Tell Me Who I Am

Tell Me Who I Am

Download Malay Subtitle

Release info

Tell Me Who I Am 2019 NF WEB-DL (01:25:33)
Tell Me Who I Am 2019 NF 480p WEB-DL
Tell Me Who I Am 2019 NF 720p WEB-DL
A Commentary by Sanzoryu
🚩SUBS MALAY PENUH --- Netflix WEB-DL ---"Kini tak perlu kerut dahi." | Runtime 01:25:33 | Manual Translated from Princes_Fieva | Rate kalau puas hati🙂

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
720p
720
480p
480
Published on: 2019-10-23
Downloads: 40
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sarikata oleh Sanzoryu

Saya tak tahu siapa saya.

Bukan sahaja kisah tentang siapa saya, tapi siapa sebenarnya saya.

Saya yang... sebenar.

Saya dah merahsiakannya selama 20 tahun.

Dua puluh tahun!

Bersembunyi.

Saya patut ada di sisi dia, saya patut bantu dia dulu.

Kami patut buat semua perkara bersama-sama, sebagai kembar.

Kami kembar seiras. Terikat.

Dan hubungan ini sangat kuat sehingga ia merenggangkan kami.

Ia memisahkan kami.

Rahsia yang saya perlukan jawapannya ada dalam kepala Marcus.

Tapi ia sangat dalam di mindanya.

Jadi ia hampir kelihatan

terburu-buru

dalam mengetahui akan perkara itu bila kita membuka ingatannya.

Ianya kotak Pandora. Sama ada kamu buka atau tidak.

Tapi...

adakah ia akan membantu saya? Ia satu peluang.

Peluang yang saya dah sedia untuk ambil.

Saya-- Saya sedarkan diri.

Saya ingat lagi waktu membuka mata saya

dan melihat sekeliling bilik itu,

cuba meneka di mana saya berada.

Kemudian saya nampak kembar saya,

yang saya terus cam.

Alex, ini saya!

Dia duduk di atas katil sebelah saya...

Jangan risau.

...dan saya kata,

"Helo, Marcus."

Saya rasa perkara utama dalam memiliki kembar adalah kamu takkan keseorangan.

Dan ia perkara terbesar untuk dimiliki.

Jadi apa saja yang berlaku dalam hidup kamu,

kamu akan selalu ada sebahagian diri kamu di sisi.

Walaupun...

saya tak pasti apa yang berlaku di sekitar saya,

Saya 100% pasti yang dia adalah kembar saya dan saya boleh percayakan dia.

Kemudian saya beralih pandangan kepada seorang wanita

yang lebih dekat dengan katil daripada orang lain...

dan dia agak histeria

bila tahu saya dah sedar.

"Helo, helo, Ali, kamu dah sedar. Kamu dah sedar. Macam mana dengan kamu?

Ini saya, ini saya."

Dan saya berfikir, "Saya tak tahu keadaan saya.

Dan saya tak kenal siapa kamu."

"Kamu ingat saya. Kamu ingat saya. Kamu tak ingat saya ke?

Kamu mesti ingat saya, kamu mesti ingat saya!"

Dan asyik mengulang-ulang ayat itu.

Saya kata pada Marcus, "Siapa dia?"

Dan dia kata...

"Dia ibu kita."

Dan Marcus kata pada saya,

"Kamu betul ke tak tahu yang itu adalah ibu kita?"

Dan saya kata, "Tidak."

Kemudian dia kata pada saya, "Baik, kamu tahu siapa kamu?

Dan apa nama kamu?"

Dan saya mula bingung sebab saya tak tahu apa-apa.

Saya tak tahu di mana saya berada.

Tempat saya tinggal.

Saya tak tahu apa yang terjadi pada saya.

Nama sendiri pun saya tak tahu.

Segalanya dah hilang.

Bayangkan ruang kosong yang hitam.

Kamu kehilangan segalanya dalam hidup kamu...

dan kamu bermula dari sebuah kanvas hitam.

Bayangkan betapa menakutkannya perkara itu.

