelak.

Terlalu banyak penyelewengan dan penipuan yang berlaku di kalangan ahli politik dan pegawai tinggi sekarang.

Begitu juga dengan skandal.

Yakah?

Ada juga beberapa orang wakil rakyat yang sudah berkahwin,

telah tertangkap kerana berbalas-balas pesanan tidak senonoh dengan perempuan simpanan mereka.

Memang banyak pun.

Saya ada mesyuarat.

Saya pergi dulu. Kita jumpa lagi nanti.

Wakil rakyat mana yang berbalas-balas pesanan tidak senonoh itu?

Manalah aku tahu.

Daripada apa yang saya nampak seketika tadi,

saya dapat merasakan seolah-olah Wartawan An telah mengetahui tentang hubungan hyeong dengan Wakil Rakyat No.

Tapi adakalanya, nampak seperti dia tidak tahu apa-apa pun.

Hui Seon bukannya seseorang yang boleh menyimpan rahsia kalau dia sudah tahu mengenai sesuatu.

Macam mana kalau sebaliknya yang berlaku?

Seonbae, saya sekarang

sedang mencuba sedaya upaya untuk menahan diri saya daripada naik gila.

Tapi kalau saya mendapat tahu yang seseorang menipu saya,

saya akan naik gila.

Bukan setakat naik gila biasa.

Malah saya akan naik gila sepenuhnya tanpa had.

Malah saya akan naik gila sepenuhnya tanpa had.

Kalau dia naik gila, dia memang boleh berbuat begitu.

Tapi adakah dia naik gila kerana dia mendapat tahu tentang sesuatu?

Saya sangat berterima kasih kerana awak semua datang ke sini.

Saya akan memikirkannya baik-baik sebelum saya membuat keputusan.

Awak tak apa-apa?

Saya tak apa-apa.

Baguslah kalau awak tak apa-apa.

Ya.

Berhati-hati dalam perjalanan pulang.

Pergi tanya dia kalau dia ada kelapangan petang ini.

Berhati-hati sikit.

Yalah, yalah.

Ini bukannya rundingan antara Korea Utara dengan Korea Selatan.

Begitu terukkah hubungan mereka berdua sehingga jadi begini?

All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것) subtitles in other languages

More Malay subtitles for All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left