Release info

Hack Your Health The Secrets Of Your Gut 2024 WEB H264-RBB
A Commentary by sash35

Tags

web
TS
webrip
x264
720p
720
BRip
Web-DL
web-dl
WEB-DL
1080
YTS
Published on: 2024-04-26
Downloads: 39
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Manusia telah menemui banyak benda baru di planet ini.

Kita juga dah pergi ke bulan.

Tapi tiada sesiapa pernah mengembara ke dalam perut mereka sendiri.

Kita jarang bercakap tentang perut kita.

Walaupun ia mempengaruhi kesihatan kita,

perasaan kita, sama ada berat badan kita berlebihan,

penyakit yang boleh dijangkiti,

cara sistem imun kita dilatih,

dan juga perjalanan hidup kita.

Kadar penyakit obesiti di Amerika didapati semakin meningkat.

- Kadar kanser kolorektum. - Penyakit jantung.

- Sindrom usus rengsa. - Cirit-birit!

- Peningkatan kadar autisme. - Peningkatan kemurungan dan keresahan.

Apa yang sihat?

Makan pun menyakitkan?

Bagaimana saya nak jadi sihat?

Kenapa saya susah nak kurus?

Kenapa saya masih tak kenal badan saya?

Bagaimana nak baiki perut saya?

Adakah saya perlu buang duit untuk beli makanan tambahan?

Ada banyak perkara yang diiklankan.

Apa dia? Diet? Karbohidrat? Bukan diet?

Jika kita lihat perut kita, semua ini lebih mudah difahami.

Kita anggap perut kita sebagai tempat najis dihasilkan.

Tapi ia merupakan pusat revolusi bioperubatan.

Penyakit seperti keresahan, kemurungan, kanser,

autisme dan penyakit Parkinson mempunyai kaitan dengan perut.

Banyak belum diketahui tentang bidang ini.

Ada 97 peratus lagi yang perlu dikaji.

AISKRIM

Kita sudah mampu

tentukan jenis makanan yang sesuai dimakan.

Perut kita fleksibel. Ia berubah berdasarkan pemakanan kita.

Apabila kita sedar perkara itu, semuanya akan berubah.

MANNHEIM, JERMAN

Semasa saya masih remaja, saya pun keliru tentang kesihatan perut.

Saya tak boleh makan laktosa. Saya ada penyakit kulit.

Berat saya naik secara tiba-tiba

walaupun tiada sebab yang jelas.

Jadi saya mula baca tentang fungsi perut

dan saya sedar apabila kita kaji sesuatu organ,

kita akan jumpa banyak jawapan.

Pada satu pagi, rakan sebilik saya datang dan kata,

"Giulia, awak suka perut. Awak selalu cakap tentangnya.

Apa awak tahu tentang berak?"

Saya tak tahu.

Jadi saya masuk dalam bilik dan buka tiga buah buku

dan jawapannya buat saya fikir,

"Apa? Bahagian ini pun menyeronokkan."

Kenapa kita nak rasa malu? Semuanya menakjubkan.

DR. HEINER KRAMMER MENTOR GIULIA

Apabila ia melibatkan perut, kita selalu rasa malu dan bersalah.

Itu langsung tak masuk akal kerana apabila difikirkan,

inilah organ yang memastikan kita hidup.

Jika kita mula belajar tentangnya, kita mesti akan lebih menghormatinya.

Sains boleh bantu kita jawab soalan tentang kesihatan kita.

Kali pertama saya lakukannya bersama Profesor Krammer, dia kata,

"Tengok? Semua orang sama di dalam."

Ia bermula dengan esofagus.

Ia mengangkut makanan ke perut

yang menyalurkannya ke usus kecil.

Selebihnya akan masuk ke dalam usus besar, kolon.

Apa-apa yang tak diperlukan akan keluar dari dubur.

Ia dah selesai.

