The first 200 lines.
SAN NICOLA AL MONTE, ITALI 1,486 METER -2°C,
21 DISEMBER
Matilah kamu.
Matilah kamu! Mati!
Mati!
Mak, bolehkah mak kejut saya dengan menjerit macam ibu yang normal?
Mak dah bunuh semua ibu yang normal.
Rasakan itu! Nah, rasakan!
Mak fikir ayah akan pulang untuk Krismas?
Kamu belum tahu? Helikopternya telah diserang jerung.
Tolonglah, tak bolehkah mak serius sikit?
-Kita suka main-main, bukan? -Tapi ini agak keterlaluan.
Elia, tak baik kata begitu tentang diri kamu.
Saya tak kata tentang diri saya.
Oh, terima kasih.
Nasib baiklah mak dah lambat. Kalau tak, mak geletek kamu sampai lunyai.
Mak nak ke kedai.
Kenapa? Akhirnya kita ada pelanggan?
Bukan salah mak jika orang tak nak main lagi
dengan mainan lama.
Apa-apa pun, saya suka boneka bertali.
Semoga hari kamu ceria, sayang. Sentiasa ingat...
Jangan berhenti bermimpi, walaupun kamu dalam sedar.
Bagus.
"Jumpa lagi!"
-Jumpa lagi. -Jumpa lagi!
KILANG SANTA CLAUS, KUTUB UTARA 2,147 METER -49°C
Ayuh, rakan-rakan! Krismas lagi beberapa hari.
Ribut hadiah diramalkan berlaku oleh jabatan kaji cuaca
bagi semua kanak-kanak yang baik. Tidak bagi yang nakal, tentunya.
Ingat, kamu tak dibenarkan langsung berinteraksi dengan kanak-kanak.
Namun, kekalkan keajaiban Krismas.
Saya takkan jatuh. Dia suka pensel yang besar.
Saya harap saya tak terlalu lewat.
Pengumuman perkhidmatan awam.
Sesiapa yang menggunakan pistol kilauan, bersihkan dahulu sebelum memulangkannya.
Bertenang, senyap!
Saya akan panggil. Sila ambil nombor.
Bercakap tentang mainan, hari ini hari terakhir
untuk bentangkan ciptaan terbaharu anda.
Adakah Trip akan dihalau sekali lagi dari pejabat bos tahun ini?
Atau dia akan dihalang sebelum melangkah masuk?
-Sembilan! -Di sini!
Mari.
Sesiapa yang prototaipnya diluluskan,
sila ke kawasan berhimpun untuk menjalani ujian.
Yang Teramat Mulia, izinkan saya?
Budak-budak nakal...
semakin meningkat.
Tuan Yang Amat Boneka ada di sana?
Siapa itu?
Kamu rupanya, Trip!
Apa yang kamu bawa untuk saya tahun ini?
Kamu ada buat mainan baharu?
Ada. Saya agak gementar, tapi hampir terharu
kerana kali ini ia benar-benar hebat.
Saya cipta ini. Ia dipanggil Wisel Pelbagai Bunyi.
Comelnya!
Apa awak buat di sini, Trip?
Saya beri awak tiket nombor 60, mereka baru panggil nombor sembilan.
Bagaimana mungkin?
Trip.
Yang Amat Boneka, kelakuannya membahayakan
sifat mulia bunian yang terkenal sejak zaman-berzaman.
Dungu!
Yang Amat Boneka, wisel ini boleh menghasilkan
apa-apa jenis bunyi yang tuan mahu dengar.
Kanak-kanak pasti menyukainya.
Buatkan saya bunyi kucing. Saya menyukainya.
Boleh. Wisel ini bukan untuk ditiup, tetapi disedut.
Sekarang, buat bunyi jeritan filem seram. Ayuh!
Aduhai.
Sekarang, saya mahu tali kasut seorang lelaki dari tahun 1950-an
yang digesek pada sebuah gramofon.
Saya suka gramofon.
Namun... Trip! Namun...
Syabas.
-Terima kasih. -Sama-sama.
Akhir sekali, ciptaan saya yang terbaharu.
Mungkin ciptaan terhebat saya.
Ayuh! Mari kita lihat.
Ini dia.
Ini ialah Putar...
Putar...
Putar...
-Gasing Berputar. -Ya.
Ia berfungsi seperti putaran... Putaran...
-Putaran gasing. -Terima kasih.
Namun, bukan gasingnya yang berputar...
Bilik ini yang berputar!
Seluruh bilik ini berputar.
Ya. Seluruh bilik ini berputar.
Awak tahu cara nak hentikannya, bukan?
