The first 200 lines.
Sub bY VIU
Resynced == ANANG KASWANDI ==
(Semua lokasi, watak, agama dan organisasi,)
(dan insiden dalam drama ini adalah fiksyen.)
Ia adalah sawan.
Untuk tahu puncanya, kami perlu jalankan beberapa ujian.
Tapi kebiasaannya, memang mustahil untuk ketahui puncanya.
Ia cuma serangan sawan.
Mengambil ubat secara berkala...
akan mengurangkan kekerapan serangan sawan.
Ya, ketua.
Baiklah, faham.
Kami akan masukkan dia ke hospital ini.
Dia tidak perlu dimasukkan ke hospital.
Dia boleh pulang apabila dia sudah stabil...
selepas selesai dengan titisan IV.
Kami mahu masukkan dia ke sini.
Keadaannya tidak memerlukan rawatan di hospital.
Jangan anggap...
bahawa awak tahu segala-galanya tentang keadaan pesakit awak.
Sebab tidak diketahui.
Perlukan pemeriksaan lebih lanjut, rawatan di hospital diperlukan.
Daging lembu rasa paling sedap pada waktu seperti ini.
Makanlah.
Kenapa semua orang nampak tidak selesa?
Adakah awak semua rasa tidak selesa dengan saya?
Tidak, bukannya begitu. Kami hanya...
Bukan kerana awak, tuan.
Awak semua, lupakan apa yang telah berlaku.
Makan sahaja, okey?
Bila lagi awak akan dapat makan daging lembu Korea yang mahal ini?
Tuan.
Kenapa?
Tentang kes Lee Dae Chul...
Apa pula sekarang?
Adakah awak masih tidak boleh lupakan kes itu?
Sebenarnya, kali ini...
saya memang tidak boleh lupakannya.
Hei, Do Chang. Tuan penguasa...
datang ke sini untuk puji awak semua atas kerja keras awak.
Kenapa awak perlu rosakkan suasana?
- Unit Jenayah Ganas Dua. - Ya, tuan.
Awak semua sangat dungu.
Sejujurnya saya tidak boleh sukakan awak semua...
walaupun saya telah berusaha sedaya-upaya.
Adakah awak tahu apa sebabnya?
Itu kerana salah seorang daripada awak...
sering bersikap tidak masuk akal.
Si dungu itu buat awak semua bertindak seperti orang dungu.
Awak semua sedar tentang itu?
Jadi awak memang mengejar saya selama ini?
Ya.
Tapi kenapa?
Semua kebenaran yang awak cari sudah terbongkar.
Tidak, belum lagi.
Ada sesuatu yang saya perlukan daripada awak.
Saya perlukan kenyataan awak untuk penjarakan Park Ho Gun.
Lupakannya. Awak tidak akan dapat kenyataan daripada saya.
Saya memang risau jika awak cakap begitu,
tapi ia akan jadi lebih mudah sekarang...
kerana awak telah timbulkan kekecohan.
Saya hanya boleh tahan awak selepas awak pulih.
Kerana mencuri, ditangkap semasa sedang melakukannya.
Awak memang tidak guna.
Doktor cakap awak perlu dirawat di hospital selama seminggu,
jadi sementara itu berehatlah.
Saya akan tahan awak sebaik sahaja doktor cakap awak boleh keluar.
Terima kasih.
- Saya akan datang lagi nanti. - Baiklah. Tapi...
gadis itu dikenakan tuduhan apa?
Tiada apa-apa tuduhan.
Kita sedang melindungi seorang saksi.
Saya mahu belanja awak semua hari ini...
untuk perbaiki pendapat awak semua tentang saya,
tapi sekali lagi, awak semua telah rosakkan segala-galanya.
Teruskan perangai biadap awak.
Kita akan lihat siapa yang akan terlibat dengan masalah dahulu.
Kang Do Chang.
Ini sebab kenapa awak tidak boleh maju ke hadapan, si dungu.
Lihatlah semua pegawai junior yang dinaikkan pangkat.
Awak masih tiada pasukan sendiri, awak masih lakukan tugas lapangan.
Oh Tuhan.
Oh Tuhan, tuan.
- Tuan. - Lepaskan.
- Kenapa awak begini? - Saya sudah hilang selera.
Tolong jangan begini. Kami akan rasa teruk jika awak beredar begini.
Tidak guna.
Awak sudah banyak berubah selepas mendapat gelaran penguasa.
Apa?
Saya telah merepek kerana Park Gun Ho yang kurang siuman itu...
telah mengganggu saya. Awak tidak boleh faham?
Dahulu, awak faham walaupun para pegawai junior jadi mudah marah...
semasa lakukan tugasan lapangan.
Lupakannya. Pergi dari sini jika awak mahu.
Kami akan rasa lebih seronok tanpa awak. Hei.
Berikan alkohol itu. Kita akan berseronok. Minumlah.
Tuangkan minuman untuk saya!
Apa? Awak cakap awak mahu pergi.
Jangan rosakkan keadaan. Pergi dari sini sekarang.
Hei.
Awak marah dengan saya?
Jangan mengarut.
