The first 200 lines.
SIRI ASLI NETFLIX
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Jadi aku pun cakaplah...
"Simpan saja bot kau untuk orang lain."
Aku datang nak beli bot, bukan nak jadi lanun.
Pergilah berbual dengan mereka.
Jangan jatuhkan.
Pergilah. Bersalam dengan mereka.
Dengar tak?
Kita kena berbaik-baik dengan mereka.
Mereka orang-orang penting.
Pergilah jumpa isteri dia.
Saya dah memasak seharian. Bau saya macam bawang.
Tuan-tuan dan puan-puan!
Aku nak kenalkan seseorang.
Gelilah.
Kotor.
Biarlah, asalkan panas.
Terima kasih sebab ambil papan.
Sama-sama.
5:00 pagi. Masa sarapan.
Kita perlukan borang untuk bahan tahan lama bagi musim bunga nanti.
Ambil malam ini.
Enam minggu lagi Tori bebas,
kita perlu orang baru untuk kendalikan pengisar daging.
Cuba tanya Sara.
Pastikan dia tak pernah tikam orang.
Betty buat hal lagi. Kalau dibiarkan, susahlah kita.
Sabar.
Ia dah lama ada di sini. Aku akan uruskan.
Si rambut perang itu?
Ya. Dia dah nak gila.
Itu baru kena sikit.
Kau bagi dia tampon berdarah.
Ya.
Aku bangga dengan itu.
Saya mesti tukar penjara.
Penjara yang lain.
Awak perlu pindahkan saya.
Awak ingat ini Hotel Radisson? Senang-senang nak tukar bilik?
Kenapa?
Kenapa penjara ini bukan Hotel Radisson?
Kenapa awak nak tukar?
Ada orang cuba ganggu awak? Gangguan seksual?
Beritahu saya apa yang berlaku.
Tak ada apa-apa.
Saya cuma takut.
Saya tak apa-apa.
Ya, sudah tentu.
Awak dah lambat pergi orientasi.
Perhatian, semua. Ingat peraturan.
- Hai. Maaf, saya lambat. - Duduk.
Kerusi itu rosak.
Hai.
Selamat datang ke Jabatan Penjara Persekutuan,
di mana kami berhasrat mengekalkan
kemudahan yang selamat, berperikemanusiaan dan menjimatkan kos.
Kelas-kelas malam ditawarkan tiga kali seminggu.
Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang disediakan di sini
dan rawatan klinikal diberikan atas permintaan banduan.
Tak perlulah cakap soal polisi lagi. Mari berbicara tentang hal penting.
KEGANASAN
Ini paip tembaga dan ia diambil dari bilik dobi.
Ia keras.
Ia digunakan untuk patahkan tulang.
Ia juga boleh digunakan untuk pecahkan tengkorak,
patahkan lutut, rosakkan mekap kamu semua...
dan macam-macam lagi.
Kamu akan fikir nak bunuh diri. Selalu.
Kadangkala, seolah-olah itu saja yang kamu fikirkan.
Hasutan akan kata, "Buat.
Tamatkan semuanya.
Ayuh."
Tak lama lagi kamu akan dapat katil. Uniform akan dikeluarkan minggu depan.
Nyatakan saiz yang tepat dalam borang.
Jangan minta seluar menggeleber, ya.
Ya, saya maksudkan awak.
Berus gigi plastik yang ditanam pisau cukur.
Mungkin saya tak patut tunjuk aksi itu.
Banduan yang buat dan guna barang-barang ini
sekarang ditempatkan di UKB atau di tempat kawalan maksimum
dengan hukuman tambahan. Maksudnya, hidup mereka dah tamat.
Helo, semua.
Saya Natalie Figueroa.
Saya Pembantu Eksekutif kepada warden.
Saya akan cuba datang sini selalu.
Kalau ada sebarang pertanyaan,
terutamanya berkaitan keperluan anda sebagai wanita,
sila berjumpa dengan saya. Saya sendiri akan uruskan.
Ya, itu dah pasti.
Saya ada soalan.
