The Wheel of Time

The Wheel of Time

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

The Wheel of Time S01E01 Leavetaking 1080p AMZN WEB-DL DDP5 1 H264-CMRG
The Wheel of Time S01E02 Shadows Waiting 1080p AMZN WEB-DL DDP5 1 H264-CMRG
The Wheel of Time S01E03 A Place of Safety 1080p AMZN WEB-DL DDP5 1 H264-CMRG
A Commentary by ShasyaLala
Amazon Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Published on: 2021-11-19
Downloads: 35
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 194 lines.

Dunia telah binasa.

Bertahun-tahun yang lalu, lelaki yang berkuasa

percaya mereka mampu mengekang kejahatan.

Mereka angkuh.

Apabila mereka gagal, lautan mendidih, gunung-ganang ditelan bumi,

kota-kota dijilat api

dan Aes Sedai wanita terpaksa memulihkan dunia.

Wanita-wanita ini takkan lupa

lelaki yang menjadi punca Dunia Binasa.

Mereka menggelarnya Naga.

Lelaki ini telah dilahirkan semula.

Kami tak tahu di mana, oleh siapa atau sama ada dia lelaki atau perempuan.

Yang pasti, dia telah menginjak usia

dan kami harus mencarinya…

sebelum dia dikuasai kejahatan.

Cepat!

Berhenti!

Berhenti!

Kita tak boleh mati begini.

Lawan mereka dengannya.

Jangan cederakan dia.

Dia tak bersalah.

Siapa yang awak maksudkan? Hanya kita saja di sini.

Dia dah gila.

Awak nampak tujuan kami ke sini?

Ia satu anugerah.

Berterima kasihlah kepada saya.

Kuasa ini.

Ia hanya untuk wanita.

Jika awak menyentuhnya…

ia akan tercemar.

Tolonglah.

Tidak.

-Tolonglah. -Sahabat.

Tolonglah! Jangan!

Tolonglah!

Dia bukan orangnya.

Dia dilahirkan 20 tahun yang lalu,

hampir dengan ramalan hari kelahiran Jelmaan Semula Naga.

-Dia dapat sentuh sumber itu. -Dia bukan orangnya.

-Kita ke mana selepas ini? -Dua Sungai.

Dengar kata, ada empat Ta'veren di sana. Usia mereka bersesuaian.

Penduduk gunung ini sudah lama bertapak di sini.

Semoga mereka sedia menghadapi cabaran yang mendatang.

Tocang ini akan mengingatkan awak yang awak sebahagian daripada kami

dan begitu juga sebaliknya.

Wanita akan sentiasa berseorangan dan takkan berseorangan.

Apabila awak diselubungi kegelapan

dan cahaya tiada, sentuhlah tocang ini

dan ketahuilah bahawa kami bersama awak.

Kami semua ada bersama awak.

Sebagai Bestari Dua Sungai,

saya mengalu-alukan awak sebagai ahli Jemaah Wanita.

Kuatkan hati, Egwene.

Percayakan sungai itu.

Ayah ingat lagi ketika jalan ini hanya denai kecil

yang berliku-liku.

-Bagaimana ayah hantar bulu biri? -Ayah angkatlah.

Brandi pula?

Ayah tinggalkannya di rumah. Ibu kamu sukakannya.

Serigala dah makin banyak.

Sesuatu memaksa mereka turun dari gunung.

Semasa kamu kecil,

kami biar kamu cari beri seorang diri di hutan ini.

Kamu selalu simpan sebakul ceri untuk Egwene.

Jiwangnya saya waktu saya kecil.

Keluarga Coplin dan Conger risau

kalau brandi epal tiada semasa Bel Tine.

Harap-harap mereka dah lupa.

Baiklah, saudara dan saudari,

terima kasih kerana bersabar dengan saya malam ini.

Mungkin kalian tak sanggup serahkan wang kalian, tapi…

-Lain kali awak mungkin menang, Mat. -Kenapa bukan sekarang?

-Siapa lagi nak cuba? -Wang awak dah habis.

Sudahlah, duduk.

-Awak sihat? Adik-adik awak pula? -Boleh pinjamkan wang?

Satu permainan saja. Kita bertiga. Demi masa silam.

-Kami sedang berbual. -Tentang apa?

Awak dah kahwin. Hidup awak bosan. Rand mendambakan Egwene

dalam kesejukan dengan ditemani biri-biri.

-Awak dah dengar? -Tentang apa?

Beberapa orang bawa bulu biri ke Taren Ferry minggu lepas.

Di sana, ada ramai askar yang menuju ke selatan.

