The first 200 lines.
Jauh dalam kegelapan musim sejuk,
seorang ibu pertama kalinya mendengar suara-suara
anak-anaknya yang baru lahir.
Mari kita namakan ibu beruang ini "Sky."
Anak-anaknya pula kita namakan Scout dan Amber.
Hai, anak-anak.
Kata orang, tahun pertama mengasuh anak adalah yang paling sukar.
Lambat laun Sky akan sedar bahawa, bagi beruang,
ia hampir mustahil.
Hampir separuh daripada anak-anak beruang
tak akan selamat mengharungi tahun pertama mereka.
Tapi buat masa sekarang, jauh di dalam jerumun ini,
mereka selamat.
Ia panas dan selesa.
Setelah menghabiskan musim sejuk bersama,
ia mungkin berbau agak busuk.
Sky bertungkus-lumus sewaktu musim panas,
memakan lebih 40 kilogram ikan sehari,
untuk menyimpan lemak secukupnya
untuk bertahan semasa bulan-bulan awal ini.
Tetapi kini ia berasa lapar,
dan jika ia tak cepat makan,
ia akan kekeringan susu yang diperlukan oleh anak-anaknya.
Mereka bakal mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya.
Sky perlu membawa anak-anaknya turun ke pantai,
dan ia berharap ada banyak ikan salmon musim panas ini.
Tapi itu bukan sesuatu yang pasti.
Nyawa Scout and Amber bergantung padanya.
Okay, waktu berpelukan sudah tamat.
Beruang-beruang ini perlu mula bergerak.
Inilah kisah tahun pertama mereka yang menakjubkan.
Ini satu tempat yang mengagumkan untuk mengambil langkah pertama.
Anak-anak kecil ini harus memberanikan diri
sebaik saja tapak kaki mereka menjejak salji itu.
Ini Semenanjung Alaska.
Dengan lebih dua juta hektar
kawasan taman negara terpelihara,
ia merupakan kediaman beribu-ribu ekor beruang perang.
Lima bulan yang lalu,
Sky mendaki pergunungan ini untuk menggali jerumunnya.
Tetapi sekarang, ia merupakan halangan terbesar baginya.
Mereka harus berjalan
merentasi kesemua gunung beku ini
sebelum dapat menemui walau sedikit makanan.
Jelas sekali Sky gembira kerana dapat keluar daripada jerumun busuk itu.
"Tunggulah, Mak!"
Mungkin ia terlampau gembira.
Tiada yang dapat menandingi sentuhan ibu yang lembut.
Seperti ibu-ibu baru yang lain,
Sky kurang sabar dengan sikap suka berlengah-lengah.
"Mari sini, kamu. Mari sini."
"Alamak, Mak! Janganlah pakai gigi!"
"Oh!"
Ia tak menyakiti Scout, tapi...
Sky masih perlu banyak belajar tentang perihal mengasuh anak.
Hidup memang lebih senang semasa ia seekor beruang yang bujang.
Sekarang, ia terpaksa mengikut rentak anak-anaknya.
"Ayuhlah, kamu berdua."
Ia mempunyai sebab munasabah untuk berlaku tegas.
Perjalanan mereka amatlah jauh.
Dengan setiap hari yang berlalu,
perjalanan ini hanya akan jadi semakin sukar.
Berjalan-jalan di luar pada hari musim bunga yang hangat
mungkin nampak seronok,
tapi kehangatan itu mencetuskan pencairan.
Salji yang melindungi mereka sepanjang musim sejuk
bertukar menjadi musuh yang dahsyat.
Runtuhan salji.
Bencana gergasi ini
mampu mencapai kelajuan sehingga 129 kilometer sejam.
Sebuah tembok salji dan ais
yang merempuh segala yang ada di depannya.
Sky dan anak-anaknya bernasib baik kali ini,
tetapi ini mengingatkan mereka untuk terus mara.
Amber telah menemui cara bijak untuk tak ketinggalan,
minta saja ditumpangkan.
Hanya perlu cari tempat menyangkut kaki.
Itu dia.
Tetapi Scout, yang lebih sukakan cabaran,
ingin menjelajah mengikut rentaknya sendiri.
Kini mereka telah berjalan lebih daripada seminggu,
dan pendakian mereka semakin curam.
Semasa mendaki gunung yang terakhir,
Scout dan Amber berusaha sedaya upaya,
tetapi ia bukan perkara yang mudah.
Mereka asyik menghalang satu sama lain.
Mereka telah berjaya sampai ke puncak.
Pantai kini sudah kelihatan.
Segalanya akan menurun mulai sekarang.
Salji musim sejuk di pantai Alaska telah cair,
dan kesemua tumbuhan menghijau itu
menjanjikan makanan untuk mereka.
Sebuah padang rumput yang sunyi.
Masa untuk berehat sebentar.
Amber memang cukup santai.
Ini seekor anak beruang yang sentiasa rapat dengan ibunya.
Scout pula berlagak seolah-olah ia terlalu matang untuk didukung.
Menunggang beruang hanya mainan bayi.
Scout amat terkejut dengan apa yang dilihat olehnya.
"Beruang-beruang lain?
"Ada beruang-beruang lain di dunia ini?"
