The first 200 lines.
PENUTUP HARI TERAKHIR
Rambut saya dah jadi hitam. Bila awak nak balik?
Rambut saya dah jadi hitam. Bila awak nak balik?
Loli.
Hei, kenapa?
Selamat pagi, Cik Loli. Macam biasa.
- Terima kasih. - Sama-sama.
Tujuh hari tanpa awak rasa macam seminggu. Betul tak?
Baliklah rumah. Saya sayang awak.
Duduk saja dengan saya di sini.
Kalau awak balik, nanti awak bergaduh lagi.
Eh, Satria?
Satria?
Hai!
Kenapa pula?
Siapa dia?
Bekas teman sekerja Panca.
Mahalnya kereta dia. Mesti dia kaya. Boleh kenalkan kami?
Ingatkan awak tak perlukan lelaki.
Saya maksudkan untuk awak. Awak tak nak?
Jangan mengarutlah.
Okey, untuk Rosa. Kenapa dengan awak? Awak tak suka lelaki?
Aduhai!
Kalau Panca tak dipecat daripada syarikat lamanya,
mesti dia ada kereta begitu.
Tapi dia beli kelab itu tanpa mengetahui apa-apa.
Tak apalah. Jom kita pergi.
Menurut perjanjian awak dengan En. Irwan tempoh hari,
Komedi Kacau akan dipindah milik
jika awak tak mampu bayar hutang awak.
Sila tandatangan di sini.
- Saya… - Kenapa?
Awak boleh bayar?
Tapi tiada bukti saya pinjam duit daripada En. Irwan.
Janganlah begitu.
Ia takkan berakhir dengan baik.
Betul. Saya suka awak, Panca.
Saya lebih suka jumpa awak
di sini
dan bukan di kubur.
Awak ugut saya?
Bukan.
Dia mesti akan lakukannya.
Apa itu?
Itu cuma contengan idea saya untuk anjurkan acara.
Jadi awak sedang merancang untuk anjurkan pesta komedi, bukan?
PESTA KOMEDI
Baguslah.
Saya nak jadikan acara ini
sebagai usaha terakhir untuk selamatkan kelab ini.
Untuk selamatkannya daripada hutang awak?
Tak perlulah. Dah terlambat, Panca.
Ini untuk isteri saya. Saya nak selamatkan perkahwinan kami.
Mana awak nak dapatkan duit untuk pesta itu?
Saya akan berbincang dengan bekas pemiliknya, Marlo.
Mungkin dia ada idea atau cadangan.
Encik, tolong beri saya peluang untuk anjurkan pesta komedi ini.
Anggaplah ia penghormatan terakhir saya kepada kelab ini.
Selepas pesta itu tamat,
saya akan serahkan kelab ini kepada awak.
Baiklah.
Tapi awak kena buat minggu ini.
Saya nak awak anjurkan acara besar-besaran.
Selepas itu, saya akan ambil alih kelab ini.
Dengan cara itu, ia akan rasa
lebih menyedihkan.
Ayuh, ketawalah.
Macam mana?
Okey, kita akan anjurkan pesta komedi.
Apa? Pesta komedi? Betulkah kita nak lakukannya?
Ini namanya "Di sebalik malang yang menimpa, ada rahmatnya."
Apa rahmatnya? Bukan senang nak anjurkan pesta.
- Tentu seronok. - Ya.
Ia sukar, tapi menyeronokkan.
Kami tiada pengalaman menganjurkan acara begini.
Bagaimana nak buat?
Bagaimana nak bayar?
Nak jemput siapa?
Jangan risau. Saya tahu nak tanya siapa.
Siapa?
Panca!
Tunggu.
Satu, dua,
tiga, empat.
Lima, enam, tujuh,
kanan dan satu!
Jerit kalau kamu penat.
Loli? Awak dah gila?
Loli! Apa kita nak buat?
Pesta komedi sama macam Hari Raya untuk peminat komedi.
Begitu.
Rancangan ini bukan saja disukai penonton, tapi pelawak pun suka.
Kalau kita ada duit, kita tak perlu risau.
Kita cuma ada satu masalah besar.
Apa?
Ini.
Hosnya, Komedi Kacau.
Sejak tragedi cirit itu,
nama Dodit jadi buruk.
