Echo Valley

Echo Valley

Download Malay Subtitle

Release info

Echo Valley
A Commentary by helminuri

Tags

webdl
Published on: 2025-06-14
Downloads: 47
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Selamat pagi, sayang.

Saya perlu keluar awal pagi ini untuk hantar pelana.

Saya harap tak buat awak terjaga.

Boleh bawa kuda jalan-jalan jika hujan dah berhenti?

Saya akan balik sejam lagi.

Ayuh. Mari.

Saya terfikir, kita duduk rumah saja hujung minggu ini, okey?

Siapkan kerja-kerja yang asyik tertangguh.

Saya janji akan baiki siling bilik tidur yang retak itu.

Hei, saya cuma nak minta maaf tentang malam semalam.

Saya mabuk dan tak sensitif.

Apa-apa pun, saya akan balik setengah jam lagi

dan akan cium awak sehingga awak maafkan saya.

Kate. Maafkan saya.

- Tak berniat nak takutkan awak. - Tidak. Maaf.

Biar saya, tanggalkan…

Bagaimana?

Boleh ikut saya pergi tengok?

Entahlah. Patutkah?

Okey. Ayuh, Coop.

Nampak mendap itu? Kasau itu boleh runtuh bila-bila masa.

Awak akan berdepan masalah besar.

Berapa harga membaikinya?

Jika guna genting yang sama, harganya sekitar 9,000 dolar.

Okey, biar saya fikir dulu, nanti saya beritahu awak.

Ambil masa awak.

- Selamat pagi, Kate. - Hai.

Hannah, kenapa belum siap lagi?

Boleh jadi budak baik dan sapa Kate?

Hai, Kate.

Hai, sayang.

Richard, sayang, Kate datang lagi.

Saya di pejabat.

Maaf, saya perlu siapkan Hannah.

- Awak mahu masuk? - Ya, okey. Terima kasih.

Ayuh, sayang. Kita perlu cepat.

Saya datang. Aduhai, mak.

- Selamat pagi. - Hei.

Masuklah.

Saya cuba cari ringkasan.

Saya lantik pembantu baharu dan ia tak begitu bagus.

Saya tak tahu di mana semua barang.

Silakan duduk.

Terima kasih.

Ya, ini bagus.

Jadi, dalam mesej awak kata mahu bincang tentang bumbung. Betul?

Ya…

Randy datang periksa dan malangnya, kami perlukan bumbung baharu.

- Saya tak terkejut. - Saya faham.

Saya sangka kami ada dua tahun,

- sekurang-kurangnya. - Berapa kosnya?

Berapa kosnya?

Sembilan ribu.

Sembilan ribu. Ini dah semakin membebankan.

Ya, tapi dijamin akan bertahan sepuluh tahun.

Dia kata, sekurang-kurangnya sepuluh tahun.

Saya terserempak dengan Kathy Dumont di kelab.

Katanya, awak batalkan kelas menunggang kuda anaknya sejak enam bulan lalu.

Hilary Stafford pun ceritakan hal yang sama.

Saya bersimpati awak kehilangan Patty,

tapi saya tak boleh asyik beri duit untuk perniagaan yang tak untung,

terutamanya memandangkan kita sudah bercerai.

Saya pun tak pernah inginkan ladang itu.

Jika awak tak mampu jaga, awak perlu jual.

Pergi dulu, Richard.

Pergi dulu, ayah.

Selamat jalan. Seronok dapat jumpa kamu berdua.

- Berseronoklah. - Mak dah lambat. Ayuh.

Terima kasih.

Awak ada berita tentang Claire?

Dia datang sini minggu lepas.

Pukul 3:00 pagi, dan dia menumbuk pintu depan.

Apa dia mahu? Saya…

Apa yang dia selalu mahukan? Duit.

Susahlah sebab awak asyik beri apa-apa saja yang dia mahu.

Dia anak kita, Richard.

- Apa… - Kita dah berjanji

semasa berbincang dengan peguam, ingat?

- Kita bersumpah takkan biarkan… - Ya. Awak tahu saya cuba.

- Awak tahu saya cuba… - Awak tak pernah cuba, Kate.

Dia akan datang dan beri senyuman manis dan awak akan anggap semuanya okey.

Semuanya tak okey. Anak kita betul-betul sakit.

Ia cuma menyalak apabila kamu pulang.

Mak beri ia cukup makan?

- Ia mahu makan tangan saya. - Hentikan. Sudahlah. Ia baik.

Mak amat merindui kamu.

Saya lebih merindui mak.

Kenapa dengan rambut mak?

Mak boleh tanya kamu juga.

Okey, saya akan tetapkan janji temu untuk mak.

