Lovers of the Red Sky

Lovers of the Red Sky (홍천기)

Download Malay Subtitle

Release info

[DWA][Malay] Lovers of the Red Sky ep 1 - 6
A Commentary by DramaWorldAddicted
VIU Subtitles Visit our site: https://jotakufansub.japanotakuhentai.com/2021/09/04/lovers-of-the-red-sky-2021/ Facebook: https://www.facebook.com/DramaWorldAddicted/

Tags

other
Published on: 2021-09-19
Downloads: 34
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

"Lovers of the Red Sky"

"Lovers of the Red Sky"

"Drama ini hanyalah rekaan, tiada kaitan dengan sesiapa."

Pada zaman dahulu...

...ada satu ketika di mana manusia hidup harmoni...

...dengan alam ghaib yang tak boleh dilihat manusia.

Salah satunya ialah tiga dewa yang menghuni dalam satu jasad.

Mereka digelar Samsin.

Yang sulung bertanggungjawab ke atas kelahiran.

Yang kedua bertanggungjawab ke atas kematian.

Yang ketiga pula bertanggungjawab ke atas keseimbangan kedua-duanya.

Suatu hari, dewa kematian yang dahagakan lebih banyak darah...

...memakan dewa yang menguruskan keseimbangan.

Keseimbangan hidup dan mati telah musnah...

...dan dunia diselubungi ketakutan dan pergolakan.

Sekitar masa ini, syaitan terpisah daripada jasad Samsin...

...dan hidup bergantung pada kejahatan manusia.

Seorang wanita yang kehilangan kekasihnya...

...disebabkan perbuatan melulu syaitan...

...telah siapkan sebuah lukisan.

Nenek Kebayan Samsin menjawab rayuannya...

...dan merasuki lukisan itu...

...serta syaitan yang membawa huru-hara ke dunia...

...telah dikurung di dalam lukisan itu.

Kemudian wanita itu ghaib.

"Episod 1: Langit Merah"

"Dinasti Dan, Tahun Ketiga Raja Seongjo"

Eun O, awak ada dengar tak?

Yang potret ini digunakan untuk mengurung sesuatu?

Mereka mengeluarkan sesuatu yang dahsyat daripada badan raja...

...dan akan mengurungnya di sini.

Aku berdoa kepada-Mu, Tuhanku.

Semoga lukisan suamiku...

...dapat disiapkan tanpa sebarang masalah.

Aku berdoa kepada-Mu, Tuhanku.

Ini pun boleh. Ke tepi.

Tapi sebagai pawang Seongjucheong...

Upacara Pengurungan dijalankan oleh Jokyeokjeon.

Saya faham.

"Hong Eun O, pelukis Gohwawon"

Macam mana sebuah lukisan boleh jadi amat berkuasa begini?

Ia memang menakjubkan.

Sekarang semuanya...

...bergantung atas kerelaan Tuhan.

Sayang.

Anak mak.

Sayang.

Wahai Buddha.

Wahai Tuhan.

Wahai Samsin. Jika ada sesiapa boleh mendengar...

...tolonglah lindungi anak saya.

Samsin.

Tolong lindungi anak saya.

Tolong lindungi...

Cheon Gi.

"Nenek Kebayan Samsin, Memberi nyawa sejak mula lagi"

Cheon Gi yang dikasihi, kamu takut, bukan?

"Mi Su, Ketua pawang keempat Seongjucheong"

"Ha Sung Jin, Menteri ketiga Jokyeokjeon"

Kenapa? Apa halnya?

Tuan.

Ayahanda.

Bolehkah kita mengurung syaitan...

...dalam potret ayahanda?

Itu satu-satunya cara untuk menghapuskan syaitan dari dunia ini.

Terlalu banyak nyawa terkorban dalam perang menentang syaitan...

...dan beta akan tamatkannya hari ini.

Mula.

Om mani padme hum

Om mani padme hum.

Om mani padme hum.

"Syaitan, Menyebabkan kematian sejak mula lagi"

Siapa yang berani kejutkan aku?

Berani kau kejutkan aku?

Dungu!

Dia raja kami!

Syaitan mesti menghormati baginda!

Jangan pandang mata dia. Jangan bertentang mata!

Wahai Raja, datanglah dekat padaku.

Bawalah aku masuk.

Kau tak boleh lari daripadaku.

Helo?

Ada sesiapa di sana?

"Hwacha: Goblin yang hidup dengan tenaga lukisan"

Samsin.

Samsin, berani kau?

Mulai sekarang...

...kamu semua akan menderita akibat kemarau dan kebuluran.

Anak-anak kamu akan merayau-rayau dalam kegelapan.

