The first 200 lines.
SIRI ASLI NETFLIX
Pada suatu masa dahulu,
di sebuah istana jauh di dalam hutan, tinggal seorang gadis yang cantik.
Kerana sentiasa bersendirian, gadis yang kesunyian
keluar dari istana mencari teman untuk bermain bersama.
Namun, walaupun dengan membawa pelbagai hadiah,
tiada siapa ingin berkawan dengannya.
Sekian lama, barulah si gadis tahu penyebabnya.
Raksasa yang didampingi bayangan maut.
Itulah gelaran si gadis.
"Dia raksasa. Raksasa."
Gadis itu berasa sangat marah terhadap segala-galanya di dunia ini
dan dia ingin melepaskan kemarahannya.
Setelah menyelamatkan seorang jejaka tanpa sengaja,
bayangan maut yang sentiasa mengekori si gadis pun lenyap.
Tapi kini, si gadis sentiasa diekori si jejaka.
Siang dan malam, merentasi gunung dan dataran,
si jejaka setia di belakang si gadis.
Pada suatu hari, si gadis bertanya,
"Hei, awak akan sentiasa bersama saya, bukan?"
"Sudah tentulah. Saya takkan larikan diri."
"Walaupun begini?"
Setelah ditinggalkan bersendirian,
bayangan maut mendampingi si gadis semula sambil berbisik,
"Tiada siapa boleh mendampingi kamu.
Kerana kamu ialah raksasa.
Jangan sesekali lupa. Faham?"
Ya, mak.
BAB 1 BUDAK LELAKI YANG DIHANTUI MIMPI BURUK
BUDAK LELAKI YANG DIHANTUI MIMPI BURUK
Ini hentian Sekolah Vokasional Daun.
Hentian berikutnya ialah...
Dia tiba-tiba saja menjerit-jerit di dalam kelas.
Mengarut betul.
Tidak!
Bukannya boleh dihalang.
- Ini bukannya kali pertama. - Tengok saya
Wajah akan serlahkan perasaan
Nasiblah tak ada peralatan bahaya berdekatan dia.
Kalau tak, boleh kemalangan!
Kenapa yang lain perlu risau dan susah hati
- kerana Sang-tae? - Dia marahkah?
- Apa pun, mengambil kira isu keselamatan - Marah...
- Rasa geram. - dan kesukaran yang kami hadapi,
mungkin awak patut pertimbangkan sekolah pendidikan khas atau badan kebajikan.
- Itu untuk kebaikan semua pihak. - Tengok saya
- Wajah akan serlahkan perasaan - Beritahu saya rancangan awak.
Apa pendapat awak?
Cakaplah sesuatu. Aduhai.
Dia marah.
BUDAK LELAKI YANG DIHANTUI MIMPI BURUK
MOON SANG-TAE
Sang-tae.
Awak tak lapar?
Awak nak makan sesuatu?
Awak memang takkan lama di sekolah itu.
Saya akan cari tempat lain di tempat baru nanti.
Janji.
- Awak sedih... - Jjamppong .
- Apa? - Tangsuyuk . Cecah dengan sos.
Bukan di Jageumseong, tapi di Yangjagang.
Okey. Mari ke Yangjagang dan makan sepuasnya.
Makanan di sana sangat sedap. Awak masih ingat?
Bila agaknya kali terakhir kita pergi?
Jangan risau. Saya belanja. Saya abang awak.
Penulis Ko Mun-yeong?
- Ya. - Betul tak?
Anak saya peminat cik.
Maaf,
tapi boleh berikan autograf di sini?
- Nama? - Lee Seul-bi.
Dia memang cantik, bukan?
Ya. Seperti puteri dalam kisah dongeng.
- Kenapa saya seperti puteri? - Sebab cik cantik.
Mak saya juga selalu panggil saya "puteri"
kerana saya cantik.
Puan, tak nak bergambar?
Bolehkah? Terima kasih.
Pergi berdiri di sebelah dia.
Mari sini.
Awak bukan peminat saya, bukan?
Apa?
Dalam kisah dongeng saya, ahli sihir yang sentiasa cantik.
Siapa beritahu awak puteri sentiasa cantik dan baik?
Mak awak?
Puteri mak, pandang sini.
Kalau awak ingin jadi cantik, cakaplah begini.
- Satu. - "Mak.
- Saya... - Dua.
ingin jadi ahli sihir yang cantik."
Tiga!
Puteri mak!
- Aduhai. - Puteri mak!
Aduhai.
Mun-yeong!
Selamat pagi, Mun-yeong.
Aduhai, kenapa ada rantai besi di sini?
Kenapa awal pagi lagi budak itu dah meraung?
