House of Cards

House of Cards

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

House of Cards (2013) - 01x01 - Chapter 2
A Commentary by badh182

Tags

other
Published on: 2017-07-30
Downloads: 58
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SIRI ASLI NETFLIX

Anda tahu apa yang saya suka tentang manusia?

Mereka ikut rancangan dengan baik.

Biar saya tolong kemaskan.

- Nak surat khabar ini lagi? - Tak.

Duit ini banyak sangat.

Tak banyak pun. Terima kasih sebab melayan saya.

Bila-bila masa saja, siang atau malam. Tuan pun tahu.

Di bandar di mana semua orang mencipta identiti baru mereka,

apa yang saya suka tentang Freddy ialah dia tak berpura-pura untuk berubah.

Saya dah lewat.

Setiap hari Selasa saya bermesyuarat dengan pengerusi dan pemimpin majoriti

untuk bincang agenda mingguan.

"Bincang" mungkin perkataan yang salah.

Mereka berbual sementara saya duduk diam

dan membayangkan wajah mereka apabila mereka dijatuhkan nanti.

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Vasquez tentu tengah serabut.

Dia atau Walker yang serabut dan saling menyalahkan satu sama lain.

Bob, saya nak makanlah.

- Kita ada rancangan lain? - Frank, awak ada rancangan, bukan?

- Ya, saya sedang berbincang... - Ahli Republikan pasti akan buat kecoh.

Kalau saya pun, saya buat juga.

Kalau kita bentangkannya,

seronok lihat mereka debat dalam Senat.

- Atau ucapan. - Dah pasti, kalau ia kelihatan begini.

Kenapalah Walker cuba nak buat sesuatu yang mustahil?

Ia tak masuk akal.

Yang Berhormat, maaf mengganggu. Tapi saya ternampak tuan duduk di sini...

Remy. Tuan-tuan, ini Remy Danton.

Remy, ini Pengerusi Birch dan Tuan...

Saya tahu. Selamat berkenalan.

Remy baru saja jadi rakan kongsi Firma Glendon Hill.

- Glendon Hill? - Mereka pasukan yang hebat.

- Tahniah. - Terima kasih.

Bila kali terakhir mereka terima rakan kongsi?

Agak lama juga.

Mereka tahu menghargai permata seperti awak.

Remy ialah setiausaha akhbar terbaik yang pernah saya ada.

Kenapa awak lepaskan dia?

Saya tak lepaskan dia. Dia dirampas daripada saya.

Akaun apa yang awak pegang?

Syarikat SanCorp ialah akaun utama saya. Saya uruskan akaun itu sekarang.

Saya pergi dulu. Maaf sekali lagi sebab mengganggu.

- Tiada masalah. - Gembira bertemu dengan tuan.

Bagus.

Pelobi sekarang semakin muda.

Gaji dia mungkin lebih daripada gabungan gaji kita semua.

Tuan-tuan, saya belanja hari ini.

Saya nak pergi bayar dulu.

Firma Glendon Hill menyokong Syarikat SanCorp.

Syarikat SanCorp bergiat dalam gas asli.

Saya tak peduli tentang itu,

tapi saya ada 67 timbalan dan mereka perlukan duit untuk menang.

SanCorp bantu saya dan sebagai balasan, mereka harapkan yang sama daripada saya.

Ia memalukan, saya tahu.

Tapi apabila habuannya besar, semua orang berebut nak.

Beritahu mereka, saya sedang mengusahakannya.

Saya perlukan lebih daripada itu.

Awak tentu tahu bahawa saya takkan gagal

tentang hal sebegini, Remy.

Janji, Frank.

Setiausaha Negara, kontrak galian timah dan luar pesisir...

Jumpa bila saya dah selesaikan masalah. Jangan buang masa saya.

Bila banyak duit dipertaruhkan, tuan tak boleh mengelak.

- Saya akan muncul. - Baiklah. Terima kasih.

Lapan angka untuk tuan dan jawatankuasa kempen.

Enam juta untuk bina perpustakaan atas nama tuan.

Saya tahu.

Jangan sampai mereka labur pada pencabar awak nanti.

- Saya faham apa awak nak sampaikan. - Yakah?

Harap begitulah.

Sayangnya bakat dia.

Dia pilih wang berbanding kuasa.

Di sini, kesilapan itu sentiasa dibuat oleh semua orang.

Wang seperti beli rumah agam di Sarasota yang hanya kekal sepuluh tahun saja.

Kuasa pula ialah batu asas yang berdiri teguh selama berabad lamanya.

Saya tak boleh hormat seseorang yang tak dapat melihat perbezaannya.

Apa yang saya lihat?

Rencana Williams.

- Williams? - Kolej.

September 1978.

- Kenapa saya perlu melihatnya? - Bacalah rencananya.

Tak begitu menarik.

Michael Kern menuntut di Williams.

Baca tajuk berita itu.

Kemudian ada ini.

- Tak sahih pun. - Lelaki ini lain macam.

- Awak rasa kita boleh berjaya? - Rasanya boleh.

Linda Vasquez di talian.

Saya terkejut lama betul dia nak telefon.

Baru pukul 9:00 pagi.

Maksudnya, dia baca Herald tiga jam lalu

dan selama dua jam setengah dia kena marah dengan presiden.

Cakap saya akan ke sana.

Awak patut kawal Donald. Awak beri jaminan...

Dah 25 tahun dia tangguhkan agenda ini.