-Untuk apa? -Perang melanda Ghealdan.

Ghealdan? Biarlah.

-Calle Coplin yang cakap, bukan? -Apa masalahnya?

Dia kaki kelentong.

Sudahlah, mari kita main.

-Tak mahu? -Ya.

Awak pula? Baiklah.

Kalian membosankan.

Danya?

-Dia habis berapa banyak wang? -Entahlah.

Tapi memang banyak.

Sayang, kamu dah pulang.

Ayah bimbang…

Mari. Kita rugi kalau ada yang tak minum.

Tidak. Awak minum dengan kami malam ini.

Marin! Satu koleh untuk anak awak!

Semua orang, minum.

-Minum! -Minum!

Bagaimana upacara itu?

Saya tak tahu. Kami belum sempat berbual.

-Dia cuma sibuk. -Ya, sudah tentu.

Siapa nama awak?

Lan Mandragoran.

Ini Moiraine.

Puan, boleh saya bantu?

Kami perlukan kandang kuda dan sebuah bilik.

Dua katil dengan cadar bersih. Itu saja.

Baik, Sedai Moiraine.

Aes Sedai?

Silakan, puan.

Dia nampak macam manusia biasa.

-Mungkin… -Diam.

Entah apa yang dia boleh dengar.

Mungkinkah dia menuju ke perang di selatan?

Orang kata seorang Aes Sedai boleh memenangi pertempuran.

Tak kisahlah ke mana dia mahu pergi.

Tapi kita lebih gembira dan selamat selepas dia pergi.

Di mana Laila? Mungkin di bengkel tempa.

Besi sukar ditempa bersendirian.

Ucap salam kepada Egwene.

Kenapa awak di sini? Semua orang di rumah tumpangan.

Mereka kata awak tak hadiri upacaranya.

Saya cintakan awak.

Saya tahu.

Ibu? Apa ibu buat di sini?

Sama seperti orang lain.

Di mana ayah?

Seluruh penduduk pekan boleh nampak. Kejinya.

Siapa jaga adik-adik?

Bangsat!

Mari kita balik, ibu.

-Suka hati ibulah! -Tolonglah.

Abang, ibu sakit lagi?

-Ibu sihatlah, bodoh. -Dia tak apa-apa. Jangan risau.

Kamu akan jadi seperti ayah kamu.

Ibu pasti.

Keji sepertinya.

Hei.

Apa kata kamu tidur dengan abang, bukan dengan ibu dan ayah?

Bagus. Ayuh.

Ribuan perang sudah melanda kawasan di kaki gunung

dan penduduk Dua Sungai tak perlu

masuk campur.

Perang hanya untuk orang bodoh yang berjuang demi tujuan bodoh.

Aes Sedai tak berperang.

Mereka mengawal dunia dari Menara Putih,

dan jika mereka ada di sini…

Bolehlah dia meraikan Bel Tine dengan kita semua.

Rand, Egwene. Cuci semua pinggan mangkuk.

Baik.

Awak mengelak daripada saya.

Mungkin saya tunggu peluang untuk bersama awak.

Bagaimana siang tadi?

-Saya tak boleh… -Ini sayalah.

Cakap baik atau teruk pun dah cukup.

Ia…

baik.

Maaf, saya teringat kata-kata Nynaeve…

Ayah saya kata,

saya pernah kutip beri untuk awak.

Semasa saya kecil.

Macam budak mabuk kepayang.

Macam comel saja.

Ia di dalam kocek awak sepanjang hari?

Mungkin.

Mari sini.

Ia tak cukup panas.

-Ada air suam pun dah cukup baik. -Ia tak cukup panas.

Lebih selesa sekarang?

Ya.

Kenapa?

Awak rasa dia antara mereka?

Yang mana satu?

Awak biar saya tertidur.

Macamlah saya boleh halang.

Apa yang berlaku siang tadi?

Masalahnya tak berlaku hari ini, tapi sebelum itu.

Nynaeve mahu saya jadi anak didiknya

supaya boleh menjadi bestari suatu hari nanti.

-Apa? Tidak, awak… -Dia tanya saya.

Saya belum jawab.

Yakah?

Dia rasa saya boleh dengar bisikan bayu jika saya belajar dengannya.

Awak akan kesunyian jika menjadi seorang bestari.

Tanpa suami,

atau anak-anak.

Saya patut pergi tidur.

Rand.

Kami nak gula-gula…

Selamat Hari Bel Tine.

Saya tak ada gula-gula.

More Malay subtitles for The Wheel of Time

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left