Doktor terangkan yang dia dah memakai topi keledarnya tapi ia tercabut

dan, jadi, waktu dia jatuh ke jalan raya,

dia terhentak kepalanya pada jalan dan bukan dengan topi keledarnya.

Itu telah membawa dia ke dalam koma.

Mereka tidak pasti

jenis kerosakan otak apa yang dia alami.

Ibu saya datang jemput saya.

Dia kata, mungkin tiga ke empat kali sebelum kami masuk ke dalam kereta,

"Kamu ingat siapa saya bukan?" Dan saya macam, "Tak, saya tak ingat."

Saya kata, "Ke mana kita nak pergi?" Dia kata, "Kita pulang ke rumah.

Ibu bawa kamu pulang, pulang ke rumah."

Jadi saya duduk dalam kereta dengan seorang yang sangat asing,

memandu ke suatu tempat. Tak tahu ke mana perginya.

Saya diberitahu, "Ini rumah kamu. Di sinilah kamu tinggal."

Ia ada jalan berbatu. Jalan berbatu yang luas.

Rumah itu agak besar,

membuat saya rasa bimbang ketika melihatnya.

Dia dalam kesamaran. Dia tak tahu di mana dia berada.

Dia tak tahu apa-apa.

Walaupun umurnya dah 18,

dia ada fikiran seperti ... budak sembilan tahun.

Saya ingat lagi waktu berjalan masuk ke dapur dan menerangkan, "Ini adalah dapur,"

kemudian bilik air dan lepas itu saya bawa dia ke...

dalam biliknya.

"Belah kiri ini katil kamu, dan katil saya belah kanan."

Saya cuma diberitahu

yang "Ini rumah kamu.

Ini adalah ibu kamu."

Saya tak tahu yang itu.

Kepala saya kosong.

Maksud saya, kalau orang lain,

mereka akan ingat memori pergi bercuti,

mereka akan mengingat jatuh dari basikal buat pertama kali,

ciuman pertama mereka, kali pertama mereka jatuh cinta.

Itulah perkara yang membentuk siapa diri kamu.

Dan sebenarnya kamu perlukan ingatan-ingatan tersebut.

Saya tiada apa-apa langsung nak diingat.

Ia agak jelas...

...bahawa ibu bapa saya tak tahu nak menghadapi keadaan saya.

Ayah saya, saya tak-- Dia sangat tak ramah.

Dia tak peluk saya atau apa-apa yang seperti itu.

Dia cuma salam tangan saya dan katakan dia adalah ayah saya.

Dia tak pernah datang ke hospital.

Tak.

Dia tak pernah-- Dia tak pernah datang.

Ibu saya tak mahu percaya

yang saya dah hilang ingatan.

Ianya... cuma, bagi dia, tak masuk akal.

Bagi seorang anak tidak mengenali siapa ibunya.

Dan dia tak mahu percayakannya.

Boleh kamu bayangkan,

anak kamu sedarkan diri dan tak kenal siapa kamu.

Mana-mana ibu pun pasti akan rasa tertekan.

Ia betul-betul sangat menghiris perasaannya.

Jadi saya memang sendirian, di dalam rumah itu tanpa sebarang sokongan

kecuali dari kembar saya.

Dia tahu. Dia memahami.

Saya tak perlu jelaskan apa-apa padanya.

Dia tidak membuatkannya sukar untuk saya. Dia berikan semua yang saya perlukan.

Kalau dia tak kenal siapa saya, dan dia tak kenal kembar dia,

maka dia akan bersendirian dalam dunia ini seumur hidupnya.

Tapi dia tak bersendirian dalam dunia ini. Dia ada saya.

Ada banyak sungguh untuk dipelajari.

Dia berikan saya informasi asas dengan sangat pantas,

tentang rutin harian, "Ini adalah dapur. Ini adalah TV. Ini adalah meja."

Saya perlu tunjukkan mana semua bajunya,

macam mana nak memakai kasut, ikat tali kasut dia, buat roti bakar.

