This Earth of Mankind

This Earth of Mankind (Bumi Manusia)

Download Malay Subtitle

Release info

This Earth of Mankind 2019 NF WEB-DL
A Commentary by RumahKarangan
Netflix retail. :)

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2020-04-29
Downloads: 38
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Credit: RumahKarangan SEBENTAR LAGI, "INDONESIA RAYA," LAGU KEBANGSAAN, AKAN BERKUMANDANG.

PARA PENONTON, DIMINTA BERDIRI.

KEPADA IBU BAPA KESAYANGAN KAMI, SRI HIROO & SRI VINITA BHARWANI

DARIPADA KARYA AGUNG PRAMOEDYA ANANTA TOER

Tanah Hindia.

Hindia Timur Belanda.

Tanah air saya kini belajar perkataan baru.

"Moden."

Perkataan yang membawa fikiran saya ke bahagian lain dunia.

Eropah.

Selamat datang, kemajuan.

Sila nikmati semua perkara baru ini.

Ciptaan teknologi baru yang memendekkan jalan dan jarak.

Saya bertuah dapat merasainya semasa zaman muda.

Kagum dengan tarikan sains dan pemikiran Eropah.

Sehingga saya hanyut...

terlupa asal-usul sebagai orang tempatan.

Bangsa yang berada di bawah Belanda dan campuran.

Bangsa yang menjadi tetamu di tanah air mereka sendiri.

Dibentuk untuk melihat kehebatan orang Eropah.

Pendidikan Eropah. Gaya hidup Eropah.

Minke.

Hei! Minke!

Hei, Minke! Hei!

Buka pintu, Minke!

Hei!

Tuan.

Apa yang awak buat di sini?

Minke!

Awak yakin dia ada di dalam?

Di mana lagi dia berada? Saya satu-satunya kawan dia.

Awak sudah periksa di rumah Jean Marais?

Minke! Kaki tidur.

Ini bau apa?

Ah... Max Havelaar.

Awak memang menyedihkan! Penyumbaleweng dan suka berangan.

Awak cuma mampu berangan.

Ayuh, Minke. Ayuh keluar cuci mata.

Ada ramai orang berkumpul di jalanan.

Jadi kenapa, Suurhof? Ada apa di luar?

Minke, awak lupa hari ini hari pertabalannya?

Sayang, saya pergi dulu.

Ia sudah bermula?

Berhenti.

Mak!

Raden Mas Mulyo.

Sedia?

Satu, dua, tiga.

Hantar ini ke Wonokromo.

Itu pula ke Tanjung Perak.

Silakan.

Aiskrim ini ciptaan terbaik, Minke!

Otak manusia bukan saja boleh mengubah

kapal kayu kepada bot api,

ia boleh membawa udara sejuk ke tanah tropika.

Ayuh, alihkan. Cepat!

Rasanya pelik.

Awak dan selera Jawa.

Ayuh ke sana.

Saya mahu berbual dengan awak tentang sesuatu.

Hei!

Ini kelab persendirian untuk darah asli Belanda saja!

Bertenang. Saya ada.

Awak berdarah campuran, bukan darah asli. Marilah.

ORANG TEMPATAN ATAU ANJING DILARANG

Marilah.

Suurhof...

Berhenti.

Apa awak buat di sini? Ini kelab peribadi Belanda.

Kami tak berniat mahu masuk...

Cakap bahasa Melayu. Bahasa Belanda bukan untuk monyet.

- Pergi. - Kita ke tempat lain.

- Rosak angin saya. - Pergilah!

Mari, Suurhof!

Di sini? Saya kata cari kafe lain.

- Bukan kedai ini. - Diam sajalah.

Apa yang begitu penting sampai awak kejut saya seawal ini?

Annelies Mellema.

Siapa orangnya?

Buaya darat tempatan. Awak memang ketinggalan zaman.

Gadis ini berada di Wonokromo. Dia gadis kacukan.

Lebih cantik daripada gadis dalam gambar yang awak simpan.

Jadi? Apa kaitan dia dengan saya?

Soalan yang saya nanti-nantikan.

Kalau awak lelaki sejati, saya kebetulan kenal abangnya.

Robert Mellema. Kami peminat pasukan bola yang sama.

Beberapa hari lagi, saya akan berkunjung ke rumahnya.

Saya akan jemput awak.

Tak boleh. Saya banyak kerja.

Pergilah cari orang lain.

Penakut. Awak belum masuk gelanggang.

Setuju!

Setuju.

