The first 200 lines.
Ya, saya tahu.
Tapi kalau saya biar, perkara yang lebih buruk akan jadi.
Cikgu, siapkan satu beg untuk saya.
- Satu beg? - Pengerusi Son yang minta.
Dia mahu beri dana kepada Park Young Tae macam biasa.
Ini memang satu rahsia besar dari dulu lagi.
Masa ketua parti pembangkang itu diculik di Jepun dulu,
hati pak cik rasa lega sangat.
Lepas itu, salah seorang kru yang mengendalikan bot itu,
ada buat panggilan antarabangsa di pelabuhan Jepun.
Mungkin dia kapten atau kru kapal itu.
Dia tak beritahu nama dia.
Dialah yang buat laporan tentang ketua parti pembangkang yang diculik
dan masa itu mereka sudah bersedia ke Jepun.
Jadi pak cik pun terus laporkan kepada pihak Amerika
dan minta bantuan daripada mereka untuk selamatkan ketua itu.
Masa itulah pak cik selamatkan ketua itu dengan dramatiknya,.
Sampai sekarang, pak cik masih berhubung dengan dia.
Kalau dia boleh dapat kuasa lagi sekali,
mesti tak ada siapa berani perlekehkan pak cik.
Kamu sudah faham kenapa pak cik
berusaha untuk teruskan hidup pak cik sekarang?
Awal sangatkah pak cik dedahkan rahsia pak cik itu kepada kamu?
Kru yang buat panggilan pada mula itu...
Bukankah dia dianggap mengkhianati kru lain?
Taklah, itu patriotisme. Dia lelaki yang tetap pendirian
dan berfikir secara mendalam. Kenapa kamu ini?
Kamu tak fahamkah apa maksud sebenar khianat itu?
Khianat itu boleh ditafsirkan sebagai kesetiaan juga.
Itulah namanya hidup berpolitik.
Politik tanpa khianat takkan bertahan lama.
Orang yang selalu khianati orang lain macam itu
akan jadi orang yang berpengaruh.
Kamu tak pernahkah mengkhianati sesiapa?
Jadi apa yang terjadi kepada kru yang buat panggilan itu?
Pak cik tak berapa pasti.
Tapi besar kemungkinan dia sudah mati.
Macam mana pun, keberanian orang itu
telah selamatkan ketua parti pembangkang.
Aduh, alamak.
Nampaknya berita tentang ketua parti pembangkang
sudah dapat perlindungan di Amerika sudah tersebar luas.
Saya ialah Kobayashi yang terkenal itu!
Siapa yang upah awak untuk menculik saya?
Saya bayar dua... Bukan, bayar tiga kali ganda!
Betulkah Hiroyoshi mahu lelaki ini?
- Ya. - Dia berangan untuk masuk ke Korea
dan menabur fitnah tentang Pengerusi Son?
- Ya. - Beritahu apa yang awak mahu.
Betul, saya akan beri awak segalanya.
Mahu duit tak?
Mulai saat ini, awak kena bercakap benar
kalau awak mahu hidup, Kobayashi.
Aduhai.
Selamat datang, Masato.
Budak dari jeti ini sudah berjaya.
Memang hebat macam khabar angin.
Dari dulu sampai sekarang, awak tak pernah berubah.
Selalu saja buat sesuka hati awak.
Sebab mengenangkan zaman kita bertarung dulu,
saya sudah bawa sendiri apa yang awak mahu.
Duduklah.
Terus terang sajalah.
Saya mahu gantikan Kobayashi untuk masuk ke Korea.
Awal sangat untuk masuk Korea.
Kenapa pula, Hiroyoshi?
Chil Sung.
Saya sediakan ini untuk awak. Baca dulu.
Ini maklumat tentang syarikat Pengerusi Son di Fukuoka.
Di tempat ini, belajar dulu asas pembinaan.
Bukan dengan ini, tapi belajar untuk berfikir menggunakan ini.
Tak ada gunanya kalau awak cuba tipu saya untuk balik ke Jepun.
Sampai bila awak mahu jadi samseng?
Pergi sajalah.
Nanti akan ada orang menunggu awak.
Saya sudah beritahu dia.
Di sana, belajar macam mana menguruskan perniagaan.
Faham tak?
Awak ini bagus. Tak pernah menghampakan saya.
Saya mahu beri awak hadiah juga.
Takeuchi.
Orang inikah hadiahnya?
Dia yang bantu menangkap Kobayashi.
Kobayashi telah mengkhianati dia
sampai dia dipenjarakan dan kemudian dibebaskan.
Ada satu masa itu, dia terlibat dalam
kerja menyeludup memakai bot-bot Korea.
Kobayashi dan dia selalu sebut
tentang orang bernama Park Young Tae.
Park Young Tae?
Apa yang seorang ahli politik kena ada?
Kuasa, maklumat, kewangan,
dan polisi yang dapat sokongan ramai.
Macam yang tuan tahu, keutamaan tuan sekarang adalah kuasa kewangan.
Peti besi tuan pun sudah kosong.
Tuan perlukan kekayaan untuk menambah kuasa,
tetapkan polisi dan dapatkan maklumat.
Beg inilah buktinya saya akan jadi
penasihat kewangan tuan mulai sekarang.
Tuan akan kuasai Pengerusi Son dulu.
