The first 200 lines.
"Semua watak, lokasi, organisasi, agama..."
"...dan kejadian dalam drama ini adalah rekaan semata-mata."
"Episod 10"
Kenapa?
Apa yang berlaku?
Saya cintakan awak.
Saya...
...jatuh cinta dengan awak.
Kalau begitu, mari kita bercinta.
Apa? - Mari kita bercinta mulai hari ini.
Tak Dong Kyung.
Sejuk di luar. Ke mana dia pergi?
Tak Dong Kyung. - Mak cik.
Saya sedang bercakap di telefon. Saya akan masuk sebentar lagi.
Awak patut pergi. Saya akan telefon awak esok.
Hati-hati balik.
Awak ada bercinta dengan sesiapa?
Apa? - Awak ada bercinta dengan sesiapa?
Tidak. - Atau ada lelaki yang awak suka?
Kalau ada pun, bercintalah dengan saya.
Saya tak peduli siapa lelaki itu. Kita yang bertemu dulu.
Saya yang suka awak dulu.
Serta...
...saya masih sukakan awak.
Awak memang menjengkelkan.
Awak buat saya gila!
Jangan senyum.
Awak memang menjengkelkan. - Ini pakaian kotor awak.
Saya buat keputusan untuk bercinta dengan dia.
Semalam Lee Hyun Kyu datang berjumpa saya.
Lee Hyun Kyu itu?
Jadi awak buat apa? Awak pukul dia?
Tunggu. "Dia"? Siapa dia?
Kenapa dia jumpa awak? Apa yang dia nak daripada awak?
Jawab soalan saya dulu. Siapa yang awak maksudkan?
Lelaki yang awak jumpa tempoh hari.
Dia kata dia cintakan saya.
Apa?
Jadi, awak berdua tinggal bersama sedangkan awak tak bercinta pun?
Itukah yang berlaku?
Ketika itu, saya tak sangka ini akan berlaku...
...apabila saya ajak dia tinggal dengan saya.
Kami dah bercinta secara rasmi, tapi kami tak boleh tinggal bersama lagi.
Disebabkan mak cik saya.
Awak siapa?
Sekarang awak selalu buat saya terkejut.
Jangan beritahu mak cik saya.
Yang mana satu? Awak pernah tinggal bersama atau baru bercinta sekarang?
Kenapa awak fikir begitu? Tentulah, saya takkan beritahu.
Yakah?
Kenapa dengan awak?
Bagaimana dengan awak? Awak pukul Lee Hyun Kyu?
Tak, tapi saya buat sesuatu yang sama dengan itu.
Saya campak barang pada dia.
Apa? Maksud awak, hati awak?
Saya boleh tahu yang dia cuma datang tanpa berfikir panjang.
Tapi saya cair depan dia macam orang dungu.
Saya jadi macam gadis 18 tahun itu semasa dia senyum.
Saya sangat menyedihkan. Sangat menyedihkan.
Awak tak menyedihkan.
Saya suka bagaimana...
...Na Ji Na yang berusia 18 tahun sangat berani ketika bercinta.
Tak. - Sudah tentu saya suka...
...Na Ji Na Ji Na yang berumur 29 tahun juga.
Saya pun sayangkan awak, Tak. - Hei, tumpahlah.
Tak.
Bila awak nak ke hospital?
Mak cik saya tak beritahu awak?
Saya... - Awak tetap perlu pergi.
Saya akan tak tentu arah jika saya lihat awak pengsan begitu...
...lagi.
Saya takkan buat begitu. - Kenapa awak tak nak pergi?
Saya tak mengelak.
Saya cuma perlu selesaikan beberapa perkara.
Saya perlu jumpa beberapa orang...
...dan uruskan beberapa benda.
Sebab itulah.
Awak nak pergi ke hospital...
...selepas awak jumpa mereka dan buat apa yang awak perlu buat?
Sekejap.
Ya. Ini Lee Hyun.
Apa?
Okey.
Saya pergi dulu.
Kenapa? - Tak, awak tak perlu risau.
Tidak.
Saya patut hantar awak dulu. - Sudahlah. Aduhai.
Saya pun ada teman lelaki. - Betul. Awak ada teman lelaki.
Suruh dia jemput awak. Lelaki yang berpura-pura tenang itu.
Telefon saya kalau ada apa-apa.
Saya tahulah.
Awak ingat saya budak-budak?
Awak tetap budak kecil di mata saya.
Budak 17 tahun yang pakai baju berhud.
Saya pergi dulu.
Ji Na.
Ya?
Terima kasih.
Sama-sama. Pergi dulu.
Hai.
Saya tak sangka awak akan datang ke sini.
Walaupun begitu, awak tetap tetamu di sini.
