The first 200 lines.
Episod sebelum ini dalam…
Alamak. Saya sedang melihat
foto cap waktu keluarga Dimas…
…di luar semasa penggera kebakaran berbunyi.
Ya Tuhan.
Mungkin masih ada pembunuh dalam bangunan.
Maksud awak, teman wanita saya betul?
Entahlah. Kamu tak rasa ia terlalu mudah?
Saya akan siasat semula tentang Howard.
Tim tak mati disebabkan kucing, Jan.
Jan, kami buat semua ini sebagai satu pasukan.
Saya pula tiada dalam pasukan itu.
- Saya tak akan cakap begitu. - Saya akan cakap begitu.
Tidak! Idea awak bagus…
Charles, biarkan dia. Masa kita singkat.
Kenapa dengan awak?
- Adakah itu kanser? - Ini keresahan.
Ia terjadi apabila saya bercakap dengan orang.
Mereka bersihkan pangsapuri Tim Kono esok.
Kami nak masuk ke sana dan cari petunjuk sebelum ia hilang.
Kita jumpa mainan seks!
Jangan menilai. Tak perlu malu dengan kecenderungan seksual.
SAYA PERHATIKAN AWAK
Jan!
Jan! Jan!
Tolong saya!
Musim sejuk di New York tak sesuai untuk basun.
Alat muzik yang sejuk akan berbunyi sumbang.
Lebih banyak masa dan penjagaan rapi untuk menghangatkannya
agar ia kembali selesa untuk digunakan.
Jan, kita tunggu bantuan.
Tolong saya! Kita tunggu bantuan.
Saya mengelak beri nama untuk basun saya, contohnya Betty.
Saya lebih suka anggap ia sebagai orang asing yang cantik…
SEMOGA CEPAT SEMBUH
…untuk menjadikan detik itu istimewa setiap kali saya menyentuhnya,
seperti kami bertemu buat kali pertama.
Belajar jika kami akan serasi,
jika kami boleh bersatu kerana itu satu-satunya cara ia boleh berjaya.
Jangan ubah tanpa bantuan saya.
Saya tak apa-apa.
Saya boleh nampak awak menggerenyet.
Mustahil awak boleh bermain untuk konsert esok.
Saya cuma perlu duduk dan tiup basun.
Awak tiada komen?
Saya suka dengar awak cakap begitu.
Saya akan bunuh orang yang buat begini kepada awak.
Jika dia Howard, si pemilik kucing yang awak cuba beri kami amaran,
saya akan patahkan kaki dia seperti saya buat kepada kucingnya.
Saya tak tahu kisah itu, tapi ia seksi.
Awak patut sebut nama Howard kepada polis.
Awak perlukan bukti untuk buat begitu
dan saya tak nampak pelakunya.
Ya. Saya tak percaya saya boleh terlepas semua itu.
Mula-mula, Oliver dan teori Stingnya
dan kemudian Mabel dan batu permata serta keluarga Dimas.
Kamu selesaikan satu pembunuhan, cuma bukan pembunuhan Tim Kono.
DAILY DISPATCH MEMALUKAN! PENJARAKAN MEREKA!
Awak boleh terbunuh.
Semuanya sebab mereka terburu-buru siapkan audio siar itu.
Saya nak beritahu mereka yang saya nak tarik diri.
Saya tak suka putuskan hubungan
dan Mabel akan pandang saya dengan muka yang naif itu.
Saya sokong awak, tapi ini sangat bermakna untuk awak dan mereka.
Ia sangat bermakna untuk mereka.
Sekurang-kurangnya, salah seorang.
Namun, awak lebih bermakna.
Saya akan bawa awak keluar dari bangunan ini
ke kawasan yang cerah.
Kulit saya boleh jadi perang.
Walaupun ia akan menjadi warna merah muda lavender.
Lester. Sekarang?
Okey, baiklah.
Ada orang nak datang?
Pataki. Pelakon lagak ngeri saya untuk Brazzos .
Pelakon lagak ngeri awak dari 20 tahun lepas tiba-tiba muncul?
Ya. Ia kebiasaan. Pataki akan
singgah setiap tahun semasa anugerah lagak ngeri diadakan di sini,
seperti kami masih kawan baik. Saya lupa ia minggu ini.
Bagus kerana kamu kekal berhubung.
Tidak. Masa yang tak sesuai, itu pun kepakaran Pataki.
Kami ada sejarah yang rumit, tapi saya akan suruh dia pergi.
Hebat!
Siapa dia?
Episod Sembilan Tambahan Masa
Kami di Pembunuhan dalam Bangunan Sahaja
ingin membuat pembetulan tentang episod minggu lepas.
Kini, kita tahu pembunuh sebenar Tim Kono bukan Teddy atau Theo Dimas.
Jadi, kamu boleh lupakannya.
Itulah yang dipanggil "penarikan balik"
dalam integriti kewartawanan.
Ini semua sebahagian keterujaan menjadi audio siar penyiasatan pertama.
Berita baiknya, ini bermakna episod minggu lepas bukan yang terakhir.
MESYUARAT BANGUNAN HARI INI
Membincangkan pembunuhan dan audio siar mengarut
Kita masih boleh nikmati cicah dan roti belebat lazat dari Dimas Delis
dengan mengetahui yang pemiliknya tak bunuh sesiapa
beberapa bulan lepas.