Reputasi kelab ini juga jadi teruk.
Ramai pelawak enggan buat persembahan di sini.
Pesta komedi tanpa pelawak terkenal mesti tak laku.
Betul.
Saya pernah jemput pelawak terkenal datang sini,
tapi dia tarik diri sebab dia tahu saya kerja di sini.
Dia kata kucing anak saudaranya bersalin.
Tak masuk akal.
Jika Dodit datang, pelawak lain mesti akan ikut.
Tapi macam mana kita nak bayar?
Jika Dodit buat persembahan, ramai orang akan datang.
Jadi kita boleh bayar semua pelawak
dengan hasil jualan tiket awal.
- Betul. - Ya.
Jadi Dodit ialah kuncinya.
Bagaimana kita nak yakinkan dia?
Mesti sukar.
Dia tak kerja sekarang?
Jangan cakap dia jual makanan jalanan macam artis yang gagal itu.
Lebih teruk daripada itu.
Apa?
Dia dah jadi pempengaruh.
Apa?
Tapi sukar tak bermakna mustahil, bukan?
Saya akan jumpa Dodit dan minta dia buat persembahan.
Nasi goreng dah sampai! Mari kita cuba!
Apa? Ini siomay!
Maaf, Dodit.
Apa? Bagaimana awak masuk? Pengawal benarkan awak masuk?
- Tiada siapa jaga pintu. - Yakah?
Aduhai, saya lupa.
Saya tak mampu bayar mereka.
Kerana awak, kerjaya saya huru-hara!
Baiklah. Bercakap tentang huru-hara,
Komedi Kacau akan anjurkan pesta komedi.
Saya nak awak buat persembahan. Awak boleh sertai kami?
Awak jemput saya?
Ke Komedi Kacau?
Tak naklah!
Awak masih trauma?
Siapa kata?
Semuanya disebabkan awak!
Pergi dan jangan kembali!
Itu Panca?
Ya.
Jawablah. Mungkin ia penting.
Maaf buat awak terjaga. Saya akan senyapkan telefon.
Saya minta maaf.
Dia tak jawab lagi?
Ya.
Awak patut bantu saya berfikir.
Bagaimana saya nak yakinkan Dodit untuk buat persembahan?
Duit.
Duit? Kenapa pula?
Kerana duit ialah kelemahan semua orang.
Mungkin kelemahan awak.
Ia juga kelemahan Dodit.
Dia tak boleh buat persembahan sebab dia tercirit atas pentas.
Tak, awak salah. Kelemahan Dodit ialah kerjayanya.
Dia tak boleh buat persembahan, bukan?
Kelab ini boleh beri dia peluang untuk pulihkan reputasinya.
Betul. Pandainya awak.
Tunggu sekejap.
Kalau awak diusir, bagaimana dengan pekerja awak?
Entahlah. Kenapa?
Mereka juga perlukan duit.
Saya pun sama.
Ya, saya pun sama. Awak ada duit?
Tiada.
Awak?
Tiada.
Selamat kembali ke saluran saya! Masa untuk mengulas…
Siomay!
Apa?
Kenapa nasi goreng pula?
- Apa? - Dodit.
- Awak lagi? - Dengar dulu.
Saya nak minta awak buat persembahan di Komedi Kacau.
Saya nak dengar sebab awak enggan lakukannya.
Awak rasa apa sebabnya? Duduk!
Okey.
Awak musnahkan kerjaya saya!
Tiada siapa jemput saya buat persembahan.
Mereka takut saya akan tercirit atas pentas mereka!
Itulah sebabnya.
Pesta komedi ini boleh jadi peluang untuk awak balas dendam.
Saya boleh bakar pentas?
Bukan begitu.
Tapi orang akan anggap awak
sebagai pelawak yang berani.
Awak hilangkan diri, tapi sekarang awak muncul semula.
Lagipun,
awak betul-betul nak buat begini?
Buat kandungan, bermula dari bawah?
Ia belum menguntungkan.
Awak betul-betul nak makan siomay dan nasi goreng setiap hari?
Saya rindu makan Wagyu.
Pesta di Komedi Kacau
akan beri awak peluang untuk perbaiki kerjaya awak.
Apabila kerjaya awak dah diperbaiki,
awak akan dapat duit.
No comments yet. Be the first to leave one.