Mak perlu jaga diri mak semula.

Kenapa tak balas panggilan mak?

Panjang ceritanya.

Oh ya, boleh saya pinjam iPad mak untuk periksa mesej saya?

Okey. Kamu ke mana?

Beberapa rakan Ryan sewa rumah di Pantai Dewey.

Kamu tak dapat mesej mak?

Tidak. Telefon saya mati.

Kita baru beli.

- Dah rosak? - Ryan campak ke laut

macam main bola sepak Amerika. Begini…

Percik. Makanan ikan.

Kenapa dia buat begitu?

Sebab dia menjengkelkan.

Jangan risau. Saya dah balas dendam.

Sebelum keluar, saya geledah almarinya dan kumpulkan semua barangnya

dan campak ke Jambatan 21st.

Mungkin dia sedang panik ketika ini.

Oh, Tuhan. Betullah.

Misi berjaya.

Claire, tolonglah.

Itulah balasan jika hantar gambar alat sulit kepada perempuan murahan

di depan kekasih sendiri.

Mungkin kamu patut putuskan hubungan dengannya.

Saya akan putuskan. Segera.

Tapi sebelum itu, saya perlukan…

Saya perlukan telefon. Boleh kita pergi ke Verizon?

Ya, mak mahu masukkan kuda dulu, kemudian kita ke sana.

Kamu lapar? Mahu sandwic keju panggang?

Saya kebulur.

Jadi…

kamu rasa okey?

Saya tak khayal, mak. Saya okey.

Mak gembira kamu di sini.

Awak cemburu?

Mak nak pergi berenang esok di Tasik Marsh?

Tentu dapat membantu mak.

Ya, tengok dulu.

Masih ingat ketika saya kecil, saya percaya ada hantu tinggal di tasik itu?

Ya, tentulah mak ingat.

Kamu memanggilnya Ariel, bukan?

- Bukan, Aurora. - Aurora.

Hantu Tasik Marsh Creek.

Takutnya.

Biar saya buka.

Mana barang saya?

Oh, Tuhan. Kenapa dengan muka awak?

Jangan main-main, Claire. Saya tahu awak ambil.

Ryan, saya tak faham maksud awak.

Awak tahu betapa besar masalah saya sekarang disebabkan awak?

Ada setengah kilo dalam beg saya.

Saya beritahu Jackie, awak yang curi.

- Jadi, jika awak tak pulangkan… - Apa?

- Awak beritahu Jackie? - …dia akan datang cari awak.

Ryan, apa masalah awak?

Kenapa awak buat saya begitu?

Sebab saya takut.

- Awak pun kenal Jackie. - Ryan, jangan beritahu dia rumah saya.

Jangan beritahu Jackie rumah saya!

Hei.

Hei, semua okey?

Saya nak keluar.

Pergi mana?

Kamu mahu ke mana?

Sayang? Kamu okey?

Claire?

Claire?

Claire.

Berdiri. Ayuh, berdiri.

Bagus.

Okey. Bagus.

Claire.

Sayang, mak nak cakap tentang malam semalam.

Saya mahu pergi berenang.

Kamu tak boleh terus mengelak.

Okey.

Perjalanan ke-15. Tangan saya macam mahu tercabut.

Saya masih ingat perasaannya.

Saya harap ia semakin mudah.

Oh, Tuhan, tidak. Awak tunggulah.

Gurau saja.

Setiap hari ialah satu nikmat.

Okey, kamu mahu saya terjun depan atau belakang?

Belakang!

Janji dengan saya, kamu takkan cuba buat.

Janji, okey?

Saya nak tengok.

- Kami janji. - Itu bukan jari kelengkeng!

- Betullah. - Terjun!

Okey!

Tiga, dua, satu.

- Hei. - Hei.

Ada iklan muncul dalam komputer mak tempoh hari,

dari Kolej Komuniti Chester.

Mak, iklan tak boleh tiba-tiba muncul di komputer.

Ia muncul sebab mak buat carian.

Tak kisahlah bagaimana ia muncul.

Yang penting, di situ ada kelas penulisan kreatif.

Apa pentingnya?

Kamu patut fikir tentang sambung belajar.

Kamu penulis yang hebat.

Apa yang pernah saya tulis sehingga mak fikir saya hebat?

Cerita pendek yang kamu tulis

tentang seorang ibu yang kehilangan anaknya di zoo.

Mak rasa ia tentang apa?

Mak rasa, bagi mak…

ia tentang penyesalan.

Bukan itu maksud cerita itu.

Nampaknya, ia satu kegagalan, macam seluruh hidup saya.

Mak tak suka apabila kamu cakap begitu.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left