Bukankah Pengerusi Son itu orang perdana menteri?
Pengerusi Son sebenarnya macam jurujual kembara saja.
Dia ke merata tempat dan tubuhkan perniagaan di tempat-tempat
yang mendatangkan keuntungan kepada dia.
Tuan tahu berapa banyak duit yang Pengerusi Son sudah simpan di Korea?
Jadi kamu macam mana?
Bila ada perbezaan kuasa saja, saya akan tundukkan
kepala saya buat sementara waktu.
Saya sudah tahu sangat apa kesudahan
hubungan yang dibuat berlandaskan duit macam itu.
Contohnya macam kamu.
Kamu beritahu saya kamu tak boleh dipercayai sekarang.
Jeneral Chun, macam tuan juga,
saya tak anggap diri saya ini murah dan tak bernilai.
Bukan setakat itu.
Malah saya sudah letakkan nilai yang sangat tinggi
pada nyawa saya ini sebenarnya.
Dan saya akan selalu jumpa seorang tuan untuk terus hidup macam ini.
Nilai tinggi yang kamu cakap tadi itu, inikah maksudnya?
Nampaknya khabar angin yang mengatakan
kamu seorang dalang politik semuanya bohong saja.
Saya bukan seorang tuan.
Kalau ya pun, kamu pergilah cari tuan lain!
Saya berketurunan Korea dan Jepun.
Walaupun saya agak pandai berenang, tapi susah juga untuk menyara hidup.
Senang betul saya termakan pujuk rayu mereka.
Keistimewaan saya adalah menyelam.
Memang sesuai dengan kerja menyeludup ini.
Jadi awak cakap ketua operasi bot Korea itu Park Young Tae?
Macam mana kalau awak sudah silap?
Gambar ini diambil masa kami sama-sama
bekerja dalam operasi bot itu dulu.
Saya memang rapat dengan kawan-kawan Korea saya masa itu.
Terutamanya dia ini.
Awak masih ingat dia ini siapa?
Mestilah ingat.
Dialah kapten bot yang kami naiki.
Dia seorang yang sangat hebat.
Hebat?
Dia memang berhati-hati dengan orang pro-Korea Utara.
Dia kecewa dengan operasi-operasi bot
yang cuma beri fokus pada penyeludupan saja.
Macam mana hubungan dia dengan Park Young Tae?
Mereka berdua selalu berbeza pendapat.
Park Young Tae ini selalu berlagak
dan sesuka hati saja beri arahan
kepada kapten kapal ini tak kira waktu.
Macam mana itu?
Dari perkara besar sampai ke perkara yang remeh.
Pernah sekali itu dia boleh arahkan kapten kapal
uruskan hubungan dia dengan perempuan.
Memang melampau sangat sampai buat macam itu.
Pak cik jadi tak senang duduk pula dibuatnya.
Seorang pakar menilai lukisan pak cik ini.
Kalau betul saya pakar, pak cik pula seorang pelukis sejati.
Memang cantik sangat.
Bila pak cik ada masa untuk buat lukisan-lukisan ini?
Pak cik selalu kena marah sebab tak jaga
hal ehwal negara dan asyik melukis saja.
- Mak cik yang marahkah? - Mestilah.
Minumlah.
Macam mana lukisan itu daripada pandangan pakar?
Mak cik, saya sudah jadi peminat pak cik.
Habislah kalau macam itu.
Politik akan diabaikan lagi nampaknya.
Tengoklah lukisan dulu. Tae Kyung akan balik sekejap lagi.
Saya sudah cakap saya datang untuk tengok lukisan saja.
Mana boleh macam itu?
Bukannya senang untuk kamu datang. Makan malamlah dulu.
Mak cik sudah suruh dia tukarkan balutan kaki kamu.
Dia cakap boleh saja.
Mak cik akan siapkan makan malam.
Kenapa pak cik mahu jumpa saya sebenarnya?
Ayah saya ada cakap apa-apa kepada pak cikkah?
Dia tak cakap apa-apa.
Tapi tahap kesihatan dia sudah tak macam dulu lagi.
Dia cakap dia kena pertimbangkan balik
tentang hal pengganti dia sekarang.
Dia cakap kamu yang kena gantikan dia.
Dia dapatkan sokongan daripada
orang yang tak berkuasa macam pak cik ini.
Dia tak yakin dengan kesihatan dia sekarang.
Betul tak?
Setakat itu sajalah pak cik boleh beritahu kamu.
Kalau kamu tahu banyak sangat,
dia takut kamu akan diapa-apakan nanti pula.
Macam kemalangan itu dulu.
Dia takut perkara macam itu akan berulang lagi sekali nanti.
Kamu sudah balik?
Mak saya cakap balutan awak perlu ditukar.
Lebih bagus sebab awak sudah tak berbau.
Bila bengkak sudah surut, sakitnya pun akan hilang nanti.
Tolong jangan salah faham.
Ayah saya cuma boleh luahkan isi hati dia kepada seorang saja,
iaitu ayah awak. Sebab sudah lama kenal.
Keluarga saya sekarang sudah jadi semakin dahsyat.
Awak rasa diri awak dalam bahaya?
Lucu, bukan?
Takut pada ahli keluarga sendiri.
- Taklah, saya faham sangat. - Yakah?
No comments yet. Be the first to leave one.