The first 200 lines.
Biar saya beritahu anda idea saya untuk satu permainan.
Seorang lelaki nerda jatuh cinta pada seorang puteri. Puteri pahlawan.
Seorang wira.
Watak-watak itu akan berdepan cabaran hingga mereka boleh bersama.
Sama seperti saya dan Eva.
Saya tinggal di São Paulo. Dia tinggal di Bahia.
Tapi saya tahu saya mahu kahwini dia sejak kali pertama kami bertemu.
Maaf, kawan.
Awak tercedera?
- Badan saya tak, tapi ego saya hancur. - Awak okey?
- Tolonglah, kalian. - Tak perlu.
- Boleh seseorang bersihkan? - Saya akan buat.
Sudah tentu tidak.
Eva…
Saya Alex. Gembira bertemu awak.
Saya juga, Alex.
Di mana meja awak?
Yang itu.
Semua orang dinaikkan pangkat.
Awak tak nampak gembira.
Saya tak begitu suka kerja saya.
Berhentilah.
Kejayaan sebenar ialah membuat apa yang awak suka.
Dia cakap begitu?
Dia nak kahwini saya pada hari kami bertemu?
Alex saja yang bodoh untuk percayai cinta pada pandangan pertama.
Saya tak tahu pun saya nak berkahwin.
Saya selalu fikir ada banyak yang perlu dicapai sebelum itu.
Tapi saya pasti saya nak dekat dengan dia.
Awak tak percayai cinta jarak jauh.
Awak pun sama.
Tapi ia benar. Cinta jarak jauh paling teruk.
- Saya tak faham. - Saya perlu beritahu awak sesuatu.
Tak.
Tak.
Tak.
Awak takkan cakap yang awak…
Ya.
Awak…
Saya akan ke São Paulo!
Saya mahukan perkahwinan yang besar dan meriah.
Parti besar, kawan-kawan berseronok di tempat menari,
keluarga yang memalukan dan sudah tentu,
Eva berjalan di sayap gereja dengan gaun tercantik
supaya kami boleh bersama selamanya.
Jadi, apa pendapat awak?
Saya suka!
- Saya nampak awak dah usahakannya. - Ya.
Itulah dia.
Dah siap.
Ia contoh yang boleh dimainkan.
Saya perlukan satu syarikat untuk melabur dalamnya.
Mustahil untuk kata "tidak" kepada awak.
Tutup mata awak.
Tutup mata.
Apa dia?
Buka.
Wah, tengok.
Hati-hati, saya tak tahu apa yang raksasa itu sembunyikan di sana.
Eva,
sudikah awak mengahwini saya?
Sudah tentu.
Si nerda.
Itulah kisah hari impian saya akan menjadi kenyataan.
Maaflah sebab kacau, semua.
Itu impian Alex, tapi teka siapa yang rancang semuanya?
Di sinilah anak perempuan saya akan berkahwin. Tengok.
IBU PENGANTIN PEREMPUAN
Di resort keluarga,
yang dia tukar menjadi rantai yang menarik dan popular seperti ini.
Biar saya beritahu anda sesuatu. Resort ini ada di seluruh Brazil.
Begitulah Evinha. Dia berani.
Semua orang suka Alex.
BAPA PENGANTIN LELAKI
IBU PENGANTIN LELAKI
Alex mahir mengawal masa dan hidupnya.
Perkahwinan ini pasti hebat.
Lagipun, keluarga kami akan mengembara seperti waktu dahulu.
Tidak.
Saya akan pergi dulu untuk bantu merancang. Eva berkeras.
Dia tidak berkeras, Carina. Awak cuma masuk campur.
Saya bukan masuk campur. Saya membantu.
- Itu bukan masuk campur. - Mari kita buat sekali lagi.
Alexizito dan Evinha!
Apa yang saya boleh cakap tentang pasangan hebat ini?
Perkahwinan ialah kemenangan cinta.
BAPA PENGANTIN LELAKI
- Ayah sudah kalah, bukan? - Tatiana.
Alex dan Eva, saya doakan yang terbaik.
Lihat, perkahwinan awak pasti indah seperti gaun saya.
Alahan.
Mengakulah yang kakak beremosi.
- Adikku… - Berhenti. Saya tak boleh menangis.
Jangan. Menangislah semasa bercerai.
Kakak memang jahat.
Tanpa berlengah lagi, saya doakan pasangan ini bahagia.
Saya sayang kalian.
Saya nak makan. Saya harap ada jamuan besar.
Saya nak minum sampai mabuk
sebab saya perlu makan ubat kalau nak hidup.
Lihat, merpati keamanan.
- Ia teruk, Beto. - Apa?
- Ia teruk. - Usah cakap begitu.
Awak sangat degil.
Saya suruh awak tingkatkan resolusi dan gunakan warna cerah.
