The first 200 lines.
Terjemahan sarikata ini oleh Aman
Okey. Awak dah sedia?
Cantiknya.
Di mana awak jumpa ini?
Comel, bukan?
Saya suka ini.
Comelnya.
Sempurna sekali.
Itu sangat bermakna bagi saya.
- Terima kasih. - Ya.
Sempurna sekali.
Awak sempurna.
- Terima kasih. - Sudah tentu.
Mereka dah sampai?
Mereka tiba 30 minit lebih awal.
- Kenapa mereka... Apa? - Tak apa.
- Saya sukakannya. - Ya.
Saya akan jujur. Saya dan Ally, kami tak pasti
sama ada nak adakan parti ini
tapi bersama-sama, tiada apa yang tak boleh diatasi.
Awak wanita paling kuat yang saya kenal. Saya cintakan awak.
Saya sangat teruja untuk terus membina hidup kita bersama.
- Saya juga. Saya sayang awak. - Sayang awak.
Kenapa awak tak pernah cakap begitu tentang saya?
Terima kasih sebab datang. Terima kasih.
- Vitamin ada di atas meja. - Terima kasih, sayang.
Ini parti yang bagus.
- Saya rasa semua orang berseronok. - Ya, awak layak menerimanya.
Awak cuma mengampu saya sebelum awak tinggalkan saya.
Saya harap saya boleh tangguhkan lagi.
- Saya tahu. - Saya tak nak tinggalkan awak.
Pergi jumpa hakim
dan beritahu dia sesuatu yang tak senonoh
dan kembali kepada saya.
- Baiklah. - Yakah?
- Yakah? Apa dia? - Ya.
- Saya akan kata... - Apa?
Saya akan kata kita buat parti liar besar-besaran malam esok
dan mereka semua dijemput.
- Jangan. Berhati-hati. - Baiklah.
Itu buat saya terlalu teruja.
Baiklah.
- Hei. - Maaf.
Ini peringatan supaya menghantar undian pos anda.
Tinggal dua minggu saja lagi sebelum pilihan raya.
Setiap undi penting, jadi pastikan anda mengundi sebelum terlambat.
Faith, tolonglah. Undian menunjukkan awak terikat 46 mata
dengan lapan peratus pengundi masih belum buat keputusan.
Teruskan rancangan awak dalam kurangkan kadar jenayah untuk menang.
Tapi kes ini kempen saya.
Dia penjenayah berbahaya dengan banyak sejarah keganasan.
Saya penjarakan James Sythe. Kita menang.
- Hilang peluang jadi pendakwa raya. - Saya perlu pergi.
Betul. Terima kasih sudi luangkan masa.
Itu pun dia.
Hei. Nanti dulu.
Awak tercicir ini.
Ya.
Oh Tuhan, terima kasih. Awak penyelamat saya.
- Tak apa. Semoga hari awak baik. - Ya. Awak juga.
- Pergi ke pintu itu. - Terima kasih.
- Tugas juri di mana? - Di bawah sana.
Terima kasih.
- Selamat pagi. - Apa khabar?
Baiklah, semua. Pandang depan.
Beri perhatian.
Helo. Selamat menjadi juri dalam sistem mahkamah Georgia.
Sebagai juri, anda melindungi hak setiap orang dibicarakan oleh juri.
Hak dibicarakan oleh juri adalah asas demokrasi kita.
Hak itu dilindungi oleh Perlembagaan Amerika Syarikat.
Itu pun dia.
- Vanila tanpa gula dengan susu skim. - Pandai.
Saya akan ambilkan yang lain.
- Awak ada sesuatu untuk saya? - Okey.
Pematian orang dengan niat dengan saranan 20 tahun penjara.
Lima belas tahun penjara, diikuti lima tahun percubaan.
Itu tawaran yang bagus.
Saya juga akan ketepikan statut pengulangan jenayah
jika dia buat rayuan sebelum awak minta juri bersidang.
Serta mengakui sesuatu yang dia tak buat.
Biar juri tentukan.
Lebih baik lagi, apa kata awak merayu dan jangan buang masa?
Bebaskan beban kes awak.
Klien saya mahu perbicaraan.
Kalau begitu, awak buang masa saya dan klien awak. Peluang terakhir.
Silakan.
BILIK PEMBICARAAN AGUNG 304
Kes yang kamu akan dengar ialah kes homisid.
Kerajaan mendakwa James Michael Sythe
dengan pembunuhan kejam bagi kematian Kendall Alice Carter.
Jika sesiapa antara kamu ada hubungan peribadi
dengan tertuduh atau si mati
yang menghalang kamu daripada berkhidmat tanpa berat sebelah
sila cakap sekarang.
Ya.
Dia pernah naik bas saya.
Bila ini berlaku?
Entah, beberapa tahun lalu.