Itu memang dah dijangka. Ia masalah biasa.

- Itu saja. - Pada hari pertama pentadbiran kita.

Saya dah kerja dengan empat orang presiden.

Isu rang undang-undang begini memang perkara biasa.

Kalau awak tak betulkan...

Saya tak suka dikawal berlebihan.

Awak nak buat kerja saya dan uruskan Rumah Putih?

Semoga berjaya. Saya takkan halang.

Okey, Frank. Baiklah.

Ini masalah awak sekarang.

Kalau hal ini tak diuruskan dalam 100 hari pertama,

awak jelaskan nanti kepada presiden kenapa dia berbohong kepada rakyat.

- Saya nak sambung bekerja. - Silakan.

Kita patut buat pada hari Jumaat, bukannya hari Rabu.

Kalau kita buat pada hari Jumaat, hujung minggu nanti...

Baiklah. Hari Jumaat.

Semua kertas kerja itu dah siap?

Sesetengah orang lama rumit sikit. Ada pampasan pemberhentian.

Jangan sampai kita didakwa.

Tak.

Kita akan guna kontrak pekerjaan secara menyeluruh.

Baiklah, kita lakukan apa yang perlu Jumaat nanti.

Saya mahu semua temu duga pemberhentian selesai sebelum tengah hari.

Claire, saya masih rasa

semua ini ialah satu kesilapan.

- Kita dah bincang hal ini. - Saya tahu.

Saya cuma nak cakap saja.

Saya rasa, awak sedang merobohkan apa yang kita bina

lebih sepuluh tahun lalu

dan saya...

Saya rasa, cara awak mengendalikannya...

sangat kejam.

Semua ini bukannya mudah, Evelyn.

Tapi ia perlu dilakukan.

Awak selalu suruh saya jujur dengan awak.

Itu cara kita bekerja.

Saya tak setuju dengan sesuatu, saya beritahu awak.

Baiklah, saya tak setuju langsung.

Tolonglah, Claire. Jangan buat begini.

Saya hormat pendapat awak, Evelyn. Saya menghargai awak kongsi dengan saya,

tapi saya takkan ubah fikiran saya.

Hari Jumaat.

Kalau itu yang awak mahu.

Pembaharuan ini menyeluruh,

rombakan sepenuhnya.

Biasanya makan masa berbulan-bulan.

Kita cuma ada beberapa hari saja.

Bagaimana dengan proses? Kita tak boleh ubah...

Bila saya tanya kawan saya iaitu bos kamu semua,

siapa yang paling bijak dalam bidang pendidikan

antara beratus-ratus orang? Kamu semua yang dipilih.

Enam orang yang ada dalam bilik ini.

Saya tahu, tugas ini sangat sukar.

Tapi kita ada peluang untuk mencipta sejarah.

Saya mahu kita semua melakukannya bersama.

Jadi semoga berjaya. Kami mengharapkan kamu semua.

Halaman pertama.

Maklumat ini ialah kunci utama rang undang-undang kita.

Buat macam rumah sendiri.

Inilah rumah kamu semua hingga draf pertama kita ditulis.

Donald, kecoh betul.

Entah macam mana hal ini boleh jadi begini.

Saya dah suruh kakitangan saya musnahkan semuanya.

Saya tak sangka...

Tak kira bagaimana ia berlaku. Kita tak boleh elak,

jadi kita perlu memperbetulkannya.

Mereka sedar tak ini cuma draf pertama? Ini cuma masalah tanggapan masing-masing.

Kita tak dapat peluang kedua tentang pandangan pertama, awak pun tahu.

Sekarang, dengar sini. Saya menyebelahi awak,

tapi Linda sangat marah.

- Apa yang dia cakap? - Mereka mahu menuding jari.

- Kepada saya? - Saya cakap kita tak boleh buat begitu.

Awak penting untuk proses ini.

Cukuplah saya menyebelahi mereka, Donald.

Dengan berbohong, menikam awak dari belakang.

Kemudian saya fikir, lantaklah.

Biar saya korbankan diri saya semata-mata nak buat mereka marah.

- Hubungi John King dari CNN. - Tunggu, Frank.

Ini bukan salah awak.

Kita kena melindungi reputasi awak.

Awak yang perlu pastikan rang tersebut diluluskan.

Sekejap. Saya akan serahkan kepada timbalan saya,

uruskan dengan senyap dan jelaskan pada awak.

- Saya tak selesa dengan cara ini. - Awak ada cadangan lain?

Apa yang mangsa korban mahu ialah tusukan pedang.

Jadi anda asah saja bilahnya, pegang pada sudut yang betul.

Kemudian, tiga, dua, satu...

Sepatutnya saya.

- Lagipun ini rang saya. - Tidak. Mustahil.

Donald, bahagian pendidikan dah jadi kerjaya hidup awak.

Sebenarnya, saya tak ada hati pun dalam perjuangan ini.

Awak kenal saya. Saya bukan ahli politik.

Saya boleh buat dasar,

tapi saya tak pandai berpolitik.

Kalau bukan awak, jadi siapa?

Awaklah orangnya, Frank.

Awak menggerunkan. Orang hormat awak.

Mereka akan ikut arahan awak.

Biar saya jadi orang belakang saja.

Saya hanya boleh bersetuju

kalau saya masih boleh mendapatkan nasihat daripada awak.

Mestilah.

Apa saja yang awak perlukan.

More Malay subtitles for House of Cards

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left