The first 200 lines.
Kau lihat bagaimana saya lakukan?
Ya, saya rasa saya boleh lakukannya.
Sudah tentu. Bos akan marah saya jika alat ini rosak.
Jangan risau.
Kita dah mencapai kedalaman 26 kaki.
Kau biarkan Jason mengendalikan gerudi?
Ya, dia boleh menanganinya.
Saya tak lakukan apa-apa.
Hulurkan tangan kau. Lepaskan gerudi itu.
Lupakannya, Jack. Sudah terlambat.
Kau takkan berjaya.
Jack.
Jack. Hulurkan tangan kau.
Saya dapat kau.
Apa yang kau fikir?
- Apa yang berlaku? - Seluruh kawasan ini terbelah dua.
Itulah yang berlaku.
Kami menemui bukti perubahan iklim mendadak, yang berlaku 10,000 tahun lalu.
Isipadu gas rumah hijau di dalam teras ais ini
menunjukkan kehilangan haba, mendorong Bumi ke Zaman Ais
yang berlangsung selama 2 abad.
Saya keliru.
Saya menyangka anda bercakap tentang pemanasan global, bukan Zaman Ais.
Ya, ia berlawanan, tapi pemanasan global boleh mencetuskan penyejukan.
Biar saya jelaskan.
Iklim Hemisfera Utara bergantung pada laut Atlantik Utara.
Haba dari matahari tiba di khatulistiwa dan dibawa oleh laut ke utara.
Tapi pemanasan global mencairkan ais di kutub dan mengganggu aliran ini.
Akhirnya ia akan berhenti. Dan bila itu berlaku,
maka berlakulah perubahan iklim mendadak.
Maafkan saya. Bila anda rasa ini akan berlaku, profesor? Bila?
Saya tak tahu. Mungkin 100 tahun lagi, mungkin 1000. Tapi apa yang saya tahu
jika kita tak bertindak segera, anak cucu kita akan menanggung akibatnya.
Dan siapa akan menanggung akibat daripada Protokol Kyoto?
Ia akan menelan belanja ekonomi dunia ratusan bilion dolar.
Dengan segala hormat, Tn. Naib Presiden,
tak melakukan sesuatu boleh menyebabkan kos lebih tinggi.
Iklim kita rapuh.
Pada kadar kita membakar bahan api fosil sekarang dan pencemaran alam sekitar.
Lapisan ais akan hilang tak lama lagi.
Profesor Hall..
ekonomi kita sama rapuh seperti alam sekitar.
Mungkin anda perlu fikirkannya sebelum membuat kenyataan sensasi.
Terakhir kali lapisan ais yang retak
sebesar kira-kira saiz Pulau Rhode.
Sesetengah orang mungkin menyebut itu sebagai cukup sensasi.
Hentikan pemanasan global. Hentikan pemanasan global.
Saya sekarang berada di Persidangan Pemanasan Global di New Delhi
di mana, jika anda boleh percaya, salji sedang turun.
Cuaca paling sejuk pernah direkodkan telah menyebabkan bandar menjadi huru-hara
dengan bilangan orang yang tiada tempat tinggal mati kesejukan.
Teksi.
Saya suka kenyataan kau, profesor. Penuh bersemangat.
Oh, terima kasih. Itu sebabnya kita ada di sini, kan? Melakukan yang terbaik?
Begitulah. Saya tertanya-tanya jika saya boleh berbincang dengan kau
tentang teori perubahan iklim mendadak kau.
Nama saya Rapson. Terry Rapson.
- Profesor Rapson? Dari Pusat Hedland? - Ya saya.
Saya baca hasil kerja kau mengenai arus laut.
- Apa kata kita minum teh? - Sudah tentu. Jika kita boleh dapatkan teksi.
Di sini.
Kembali ke Glasgow, Scotland, di mana Manchester United
mendahului 3-1 ke atas tuan rumah Celtic.