"Orang lain pun tahukah?"
Sky memang tahu.
Malah, ibunya telah membawanya ke padang rumput ini semasa kecil.
Sejak itu ia sentiasa kembali ke sini setiap kali musim panas.
Kesemua beruang di sini turun dari kawasan pergunungan.
Mereka kebuluran.
Mereka sebenarnya amat memerlukan protein daripada banyak ikan salmon.
Tetapi ini memadai dalam keadaan terdesak.
Bagaikan memakan salad yang kotor.
Sky dan Amber kepenatan setelah berjalan sebegitu jauh.
Tetapi Scout pula, dia terlalu teruja untuk tidur.
Tempat ini dipenuhi beruang!
Scout sedang mencari model peranan.
Ia bakal menjadi beruang jenis apa?
Ia mungkin seekor beruang garang.
Sentiasa bergaduh.
Nampak seperti menyusahkan.
Tidak, beruang-beruang ini terlalu sedap dipeluk.
Ia pasti ingin jadi lebih gagah daripada ini.
Scout yakin ia akan menemui seekor beruang yang boleh dikagumi.
"Agaknya...
"Mungkin yang itu... Tidak.
"Oh, tolonglah.
"Tolonglah sesiapa buat sesuatu!
"Ha? Wow.
"Sekurang-kurangnya ia nampak seronok.
"Hanya seekor beruang.
"Seekor beruang yang paling gagah, dan hebat.
"Ada sesiapa? Hello?
"Kamu, encik...
"kamu mahu mengejar saya?
"Tidak. Kamu mahu menjilat seekor nyamuk.
"Saya sangkakan seekor beruang kebiasaannya,
"entahlah, lebih garang.
"Lupakan saja.
"Ini memang sungguh memalukan."
Jika Scout mencari seekor beruang yang gagah,
ia akan bakal menemuinya.
Magnus.
Beruang ini amatlah besar.
Dengan berat badan melebihi 450 kilogram,
ia tiga kali ganda lebih besar berbanding Sky,
dan padang rumput ini ialah kawasannya.
Ia bersifat penuh keyakinan, dominan,
dan semua pun tahu menjauhkan diri darinya.
Sky harus menjauhkan anak-anaknya daripada beruang seperti Magnus.
Ia terpaksa mencari makanan di tempat yang lebih tenang.
Sambil Magnus mengawasi kawasan kekuasaannya,
jelas sekali ada satu perkara tertentu yang bermain di fikirannya.
Atau secara khususnya, seekor beruang betina.
Magnus mungkin memiliki tubuh seberat setengah tan,
tetapi ia tak pandai mencari teman.
Magnus, kamu bersikap terlalu terang-terangan.
Cuba suntikkan sedikit unsur misteri!
Contohnya kutipkan untuknya bunga dari padang rumput ini.
Kamu nampak ia berjalan pergi? Itu...
Itu maksudnya "Tak nak," dalam bahasa beruang, rasanya.
Saya dah mula rasa bersimpati terhadapnya.
Sky telah menemui tempat sunyi di padang rumput ini
untuk menyusukan anak-anaknya.
Scout dan Amber sedang mengalami lonjakan pertumbuhan,
dan mereka memerlukan susu sebanyak mungkin.
Tikani.
Ia seekor serigala kelabu, dan pencuri di padang rumput ini.
Serigala ini tahu bahawa seekor anak beruang yang perlahan,
boleh dijadikan mangsa dengan mudah.
Sebab itulah keadaan Sky jauh lebih sukar
berbanding beruang-beruang lain.
Ia harus memastikan anak-anaknya sentiasa di sisi.
Amber bakal mengetahui apa akan berlaku,
sekiranya kita menunggang beruang tanpa memakai tali keledar.
Sky mendapati dirinya didesak ke satu kawasan terpencil dan tak dikenali.
Kawasan yang berbahaya.
Bahaya menampakkan dirinya hampir serta-merta.
Ini Chinook.
Haiwan terbuang.
Setelah diusir dari padang rumput ini oleh Magnus,
Chinook telah menjadi semakin kurus, garang,
dan terdesak mencari makanan.
Apa jua makanan.
Termasuklah anak beruang.
Tiada tempat untuk bersembunyi.
Sky harus mempertahankan kedudukannya.
Cara Chinook berlegar-legar adalah bahaya.
Jika Sky menampakkan sebarang kelemahan,
Chinook akan menyerang.
Ia berhasil.
Sky berjaya mempertahankan kedudukannya.
Chinook pun meneruskan pemburuannya di tempat lain.
Scout dan Amber pasti berasa kagum pada ibu mereka.
Pada waktu-waktu tertentu dalam setahun
perubahan yang besar berlaku di kawasan pantai.
Dataran-dataran lumpur yang luas mula terdedah.
Kawasan gurun berlumpur ini mengandungi banyak hasil.
Sky dan anak-anaknya telah pergi jauh
ke pinggir air surut
mencari apa saja yang boleh memberikan khasiat.
Beruang mempunyai deria bau yang amat kuat.
Hidung mereka adalah tujuh kali ganda lebih sensitif berbanding manusia.
No comments yet. Be the first to leave one.