Saya sedang usahakannya.
Bagaimana nak hentikannya?
Trip!
Hentikannya sekarang!
Trip!
Hentikannya sekarang, Trip!
Bagaimana?
Hentikannya!
Maafkan saya!
Trip. Saya akan bunuh awak!
Seterusnya!
Alat ini akan disimpan di sini...
PENYIMPANAN PROTOTAIP YANG DITOLAK
...bersama ciptaan awak yang lepas-lepas.
Ciptaan-ciptaan awak berbahaya.
Gila.
Semua mainan saya beri kanak-kanak keterujaan yang mereka mahukan.
Apa yang awak tahu tentang kemahuan kanak-kanak? Awak pernah nampak?
Apa awak tahu tentang mereka? Belajar daripada buku?
Mereka bukan perkakas rumah.
Apa-apa pun, tak macam awak,
saya masih bunian pencipta!
Si malang yang menyedihkan!
Saya terlanjur kata.
Trip, mereka sedang mencari penjahit bola sepak yang baharu. Maaf.
Cepatlah, awak terlalu lembab!
-Bagi balik! -Biar saya buka.
Saya nak buka sendiri.
Lepaskan!
-Kalian dah sedia? -Bukalah cepat.
Kad Fantasi
Tukul keramat Wünderkammer.
Baiklah.
Anak si Hodoh!
Itu kad darah campurlah!
Bunian Pencipta!
Dengan kuasa yang boleh menempa artifak ajaib?
Saya tiada yang itu.
Bacakan kebolehannya.
Ayuh!
Hai, si malang.
Hai, Giada.
Adakah itu Buddy Buddy? Dari mana awak mendapatnya?
Siapa beri awak cakap dengan saya?
Saya yang beri dia. Cuma ayah saya yang boleh menjualnya.
Tak macam mak awak yang malang, dia hanya menjual sampah.
Apa yang awak sorokkan itu? Tunjukkan kepada saya.
Lari!
Pengecut.
Mari ambil basikal kita.
Cepat, mereka dah lari!
Ayuh!
Ayuh, cepat!
Bila awak nak belajar tunggang basikal?
Tinggalkan saja saya. Awak pergi.
Tidak! Kita pasti boleh!
Kalau saya dapat awak, siaplah!
Mereka dah terlalu hampir.
Kita boleh, percayalah cakap saya!
Aduh!
-Bagi balik! -Kenapa?
Kalau saya tak nak bagi?
Marilah, lawan saya.
Awak mahukannya semula?
Datang ke perlumbaan kereta luncur esok. Di Lompatan Syaitan.
Kalau awak tak mati, awak dapat.
Tapi tak mungkin awak berani.
Dungu.
Ayuh kita pergi dari sini.
Lupakan dia. Si darah campur itu.
Anak si Hodoh.
Semua mainan antik ini agak bagus, bukan?
Agak kuno juga.
Saya pasti Elia juga mahukan Buddy Buddy.
Jika saya diberi duit setiap kali orang bertanya tentangnya,
tentu saya kaya sekarang.
Awak sebut perkataan keramat itu.
Kaya.
Hai, Ivana. Awak apa khabar?
Saya dah beli satu kontena benda ini.
Malah, San Nicola al Monte sendiri akan menjadi tumpuan dunia.
Ciocca, tolong bawa keluar benda ini.
Ivana! Awak tak mahukan saya?
Tidak, saya tak mahu! Saya lebih rela bankrap.
Setiap Krismas, cerita sama saja.
Semua orang tergila-gilakan mainan bermusim
dan keesokan harinya, mereka lupa semuanya.
Minta simpang.
Betul kata awak, Ivana. Tapi, ini semua atas permintaan.
Apa-apa sajalah.
Kita hanya tunaikan permintaan orang ramai, bukan?
Beritahu saya, berapa banyak awak nak pesan?
Seratus, 200? Ayuh.
Ivana,
saya tahu keadaan awak agak sukar sekarang.
Memandangkan suami awak dah tiada... Maksud saya...
Tentu sukar.
Ia akan bertambah sukar
apabila semua kedai lain jual barang-barang saya.
Saya cakap ini demi kebaikan awak, Ivana.
Awak tak peduli tentang saya,
tentang Krismas, tentang mainan atau tentang kanak-kanak!
Tahun lepas awak jual mesin basuh tiruan
dan Luigino bankrap. Apa jadi dengan pembuat roti, Rosa?
Dia juga bankrap apabila awak mula buat benda itu...
Gandum tanpa gluten buatan makmal itu. Awak lintah darat.
Lintah darat jahat.
No comments yet. Be the first to leave one.