The first 200 lines.
Sebelum ini di Hannibal.
Saya serahkan hidup saya untuk kematian.
Sekarang kematian mengikut awak pulang.
Saya tak fikir nak buat kemoterapi.
Saya tak boleh beri pendapat? - Tidak.
Saya luang banyak masa untuk mural ini Will.
Awak boleh membantu saya.
Apakah sebab kematian bailif?
Ditembak mati.
Mangsa Will Graham? - Mutilasi.
Ada dua pembunuh yang berbeza...
...dan dua kes berbeza.
Will mendakwa orang lain yang melakukan jenayah yang dia dituduh.
Dia beritahu awak orangnya. - Mungkin betul katanya.
Balut tali di sekeliling bahagian hujung.
Empat, lima, enam kali.
Lipat bahagian hujung antara tali.
Ketatkan dan kemaskannya.
Ia dipanggil simpulan darah.
Ayah awak ajar memburu. Saya akan ajar cara memancing.
Sama saja, kan? Yang itu mengendap, yang ini mengumpan.
Yang ini tangkap, yang itu menembak.
Apa yang awak nak tangkap?
Orang yang tangkap awak.
Yang terlepas.
Bila dapat tangkap ikan dan terlepas, susah nak tangkap lagi.
Semua orang fikir awak menipu tentang orang yang terlepas itu.
Sebab itu saya kena tangkapnya.
Perkara terakhir sebelum melemparkan tali...
...ialah namakan umpan mengikut orang yang awak hargai.
Untuk ucapkan selamat tinggal?
Jika orang yang awak namakan menghargai awak...
...mengikut kepercayaan karut, awak akan tangkap ikan.
Awak beri nama apa?
Abigail.
Betul kata awak.
Pembunuh ada dalam mural seperti kata awak.
Namanya James Gray.
Kami jumpa kenderaannya di luar ladang.
Cukup DNA pada katil di atas traknya...
...untuk kami yakin dia pelukis mural.
Awak jumpa banyak bukti padanya seperti juga pada saya.
Saya gembira awak menyebutnya.
Siapa yang lekat dia pada mural?
Kami tak tahu.
Mungkin ada rakan subahat, pembunuh lain.
Mungkin ada perjanjian bunuh diri.
Tiada rakan subahat.
Artis ini kerja sendirian...
...sehingga dilekat pada ciptaannya sendiri.
Tiada tanda-tanda pergelutan. - Tidak.
Jadi pembunuh kedua, siapa pun dia...
...memahami pelukis mural ini, bukan saja untuk mencari kanvasnya...
...bahkan berjaya meyakinkannya untuk jadi sebahagian daripadanya.
Awak tahu ini kerja siapa?
Saya tahu.
Jangan sebut Hannibal Lecter. - Saya akan sebut Hannibal Lecter.
Bolehkah awak berhenti berkata demikian?
Saya tak minta awak percaya sesuatu yang awak tak boleh buktikan.
Saya minta awak buktikannya.
Hannibal Lecter tak ada sebab... - Tepat sekali.
Dia tak ada sebab yang dapat dilihat...
...selain daripada keseronokan dan ingin tahu.
Itu sukar dibuktikan.
Ada perincian bijak untuk mencari James Gray.
Dia takkan dapat mengelaknya.
Mungkin ada sesuatu yang terlepas pandang.
Sesuatu yang tersembunyi.
Saya akan cari perincian bijak.
Tapi saya takkan menyiasat Hannibal.
Asalkan awak mencari.
Awak cari di luar sana.
Saya cari di sini.
Saya akan beri perjanjian yang sama seperti Beverly Katz.
Saya tahu awak tahu apakah ia.
Awak rakam perbualan kita.
Atau kita berpura-pura awak tak merakam?
Apa yang awak tawarkan untuk itu?
Saya menjadi bahan bualan di kalangan pakar sakit jiwa.
Saya kongsi diagnosis awak di kandang saksi.
Awak ada gangguan personaliti, neurosis, semuanya palsu.
Jika benar, saya akan jadi psikopat yang menjadi tumpuan.
Seorang yang memanipulasi.
Burung lemah, keliru, cedera...
...untuk Ejen Crawford dan Doktor Lecter dan Bloom.
Tapi saya dapat psikopat tiga serangkai...
...menawan, fokus dan tidak berhati perut.
Menawan tak boleh dipertikaikan.
Jadi sama ada saya psikopat atau delusi.
Atau saya betul tentang Hannibal Lecter.
Awak tak rasa ingin tahu yang mana satu?
Awak benarkan saya menguji awak? - Menguji saya?
Saya dah lalui semua ujian.
Awak akan jadi ayat pertama dan terakhir pada fikiran Will Graham.
Awak akan mengingatinya untuk tempoh yang lama.
Bagaimana dengan Dr. Lecter?
Bukankah awak kena jadi satu-satunya pakar sakit jiwa saya, Dr. Chilton?
Begitulah.