Kita kembali pada minit ke-63 di separuh masa kedua di mana Manchester United
nampaknya menguasai permainan. Kita kembali kepada pengulas kita,
Donald MacFarland.
Apa? Ya.
- Saya hanya pejamkan mata sekejap, kawan. - Ya.
Benda itu buat kita terjaga sepanjang malam.
- ..dan masuk. - Ya.
Dennis? Boya NOMAD 4311 menunjukkan penurunan suhu 13 darjah.
- Ya? Di mana 4311? - Ia di..
- Pantai Georges. - Laut bergelora di sana.
Pasti gara-gara dipukul ombak.
Tendang bola itu. Ayuh.
Ayuh, tendang sekarang. Tendang.
- Tendang. - Mereka menang?
Hello, profesor. Bagaimana India?
Oh, kau tahulah bagaimana perjumpaan ilmiah.
Gadis menari, wain dan pesta.
Amukan taufan Noelani mengejutkan pakar cuaca kelmarin.
Melanda beberapa pulau dengan kekuatan dahsyat yang belum pernah disaksikan.
Ahli kaji cuaca percaya ini taufan yang paling kuat pernah direkodkan..
Kau akan sambut itu?
- Hello? - Saya baru lihat Sam dapat F dalam kalkulus.
Saya tahu, Jack. Saya dapat salinan kad laporannya juga.
Sam pelajar yang selalu dapat A. Dia tak pernah gagal.
Saya tiada masa untuk bincang perkara ini sekarang.
Mungkin kau patut luangkan masa.
Maafkan saya, saya bukan orang yang pergi selama berbulan-bulan pada satu masa.
Saya tak faham saja.
Saya akan biarkan dia jelaskannya.
Boleh kau bawa dia ke lapangan terbang esok pagi?
- Sam akan naik pesawat? - Dia sertai Pasukan Dekatlon Sekolah.
- Mereka bertanding di New York. - Sam sertai pasukan?
- Ya, saya rasa ada kaitan dengan seorang gadis. - Oh.
Kau boleh jemput dia jam 8:30?
Saya perlu pergi kerana saya ditugaskan malam ini.
Jangan terlambat. Saya tak nak dia naik teksi lagi.
Baiklah. OK. Saya akan berada di sana. OK? Saya akan berada di sana.
Mesyuarat kakitangan cuaca pagi ini telah dipindahkan ke tingkat 4, ruang B.
Jack?
Saya tahu kau pandai memujuk orang ke jalan yang salah,
tapi mengapa kau burukkan lagi keadaan depan naib presiden?
Kerana anak saya umur 17 tahun pun lebih tahu sains berbanding dia.
Anak kau umur 17 tahun tak mengawal bajet kita.
- Tiada siapa peduli jika dia benci kau. - Anak saya tak benci saya.
Jika Raymond Becker menarik balik bajet kita..
- Oh, sial. - Tunggu.. Boleh..? Jack.
Oh, Tuhan.
- Maafkan ayah, ayah terlambat. - Ayah, teksi dah ada di sini.
Tidak apa. Ayah akan uruskan.
Berapa..? Ini dia.
Ayah bukannya marah. Ayah kecewa.
- Ayah nak dengar di pihak saya pula? - Bagaimana pula ada 2 pihak?
Saya jawab betul semua soalan peperiksaan akhir. En. Spengler gagalkan saya
- kerana saya tak menulis penyelesaiannya. - Mengapa tidak?
Saya menulisnnya di dalam fikiran saya.
- Kau beritahu dia itu? - Saya beritahu. Dia tak percaya.
Dia kata jika dia tak boleh lakukan seperti itu, saya dikira menipu.
Mengarut. Bagaimana dia boleh gagalkan kau kerana kau lebih bijak dari dia?
Itulah yang saya katakan.
Kau kata begitu?
- Bagaimana dia menerimanya? - Dia gagalkan saya, ingat?
Oh, ya.