Jumpa lagi, puan. Jumpa lagi, Sastro.

Minke.

Awak pasti awak mahu luangkan masa dengan Suurhof?

Awak tak tahu apa orang kata tentang dia?

Apa? Tentang ibunya cuba bersalin di atas kapal

supaya dia dianggap darah asli Belanda?

Bukan itu saja.

Jika sains mencipta mesin cuci darah...

dialah orang pertama yang cuci darah tempatannya.

Baiklah.

Jumpa nanti.

Jaga diri.

- Ini apa? - Hei, Minke.

Kenapa sewa kereta kuda yang mahal, Suurhof?

Ini lebih daripada mahal. Ia ada spring istimewa.

Harganya dua kali ganda daripada kereta kuda itu sendiri.

Kenderaan emas ini akan bawa awak untuk pikat gadis impian awak.

Saya pula untuk makan daging anak lembu jantan. Hebat, kan?

- Daging anak lembu jantan? - Tepat sekali.

Itulah tahap kekayaan mereka.

Awak akan berterima kasih kepada saya nanti.

Silakan, tuan yang budiman.

Jika Annelies ini secantik yang awak katakan,

kenapa tak ambil dia untuk diri sendiri?

BERITA HARIAN SURABAYA

Dia kacukan.

Walaupun jika dia secantik mawar, dia tetap bukan darah asli.

Saya hanya cari gadis berdarah Belanda asli. 100 peratus Eropah.

Awak terlalu naif, Minke.

Dunia ini seperti taman.

Berwarna-warni.

Namun sebatang tulip

jauh lebih berharga daripada sejambak mawar.

- Mangga saya! - Hei, berhenti!

- Perempuan bodoh! - Apa masalah dia?

Lihatlah apa yang awak buat!

Mari sini!

Maafkan saya, tuan.

GUNDIK DAN PERHAMBAAN

Saya perlukan tulip.

Bukannya mawar ataupun nyai.

Nyai!

- Ini awak punya. - Terima kasih, cik.

Awak juga, Minke.

Awak akan menjadi regen satu hari nanti.

Lain kali kita bertemu, saya cuma ada satu soalan.

Berapa ramai perempuan simpanan yang awak ada?

Awak pandang rendah terhadap bangsa kami?

Saya orang Jawa

yang takkan sesekali memiliki perempuan simpanan, Suurhof.

Saya juga takkan sesekali jadi regen.

Merepek.

Minke.

Awak nampak tempat itu?

Saya yakin awak akan berada di sarang penghisap candu

yang dimiliki oleh Babah Ah Tjong!

Ah! Kita sudah sampai, Minke.

Saya Robert Suurhof

tetamu tuan awak, Robert Mellema.

ESTET BUITENZORG

Mellema.

- Apa khabar? - Baik.

Saya bawa kawan. Tak apa?

Minke, Robert. Robert, Minke.

Hanya Minke?

Tiada nama keluarga?

Parjiah!

Dua air halia, satu air kosong.

Suurhof, bagaimana keadaan pasukan kita?

Lawan seterusnya sukar.

Awak memang pesimis. Kita baru menang perlawanan sebelumnya!

Itu kerana lawan minggu lepas lemah.

Suurhof, lawan seterusnya tempat kedua dalam kedudukan liga.

Cik Annelies, apa khabar?

Sihat.

Terima kasih.

Annelies Mellema.

Minke.

Bila kita mahu pergi memburu?

Cuma Minke?

- Tak tahu malu. - Kasihan.

Saya orang tempatan.

Duduklah.

Ayuh, duduk.

Apa salahnya jadi orang tempatan?

Ibu saya orang tempatan.

Orang Jawa.

Kenapa awak berbangga dengan perkara itu, Annelies?

Saya cuma beritahu perkara sebenar.

Kenapa? Saya salah?

Tetamu abang ialah tetamu saya sekarang.

Mari kita masuk, Minke.

Mari.

Peti nyanyi.

Edison, dari Amerika.

Lokomotif wap. Ciptaan moden.

Suurhof, mari sini. Kita tukar pakaian dulu.

Patung Airlangga.

Kris Nogo Manten, dari Madura.

Nefertiti.

Saya fikir orang di sini cuma kenal kincir air Delft Blue.

Sejarah mata pelajaran kegemaran saya.

- Di mana sekolah awak? - Sekolah sama dengan Suurhof.

Suurhof, marilah!

Itu kegemaran ibu saya.

Sie Jin Kwie, kan?

Ini asli?

This Earth of Mankind subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left