Angel Has Fallen

Angel Has Fallen

Download Malay Subtitle

Release info

Angel Has Fallen-2019 BluRay (02:01:03)
Angel Has Fallen-2019 BDRip x264-AAA
Angel Has Fallen-2019 720p BluRay x264-[YTS LT]
Angel Has Fallen-2019 720p BluRay H264 AAC-RARBG
Angel Has Fallen-2019 1080p BluRay 1600MB DD5 1 x264-GalaxyRG
Angel Has Fallen-2019 BRRip AC3 x264-CMRG
Angel Has Fallen-2019 1080p BluRay x264-[YTS LT]
A Commentary by Sanzoryu
🔹SUBS MALAY PENUH --- ALL BLURAY --- "Kini tak perlu kerut dahi." | Runtime 02:01:03 | Manual translated from sub.Trader | Rate kalau puas hati🙂

Tags

BluRay
x264
720p
720
TS
YTS
1080
brrip
AC3
Published on: 2019-11-16
Downloads: 89
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sasaran sedang bergerak.

Sasaran di tingkat tiga, koridor selatan.

Sasaran sedang bergerak! Tingkat tiga! Koridor utara.

Dia baru saja terjatuh ke tingkat dua!

Semua pasukan ronda dan gerak!

Ini Pesawat Satu.

Kami masih belum nampak sasaran.

Semua pasukan halang dia!

Gerak, gerak!

Tolak dia jauh dari tempat ekstraksi!

- Gerak, gerak! - Tolak, tolak!

Gerak, gerak, gerak!

Ah!

Tak guna!

Makluman. Latihan tamat.

Tepat di jantung.

Pesawat Satu, kamu dibenarkan untuk mendarat.

Kau dah dapat aku.

Jadi, apa kau rasa?

Aku rasa aku dah mati.

Mike, latihan ini, tiada siapa yang berjaya sejauh itu.

Jangan tipu akulah.

- Terima kasih sebab benarkan aku gunakan itu. - Yeah, tiada masalah.

Jadi, macam mana kau jumpa tempat ini?

Semasa Perang Dingin, mereka selalu buat peluru kapal.

Aku beli dari Amerika Syarikat.

Ubah syarikat Salient Global kepada Disneyland seluas 5,000 ekar.

Kau boleh reka apa-apa situasi dan uji ia di sini.

Apa-apa situasi.

Yeah, reka bentuk dalamannya memang hebat.

Hei!

- Apa kejadah, bahlul? - Whoa, whoa.

Dia tendang aku jatuh dari tangga.

Jadi janganlah berdiri atas tangga.

Kau nak buat aku naik angin?

Hei, kalau kamu tak berlatih seperti ianya adalah situasi sebenar,

jadi kamu akan mati bila ia betul-betul berlaku.

Tenang, Bruno.

Kita semua satu pasukan di sini.

Nampak macam lelaki yang baik.

Yeah.

Jadi aku pindah dan beli sebuah rumah,

dan kau beli sebuah bandar kecil di Virginia.

Seperti yang mereka kata, rupa itu boleh memperdayakan.

Bila DOD tutup semua kontrak pembangunan

selepas insiden Blackwater itu berlaku,

perniagaan aku terjejas.

Apa yang aku ada untuk kekalkan Salient kukuh adalah kontrak-kontrak latihan.

Khabarnya David Gentry akan bersara...

dan kau adalah calon untuk menggantikannya.

Pengarah Anggota Sulit, huh?

Aku ingatkan kau hanya rindukan aku.

Iyalah, kalau aku boleh dapatkan kontrak untuk pasukan kau berlatih di sini,

ia pasti boleh bantu aku hadapi masalah ini.

Nanti aku lihat apa yang aku boleh bantu.

Okey? Aku akan usulkan pada Gentry, atau kepada sesiapa saja yang jadi pengarah baru.

Hei, itu saja yang aku mohon.

