The Way Back

The Way Back

Download Malay Subtitle

Release info

The Way Back 2020 BLURAY (01:48:26)
The Way Back 2020 720p/1080p BluRay H264 AAC-RARBG
The Way Back 2020 720p/1080p BluRay x264 AAC5 1-[YTS MX]
The Way Back 2020 720p/1080p BluRay x264-GalaxyRG
A Commentary by Sanzoryu
🔹SUBS MALAY PENUH --- ALL BLURAY --- "Kini tak perlu kerut dahi." | Runtime 01:48:26 | Manual translated from Official Subtitle | Rate kalau suka🙂

Tags

BluRay
x264
720p
720
1080
TS
YTS
Published on: 2020-06-23
Downloads: 32
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Jalan Kembali

Okey, Jackie, semua sekali $67.85.

Baiklah.

Nah, kawan.

Hei, yo, Jackie.

Hei, Sal. Apa cerita?

- Apa cerita? Apa khabar kau? - Baik. Apa khabar kau?

- Gembira jumpa kau. - Kau juga.

Yeah, apa yang berlaku? Di mana kau sambut Thanksgiving hari ini?

Uh, rumah kakak aku.

Mak aku baru pindah sana, jadi kami buat Thanksgiving.

Oh, baguslah. Bagus.

Kirim salam pada mak kau dan Beth untuk aku.

Aku akan sampaikan. Kau masih jadi pengadil dalam perlawanan liga katolik itu?

Adalah sedikit. Yeah, anak aku paling tua di UC Santa Cruz.

Jadi, kau tahulah, membantu serba sedikit, bukan?

Mestilah. Selamat Hari Thanksgiving.

Selamat Hari Thanksgiving, Jackie. Gembira jumpa kau.

- Kau juga, Sal. - Apa cerita?

Bagi aku dua kad gores.

- Boleh saja. - Terima kasih.

Jangan makan roti saja.

Awak kena habiskan semua kacang itu. Okey?

Hei! Selamat Hari Thanksgiving.

- Tengoklah siapa dah sampai. - Hei, Pakcik Jack dah sampai!

- Hei. Selamat Hari Thanksgiving. - Apa khabar kau?

- Baguslah kau dah sampai. - Tiada masalah. Macam mana dengan bisnes kereta?

- Baik sekali. Terima kasih kerana bertanya. - Bagus.

Kau nak wain?

Tak. Aku ada sedikit. Terima kasih banyak.

Hai, pakcik kentut.

Pakcik kentut!

Jangan geletek pakcik! Tidak, tidak.

- Pakcik Jack kena geletek. - Hai, sayang.

- Hai, mak. - Mmm.

- Helo, sayang. - Baiklah. Baik.

Hei. Selamat Hari Thanksgiving.

- Maaf, aku lambat. - Hai. Seriuslah?

- Yeah. - Sesetengah orang telefon bila dia lambat.

Aku tak bawa telefon.

Oh. Jadi kenapa ada telefon kalau kau taknak guna?

Entahlah. Itu soalan yang bagus.

- Apa khabar kamu? - Saya baik.

Gembira jumpa dengan kamu.

Aku tak faham kenapa seseorang ada telefon

kalau dia tak mahu menjawabnya.

Boleh bagi saya sedikit kentang itu, mak?

- Kamu nak kentang? - Terima kasih banyak.

Mak kamu pernah beritahu kamu pasal akuarium kami waktu kami kecil?

Tak.

Nenek kamu bawa kami ke kedai haiwan peliharaan

dan kami dapat sebuah akuarium dengan banyak ikan yang cantik.

Dan pakcik balik dari sekolah keesokannya,

dan akuarium itu penuh dengan syampu.

Dan semua ikan itu mati. Dan mak kamu ada di situ, menangis.

Dan nenek tanya, "kenapa kamu letak syampu dalam akuarium itu?"

Dan mak kamu kata, "Saya nak bagi ikan itu mandian buih."

Kenapa mak bagi ikan itu mandian buih?

Yang itu kamu kena tanya mak kamu. Pakcik tak tahu.

Pakcik rasa dia sentiasa mahu menjaga semua orang.

Pakcik sayang kamu.

Jangan bagi mak kamu dekat dengan ikan itu.

- Selamat malam, Pakcik Jack. - Selamat malam, tuan.

- Hei. - Hei.

Macam mana mak, uh, sesuaikan diri?

Uh, baik. Yeah, sangat baik. Nampak macam itulah.

Tak sangka kau bawa dia keluar dari pinggiran pantai itu.

Kan? Ia berbeza sekarang. Di situ tinggal budak-budak muda

- dan beberapa pasangan... - Yeah.

Berlari-lari, keluarga-keluarga.

Aku rasa mak rasa seperti terpinggir di sana.

Yeah, kau buat dengan baik. Aku gembira dia di sini.

Macam mana dengan kau? Ada benda baru?

Tak sangat.

Kau ada jumpa sesiapa?

Tak.

Aku harap ada.

Sungguh.

Aku akan rasa lebih baik.

Aku tak suka kau bersendirian di sana setiap masa.

Kenapa pula kau tak suka?

Kau tu macam kesunyian.

Minum saja sepanjang masa dan tak...

Aku tak apa-apa.

Aku hargainya. Tapi... aku tak apa-apa.

Aku tahu yang Ang risau pasal kau, jadi...

Apa kaitan Ang dengan perkara ini?

Kenapa kau tahu apa yang Ang risaukan?

Sebab dia telefon dan dia mahu tahu khabar kau.

- Dia telefon kau? - Yeah.

- Kenapa? - Itu tak okey ke?