PEMBUNUHAN DALAM BANGUNAN SAHAJA Tambahan Masa
Cuma saya yang gembira atas tuduhan salah keluarga Dimas?
"Padan muka kamu."
Saya pun suka, tapi siapa bunuh Tim?
Ada nota depan pintu Jan sebelum dia ditikam.
Ada nota depan pintu Oliver sebelum anjing diracun.
Jadi, ada seseorang berkeliaran tinggalkan nota,
meracun, menikam dan…
- Tunggu, adakah awak… - Ya. Awak baru perasan.
Saya perlu bercukur.
Ayah nak bawa saya ke utara untuk bertemu peguam
yang boleh bantu bersihkan nama saya.
Semuanya kerana awak.
Saya tak pasti jika saya suka.
- Biar saya lihat. - Ya.
- Awak suka? - Ya, saya suka.
- Ya? - Saya suka.
NOTIS PENGUSIRAN
Okey.
Enam jam seterusnya
Saya melawan aligator hidup guna botol bourbon yang pecah
dan dia merungut terkena selaran matahari di kapal udara.
Saya tak percaya dia tak ceritakan kisah ini.
Kami baru kenal beberapa minggu.
Separuh masa itu, saya pulih akibat diserang/ditikam.
Comelnya. Jadi, kamu baru dilamun cinta?
Pelajari kelemahan masing-masing, cari titik klimaks satu sama lain.
Awak pula bersama dia sejurus selepas dia popular dengan audio siar ini.
Saya tak popular.
Saya dengar berita, okey? Saya nampak awak dalam rancangan Fallon.
Awak akan dilamar oleh Tarantino!
Awak akan perlukan saya di sisi untuk kemunculan semula.
Alamak. Ejen saya telefon. Saya perlu jawab.
Helo, Sy.
Ya, saya bersama dia sekarang. Dia nampak sihat.
Awak perlu buat saya nampak lebih tua.
Ya, sedikit gelambir, bahan untuk mata dan kita bersedia.
Okey. Ya.
Kami nak berbual tentang persembahan saya.
Saya pelakon pengganti Tilda Swinton. Boleh saya…
Ya, awak boleh guna bilik sebelah.
Bahu dan ukuran punggung Tilda sama seperti awak.
Jan, awak boleh bancuh kopi?
Dia memang periang.
Ya, semua orang suka Sazz.
- Sazz? Itu nama pertamanya? - Ya.
Sazz lebih popular daripada saya di set
dan dia lebih baik dalam semua segi.
Saya meraguinya.
Ya? Tanya bekas kekasih saya, Cookie yang tinggalkan saya untuk Sazz.
- Apa? - Ya. Musim enam
dan saya perlu berlakon tiga musim lagi bersama dia
ketika dia bersama Cookie.
Saya tak boleh pecat dia kerana kru akan benci saya.
Sekarang, saya tak suka dia.
Saya tak nak awak rasa rendah diri, Charles-Haden Savage.
- Saya buka pintu. - Saya bancuh kopi.
Hei, apa khabar?
Lebih baik. Saya ada penjaga terbaik.
Baiknya.
Mana lelaki yang baik itu?
Dengar, Brazzos? Awak memang baik.
Ya Tuhan! Saya minta maaf.
Ada apa?
- Apa ini? - Pelakon lagak ngeri untuk Brazzos.
Sazz Pataki. Itu selalu terjadi.
Itu agak progresif untuk awal 90-an.
Ya, saya pernah dipanggil perintis, antara lainnya.
Pelakon lagak ngeri wanita. Hebat.
- Saya buat sebahagian aksi lagak ngeri. - Ya, awak tunggang motosikal.
- Siapa nak kopi? - Saya.
- Saya pun. - Saya buka pintu.
- Terima kasih. - Terima kasih.
Saya meneliti papan bukti kamu.
Saya ada pendapat.
Bunny memang celaka. Hai, Jan. Bagaimana keadaan belakang awak?
Lebih baik jika saya membongkok.
Bagus. Ada sedikit masalah di rumah saya.
Bunny tukar kunci, tapi dia benarkan saya ambil beberapa barang.
Jelaslah, saya bukan nak pindah masuk terus. Mana dia?
- Dia di dalam. - Baik.
Charles, saya perlu…
Entahlah, tapi pembedahan itu keterlaluan
dan itu bukanlah reaksi yang awak mahu.
Adakah itu pengisi?
Saya di sini.
Apa ini, Face/Off?
Bagaimana ia berkaitan dengan orang yang tikam Jan, jika Howard…
Saya masih tak faham.
Kita tahu Tim ugut Howard guna pistol
kerana kucingnya asyik masuk ke pangsapuri Tim.
- Kalau… - Boleh saya cadangkan sesuatu?
Kamu terlepas perkara penting. Motif. Ini jenayah keghairahan.
Tim Kono diracun, kemudian ditembak.
Ia perlu dirancang terlebih dahulu.
Amarah romantik. Keinginan melihat seseorang terseksa sebelum membunuhnya!
- Okey. Ya. - Menarik.
Menarik, tapi polis sedang menyiasatnya dan rekod kita memang teruk.
- Sazz, boleh saya tunjuk nota bunuh diri? - Sudah tentu.
Saya nak ingatkan kamu, semasa saya tawarkan bantuan,
semua orang hantar saya balik untuk ditikam.
Sazz pelakon lagak ngeri, Jan. Dia memang tahu tentang ini.
No comments yet. Be the first to leave one.