The first 200 lines.
Kamu datang sini untuk naikkan nama Masato!
Ini bukan tempat untuk kamu lawan sesuka hati kamu!
Ikut perjanjian kita! Biar saja kena pukul!
Peranan kamu ialah dipukul sampai mati
oleh Masato hari ini, tak guna!
Kamu tengok betul-betul.
Inilah tempat tumpuan bagi pusat pengedaran kita di Fukuoka.
Bermula dari sinilah
kita akan bina bandar dengan hotel dan pusat beli-belah.
- Baik. - Masalahnya,
bukan senang untuk saya uruskan samseng-samseng
di kawasan pesisir pantai macam ini.
Anak saya marah sangat dengan saya sekarang
sebab saya biar kamu uruskan tempat ini.
Kalau kamu memang mahu buktikan diri kamu sebagai pengganti saya,
inilah tempat yang sesuai.
Saya faham maksud tuan itu.
Saya akan buat sebaik yang boleh.
Kwang Cheol.
Kwang Cheol, bangunlah.
Han Kwang Cheol!
Dari mana budak ini datang?
Dia menyeludup masuk
dari Korea dengan menaiki bot.
Saya dengar dia pandai berlawan,
jadi kami pun guna dia
sebagai karung tinju Masato.
Malangnya dia tak dapat menahan
diri dia dari melawan balik.
Macam itukah?
Dia ini memang hebat.
Mata dia nampak macam
dahagakan darah.
Dia bertarung bersungguh-sungguh.
Gigi gerahamnya dah patah.
Budak ini seorang pejuang
yang takkan putus asa nampaknya.
Saya akan bunuh dia
dan hantar mayat dia balik ke Korea!
Awal sangat!
Dialah pengganti Masato.
Kita kena tukar generasi.
Nama Jepun kamu ialah Hiro Yoshida.
Filem "'The God Father"'.
Tahu tak?
Kalaulah abang jadi Marlon Brando,
si Kwang Cheol pula mesti akan cakap dia mahu jadi Al Pacino.
In Ae, kenapa kamu datang jumpa abang?
Saya dapat tahu abang keluarkan Chil Sung
dan yang lain dari tapak pembinaan.
Okey, biar abang terus terang.
Nama abang masih lagi tak terkenal di Seoul.
Abang ingat mahu mula dengan rumah-rumah kecil dulu
dan kemudian barulah bina apartmen untuk cari untung.
Abang rasa si Chil Sung itu budak yang tak bijak.
Dia memang seorang yang dungu.
Kamu tahu tak berapa banyak abang sudah rugi
semenjak abang mulakan pembinaan?
Abang sudah boleh beli dua rumah.
Jadi abang terpaksa keluarkan mereka juga.
Takkanlah abang tak tahu semua ini masa mula dulu?
Memanglah abang tahu.
Tapi sebab abang sayangkan Kwang Cheol,
abang kenalah jaga budak-budak itu juga.
Tak tahu pula si Chil Sung itu bodoh sangat.
In Ae, kamu budak yang bijak.
Kenapa kamu tak pergi ke Seoul
menggantikan Kwang Cheol dan kerja untuk abang?
Tak perlu risau tentang yuran kolej kamu.
Nampak macam abang sudah lama sangat
tunggu saya keluar dari dewan juvenil itu.
- Masalahnya adalah peluru. - Peluru?
Kamu memang cepat.
Abang sedar tentang kamu dari awal lagi.
Kamulah yang patut jadi Al Pacino sebenarnya.
In Ae, kamu tak perlu risau tentang peluru itu dan guna otak kamu.
Perniagaan pembinaan ini permainan minda juga.
Sekarang, abang Kwang Cheol, si Kwang Hoon itu,
sudah kerja sebagai jeneral berpangkat tinggi.
Pembinaan itu perlu maklumat. Faham, bukan?
Macam mana pak turut boleh beri maklumat?
Takkan kamu tak tahu yang sekarang adalah era kekuatan tentera?
- Kamu tahu, bukan? - Baiklah.
Abang tahu tak kedudukan bekas ketua polis itu?
In Ae.
Kamu gadis yang bijak.
Kamu kena sedar yang dunia ini belum berubah lagi.
Kena ambil masa dulu sebelum membalas dendam.
Apa yang kamu dapat dengan mengugut
ketua polis dan orang-orang macam itu?
Kena berjaya dulu, baru balas dendam.
Faham?
Nama saya Han Kwang Hoon.
Awak pembantu paling kacak setakat ini.
Mari kita pergi restoran sotong Moogaedong.
Hati-hati.
Nanti sotong hidup itu keluar dari hidung pula.
Jangan muntah dan tahan saja.