Awak buat saya rasa sangat kecewa.
Kenapa awak perlu berdegil?
Itu sebab kenapa saya sering katakan perkara yang kejam kepada awak.
Apabila awak semakin berusia, awak perlu belajar untuk berubah.
Baiklah. Apa-apalah.
Saya memang perlu berubah, sudah tentu.
Untuk terus hidup.
Hei,
awak semua juga patut tukar gelas awak.
Mari minum sehingga kita pengsan.
Biar saya tuangkan segelas untuk awak.
- Hei. - Terima kasih tuan.
Minumlah.
Oh Tuhan.
Hei.
Bong Sik kesayangan saya!
Awak semua!
Si dungu paling besar...
di Balai Polis Seobu.
- Oh Tuhan. - Hei, awak semua.
Awak tahu bahawa saya sangat sayangkan awak semua, betul?
Ya, tuan!
Bagus.
Kang Do Chang di Unit Jenayah Ganas Dua Balai Polis Seobu!
Tidak guna.
Dia adalah polis terbaik yang saya pernah lihat dalam hidup saya.
Saya serius, dia memang yang terbaik.
- Awak tahu itu? - Ya, tuan.
Apa yang awak tahu? Awak semua dungu.
Baiklah, saya pergi dahulu.
- Pulang dengan selamat, tuan! - Pulang dengan selamat, tuan!
Bong Sik,
awak dan mereka semua patut minum sehingga awak pengsan.
Saya belanja semua minuman, jadi awak jangan risau tentang itu.
Terima kasih tuan.
- Pulang dengan selamat, tuan. - Baiklah.
Tolong jaga dia dengan baik!
- Selamat tinggal. - Pulang dengan selamat, tuan.
- Pulang dengan selamat, tuan. - Pulang dengan selamat, tuan.
Hei,
awak semua perlu belajar dari penguasa.
Dengar sini, Do Chang.
Penguasa Moon hanya berpura-pura.
Saya lebih 100 kali ganda lebih sukakan awak.
- Oh Tuhan, tidak guna. - Kenapa dengan awak?
Tiada sesiapa sayangkan Do Chang seperti saya.
- Saya sayangkan awak! - Oh Tuhan, hentikannya!
Do Chang, saya tidak peduli dengan penguasa itu.
Saya mahu menjadi seorang detektif seperti awak.
Oh Tuhan.
Ini sebab kenapa orang lain panggil awak dungu, si dungu.
Hei, kenapa awak lambat sangat? Kami sudah lama hubungi awak.
Penguasa sudah beredar.
Maafkan saya. Ia ambil masa yang lebih lama dari yang dijangka.
Oh Tuhan, bukankah Detektif Oh Ji Hyuk sangat hebat?
"Awak semua boleh jadi si tidak guna yang taat."
"Saya tidak akan taat. Saya tidak akan tunduk kepada sesiapa."
Dia berada di tahap yang berbeza.
Awak fikir diri awak sangat hebat, tidak guna!
Namun begitu,
bukankah kita patut siasat semula kes itu?
Hei, adakah awak tidak melihat penguasa mengamuk tadi?
Tapi, kita masih perlu menyiasatnya kerana kita telah menerima laporan.
Tidak guna.
Hei,
kenapa awak semua berada dalam pasukan polis?
Untuk mencari rezeki, bukan?
Jika kita siasat kes itu, habislah kita semua.
Kita semua akan terima akibat yang buruk.
Ia dihantar melalui emel kepada saya,
jadi saya baru sahaja melihatnya.
Lupakan sahaja mengenainya, awak semua.
- Do Chang. - Hei.
- Awak tidak mahu minum lagi? - Tidak, awak semua teruskanlah.
- Jae Hong, panggil teksi untuk dia. - Baiklah.
Saya tolong dia. Do Chang, arah ini.
- Arah ini? - Tidak, arah ini.
- Selamat tinggal. - Pulang dengan selamat!
Awak semua, mari kita minum lagi.
Ayuh!
Hei, bila hukumannya akan dijalankan?
Itu sudah tidak lama.
Adakah Lee Dae Chul juga berada dalam senarai itu?
Ya.
Baiklah. Terima kasih.
(Pejabat Kurier Handong, 3 November 2015, 3:10 pagi)
Banduan akhir Lee Dae Chul tidak bersalah.
Walaupun dia tidak lakukan apa-apa kesalahan,
dia telah di label sebagai pembunuh sepanjang lima tahun ini.
Adakah awak mengenali Lee Dae Chul?
Saya telah musnahkan masa depan dia...
semasa saya menjadi Ketua Jabatan Jenayah.
Dia...
tidak bersalah.
(Pelajar Kolej Wanita dan Pegawai Polis Yang Dibunuh)
(Waran Tangkap Telah Dikeluarkan Untuk Pembunuhan Baekgogae-ro)
(Lee Dae Chul Melakukan Pembunuhan Dan Buang Mayat Pada Lewat Malam)
(Lee Dae Chul Melakukan Pembunuhan Dan Buang Mayat Pada Lewat Malam)
No comments yet. Be the first to leave one.