The first 200 lines.
Wah, makanan di sini sangat sedap!
Suasananya juga bagus.
24hb Disember, Malam Krismas
24hb Disember, Malam Krismas
Kau patut cari teman wanita dan bawa dia datang ke sini.
Ayah akan beri kau guna kad kredit Ayah.
Ayah!
Tahun depan, saya pelajar tahun 3!
Ah! Itu tak bermakna kau tak boleh makan malam bersama teman wanita kau.
BELAJAR BAHASA INGGERIS SECARA ONLINE !
Kau tengah tunggu sesiapa?
Oh... So-woo.
Saya rasa dia sedang hadapi masalah kebelakangan ini.
So-woo?
Ya.
Dia tak pergi ke sekolah dan saya tak dapat hubungi dia.
Saya fikir dia sudah mula tertekan lagi.
Tapi saya tak tahu bagaimana mahu tolong dia.
Jangan risau mengenai perkara itu.
Dia selalu begitu, kan?
Dia tak apa-apa.
Kali ini lain sedikit.
Dia asyik cakap perkara yang saya tak faham.
Seperti dia sudah jadi orang lain.
Tapi Ayah,
Ayah nampak seperti selalu penat kebelakangan ini.
Mungkin kita boleh pergi melancong bila cuti sekolah.
Bagus juga! Kita nak ke mana?
Bila kau akan kembali hadir ke sekolah?
Ji-hoon bimbangkan kau.
Dia cakap, kau seperti sedang menghadapi masalah.
Bila dengar perkara itu...
Aku ingin tahu bagaimana muka Pakcik waktu itu.
Saya ada dengar daripada Ji-hoon.
Ayah kandungnya membunuh ibunya,
dan bagaimana Pakcik menyentuh hatinya selepas itu.
Pakcik menerima dia sebagai ahli keluarga,
dan bagaimana Pakcik
menjaganya.
Pakcik berhenti menjadi peguam pendakwaraya
kerana Pakcik risau yang Ji-hoon akan selalu ingat kejadian itu?
Saya terkejut.
Saya tak percaya orang sebegitu baik ada di dunia ini.
Hati yang sebegitu baik tanpa ada maksud lain di sebalik perbuatannya!
Tapi sekarang ni, Pakcik...
Saya takut satu hari nanti saya akan jadi orang dewasa seperti Pakcik.
Tak perlu risau pasal saya.
Risaukan saja pasal Ji-hoon.
Apa maksud kau?
Adakah...
Ji-hoon tahu mengenai perkara ini?
Kenapa?
Pakcik malu?
Saya akan beritahu dia nanti.
Dia perlu tahu.
Dia perlu tahu perangai Ayahnya yang sebenar.
Dia baru sahaja pulih.
Jangan buat dia menderita lagi.
Saya perlu tutup mulut kerana itu lebih baik?
Saya tak akan buat begitu lagi.
Ji-hoon berbeza daripada semua pelajar dalam senarai itu.
- Dia sahabat saya. - Jika dia adalah sahabat...
Bukankah kau sepatutnya melindunginya?
Kenapa Ji-hoon perlu tahu tentang perkara ini?
Kerana saya kesian dengannya.
Pakcik tak kasihankan dia?
Dia begitu yakin yang Pakcik adalah seorang penyelamat hidupnya.
Dia begitu sayang dan hormatkan Pakcik!
Keadaan ini sangat menyedihkan.
Perangai Pakcik yang sebenar adalah jauh daripada apa yang diketahuinya.
Dikecewakan dan disakiti oleh Pakcik
adalah beban yang terpaksa dia tanggung.
Itu bukan salah saya.
Itu sahaja
yang saya ingin beritahu Pakcik.
Berani kau cakap mengenai Ji-hoon seperti itu?
Penjaga Sekolah Tinggi Jeong-guk (Jongpa).
Kau hanyalah berlakon menjadi hero di Internet. Jangan ingat kau istimewa!
Tiada siapa pun akan terima kau di dunia nyata.
Kau tak boleh bergaul dengan pelajar lain, kau selalu negatif,
komplen tentang sistem, menyebarkan perkara negatif seperti kanser!
Bukan sahaja di sekolah, tapi
kau akan hidup sendirian seumur hidup kau menaip di papan kekunci,
dan mati seorang diri!
Tapi, Ji-hoon...
bukan seperti kau, yang tak boleh hidup bermasyarakat.
Jangan dekati Ji-hoon lagi!
(SOLOMON'S PERJURY EPISOD 11)
Lama tak jumpa!
Hai.
Kau banyak berubah berbanding pertemuan kita yang lepas.
Kita berdua tak pernah berjumpa tanpa kehadiran So-woo.
Ya.
Rasa sedikit janggal.
Apa khabar?
Biasa sahaja. Kau bagaimana?
Cikgu tak patut tanya.
Sudah tentulah kau tak OK.
Taklah.
Saya OK.
Kau tak perlu sembunyikannya daripada Cikgu.
Serius...
Kau OK?
Tak.