Entahlah. Maksud aku, apa, dia telefon kau untuk cakap pasal aku?

Kenapa dia tak telefon aku terus?

Dia cuma nak tahu macam mana keadaan kau.

Okey...

Aku tak apa-apa.

Dengar sini, aku tahu Kathy Collins

kata dia nampak kereta kau di luar bar Harold setiap malam.

Kalau Kathy Collins yang kata,

- mesti betul. - Mmm-hmm.

Kau tahu mesti ada sesuatu yang tak kena.

Jadi, aku pergi kerja, kemudian selepas kerja, kadang-kadang aku pergi minum bir.

- Aku cuma nak kata... - Lebih baik kau mula telefon orang.

- Okey. - Lebih baik lupakan saja.

- Okey. - Dia ada benda lain

yang mungkin dia patut risaukan,

daripada risau pasal berapa banyak aku minum.

Maksud aku dia kena risau berada di luar peti ais dia.

- Baguslah. - Dia dah kalah perang besar

- melawan peti ais. - Apa yang kau cakapkan ni? Jack...

- Dia perlu cari sebuah mesin larian. - Hentikan.

Itu sangat jahat. Dia tu kawan aku.

Dia patut jaga tepi kain dia sendiri.

- Okey. - Sebab itu aku tak datang sini.

Sebab selalu jadi macam ini...

Mana satu antara 20 bilik tidur itu yang aku patut guna?

Ambil yang kedua belah kiri.

Hei, Ang, ini Jack.

Saya cuma, uh... Selamat Hari Thanksgiving.

Saya nak hubungi awak, nak tahu keadaan awak.

Dan juga sebab kakak saya beritahu saya

yang awak ada telefon dia dan mahu tahu khabar saya.

Saya cuma nak kata, kalau bila-bila nanti

awak nak tahu khabar saya...

awak boleh telefon saya,

sebab saya masih ada nombor telefon yang sama

yang saya guna dulu...

Waktu kita berkahwin.

Hei, Jack, ini Miguel.

Dah lama tak dengar berita dari kau, jadi...

Sofia ada tanya pasal kau.

Ingat nak telefon kau dan tanya khabar kau.

Ingat mungkin kami nak jemput kau...

Helo, Jack, ini Father Edward Devine

telefon dari Sekolah Menengah Bishop Hayes.

Boleh kamu telefon saya semula di nombor ini bila kamu ada masa?

1-424-145-3233.

dan saya akan jaga sampai 10:00 malam ini.

Kalau tak dapat, kita boleh borak pagi nanti.

Terima kasih, Jack. Semoga Tuhan merahmatimu.

- Helo, Jack. - Hai.

Kamu apa khabar? Masuklah.

Terima kasih.

Jadi, Thanksgiving kamu berjalan dengan baik?

- Iya. Macam mana dengan kamu? - Oh, sangat baik.

Semua anak-anak dan cucu berkumpul.

- Itu hari kegemilangan saya. - Saya pasti.

- Baguslah untuk kamu. - Oh.

Kamu boleh masuk dalam ni.

Father Devine baru saja selesai urusan.

Jadi, dia akan keluar dalam beberapa minit lagi,

jadi buatlah macam rumah sendiri.

Terima kasih. Yeah.

Kami semua teruja dengan cadangan yang mungkin kamu kembali

untuk bersama kami di Hayes.

Gembira bertemu kamu lagi, Jack.

Pemain CIF Terbaik Jack Cunningham

Helo, Jack.

Hei, Father.

Gembira jumpa dengan kamu. Terima kasih kerana memandu sampai sini.

- Mestilah. Tiada masalah. - Silakan duduk.

Jadi, dah lama, bukan?

Yeah. Sejak, uh...

Pengebumian ayah saya.

- Lama begitu? - Mmm.

Aduhai. Mana semua masa itu pergi?

Kalau saya tahu, saya akan beritahu kamu.

- Dah kahwin? - Berpisah sekarang. Buat sementara.

- Ada anak? - Tiada anak.

Okey.

Jack, saya sangat gembira berjumpa kamu lagi.

Dan saya pasti kamu tertanya kenapa saya panggil kamu ke sini.

Saya nak tahu juga. Yeah.

Juralatih bola keranjang kami, Tom McGarity, kena serangan jantung malam kelmarin.

Aduhai.

Dia dijangka akan pulih sepenuhnya,

tapi isteri dia tak fikir ianya idea yang bagus

untuk dia kembali dengan pasukan itu.

Dan saya cenderung untuk setuju.

Kami perlukan jurulatih baru, Jack. Kamulah orang pertama yang saya terfikir.

Cuba tahan kegembiraan kamu itu.

Tak, saya hargainya. Saya cuma..., um...

Cuma, saya dah lama tak usik permainan itu.

Saya faham. Saya faham.

Saya tak pernah melatih pun sebelum ini.

Saya cuma bermain, jadi saya tak...

Ia, uh... maksud saya...

Pasukan itu bagus tak?

Tak. Tak.

Kami dah agak lama tak memberi saingan sangat sebenarnya.

Sebetulnya, bila kali terakhir mereka ada perlawanan penentuan?

Dulu, waktu kamu yang bermain.

Wah.

Saya sungguh hargai kamu memikirkan saya, Father.

- Ia cuma, saya... - Baliklah rumah dan fikirkan, Jack.

Saya ada banyak perkara nak utamakan dalam hidup saya sekarang.

- Sangat sibuk. - Balik rumah, dan fikirkannya.

Hubungi saya dengan keputusan kamu esok pagi.

- Esok pagi? - Perlawanan kami yang seterusnya pada malam Isnin, Jack.

Saya tiada banyak masa.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left