Okey. Betul. Saya tetamu.
Saya terfikir untuk telefon awak.
Awak patut telefon.
Saya ingatkan datang ke sini lebih baik.
Awak patut telefon dulu sebelum datang ke sini.
Nampaknya awak sangat komited dalam perhubungan.
Perhubungan? - Apa? Apa yang saya cakap tadi?
Awak dah macam ahli keluarga kami sekarang.
Awak boleh bersabar sekarang.
Itu kepakaran saya. Bersabar dan memerhati.
Tapi saya takkan buat begitu lagi.
Kenapa tidak? - Buang masa saja.
Kenapa awak berganjak ke sana? - Mungkin awak perlu lebih ruang.
Kita pernah tidur di atas katil yang kecil itu bersama-sama.
Awak yang suruh saya buat begitu.
Taklah. Katil itu tak kecil.
Katil awak terlalu luas.
Aduhai. Tengok ini. Berapa harganya?
Letakkan ia ke bawah. Mari kita berbual saja.
Hei.
Awak risau saya mungkin akan pecahkannya, bukan?
Sebab awak tak nak membazirkannya?
Letakkannya dan marilah berbual.
Apa? Kenapa? Saya tak nak letakkannya.
Saya rasa ini sangat mahal.
Bukan begitu.
Awak tak cukup tangan.
Apa?
Ada dinding di belakang awak.
Hei, saya akan pecahkannya jika awak datang dekat.
Benda itu sangat mahal.
Harganya luar biasa mahal.
Ada orang telefon.
Jadi?
Saya perlu jawab.
Hei, Sun Kyung.
Dari awal lagi saya patut hapuskan Sun Kyung.
Hei.
Jadi bahagian mana...
...awak nak kata ia diciplak?
Bahagian di mana pelajar makan tteokbokki? Bahagian ini?
Itu tak masuk akal.
Jika awak panggil itu plagiarisme, tiada penulis akan rasa bebas...
...untuk menulis apa yang dia mahu.
Apa?
Bukan awak suruh saya datang untuk beritahu saya ciplak karya awak?
Nampaknya awak ada masalah untuk faham keadaan...
...walaupun awak seorang penulis.
Bila masa saya kata awak ciplak karya saya?
Saya cuma beritahu awak ada rasa sangsi.
Awak beritahu saya dengan jelas...
Beberapa orang peminat saya...
...kadangkala begini.
Awak tak boleh panggil ini plagiarisme.
Kalau sesiapa timbulkan masalah...
...saya akan kata saya beri awak keizinan.
Apa?
Saya cuma risau...
...yang awak mungkin akan terluka disebabkan hal ini.
Saya sangat risau sampai tak boleh tidur.
Sebab itulah saya nak jumpa awak.
Awak memang pemalu beginikah?
Awak memang pendiam?
Tapi khabar angin itu benar. Awak memang cantik.
Akhirnya saya faham kenapa Cik Tak mahu kenalkan saya pada awak.
Lagi mahal barang kemas, lagilah kita patut sembunyikannya.
Saya faham.
Hei, dengar sini.
Awak tak perlu rasa tak selesa dengan saya.
Saya hanya penulis terkenal di Internet.
Saya biasanya lelaki yang biasa sahaja.
Dengar sini.
Saya dengar awak enggan perbaharui kontrak dengan syarikat ini.
Saya sangat rapat dengan CEO Books Box.
Saya akan tolong awak jumpa dia.
Jadi apa kata kita makan... Tidak.
Mari kita minum sebelum itu.
Saya tahu tempat yang bagus.
Kenapalah En. Cha perlu hadiri mesyuarat?
Patutkah saya cakap baik-baik dengan dia?
Saya rasa lebih cepat kalau saya cuba pujuk dia.
Dia takkan dengar cakap sesiapa.
Kenapa kamu semua berkumpul?
Kenapa awak lambat sangat, En. Cha?
Mesyuarat itu habis lambat. Kenapa?
Jijo King memanggil Lee Hyun ke pejabat...
...dan katanya Lee Hyun ciplak hasil karyanya.
Anggaplah saya kawan baik awak...
Kenapa dengan awak dan apa yang awak mengarut ini?
Apa? - Awak ingat saya mudah dipujuk?
Kita tak pernah berjumpa sebelum ini.
Kita baru saja berjumpa hari ini. Awak fikir awak siapa nak goda saya?
Apa... Apa? Awak dah gilakah?
Tak, saya masih lagi waras.
Kalau saya gila, saya takkan campak komputer riba itu.
Tentu saya tumbuk muka awak dulu.
Kenapa dengan awak?
Heret perempuan gila ini keluar. Heret dia keluar sekarang juga!
No comments yet. Be the first to leave one.