The first 197 lines.
SEMUA WATAK, PERISTIWA, LOKASI DAN INSIDEN DALAM DRAMA INI ADALAH REKAAN.
Kakak.
Bau apa itu?
18 SEPTEMBER MOON JU-RAN
Kamu berdua tak dengar bunyi muzik?
Mungkin mereka tak hiraukan loceng.
Tak mungkinlah.
Mari tinggalkan nota, mereka mungkin akan lihat nanti.
Tiada siapa di rumah.
Bau apa itu?
Kita belum jumpa sejak awak pindah.
Sertailah ruang bual kami.
Saya pulang selepas enam tahun.
Helo.
PHARMSERIN
Sayang.
Sayang, maaf. Nanti saya telefon awak balik.
KLINIK PEDIATRIK KIUMAI PENGARAH PARK JAE-HO
Helo.
Helo, En. Park.
Maaf, saya sepatutnya datang bertemu awak lebih awal.
Selamat berkenalan. Saya Shin Ji-su, cikgu Seung-jae.
Apa yang Seung-jae buat?
Ini kertas jawapan yang dia hantar
semasa ujian beberapa hari lalu.
Seung-jae sentiasa dapat gred cemerlang
dan tak pernah bergaduh dengan rakan sekelas sejak berpindah ke sini.
Tapi sejak kebelakangan ini, dia tak banyak bercakap
dan tak makan apa-apa.
Dia cuma tidur di mejanya.
Jadi saya nak tanya kalau ada apa-apa yang berlaku di rumah.
Bagaimana dengan mak dia?
Seung-jae.
Kalau awak tak beritahu cikgu apa-apa, cikgu terpaksa hubungi mak awak.
Ayah saya.
Telefon ayah saya, jangan telefon mak saya.
Isteri saya tak sihat sejak kebelakangan ini,
dan saya rasa Seung-jae tahu.
Kami berpindah ke sini dan dia tukar sekolah secara mengejut.
Tentu dia sangat tertekan.
Maaf, saya akan bercakap dengan dia.
Sebenarnya, En. Park...
Dia nak mati.
Itu yang Seung-jae cakap.
Biasalah, budak sebaya dia suka cakap perkara begitu sambil lewa.
Saya dengar ada beberapa kes berlaku sebelum dia ditukar ke sekolah ini.
Saya rasa ia ada kaitan dengan mak dia.
Boleh awak beritahu apa yang berlaku?
"Kes"?
Cara awak cakap seperti ia satu jenayah.
Taklah, En. Park. Saya tak bermaksud begitu.
Maaf buat awak tersinggung.
Ia agak kurang menyenangkan.
Saya akan tenangkan dia dulu
dan datang jumpa awak semula lain kali. Jumpa lagi.
En. Park!
Jangan beritahu mak kamu tentang kejadian hari ini.
Tak lama lagi ulang tahun kematian mak cik.
Ayah.
Tak bolehkah kita pindah balik ke Seoul?
Nak.
Kamu ingat kenapa kita berpindah ke sini, bukan?
Mak?
Ayah ingatkan kamu faham, Seung-jae.
Adakah ayah silap?
Begitukah?
Tak.
Saya faham.
Seung-jae.
Kelakuan kamu ini...
akan menjejaskan keadaan mak.
Kamu tahu, bukan?
Sayang.
Apa awak buat di sana?
Kamu berdua pulang bersama?
Apa awak buat?
Saya hidu bau busuk sejak beberapa hari ini.
Saya fikir mungkin kucing jalanan tanam tikus di sini,
jadi saya nak gali dan periksa.
Bau?
Bau apa yang awak maksudkan?
Awak tak bau?
Kamu pula, Seung-jae?
Kamu tak bau sesuatu yang busuk?
Tidak.
Saya tak bau.
Saya tak bau apa-apa.
Baja organik?
Awak betul-betul tak ingat?
Awak minta saya belikan sebab awak nak berkebun di belakang.
Saya buat carian,
rupanya baja organik berbau busuk.
Yakah?
Saya minta awak beli?
Oh ya, saya baru teringat. Saya ada minta awak belikan.
Jadi itu bau baja rupanya.
Saya dah selesai makan.
Kamu tak nak tambah?
Sayang, kita perlu bersedia mulai sekarang.