Anak-anak kamu takkan dapat melukis lagi.

Memikirkan yang dia buat awak jadi buta.

Lagipun, syaitan memang kejam.

Sayang...

Nenek tak boleh leraikan sumpahan awak...

...tapi nenek akan padankan awak dengan orang...

...yang akan lindungi awak daripada sumpahan itu.

Puan lahirkan anak lelaki.

Sayang, nama kamu Ram.

Kamu anak sulung keluarga bangsawan Ha.

Ha Ram.

Itu nama yang indah.

Ada yang tak kenakah?

Adakah ini akan memberi keamanan kepada dunia?

Saya takut syaitan akan terlepas.

Kamu tak perlu bimbang.

Kerajaan kamu akan menikmati keamanan.

Sumpahan itu mengganggu saya.

Maksud saya, tentang kemarau dan kebuluran itu.

Jalan.

Apa yang awak buat ini?

Awak fikir awak boleh terlepas dengan ini?

Sebaik saja bekas raja tahu...

Bekas raja memilih Seongjucheong.

Awak boleh turun sekarang.

Bunuh!

Berpecah!

Membuang sepah setelah madu dihabiskan.

Saya buat apa yang saya buat tadi...

...demi keselamatan...

...keluarga diraja dan rakyat.

"9 tahun kemudian, tahun ke-12 pemerintahan Seongjo"

Apa katanya?

Saya juga tak boleh membaca. Saya tak tahu.

Raja kekurangan sifat mulia? - Kemarau semakin teruk.

Saya yakin baginda ada rancangan. - Jangan mengarut.

Sebab itulah tak hujan!

Kemarau dah berlarutan selama bertahun-tahun!

Beri laluan! - Ayah!

Ayah! - Sayang!

Tak ada sesiapa pun yang boleh keluar dari rumah.

Faham?

Ya, tuan. - Ya, tuan.

Tidak. - Tolonglah.

Air dah habis. - Turunkanlah hujan.

Budak itu ada kebolehan yang menakjubkan.

Di sini. - Awak pasti ada air di sini?

Mari kita gali! - Gali!

Budak itu kata ada air di sini. Cepat gali.

Air. Ada air! - Air!

Budak itu pasti memiliki...

...tenaga air.

Kita dah jumpa air!

Ayah!

Ram.

Semuanya berjalan lancar?

Bukankah lelaki itu... - Ya, ayah.

...Tuan Ha Sung Jin?

Mari masuk. Mari.

Jadi, dia masih hidup.

Tuan Ha, lama tak jumpa.

Berani awak datang ke sini?

Walaupun selepas bertahun-tahun...

...saya pasti yang dendam awak tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Awak langsung tak tahu apa-apa.

Saya di bawah arahan bekas raja.

Beritahu saya kenapa awak ke sini sekarang...

...atau saya sendiri yang akan bunuh awak.

Saya datang sebab anak awak.

Awak memang...

Saya pasti awak tahu dia dilahirkan dengan tenaga air.

Saya akan pura-pura tak dengar.

Tuan Ha.

Dah sembilan tahun negara ini menderita kerana kemarau.

Kita perlukan dia di upacara memanggil hujan yang akan datang.

Diam! Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Pergi sekarang!

Kuasa awak dah bertambah kuat.

Saya pawang diraja sekarang.

"Pawang diraja: Pawang yang lakukan upacara diraja"

Saya nak ambil anak awak untuk jadi pembantu dalam upacara itu.

Ini bukan satu pilihan.

Bersiap sedialah.

Kami akan bertolak awal pagi esok.

Apa yang paling penting dalam sesebuah potret?

Bukan mata yang kamu lihat...

...tapi mata yang lihat kamu.

Kawan-kawan, itu hantu buta dan ayahnya.

Ibu saya kata mereka dirasuk.

Dirasuk? Yakah?

Kamu berdua percayakah?

Itu tak masuk akal!

Lihat ini.

Marilah ambil! - Marilah ambil!

Pulangkan! - Marilah ambil!

Marilah ambil! - Pulangkan! Ini milik ayah saya!

Pulangkan! - Marilah ambil!

Pergi, hantu!

Pengemis.

Kotor betul. Pergi!

Jangan ganggu anak saya, Cheon Gi.

Jangan ganggu dia. - Kenapa?

Ayah, jangan buat begitu.

Saya tak apa-apa. Ayah!

Ayah, tolonglah.

Saya tak apa-apa.

Ayah!

Hei, mari pergi!

Mari kita lari. Cepat!

Mari lari!

Ke tepi!

Ke tepi!

More Malay subtitles for Lovers of the Red Sky

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left