The first 200 lines.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Empat pai sterlet dan sturgeon!
Enam "Bronze Horsemen" daging!
Pai daging kita nampaknya popular!
Tawaran istimewa, dua pai untuk satu harga.
Seperti di farmasi.
Semua pun canggung.
Di mana locengnya?
- Saya terlupa. - Jangan sampai kena pecat.
Bakar!
Bakar sehingga luarnya garing keperangan.
Pai nampak molek!
Sedia dijual.
Penghantaran Le Grand Pirogue. Helo!
Penghantaran tengah hari. 32, Jalan Mokhovaya.
Terentiev dah pesan untuk Krismas?
Ya, 50 biji pai.
Siapa paling pantas?
Mari sini.
32, Jalan Mokhovaya. 20 minit.
Tumpang lalu!
Hai, kawan.
Ayuh, pantas! Kuda pemalas.
Tumpang lalu!
Tembakau. Datang tengok! Jangan malu!
Beri laluan! Saya kena cepat.
- Apa hal? - Jalan ditutup lagi.
…buat bulu roma berdiri!
Sial! Awak nak ke mana? Tahan dia!
Berhenti!
Tak malu!
Bangun!
- Bertenang! - Saya tenang!
Jangan merungut!
- Rasa bijak? Tak takut undang-undang? - Undang-undang apa?
Semua orang tahu. Mereka suruh kita tunggu!
Itu tentu mereka.
Berhenti!
Tunggu. Kita berpatah balik.
Alice!
Alice! Beri perhatian.
Bila jemputan parti makan malam akan diedarkan?
Dalam sepuluh hari, selewatnya tujuh hari
sebelum acara berlangsung.
Bagus.
Apakah tatakelakuan yang perlu ditunjukkan tuan rumah
sebelum tetamu duduk di meja?
Jika jumlah tetamu tidak terlalu besar,
berjalan bebas di ruang tamu bercakap dengan tetamu.
Betul.
Selepas makan tengah hari, kita sambung
dengan peraturan dengan tetamu di meja santapan.
Mengujakan!
"Mengujakan!"
Santapan menanti, Nikolay Nikolayevich!
Fyodor.
Sayangku!
Cik Jackson.
Alisa!
Sila duduk.
Duke Utama mengundang kita ke majlis tari-menari sempena Tahun Baru.
Ia bertemakan à la russe. Gaya tradisional Rusia.
Patriotisme kembali diamalkan?
Ya!
Saya dah berbincang dengan artis busana Mariinsky Theater.
Dia akan hasilkan busana kita.
Pasti jadi perbualan hangat.
"Alaf baru menyaksikan lampu minyak tanah
Menara Eiffel bakal digantikan dengan lampu elektrik."
Orang Perancis masih mahu hidupkan kegemilangannya.
Tapi saya pasti mereka takkan mencapai hasrat itu pada abad ke-20.
Ingat kata-kata saya!
Tapi wanita ada akses pendidikan tinggi di Perancis.
Masih berbicara tentang itu? Berapa kali ayah perlu beritahu kamu?
Universiti cuma lubuk pemikir bebas dan pemberontak.
Wanita dihormati takkan lahir di sana.
Maafkan saya, Cik Jackson,
apa pendapat awak tentang hak wanita?
Pada pendapat saya,
semua orang cuma perlu pedulikan hal masing-masing.
Wanita dan lelaki punya peranan berbeza.
Terima kasih.
Dengar tak, Alisa?
Itu pendapat wanita Eropah berpelajaran.
Bab ini tak perlu lagi kita bahaskan.
Bagaimana dengan Ratu Victoria?
Apa kaitan baginda dengan ini?
Sesuatu menyentuh saya di bawah meja.
Mungkin itu roh?
Apa dia?
Atau roh keluar dari badan.
Saya dah pesan jangan benarkan haiwan itu masuk ke ruang makan!
Suka? Boleh saya main kad?
Simpanlah.
Terima kasih!
Sekarang keluar.
Serahkan kotak itu dulu.
Saya tak faham.
Kelewatan awak sangat memalukan Terentiev
jadi dia batalkan pesanannya.
Jalan disekat! Mereka tak benarkan sesiapa lalu!
Hukumlah saya.
Pantang berlembut, mesti buat perangai babi!
Saya bukan babi!