Jadi, kenapa?
Kenapa kau seksa diri kau begini?
Saya ingin tahu.
Ada jawapan yang saya ingin cari.
Daripada siapa?
Ji-hoon.
Apabila Cikgu tahu mengenai perbicaraan ini...
Cikgu tak tahu kenapa kau pergi sejauh itu.
Semua orang ada hak untuk melupakan.
Untuk terus bercakap mengenai So-woo pada orang-orang yang sudah pun ucapkan selamat tinggal,
dan berbincang mengenai kejadian ini di hadapan umum,
ia buat orang tak selesa.
Cikgu tak fikir ianya perlu.
Tapi...
Cikgu asyik dengar bagaimana perbicaraan itu berjalan, dan Cikgu sedar apa yang kau sedang lakukan.
Jadi,
Cikgu buat keputusan untuk menjadi saksi.
Saksi kepada pihak pendakwa.
Cikgu akan bercakap mengenai sekolah?
Ya.
Kenyataan yang Choi Woo-hyuk tidak bersalah telah pun terbukti.
Sudah tiba masanya Cikgu tampil ke hadapan.
- Saya rasa itu idea yang baik. - Tapi...
Sebanyak mana perlu Cikgu beritahu?
Semuanya.
Semuanya?
Mengenai kau juga?
Ya.
Kau boleh hadapinya?
Saya sudah bersedia sebelum perbicaraan bermula lagi.
Saya bukan lagi peguambela dalam perbicaraan ini.
Kau tak boleh suruh hakim datang untuk mesyuarat para peguam!
Jadi kau nak aku buat apa? Soo-hee tak ada di sini dan aku tak boleh tolong Seo-yeon.
Kau yang datang begitu cepat bila aku minta datang jumpa aku!
Kau tak cakap ada mesyuarat.
Kenapa? Kau ingat aku ada perkara nak beritahu kau sendirian?
Ya... Tak.
Cepat, aku terpaksa tangguhkan kelas aku tadi.
Tak ada perkara yang pelik.
Tapi aku rasa perlu beritahu kau apa yang akan diperkatakan di perbicaraan nanti.
Aku sudah tahu mengenai rekod panggilan.
Aku sudah tengok video ini.
Cikgu Lee Jung-woo?
Ya.
Dia cikgu pendidikan seni kita tahun lepas.
Nampaknya, dia rapat dengan So-woo.
Dia ada perkara yang nak cakapkan mengenai pihak sekolah.
Yeke?
Itu sangat mengejutkan.
Timbalan Pengetua lagi? Kenapa?
Kau tak ingat betapa marah dia sebelum ini?
Aku tahu.
Tapi dia akan bercakap pada posisi berbeza kali ini.
Dia cakap akan berikan keterangan secara jujur kali ini.
Dia akan cakap mengenai kenapa pihak sekolah mahu sembunyikan kes So-woo.
Dia akan jadi pemberi maklumat lepas dia dipecat?
Ini akan buat ramai orang marah.
Aku akan berhati-hati.
Siapa saksi yang terakhir?
Aku tak pernah dengar nama ini sebelum ni.
Itu akan diberitahu di dalam perbicaraan nanti.
OK.
Tapi kau faham yang saksi dan bukti kau ada sekarang tidak lagi objektif, kan?
Saksi kau adalah bekas pekerja sekolah, dan bukti kau juga hanyalah
andaian mengenai malam itu.
Pihak pendakwa tidak ada fokus jelas dalam perbicaraan ini.
Kita hanya ada 3 hari sebelum diberhentikan sekolah.
Aku tak boleh fokuskan pada satu perkara sahaja.
Aku rasa aku boleh cari bukti ketika mendengar keterangan saksi
mengenai pelajar lelaki itu.
Aku fikir ini akan jadi soalsiasat psikologi.
Aku mahu cuba dahulu.
Sejak bila kau jadi berani tak bertempat?
Seperti kucing Schrödinger! Satu paradoks!
Betul juga.
Apa ni?
Apa yang kau berdua cakapkan?
Apa benda tu?
Kau tak tahu pun tak mengapa.
Apa dah jadi?
Selamat hari jadi. Selamat hari jadi!
Apa ni? Bukankah kita sudah bersetuju untuk tidak menyambut hari jadiku tahun ini!
Walau macam mana sibuk pun kau, hari lahir tak boleh diabaikan!
Kau mungkin hanya ada 80 hari jadi sahaja lagi.
OK, sekali lagi!
Selamat hari jadi Seo-yeon, kesayangan kami...
Selamat hari jadi!
Terima kasih! Ini buat aku rasa lebih lega.
Hey, terlalu awal untuk rasa begitu.
Kau masih ada ini!
Tunggu, berhenti!
Saya benci Kakak! Kenapa tak mahu sambut hari lahirnya?
Sudah terlalu lama saya menunggu hari ini!
Mak tahu, Mak tahu...
Mari kita keluar makan bila Ayah balik nanti.
Bukan itu!
No comments yet. Be the first to leave one.