Mungkin dia terharu. Saya betulkan tanggapan stereotaipnya.
Perlukah...
Baguslah.
Zaman sekarang, tanggapan stereotaip lebih menakutkan daripada wabak penyakit.
Dan awak berjaya ajar dia?
Awak memang hebat, Mun-yeong.
Sekejap.
HOSPITAL SAKIT JIWA SELAMAT
Saya tak perlukan pinjaman. Saya banyak duit.
Marilah bertolak.
Kita ada dua jam.
Kita boleh singgah ke salun dulu.
Kenapa perlu ke sana?
Awak nak pergi macam ini saja?
Awak nampak seperti Francesca yang ingin melawat pengebumian keluarga Addams.
Awak nak ke wad pediatrik dengan gaya ini?
Awak ke sana bukan untuk takutkan mereka, tapi untuk beri harapan.
Bacakan buku awak untuk mereka.
- Tapi gaya awak ini... - Awak cakap stereotaip menakutkan.
Awak lebih menakutkan saya.
Mun-yeong, tolonglah.
Pakaian biarlah bersesuaian dengan waktu, tempat dan acara.
Saya akan suruh mereka jumpa awak.
Awak tahu kenapa saya suka restoran ini?
- Stik di sini... - Salah.
Pisau di sini
tajam.
- Tengok. - Mun-yeong, awak luka.
Cantik.
Saya nak.
Aduhai.
Cik!
Sekejap.
KAD STAF PENJAGA MOON GANG-TAE
En. Moon, tolong ke lobi segera.
En. Moon, dia makan makanan saya juga!
Macam dah berhari-hari tak makan.
Cik Myoung Ji-suk.
Sayang?
Perut saya lapar.
Tapi jika awak makan dengan gelojoh,
nanti susah kalau perut sakit.
Tak perlu makan semua ini sekali gus.
Awak boleh makan sedikit demi sedikit
dan berkongsi dengan yang lain.
Awak cakap saya cantik jika makan banyak.
Bukan kerana awak makan banyak,
tapi awak nampak cantik walaupun ketika makan.
Sayang!
Tapi...
kenapa awak berkepit dengan model kurus kering itu?
Tak mengapa.
Jangan senyum.
Saya menyampah.
- Angkat tangan dalam begini - Lepaskan saya!
dan turunkan.
- Jangan bergerak! - Ini bukan tempat saya!
Lepaskan saya! Tak guna! Lepas!
Saya tak nak masuk ke sini! Tidak!
Lepas!
Saya tak boleh berada di sini!
- Pesakit baru? - Lepas!
Dua hari lepas, dia dan anaknya dirawat kerana
dos alprazolam berlebihan.
Dia juga pernah terima rawatan kecelaruan keresahan.
Mungkin dia ingin bunuh diri bersama.
Nampaknya dia cuba bunuh anaknya dulu dan kemudian dirinya.
Di mana Go-eun?
Di mana Go-eun? Ke mana awak bawa Go-eun?
Syukurlah anaknya terus muntah
dan dia sedang terima kaunseling PTSD di wad pediatrik.
Go-eun.
Go-eun, apa yang awak fikirkan?
Lepas!
Polis akan datang dan penilaian psikiatrik akan dibuat.
Periksa tanda vitalnya setiap sejam
dan tolong tengok tali pengekangnya semasa awak beri dia titisan IV.
Baiklah.
Sesi bacaan diikuti sesi soal jawab.
Kemudian sesi pemberian hadiah buku dengan autograf.
Akhir sekali, sesi bergambar dengan pihak pengurusan hospital.
Saya tak pasti saya ini CEO atau setiausaha.
Saya keliru dengan identiti saya.
Saya pun sama. Pengarah seni pada nama.
Siapa sangka saya jadi orang suruhan awak.
Awak cakap awak sanggup buat apa saja.
Saya maksudkan menggunakan bakat saya, bukan jadi pemandu.
Saya bukan ambil awak bekerja sebab bakat awak.
Awak nak saya buat macam mana? Pecat awak?
Tak.
HOSPITAL SAKIT JIWA SELAMAT
"Hospital Sakit Jiwa Selamat"?
Awak terima rawatan?
Baguslah awak buat begitu!
Jawablah.
- Helo. - Guna pembesar suara.
Helo? En. Lee
Saya Jururawat Nam Ju-ri dari Hospital Sakit Jiwa Selamat.
Sila ikut saya.
Sudah berapa kali saya cuba hubungi awak. Saya ada hantar mesej juga.
Boleh dengar?
Ya. Saya agak sibuk sekarang...
No comments yet. Be the first to leave one.