- Baiklah, sahabat. - Terima kasih, Mike.

- Hei, bila lagi kau akan datang ke DC? - Bila kau nak aku datang?

Aku saja cakap, bagus juga kalau kau datang nanti.

Jumpa dengan keluarga aku.

Makan-makan, santai, sembang.

Boleh, aku suka. Cakap saja bila nanti.

Jumpa lagi.

Leah?

- Hei, sayang. - Macam mana dengan latihan?

Ah, mudah sangat.

Kawan saya, Wade tu ada tempat yang bagus.

Rindu pula dengan Lynne.

Berapa banyak kisah yang dia dengar sebelum tidur?

Empat kisah, macam biasa.

Awak nak mandi ke?

Tak.

Tak, saya baru saja basuh cadar ni. Saya baru...

Awak bau belerang.

Yeah, awak tahu awak suka kan.

"Pengasuhan Moden," huh?

Awak fikir nak masuk kerja awal ke?

Saya ada fikir tentangnya.

Tapi Lynne dah buat banyak perkara yang mengagumkan setiap hari,

saya cuma tak mahu terlepas semua itu.

Nanti awak pun akan selalu ada di sini, bukan?

Yeah. Dia tak buat keputusan lagi, sayang.

Kalau awak mahu,

saya akan serbu White House

dan arahkan si Trumbull tu.

Yeah. Awak fikir itu berkesan?

Saya pandai memujuk.

Percayalah, saya tahu.

Leah, kita dah ada kehidupan yang bagus.

Jadi saya cuma nak cakap, saya tak mahu risau tentangnya.

Jadi berapa lama sebelum gegaran otak ini

menyebabkan migrain dan pening kepala?

Tak lama selepas itu.

Dan kamu kata ianya disebabkan kemalangan kereta?

Yeah.

Bila insomnia itu bermula?

Saya selalu ada sedikit saja masalah itu.

Mungkin sebab kerja saya.

Kamu kerja dalam bidang apa?

Jualan komputer.

Yeah, saya selalu gerak ke sana sini.

En. Jameson, kamu perlu lebih berhati-hati.

Saya melihat kemampatan yang teruk antara C3 hingga 5 di leher kamu,

kemungkinan kerosakan tulang belakang.

Bagai retak menanti belah.

Pathfinder (Presiden) sedang bergerak.

Lepas habis beberapa sidang media, aku boleh bebas dari sarkas ini.

Ah, kau mesti akan rindu nanti, Tuan.

Kau tiada kehidupan.

Kata orang yang boleh menggantikan aku.

- Tuan Presiden? Tuan Presiden? - Helen.

Tuan Presiden, kamu telah berjanji untuk meminda Resolusi Kuasa Perang AUMF

untuk mendapatkan kelulusan dari Kongres

sebelum melibatkan pasukan tentera US ke dalam konflik yang berlaku.

- Adakah itu masih tujuan kamu? - Iya.

Kita dah terlalu suka dengan perang dalam negara ini.

Saya mahu mengubah itu dengan menjadikannya sebagai pilihan terakhir tetapi jelas.

Yeah, Steve.

Tuan Presiden, dengan Rusia yang terus

untuk melebarkan sayap ketenteraannya melepasi sempadan,

apa strategi kamu untuk menghalang mereka daripada membentuk semula Kesatuan Soviet lama itu?

Kamu tahu pendirian saya tentang isu itu semasa di G20.

Ada khabar angin dalam White House bahawa polisi asing baru kamu

akan meluaskan penggunaan kontraktor-kontraktor swasta

untuk membantu menyokong pasukan tentera Amerika, yang masih bertebaran di serata dunia.

Ada yang benar dari ura-ura itu?

Itu saja untuk hari ini. Terima kasih banyak.

Tuan Presiden! Tuan Presiden!

Tembok di sini lagi banyak lubang

daripada kapal selam yang guna pintu tirai.