Untuk dapatkan itu...
...jangan bincang tentang saya atau terapi saya dengan Hannibal Lecter.
Beritahu dia awak putuskan saya bukan lagi urusannya.
Saya kini di bawah jagaan ekseklusif awak.
Lazarus mati dengan baik.
Lingkungan sosial saya tak termasuk kawan dengan kuasa kematian.
Saya patut menerima Facebook...
...ketika saya ada peluang.
Saya sepatut tak biarkan Jack memujuk saya jalani sesi kemoterapi.
Dia cuba selamatkan awak.
Dia cuba panjangkan kualiti kehidupan...
...yang hanya sia-sia.
Usaha Jack atau awak?
Saya muntah teruk.
Pada hari yang baik, saya tidur 15 ke 18 jam.
Kalau hari tak baik, saya tak tidur langsung.
Senario terbaik saya ialah memanjangkan rasa kesakitan.
Jack akan membantu awak melaluinya.
Dia cintakan awak Bella.
Bila awak tiada, dia akan rasa sunyi.
Kesunyian tak boleh dielakkan.
Perjuangan dah berakhir.
Kanser menguasai saya.
Saya mahu mengalah sementara masih ada harga diri.
Awak memikirkan untuk menawatkan riwayat awak?
Bunuh diri nampak seperti...
...penyelesaian terbaik untuk masalah saya.
Bagaimana awak rasa tentang itu?
Hidup.
Bagaimana awak rasa tentang itu?
Saya selalu rasa kematian melegakan.
Memikirkan tentang saya boleh mati bila-bila masa...
...membuatkan saya menghargai kecantikan, seni...
...dan kekejaman yang dunia boleh tawarkan.
Faedah kematian?
Selepas membunuh dirinya...
...Socrates menawarkan ayam jantan pada Tuhan penyembuhan Asclepius...
...untuk membayar hutangnya.
Hutang apa?
Pada Socrates kematian bukan kekalahan...
...tapi penyembuhan.
Tuan-tuan.
Polis tempatan sepatutnya menghapuskan lebah...
...supaya kita boleh proses tempat kejadian.
Nampaknya ada orang hentikannya.
Saya yang hentikan. - Dia hentikan.
Jimmy?
Saya suka lebah.
Awak tahu tak dron...
...adalah pahlawan bunuh diri paling berbakat?
Bila dron mengawan dengan ratu...
...pancutannya sangat hebat sehingga boleh didengari oleh manusia.
Baiklah.
Dah berapa lama dia ada di sini?
Daripada pereputan mayat, saya rasa dua minggu.
Memang masuk akal melihatkan jumlah madu yang dihasilkan.
Lebah biasanya bina sarang pada mayat?
Tidak.
Mangsa dengan sengaja dijadikan apiari.
Dengan sengaja?
Ada orang buang mata dan sebahagian otak...
...untuk beri ruang untuk sarang.
Zeller berada di lapangan...
...jika tidak saya akan minta tolong dia.
Awak pakar bedah, kan? - Ya, saya pakar bedah dan doktor.
Awak jumpa sebarang bukti dari kawan-kawan pelukis mural?
Sebab itu saya perlukan bantuan awak. Mungkin dia tak ada kawan.
Mungkin juga tak ada kenalan.
Siapa pun yang membunuhnya, memahaminya.
Bila dengar awak cakap...
...saya akan dengar nama Will Graham.
Saya ada perjanjian dengan Will.
Dia setuju beri nasihat tentang kes...
...jika saya terus menyiasat tuduhan ke atasnya.
Saya gembira mendengarnya.
Will perlu bertahan sekarang.
Dia ada awak, kan?
Awak fikir ada kemungkinan dia tak bersalah.
Saya tahu awak fikir begitu.
Saya percaya ada kemungkinan.
Saya lega dia tak sebut awak pembunuhnya lagi.
Sekurang-kurangnya bukan pada saya.
Will fikir siapa bunuh pelukis mural ini?
Dia tak tahu.
Dia fikir jika pembunuh James Gray sembunyikan dia dalam mural...
...dia mungkin sembunyikan sesuatu yang lain.
Tandatangan?
Pembunuh mana yang mencari untuk menggambarkan mangsanya...
...yang tidak sedar...
...dengan menjahitnya pada mural manusianya sendiri?
Ia bukan sekadar untuk penampilan.
Awak kena dapatkan kebenaran di sebalik penampilan.
Dengan melihat di bawah kulit...
...awak akan faham naluri patologi pembunuh ini.
Sebelum saya tanya soalan...
...awak kena yakinkan saya...
...yang awak akan bercakap benar bila disoal.
Apa ini? - Borang kebenaran.
Awak bersetuju melakukan temubual narkoanalisis.
Awak, saya dan kawan lama awak, amobarbital.
Sesuatu untuk buat saya bercakap?
Sesuatu yang dibenarkan dalam penilaian pesakit psikotik.
No comments yet. Be the first to leave one.