Sains perut telah menjadi topik terhangat dalam bidang bioperubatan

sejak sedekad lalu.

Masih banyak belum diketahui tentangnya.

Perut kita mempengaruhi seluruh badan kita.

Ia juga boleh menjejaskan keadaan dalam otak.

Wah!

Sudah lama kita tahu kepentingan badan kita.

Cuba lihat bahasa kita.

Jika kita kecewa, kita makan hati. Jika kita berani, kita cekal hati.

Jika kita gementar, kita akan rasa susah hati.

Perut ialah otak kedua kita.

Wah!

Dari perspektif evolusi,

otak kita tak pernah wujud tanpa menerima isyarat dari perut.

Saya sedang ditelan oleh perut saya.

Perut saya dah lawan balik.

Bidang ini telah mengganggu perubatan moden.

Pameran ini berdasarkan buku tentang perut yang ditulis oleh saya dan adik saya.

Tujuannya ialah menjelaskan fungsi sebenar perut kita.

Mungkin ini lebih baik.

Ini lebih tepat apabila dilihat begini.

Saluran usus tak lurus.

Ia bengkok di merata tempat.

Contohnya, perut kita begini.

Di atasnya ada gelembung udara.

Jika ada banyak udara dalam perut kita

yang nak dikeluarkan, kita baring di sebelah kiri

supaya gelembung udara itu boleh keluar.

Jika saya zarah makanan, saya akan sampai di usus kecil

dan semua lipatan serta vilus ini akan terkeluar dan saya akan...

Saya boleh dihadamkan dan masuk ke dalam saluran darah.

Perkara paling menarik ialah badan kita tak boleh hadam sendiri.

Kita perlukan mikrob untuk penghadaman.

Virus paling kecil bekerjasama dengan bakteria kecil,

bekerjasama dengan yis yang lebih besar, bekerjasama dengan manusia,

dan inilah yang dipanggil mikrobiom.

MIKROBIOM

Ramai orang sangka bakteria jahat,

tapi 99 peratus daripadanya tak memudaratkan kita.

Malah ada yang membantu kita.

Sesetengah bakteria mempunyai peranan yang sangat penting.

Jika kita biar ia hidup dalam badan, ia boleh membantu kita.

Ia membantu penghadaman kita.

Sedapnya!

Ia membantu mengurangkan keradangan dan memastikan sistem imun

tidak menghasilkan penyakit autoimun.

Lebih kurang 70 peratus sistem imun kita berada dalam perut.

Bakteria akan melatih sistem imun itu

untuk bertindak balas terhadap organisma yang memudaratkan.

Ia menghasilkan bahan kimia yang tak boleh dihasilkan oleh badan.

Mikrob boleh membentuk hormon dan buat kita rasa lapar atau kenyang.

Ia boleh berkomunikasi dengan otak dan organ-organ lain.

Ia membentuk otak kita semasa kecil dan semasa kita membesar.

Jika kita lihat genetik yang ada dalam dan pada badan kita,

badan kita terdiri daripada 99 peratus mikrob.

Kita sering percaya yang kesihatan ditentukan oleh genetik,

tapi sekarang kita tahu bahawa mikrobiom boleh menjadikan seseorang gemuk,

murung, ada alahan dan buat kita rasa tertekan atau tenang.

Kita tak tahu betapa besar peranannya dalam entiti ini.

Bagi sesetengah orang, peranannya besar

dan bagi orang lain, ia lebih kecil.

Cubaan pertama.

Terima kasih.

Walaupun kita tak nak mengaku, kita semua ada masalah perut

dari masa ke masa.

Manusia ada hubungan berbeza dengan makanan, jenis penyakit,

tindak balas terhadap ubat dan sejarah hidup mereka pun berbeza.

Jika saya makan makanan selain sayur,

perut saya akan rasa sakit dan itu akan menyukarkan kerja saya.

Baru kita sedar ada perkara yang kita ambil mudah.