Awak patut gunakan HDR.
Saya tak faham semua itu. Saya tak faham bahasa nerda.
Itu juga rumah Eva, tapi kami berkongsi bil, okey?
- Saya bukan nak ambil kesempatan. - Sabarlah, kawan.
- Ia cuma gurauan. - Tak lucu pun.
Big Beto, dengar. Saya dah tak ada duit.
Jika saya tak jumpa syarikat untuk taja permainan ini,
saya akan kembali ke kerja membosankan itu.
- Adakah Eva tahu? - Sudah tentu tidak.
Dia sibuk dengan perkahwinan. Saya tak mahu susahkan dia.
Saya akan hadapi kebimbangan saya.
Gaun kamu cantik. Kamu nampak sempurna.
- Terima kasih. - Hebatnya awak, Pn. Eunice.
Tapi…
saya rasa ada sesuatu yang hilang.
53 JAM SEBELUM PERKAHWINAN
Jangan letakkan Andrade di sebelah Horta.
Mereka saling membenci.
Ya. Okey.
Ya. Banyak ais, macam saya cakap.
Tunggu sekejap. Saya ada panggilan lain.
Ya. Kita akan buat begitu.
Hai, sayang.
Ya, saya ada peta untuk meja itu.
Okey, mari kita fikirkan.
Alex.
Periksa e-mel lagi, sayang?
Tak, saya daftar masuk penerbangan macam awak suruh, sayang.
Banyak ais.
Tolonglah, jangan lupa.
Ya, sekarang musim panas di Bahia. Banyak ais diperlukan. Selamat tinggal.
Sayang, awak dah berkemas?
- Lima minit. - Awak asyik cakap begitu.
- Kita ke lapangan terbang dalam sejam. - Hanya satu beg.
Lagipun, saya tak berniat nak pakai terlalu banyak baju pada bulan madu kita.
Enam bulan merancang. Saya rasa semuanya akan silap.
Semuanya pasti selamat. Awak hebat.
Lihat?
Hai, mak.
Evinha, sayang,
bolehkah mak bunuh mak mentua kamu?
Kenapa belah ini belah pihak pengantin lelaki
jika yang ini lebih baik?
Mak patut telefon untuk hal kecemasan saja.
- Apa? - Apa ini?
Mari baiki ini. Nampak macam pengebumian, bukan perkahwinan.
Siapa yang buat hiasan ini?
Baiklah. Mak akan bunuh perempuan ini.
Mak, bertenang. Saya datang.
53 JAM SEBELUM PERKAHWINAN
Hei, saya sedang cakap dalam telefon.
- Santiago, beri perhatian. - Bertenang.
Sayang.
- Hai, ayah. Ada masalah? - Sayang.
Kembara jalan ini tradisi keluarga tunang kamu.
Ayah patut naik kapal terbang.
Ayah tak takut mati dalam kapal terbang?
Ayah lebih takut dengan rumah bermotor.
Saya rasa ayah sebenarnya takut untuk jumpa mak.
Tolonglah. Mak kamu? Tolonglah.
Kenapa? Dia tanya tentang ayah?
Hai, Alex, ini Suzana, CEO Mind Games.
Saya perlu cakap dengan awak tentang permainan awak.
Tapi saya akan ke London esok. Boleh awak datang hari ini?
Pukul dua petang?
Ayah masih sayang mak.
Awak percaya tak, Alex?
Dengar sini,
mereka berdua macam drama lipur lara.
Alex?
Semuanya okey, sayang?
Saya perlu jawab ini. Hai, Pn. Eunice.
Mak saya kata perkara berlaku pada waktu yang sepatutnya,
tapi itu mengarut.
Adakala, ia berlaku pada waktu yang paling teruk.
Alamak.
Suzana, terima kasih kerana telefon. Saya sangat gembira.
Tapi saya akan… Tak, itu terlalu menyedihkan.
Aku boleh cakap lebih baik.
Suzana, terima kasih kerana telefon. Saya sangat gembira.
Suzana…
Hai, Suzana, apa khabar? Ini Alex. Saya gembira awak telefon,
tapi hari ini saya akan berkahwin dan tak boleh…
- Alex! - Apa?
Tragedi berlaku.
- Apa? Dengan ibu bapa kita? - Lebih teruk!
- Apa dia? - Gaun itu.
- Ia belum siap. - Ia dah siap, bukan?
Ya, tapi renda Renaissance yang dihantar dari Reciff lambat.
- Apa maksudnya? - Ia untuk kelepet gaun.
Ia cantik dan lembut.
- Ia penting. - Bertenang.
Gaun takkan siap sebelum pukul 3:30 petang.
- Semuanya musnah! - Bertenang. Mari fikir.
Kita akan fikirkannya.
No comments yet. Be the first to leave one.