Sam, maafkan ayah. Ayah terus percaya tanpa selidik dulu.
Ayah akan telefon dan berbincang dengan dia.
Kami akan meluruskan hal ini.
Hei, kau tak boleh parkir di sana.
- Jangan risaukannya. - Sam?
Sam.
Parker, ini Houston.
Kami melihat cuaca buruk di Canaveral.
Nampaknya kamu tak dapat kembali minggu ini.
Isteri kau pasti akan membebel dengan saya.
Terima.
Hei, lihat pergerakan ribut ini. Ia sangat besar.
Kau tidak apa-apa?
Dia takut terbang.
Saya OK.
Mengikut statistik, peluang untuk pesawat terhempas kerana pergolakan angin
kurang dari satu dalam satu bilion? Atau satu dalam sejuta?
- Saya tak berapa ingat.. - Diam, Brian.
Dengar, Sam..
Pedulikan dia, OK? Semuanya OK.
Mereka masih hidangkan minuman.
Para penumpang, kita akan mengalami sedikit gegaran selama beberapa minit akan datang.
Sila pasang tali pinggang keselamatan anda dan naikkan kembali meja di hadapan anda
dan tegakkan belakang kerusi anda hingga kita dapat melalui situasi ini. Terima kasih.
Whoa.
Tangkap itu. Awas.
Sam?
Sam.
Boleh lepaskan tangan saya?
Saya tak boleh percaya saya akan bersendirian dengan ibu saya.
Bersabar dengan dia. Dia dah tak sabar untuk percutian ini.
Saya tahu.
Saya mencintai kau.
Saya mencintai kau juga.
Hei.
Hei, hello. Bye-bye.
Punca cuaca melampau ini masih misteri, walaupun sesetengah ahli meteorologi
percaya titik hitam matahari patut disalahkan. Beratus orang yang hilang..
Ini sangat aneh. Ada satu boya mencatatkan penurunan 13 darjah dalam suhu laut.
Oh, ya, betul. Boya itu rosak kelmarin.
Saya akan lihat jika ada kapal berdekatan Pantai Georges untuk mendapatkannya.
Boya ini bukan di Pantai Georges. Ia ada di Greenland.
Apa?
- Mungkinkah 2 boya gagal befungsi? - Jarang.
Sekarang jadi 3.
Sehari lagi hari biasa di bandar New York. Kesesakan lalu lintas, 10 blok panjang.
Lihat, Buddha. Orang-orang ini, dengan ekzos kereta mereka
dan mereka mencemarkan atmosfera.
Maafkan saya, encik. Kami benar-benar terlambat.
Kita dah hampir sampai.
- Kita hanya 2 blok dari sini. - Mari jalan kaki.
Apa yang berlaku pada mereka?
Saya tiada idea. Mereka semua gelisah hari ini.
Pada tahun 1532, penakluk Sepanyol, Francisco Pizarro
mengalahkan maharaja Inca di kota Cajamarca, Peru.
Siapakah namanya? Masa.
Montezuma.
Tidak, tidak, Montezuma di Mexico, bukan Peru.
Namanya seperti, Anta..
- Atahualpa? - Betul.
Masa tamat. Jawapan yang betul, silakan.
5 mata untuk Woodmont dan 5 mata untuk Akademi Pinehurst.
Soalan berikutnya.
Pada tahun berapa Louis Quatorze menaiki takhta Perancis?
Tempat ini begitu retro, sebenarnya mungkin lagi hebat jika ia sesuai dengan tujuannya.
Ya, lihat semua 'budak aneh' ini.
Hei.
Hei.
Kau kelihatan cantik.
Terima kasih. Tempat ini luar biasa.
Kau percaya ini kantin mereka?
Kau bermain dengan bagus pusingan pertama.
Kau juga.
Ini rakan sepasukan, Sam dan Brian.
- Saya Laura. - Oh, saya JD.
No comments yet. Be the first to leave one.