The first 200 lines.
Saya akan cari mereka…
yang memerangkap saya
dan Kesateria Suci saya.
Kemudian…
Saya akan cari mereka yang memerangkap Senerva.
Saya bersumpah!
Saya akan bunuh mereka.
Xylo!
Awak bermimpi tentang sesuatu?
Seorang lelaki yang nampak lemah bernama Venetim suruh saya kejutkan awak.
Bersyukurlah dan puji saya.
Beritahu dia saya akan ke sana dengan segera.
Saya tak boleh buat begitu.
Kalau saya pergi, awak akan sambung tidur, bukan?
Ya.
Aduhai…
Memberi jawapan jujur tak bermakna awak boleh tidur semula.
Kenapa?
Apa maksud awak, "kenapa"?
Kenapa awak masih di sini?
Awak tentu dah dengar tentang kami.
Ya.
Kata mereka, orang yang dihukum menjadi wira
semuanya pernah melakukan jenayah berat.
Saya juga dah dengar tentang masa lalu awak…
Kalau begitu…
Kesateria saya!
Tentu ada sebabnya, bukan?
Tak kira apa pun sebabnya, memang betul saya bunuh seorang dewi.
Itulah hakikatnya.
Selain dewi mati,
kontrak boleh dibatalkan dengan persetujuan bersama.
- Jadi, cepatlah… - Tidak.
Apa?
Saya dah cakap, awak kesateria saya.
Xylo, awak dah bangun?
- Kita ada masalah besar! - Aduhai.
Venetim, jangan menjerit tiba-tiba! Atau saya akan bunuh awak.
Malangnya, saya mungkin akan mati sebelum awak boleh bunuh saya.
Apa?
Nampaknya kita terima misi seterusnya.
Biar betul?
Kita cuma wira untuk dikorbankan.
Tapi kalau boleh, saya tak nak mati.
Mari kita bincangkan butirannya.
Tak guna…
Kesateria saya!
Mari kita pergi.
Awak perlukan kuasa saya, bukan?
Jangan bising!
- Apa yang berlaku? - Serangga tak guna!
- Itu Tatsuya dan Tuanku. - Berani awak ganggu saya berehat?
Tatsuya? Tuanku?
Ya.
Mereka semua wira,
sama macam saya.
Hebat!
Xylo!
Sungai ini beku!
Tak sangka sungai sebesar ini boleh beku.
Xylo, awak lihatlah juga!
Ayuh. Lihatlah!
- Aduhai… - Lihat di sana!
Sila tengok.
Pemindahan dewi ke-13 telah dibatalkan.
Penugasan semula dikeluarkan. Mulakan operasi di Terowong Zewan Gan.
Adakah Hawar Syaitan telah mencemarkan tempat itu juga?
Perang Penaklukan Keempat…
Sejak kemunculan Hawar Syaitan Nombor Satu, Ular Gergasi,
hutan-hutan telah dimusnahkan dan tanah telah tercemar.
Dalam 20 tahun ini, separuh habitat manusia telah musnah.
Kita mesti hentikan kerosakan ini daripada merebak.
Unit wira sedang menuju ke Terowong Zewan Gan.
Awak boleh jumpa mereka segera kalau awak menunggang kuda.
Saya akan bertolak sekarang.
Saya harapkan awak.
Lagi satu.
Kalau awak jumpa Paderi Besar Marlen,
tolong sampaikan salam saya kepadanya.
Apa pun, Dotta si pencuri itu tiada di sini.
Dotta berada di bengkel baik pulih.
Saya pasti Xylo yang pukul dia.
Aduhai.
Sebagai orang bawahan saya, kamu patut lebih berhati-hati.
Ya. Betul kata tuanku.
Hei, apa maksud awak "tuanku"?
Tiada maksud lain.
Norgalle benar-benar percaya dia raja Kerajaan Persekutuan.
Apa?
Dia melancarkan serangan pengganas berskala besar
terhadap kepimpinan kerajaan "yang digulingkan"
dan akhirnya dijatuhkan hukuman menjadi wira.
Dia seorang bekas pengganas.
Okey…
Bagaimana dengan lelaki itu?
Itu Tatsuya.