Dia terus-menerus mengajar saya.

Dan saya ikut saja semuanya.

Bila dia kata dia tak tahu tentang sesuatu,

saya beritahu apakah benda itu.

Kemudian mula membuat perkara yang lebih sukar

macam, "Wow, apa benda tu?"

Beberapa minit pertama agak pelik,

kemudian saya sedar saya sebenarnya mampu melakukannya.

Saya boleh menunggang basikal.

Itu adalah sesuatu yang dia memang pandai, yang saya ingat.

Tapi mestilah, dia tak tahu ke mana dia nak pergi.

Jadi kita akan ke luar rumah dan semuanya jadi kosong kembali.

Dunia ini nampak sangat menakutkan.

Tapi dengan dia...

segalanya terasa mudah sedikit.

Tuan-tuan dan Puan-puan!

TV adalah pembuka mata bagi saya.

Semua siaran adalah baru, walaupun rancangan Tom and Jerry .

Dalam satu hal, saya cuba mempelajari sebanyak informasi yang mungkin.

Hal yang lain pula, saya cuba menyesuaikan diri dengan keluarga saya

dan situasi yang sedang berlaku.

Dan ada juga siaran makan tengahari Ahad yang sempurna dengan semua orang duduk keliling meja

untuk permainan Oxo Cube, dan ia nampak menggembirakan.

Dan saya cuma bayangkan

mesti semua keluarga sama seperti itu sebab saya nampak ia dalam TV.

Lama-lama saya sedar Ibulah pusat bagi dunia baru saya.

Dia wanita yang agak tinggi.

Tingginya lebih enam kaki,

dan dia ada tangan yang agak besar dan kaki yang sangat besar.

Kaki yang tersangat besar.

Dia seorang yang sangat menyeronokkan.

Dia suka tiba-tiba menari di dapur.

Dia akan datang ke bilik dan katakan, "Dan kita semua berada di sini.

Saya di sini, semua, saya di sini."

Dia macam, "Ha, ha, ha, ha, ha."

Dia akan ketawa begitu.

Lebih kuat dari yang biasa.

Ibu mewarisi sekumpulan anjing Chihuahua.

Dan dia selalu memakaikan baju pada mereka.

Mereka ada bajunya sendiri, topi-topi kecil,

kot kecil, dan, um... itulah dunia Ibu.

Sebelum kemalangan tu, kami berdua benci anjing-anjing tu.

Kami pernah panggil ia tikus berkaki.

Tapi Alex, bila dia pulang ke rumah, dia suka pula dengan Chihuahua tu.

Saya agak suka dengan anjing itu,

sebab saya fikir mereka agak comel, saya tak pernah lihat sebelum ini,

yang mana tiada siapa lagi yang minat dengan anjing-anjing tu.

Saya masih tak boleh tahan dengan mereka. Makhluk kecil yang teruk.

Jadi saya dah 'membesar' dengan cepat dalam masa sebulan,

dari, mungkin fikiran kanak-kanak enam tahun kepada.. fikiran awal remaja,

anggaran 14, 15 tahun, dalam masa yang singkat itu

saya sekarang perlu pergi ke tahap yang lebih tinggi.

Dan waktu itulah saya mula bertanya Marcus tentang soalan peribadi.

Siapa, siapa saya sebenarnya?

Jadi saya mula tanya Marcus tentang zaman kanak-kanak kami.

Dia tanya, "Ke mana kita pergi bercuti dulu?"

Dan saya jawab, "Oh, kita akan pergi ke Perancis

untuk percutian di pantai."

"Oh, baiklah, seronok ke?" "Oh, yeah, ianya seronok.

Kita pergi ke pantai itu, kita akan makan aiskrim.

Kamu suka aiskrim kamu dengan kepingan coklat di atasnya."

"Oh, baiklah, itu seronok."

Marcus tunjukkan gambar kami berdua sedang bercuti,

dan ia nampak seronok. Dan kami macam,

budak biasa yang membina istana pasir di tepi pantai.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left