Bukan saya yang bocorkan.

Kamu pasti?

- Saya pasti. - Okey.

Siapa, sekali lagi telah membocorkan info palsu kepada pihak media?

Terima kasih, Sam.

Saya ingat saya dah jelaskan pendirian saya tentang syarikat kontraktor swasta

semasa pilihanraya.

Saya dah penat, jemu dan penat,

dengan sekumpulan orang yang mendapat keuntungan dari misi kita.

Separuh dari mereka bukannya orang Amerika pun.

Tidak sama berjuang untuk wang dengan berjuang demi negara.

Sekarang, cukup dengan pembocoran info itu. Siapa yang bercakap?

Tiada siapa nak mengaku, huh?

Mestilah tidak.

Biar saya jelaskan.

Bukan salah pasukan tentera kita

bila mereka semakin terdesak.

Ini salah kita.

Status quo itu telah berlangsung terlalu lama.

Dah tiba masa untuk perkara baru maju ke hadapan.

Aku dah lama tak buat benda ini.

- Aduhai. - Aku lupa pasal itu.

Apa yang kamu buat?

- Kau masih buat benda ini? - Dah mula dah.

Awak kena tengok ni, sayang. Sangat kelakar.

Yeah, saya bukannya reti main kad,

jadi saya kena cari cara untuk luangkan masa.

- Mike kata kamu membesar di England? - Yeah, betul tu.

Yeah, ayah saya bermastautin di sana. saya...

Saya tak pernah rasa yang saya sesuai dengan mana-mana tempat.

Tapi bila saya pindah ke Amerika selepas habis sekolah, saya masuk tentera.

Berapa lama kamu berdua berkhidmat bersama-sama?

Aku masuk dalam kemasukan ketiga selepas kau.

- Jadi dalam tiga, empat tahun? - Betul tu. Yeah.

Mike tak pernah beritahu saya zaman tentera dia.

Yeah, kebanyakan kami tak cerita.

Itu mungkin cara kami.

- Tapi, hei, kalau kamu nak dengar cerita... - Tak.

- Yeah. - Tak, dia tak mahu dengar cerita.

Tak, apa saja yang dia akan katakan tentunya tak elok didengar.

- Baiklah. - Alahai.

Tukang masak tentera bukannya pandai masak sangat pun.

Jadi kami selalu pergi ke satu restoran ini

yang buat ayam goreng terbaik yang kami pernah rasa.

Dan kami akan makan sebakul penuh.

Dan tukang masak itu, dia seorang tua yang hebat bernama Moe.

- Moe. - Moe perlu berjalan ke tempat kerja.

Ulang alik lima batu ke tempat kerja. Waktu hujan mahupun cerah.

Waktu musim panas, kamu siap boleh goreng telur atas laluan pejalan kaki di Georgia.

Jadi Mike pergi ke setiap orang dalam pasukan kami, dengan beg pakaian,

dan minta mereka letakkan duit di dalamnya, atau apa saja.

Suami kamu ini, dia boleh jadi agak degil.

Yeah, ceritalah.

Jadi Mike takkan berhenti

selagi setiap seorang dari mereka tidak keluarkan wang mereka.

Dan awak tahu apa yang ayah awak buat?

Belikan Moe sebuah kereta supaya dia tak perlu berjalan kaki ke tempat kerja lagi.

Mike Banning ialah seorang lelaki yang paling degil saya pernah jumpa.

Tak mungkin dia akan kecewakan Moe.

Nah. Ambil lah, sayang.

Itu untuk awak. Cakap terima kasih.

Nah.

Tolong minum itu,

dan diam.

Kau pernah fikir tak kita akan hidup lebih dari umur 30 tahun?

Tak. Tak pernah fikir dulu.

Aku rindu betul.

Dengan merokoknya, bergurau dengan kawan-kawan...

semangatnya, bergaduhnya.

More Malay subtitles for Angel Has Fallen

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left