Saya tak tahu jenayah dia
tapi dialah yang paling lama menjadi ahli unit wira.
Dia nampak macam tak tahu apa-apa.
Sebab wira kehilangan sebahagian daripada diri dan memori
setiap kali mereka dihidupkan semula.
Kami mungkin jadi begitu kalau kami tak berhati-hati.
Aduhai.
Hukuman ini boleh jadi seteruk mana lagi?
Aduhai…
Nampaknya kita agak dialu-alukan di sini.
Mari.
Suramnya pekan ini.
Sebab kalau terus begini, ia akan ditelan oleh Hawar Syaitan.
Tempat ini takkan bertahan lama.
Betulkah kamu tak boleh buat apa-apa?
Malangnya, ini keputusan pihak tentera.
Biasanya, kita akan pindahkan semua orang.
Adakah mereka sedang menunggu seseorang?
Saya nak tanya sesuatu.
Awak…
seorang wira?
Janganlah gementar sangat.
Kami datang untuk menyekat terowong.
Kalau awak ada alat menggali, boleh pinjamkan kami…
Apa gunanya
kamu bertindak sekarang?
Semuanya dah terlambat.
Kenapa kamu tak buat sesuatu lebih awal?
Cis.
Maafkan saya…
Ada apa?
Awak pandang apa?
Terowongnya terletak di sana.
Terima kasih.
Ayah tak balik.
Dia kata
dia akan balik pada hari jadi saya!
Tak guna.
Jangan pandang saya dengan mata begitu.
Terowong Zewan Gan menghasilkan bijih besi bergred tinggi
yang boleh dijadikan pemangkin untuk meterai suci,
jadi nampaknya Syarikat Pembangunan Verkle dan tentera
banyak melabur untuknya.
Tapi sekarang, seluruh terowong ini dah berubah menjadi pari-pari.
Ironi, bukan?
Begitu.
Kesateria saya, apa itu "meterai suci"?
Menurut orang di Kuil,
ia kebijaksanaan yang Dewa kurniakan kepada manusia.
Tapi
saya cuma boleh guna dua meterai dengan badan saya sekarang.
Ini kepakaran Tuanku Norgalle, bukan?
Tuanku ialah genius yang boleh membuat penalaan seorang diri
yang biasanya memerlukan beberapa orang.
Dewi.
Dengan menggunakan cahaya matahari sebagai tenaga
untuk meterai suci yang diukir pada objek
lalu mengaktifkannya dengan azam dan daya hidup manusia sebagai percikan,
ia boleh menghasilkan pelbagai kesan
seperti memanah petir, menghancurkan tanah
dan menghasilkan haba.
Aduhai!
Hebatnya, Xylo!
Tapi meterai suci semata-mata tak boleh menewaskan musuh.
Dengar kata, sebulan lalu,
para pelombong yang bertukar menjadi pari-pari
mula menyerang manusia secara sembarangan.
Hawar Syaitan, ya?
Ya.
Butirannya belum jelas
tapi ia dinamakan Nombor 51, Teratai.
Misi kita adalah
menggali laluan untuk Kesateria Suci melancarkan serangan.
Tapi malangnya,
saya mesti kekal di pekan sebagai komander.
Apa? Jangan mengarut.
Baiklah.
Kamu semua.
Silakan…
masuk ke dalam!
Aduhai…
Kita mungkin akan menggali
kubur kita sendiri.
Saya dah ukir meterai suci tapi itu saja yang kamu dah siap?
Cepat gali ke depan!
Kami dah menggali sepantas mungkin.
Betul?
Nampak macam awak dah kepenatan, Xylo.
Jadi, apa kata saya gantikan awak?
Tak boleh.
Kita tak boleh bazirkan tenaga dewi.
Tapi saya tiada kerja.
Apa?
Kalau saya duduk saja, tiada sesiapa akan puji saya!
Duduk diam-diam.
Nampaknya awak jalankan misi dengan serius.
Xylo Forbartz.
Sudah tentu saya perlu serius, atau saya akan mati.
Dewi.
Apa kata awak berehat di khemah kami?
Tidak.
Saya mesti melihat kesateria saya bekerja.
Sebab saya seorang dewi.
Cis.
No comments yet. Be the first to leave one.