Okey, jadi saya rasa itu tak apa.
Saya rasa awak akan jadi juri yang bagus.
Ada sesiapa lagi fikir
mereka tak mampu berkhidmat dalam panel ini?
Ya.
Yang Arif, isteri saya di trimester ketiga kehamilan berisiko tinggi.
Saya nak luangkan masa untuk dia.
Itu patut dipuji.
Biasanya pukul berapa awak bekerja?
Biasanya pukul 9:00 hingga 6:00.
Saya janji mahkamah ini takkan minta
seminit pun lebih daripada itu.
Ya.
Hakikat bahawa kamu tak mahu berada di sini
menjadikan kamu kumpulan yang sesuai untuk menghakimi kes ini.
Kamu adil. Kamu tak terlibat.
Tiada apa yang menguntungkan atau merugikan.
Sebab itulah saya percaya proses ini, walaupun tak sempurna
ia masih peluang terbaik kita untuk menegakkan keadilan.
Awak bekerja, Pn. Aldworth?
Saya ada kerja yang paling sukar.
Saya besarkan dua orang anak dan hantar mereka ke kolej.
- Ya. Tahniah. - Terima kasih.
Awak pernah berkhidmat sebagai juri sebelum ini?
Dua kali. Kedua-duanya perbicaraan silap.
Dua kali. Okey.
En. King.
Awak pernah bergaduh secara fizikal dengan pasangan awak?
Awak nak tanya soalan itu kepada semua lelaki di mahkamah ini?
Jika perlu, saya akan tanya.
Saya tahu soalan-soalan ini boleh jadi sangat peribadi.
Tak, saya tak begitu.
Terima kasih.
Dah berapa lama awak tinggal di sini, En. Czajkowski?
Kira-kira sepuluh tahun.
Awak uruskan kedai bunga?
Ya, dengan isteri saya.
En. Robinson, tertulis yang isteri awak
dapat hak penjagaan utama anak.
Betulkah?
Ya.
Boleh saya tanya siapa yang tamatkan perkahwinan itu?
Dia.
Terima kasih. Silakan.
En. Kemp?
- Awak penulis majalah? - Betul.
Artikel apa yang awak tulis?
Kebanyakannya rencana.
- Awak tulis tentang pelbagai topik? - Ya.
Pernah tulis tentang perbicaraan pembunuhan?
Saya tulis untuk majalah gaya hidup tempatan.
Ia bukannya majalah Vanity Fair.
Saya anggap itu sebagai tidak.
Sebagai seorang penulis, saya rasa awak banyak membaca.
Awak baca apa-apa tentang kes ini?
Tidak. Hari ini kali pertama saya dengar tentangnya.
Kalau begitu, saya rasa awak akan jadi ahli juri yang bagus.
Adakah pihak pembelaan terima?
Kami terima dia, Yang Arif.
Bagus. Masukkan Justin Kemp sebagai juri nombor dua.
- Hei. - Hai.
- Hai. - Macam mana?
- Tidak. - Saya dipilih.
Tidak.
- Saya bersimpati. - Saya tahu.
Apa jadi dengan beritahu benda tak senonoh?
- Saya simpan itu untuk awak. - Ya?
Mereka kata ia perbicaraan yang singkat.
Mereka selalu cakap begitu, tapi saya harap betullah.
- Bagaimana hari awak? - Okey saja.
- Ya? - Saya buat ini.
Ya. Itu kemajuan yang baik.
- Baguslah. Sepanjang hari? - Terima kasih.
Tak, ini tak ambil masa sepanjang hari.
- Ya. - Saya tonton dokumentari
- dan saya buang air kecil 94 kali. - Apa... 94 kali?
- Saya makan ais. - Okey.
- Boleh saya minta lagi? - Awak perlukan ais lagi?
- Ya. - Baiklah.
Orang ramai perlu tahu cara saya akan buat bandar ini lebih selamat.
Wanita perlu tahu jika mereka dalam hubungan yang penuh penderaan
komuniti mereka akan menyokong mereka.
Selebihnya? Selebihnya, abaikan saja.
Jadi, terima kasih.
Terima kasih.
- Ya. Terima kasih banyak. - Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih banyak. Saya amat menghargainya.
Terima kasih banyak. Ya.
Hei, syabas.
- Hei. - Hei.
Ucapan yang bagus.
Terima kasih.
Keadilan ialah kebenaran dalam tindakan.
- Profesor Nielsen. - Ya.
Ya, saya ingat.
Awak masih mempercayainya?
Sudah tentu.
Baiklah. Asalkan ia tak menghalang kemenangan, bukan?
Awak nak cakap sesuatu, Eric? Cakap saja.
Maksud saya, dia sayang awak. Awak pelajar kegemarannya.
- Awak nak cakap hal itu? - Ya.
No comments yet. Be the first to leave one.