Bayar gaji penuh saya bulan lepas!
Jika awak mahu, nescaya awak akan dapat.
- Keluar! - Apa awak buat?
- Lepas! - Baiklah.
Ini saya.
- Awak ada anak? - Ya.
Cik, mohon jangan marah.
Ia mula menguak. Itulah apa yang berlaku!
Oh Tuhan, ampunkan dosaku!
Saya tak marah. Terima kasih, Prosha.
Serta ini, seperti yang cik minta.
Apa cik nak buat dengan katak itu?
Menilik sesuatu?
Sekarang musim Svyatki.
Saya pun nak buat juga.
Tapi untuk itu, saya perlukan cermin yang lebih besar.
Seperti cik punya. Boleh saya datang petang?
Siapa mahu? Seekor pun belum terjual!
Tunggu sekejap.
Bangunlah!
Awak cakap jual ikan boleh buat untung banyak.
Berita buruk dari Paris!
Tergolek!
Maafkan saya.
Biar saya tolong.
Aduhai.
- Awak berlumur salji. - Ya.
Berita buruk dari Paris…
Sekejap!
Awak tercicir!
Tak guna! Saya timbus awak di bawah ais!
Kenapa awak kejar saya?
Awak tercicir.
Siapa ajar awak meluncur dengan baik?
Ini kerja saya.
Maksud saya, dulu.
Le Grand Pirogue.
- "Penghantaran 30…" - Bila kena pecat?
- Hari ini. - Tahniah!
- Kenapa? - Awak mula hidup baru.
Awak perlukan kerja?
Sangat perlukan.
Datang ke Devil's Bridge tengah malam ini. Awak tahu di mana?
Ayah hilang keseimbangan. Itu biasalah.
- Tak apa. Nasib baik kamu ada. - Kebetulan!
Itu pendapat kamu.
Kebetulan tak wujud. Itu takdir.
- Ayah! - Ya?
Kalau aiskrim jatuh di atas kepala, adakah itu juga kebetulan?
Bergantung. Jika kepala gabenor,
mereka akan mula bersihkan bumbung.
Motya!
Kenapa monyok? Kamu tak seceria selalu.
Ayah boleh nampak. Apa hal?
Tak apalah, ayah. Mari.
Mereka pecat kamu?
Tak apa, Motya. Usah kecewa.
Kamu lelaki yang bijak.
Kamu akan dapat kerja lain. Lebih hebat daripada yang ini.
Dengan izin Tuhan, kita cukup makan bulan ini.
Mungkin ada kerja jurucahaya?
Semua benda akan guna elektrik.
- Itu kisah dongeng. - Kisah dongeng? Itulah masa depan.
Lihat! Tajam betul!
Kualiti buatan Belanda untuk kamu.
Ingat tak semasa ayah beri saya, ayah kata ia luncur sakti?
Orang tua ayah beritahu ayah. Tradisi keluarga.
Bertahun digunakan, masih elok.
Inilah barang sakti! Elektrik bukan tandingan!
- Nah. - Ya!
- Ini yang saya suka. Siapa penggubahnya? - Claude Debussy.
Sayang bukan orang Rusia.
Saya perasan awak selalu mainkannya bila awak nak tanya saya tentang sesuatu.
Betul, saya perasan.
Niki, tiada apa saya boleh sembunyikan!
Ini hadiah awak!
Ini sumpahan saya.
Kelakuan biadap Alisa
semakin melampau kebelakangan ini.
Macam hari ini.
Dia biadab dengan awak.
Apa yang saya boleh buat?
Rotan dia?
Perkahwinan boleh menjinakkan gadis yang paling memberontak.
Sayang, saya tak kisah!
Tapi calon baik tak tumbuh di pokok.
Bukankah ada calon jejaka bujang yang sesuai di St. Petersburg?
Ya Tuhan! Sihir apakah ini?
Ini sains.
SAINS DAN KEHIDUPAN
"Kursus pendidikan tinggi terbaik untuk wanita terbuka untuk pelajar baru."
Bakal suamiku, marilah makan bersamaku!
Boleh saya matikan lampu? Saya tak boleh buat begini.
Guna lampu minyak tanah.
Sesatkah, saudara?
Saya jemput… dia jemput saya!
No comments yet. Be the first to leave one.