Apa?
Dia sedang melalui proses baligh.
Awak patut mula tulis semua perbuatan dia yang buat awak marah.
Sebaik saja dia ada kekasih, saya akan tunjukkan kepada gadis itu.
Ini Dr. Park Jae-ho, pengarah Klinik Pediatrik Kiumai.
Selamat datang.
Helo, saya Park Jae-ho.
- Helo. - Helo.
...gejala-gejala itu akan muncul.
Terutamanya kanak-kanak...
Saya cadangkan kanak-kanak memakai pelitup muka semasa lakukan aktiviti luar.
- Siapa itu? - Helo.
Saya jiran sebelah rumah yang baru berpindah hari ini.
Saya nak bertanya khabar.
Maaf,
tapi kami tak boleh jumpa awak sekarang.
Kami akan datang bertanya khabar waktu siang.
Apa?
Baiklah. Saya datang lewat malam.
Maafkan saya.
Tak apa.
Selamat malam.
Bau apa itu?
Apa awak buat?
Mari sini dan tonton temu bual ini bersama.
Kita belum jumpa sejak awak pindah.
Terlalu awalkah saya ke sana?
Saya tak bau apa-apa di sini.
Ibu bapa tak boleh halang anak
- daripada keluar rumah. - Betul.
Apabila mereka keluar, pastikan mereka pakai pelitup muka.
Pastikan mereka tak berada di luar terlalu lama.
Semasa bermain di luar...
Rambut saya nampak pelik.
Solekan itu tak cantik macam sebelum ini, bukan?
Taklah, saya rasa awak nampak kacak.
Bukan cuma untuk orang dewasa, untuk kanak-kanak juga...
Wanita yang datang tadi jiran baru kita, bukan?
Ya, dia agak kepoh orangnya.
Awak pun nampak dia?
Hanya sekilas saja tadi.
Ejen hartanah cakap ada sesuatu yang tak kena di rumah itu,
sebab itu ia lama tak berpenghuni.
Saya fikir bagus juga sebab tiada siapa akan ganggu awak.
Saya akan periksa lagi esok, sayang. Okey?
Apa pun, elok epal yang awak beli ini.
Rasanya sangat sedap.
Sayang, ada orang telefon.
KIM YUN-BEOM, FARMASEUTIKAL YUSEONG
Helo?
Saya rasa awak dah keterlaluan.
Awak berani cakap perkara yang boleh timbulkan masalah sebenar.
Memancing waktu malam?
Entahlah.
Saya tak rasa itu akan membantu.
Saya akan fikirkan.
Bau apa itu?
Apa yang awak sedang fikirkan?
Tak ada apa-apa.
Awak masih fikirkan bau busuk itu?
Taklah.
Bunyi bising itu pula?
Beberapa hari lalu,
awak cakap awak asyik dengar bunyi hentakan dari tingkat dua.
Awak masih dengar bunyi itu?
Tak, saya dah tak dengar lagi.
Perasaan awak sensitif pada waktu ini.
Sebab itulah Seung-jae dan saya lebih berhati-hati.
Kakak awak pun nak awak hidup bahagia.
Itulah satu-satunya sebab kita berpindah ke sini.
Sayang.
Mari hidup bahagia di sini.
Saya rasa bersalah
terhadap awak dan Seung-jae...
Semuanya kerana saya.
ULANG TAHUN KEMATIAN YOUNG-RAN
Kakak.
Bau apa itu?
19 SEPTEMBER MOON JU-RAN
Bau apa itu?
Siapa awak?
Saya tinggal di sini.
Saya nampak awak semalam. Awak jiran saya.
Selamat berkenalan. Saya Oh Hae-su.
Sebenarnya...
Saya patut pergi.
Tunggu.
Bau apa yang saya hidu semalam?
Saya tak rasa ia dari rumah awak.
Saya rasa bau itu dari belakang rumah awak.
Itu bau baja.
Baja organik.
Baja?
Saya tak rasa itu bau baja.
Saya rasa mungkin ada sesuatu yang mereput di dalam tanah.
Tentu di dalam rumah awak pun bau busuk. Itu tak mengganggu awak?
Saya tak boleh tahan walaupun sekejap.
18 SEPTEMBER CHU SANG-EUN
No comments yet. Be the first to leave one.