Seperti membuang air besar.

Saya dah belajar untuk mensyukuri perkara-perkara kecil.

Saya dah cuba kawal berat badan dengan pelbagai cara,

tapi berat saya akan turun dan akan naik dengan lebih banyak.

KOBI - PEMAKAN KOMPETITIF YANG TAK PERNAH RASA LAPAR

Ramai orang akan kata mereka lapar

dan mereka nampak gembira selepas makan.

Saya mencemburui mereka kerana saya tak boleh rasa lapar.

Kami sedang cuba memahami sebab semua perbezaan ini

menjadikan orang berbeza.

Kami rasa jawapannya ialah mikrobiom.

Untuk memahami perbezaan kita,

kita perlu lihat asal usul mikrob kita.

Kita dilahirkan tanpa mikrob.

Mikrob akan masuk ke dalam badan sebaik saja kita dilahirkan.

Kelahiran kita ialah detik permulaan segalanya.

Apabila kita dilahirkan melalui faraj,

kita terdedah kepada bakteria dalam faraj ibu kita.

Kemudian apabila kita keluar, muka kita akan turun ke arah punggung.

Kita juga dapat bakteria perut kerana kita dekat dengan punggung,

jadi itulah asal usul kolonis mikrob pertama kita.

Ia akan menjadikan perut kita sesuai untuk didiami mikrob lain.

Kita membentuk mikrobiom kita dengan semua pilihan dan pengembaraan

dalam hidup kita.

Orang yang dicium, benda yang masuk mulut, destinasi percutian kita.

Makanan kita, hubungan kita dengan adik-beradik,

haiwan peliharaan kita.

Senaman, tekanan, pengalaman semasa kita kecil,

sama ada kita hadapi kesukaran.

Disebabkan ini, semua orang ada mikrobiom yang unik.

Ia seperti koleksi memori mikrob.

Mikrobiom boleh menjadi kunci kesihatan dan ia sesuatu yang menyeronokkan

kerana kita tak boleh ubah genetik kita,

tapi kita semua ada kebolehan untuk ubah mikrob kita sendiri

melalui perubahan ringkas kepada diet dan gaya hidup kita.

Sedap dan berminyak. Ya, Tuhan.

Mikrobiom industri tak begitu sihat

dan mungkin menjadi penyebab penyakit biasa dan penyakit serius.

Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik yang berleluasa,

seperti obesiti, diabetes,

hipertensi dan alahan makanan.

Saya rasa pendapat kita tentang penyakit perlu diubah.

Perubahan besar kepada persekitaran kita,

diet barat, cara bayi dilahirkan,

pembedahan Caesarean, susu formula,

sanitasi dan antibiotik

boleh menyebabkan kekurangan kepelbagaian mikrobiom.

Itulah yang boleh dilihat dalam mikrobiom industri.

Saya lahir melalui pembedahan Caesarean dan entah berapa lama saya disusukan.

Saya selalu sibuk dengan anak atau kerja, jadi saya selalu rasa tertekan.

Juara Nathan's Famous sebanyak lima kali, Takeru Kobayashi!

Saya rasa tiada apa-apa yang sihat

tentang kerja saya.

Entah apa kerosakan yang dah berlaku dalam badan saya.

Saya pun tertanya-tanya tentang kesannya terhadap kesihatan

dan kepada mikrobiom saya.

Kita dah kehilangan beratus-ratus spesies dalam perut kita.

Ia dah pupus.

Kita dah mula sedar bahawa faktor paling penting

dalam menentukan kesihatan komuniti mikrob ialah diet kita.

Terdapat beberapa kekurangan dalam diet penduduk Amerika,

walaupun diet itu dianggap sihat.

Sekarang di Amerika, hampir 60 peratus daripada kalori makanan

ialah makanan yang telah diproses.

Makanan itu telah ditapis.

Ia tak mengandungi sebarang nutrien daripada bahan asal.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left