Siapa tahu,
mungkin awak dapat jadi menantu presiden nanti?
Apa?
Impian ayah saya adalah untuk jadi presiden.
Presiden.
Kamu memang budak bertuah!
Kami sudah beri rumah dan hantar wang ke sana.
Kenapa kamu asyik balik saja?
Saya balik sebab mahu makan sotong.
Amboi.
Bondaku, tolong maafkan anakandamu ini.
Kenapa pula dengan suara kamu?
Bondaku, belajar muzik klasik
memang susah sangat dengan suara yang garau macam ini.
Kenapa? Apa sudah jadi?
Suara saya jadi macam ini sebab tekanan, bonda.
Pita suara saya ini memang sudah rosak sangat sekarang.
Impian bonda yang mahu jadikan saya
macam Maria Callas sudah musnah nampaknya.
Oh, Tuhanku!
Bosan dengan biola, kamu pilih piano.
Tak boleh main piano, nyanyi lagu klasik.
Bagaimana dengan itu pula?
Kenapa tak sebut selo?
Bila sudah jadi macam itu, mulalah penyakit dia.
Penyakit dia sudah datang.
Takutnya.
Terima kasih banyak.
Ya.
Piano, biola, selo, dan menyanyi lagu klasik
tak sesuai untuk saya.
Saya cuma ada bakat makan sotong hidup saja
dalam hidup saya sebenarnya.
Berehatlah.
Encik Han Kwang Hoon.
Saya ada satu lagi bakat.
Mengingati nama lelaki yang saya suka.
Saya ada satu lagi bakat.
Saya boleh baca wajah orang.
Encik Han Kwang Hoon, awak bercita-cita besar.
Mesti awak kerja keras untuk ambil hati ayah saya, bukan?
Tolong rahsiakan suara serak saya ini.
In Ae.
Kamu datang?
Mari kita pergi ke Dewan Bandaraya.
- Ya. - Pekerja-pekerja kerajaan itu
memang bersungguh-sungguh nak memeras wang kita.
Mereka peras daripada kita, kita peras daripada mereka.
Itulah namanya kehidupan.
- Sudah ada dokumen Mi Sook itu? - Ya, ini dokumennya.
Kamu cakap Mi Sook malas kerja di pejabat cukai itu,
tapi dia pakarlah.
Dia cakap, lihat dan belajar saja.
Dia suruh tinjau kawasan bertanda saja.
Saya tahu.
Hidung kamu berdarah lagi. Okey tak?
- Ambil ini. - Terima kasih.
Darah kamu boleh habis sebelum kamu masuk kolej kalau begini.
Kamu bertenanglah sedikit, In Ae.
Ya. Cuba tengok.
Kalau awak tengok semua tanda merah itu,
kiraannya memang tak tepat langsung.
Semua rasuah Dewan Bandaraya ada di situ.
Apa?
Awak ingat tempat ini tempat apa?
Tempat paksa kutip cukai,
tempat paksa kutip hutang, tempat rasuah,
buat sijil kewangan palsu, ambil semua subsidi...
Tutup mulut awak itu!
Awak ingat ini tempat apa?
Pergi panggil bos awak datang sini.
Nampak mustahil tapi sayalah bosnya.
Saya bos sebenar. Bukan nama saja.
Saya ingat mahu terus kejabatan audit
tapi saya singgah sini dulu sebab ada budi bicara.
Teruskan usaha.
Saya faham. Duduk sini dulu.
Duduk sekejap.
Mari kita bincang dulu.
Kalau awak mahu berjaya dalam bidang hartanah,
awak tak boleh cari hal macam ini.
- Tahu tak? - Saya tahu.
Saya dengar awak ada guna samseng untuk runtuhkan
mana-mana rumah walaupun rumah yang elok.
Encik Penjawat Awam!
Ada banyak sangat perkara yang tak konsisten
yang awak dan orang-orang awak sudah buat.
Baiklah. Marilah sini.
Perut awak akan meletup nanti, Encik Penjawat Awam.
Ya, sebenarnya...
Sebenarnya...
Bos awak yang beri dana itu sebenarnya.
Bawalah pelaburan itu dengan awak.
Betul awak kenal dia?
Yakuza Jepun pun kenal bos saya itu
sebagai Pelabuhan Busan Ketiga.
Nama bos saya, Yang San Bak.
- Yang San Bak? - Ya.
Jadi mereka mahu hentikan pembinaan kita?
Mana boleh mereka hentikan?
Mereka akan tambah bayaran kepada petani yang jualkan kita tanah itu.
Panggil mereka semua dan kawal dengan ketat malam ini.
No comments yet. Be the first to leave one.