Hari ini saya datang untuk urusan rasmi saja.
Seterusnya.
Seterusnya.
Seterusnya.
Tak. Tunggu.
Seterusnya.
Biar betul?
Seterusnya.
Tolonglah.
Asrama D, pakaian anda telah sedia untuk dihantar.
Tak boleh.
Mereka tak beri saya makan.
Itu masalah awak.
Tak boleh keluar selagi waktu makan belum habis.
Kau nak sikit?
Duduk dengan kami. Bukan dengan Si Mata Besar.
Banyak masalah?
Lebih kuranglah.
Kami lupa nak beritahu kau tentang Red.
Aku tak sangka aku akan dihukum semasa menjalani hukuman.
Kau kena betulkan keadaan.
Macam mana?
Aku rasa, cara terbaik ialah bersemuka dengan dia.
Tak apa, aku akan minta maaf.
Aku akan minta maaf dengan ikhlas.
Manusia buat silap. Sentiasa cakap benda-benda bodoh.
Mesti dia faham, bukan?
Tengok perempuan itu.
Kau siapa?
Aku anak dia. Kau siapa?
Anak dia.
Biarkan dia.
Kenapa? Tak nak tampar saya lagi?
Tak, mulai sekarang, tempat ini yang akan kerjakan kamu.
Baju oren ini buat saya betul-betul menonjol.
Pengawal yang ada misai itu asyik pandang saya.
Sejak bila kamu tak suka perhatian?
Ada baju lebih?
Tak.
Saiz kamu tak ada.
Jangan gatal sangat nak tukar baju oren itu, faham?
Bila dah pakai baju ini, kamu bukan budak baru lagi.
Orang putih itu kutuk masakan Red,
kemudian Red beri amaran supaya orang putih itu sedar.
- Amaran? - Dia beri tampon. Ada darah.
Jadi, tak ada orang beri orang putih itu makan.
Sehinggalah Red izinkan.
Aduhai...
Terima kasih.
Red takkan dihukum sebab hal ini, bukan?
Sebab saya bukan kaki mengadu.
Mestilah tak.
Maksud saya, mungkin tidak.
Saya belum putuskan lagi.
Tunggu.
Mana gula-gula saya?
Ambil tuala lain.
Sekarang masa yang sesuai?
Sekejap.
Tentang apa yang aku cakap semalam.
Aku tak reti jaga mulut dan biadab. Aku betul-betul minta maaf.
Aku hargai semua benda yang kau buat di sini
dan aku tak dapat bayangkan betapa penatnya kau.
Disebabkan kita akan habiskan banyak masa bersama...
Jari kaki sekali, Norma.
Aku tahu kau bangga dengan pekerjaan kau dan aku menghormatinya.
Kalau orang hina kerja aku pun...
Kau kerja apa?
Aku buat produk mandian kecil-kecilan. Kami dapat tempat di Barneys.
Kecil-kecilan?
Maksud aku, kita berdua tak jauh berbeza, itu saja.
Aku sedar yang aku sangat bodoh.
Aku betul-betul minta maaf.
Maafkan aku.
Kau nampak baik.
Betul, sayang.
Tapi minta maaf saja tak cukup.
Di sini, tak cukup.
Mungkin penjara nampak remeh,
tapi tempat ini ada peraturan.
Peraturan paling penting ialah...
bila orang dah anggap kau lemah,
maknanya kau lemah.
Kau nak aku buat apa?
Kau bijak.
Fikirlah sendiri.
Kaki Gaga memang cantik.
Apa benda ini?
Itu aku punya. Biarkan saja.
Biarkan?
Jangan haraplah.
Jangan letak aiskrim dalam bekas ini. Nanti melekit.
Ini bukan aiskrim sembarangan. Ini aiskrim King Cone.
Hei!
- Lepaskan aku! - Bodoh!
Bawa perempuan ini pergi!
Dia cabut rambut aku!
Asrama B, Itza Martinez...
Tolonglah, kamu bergaduh sebab aiskrim?
King Cone.
Chapman, kau okey?
Ya.
Aku nak bagi kau pretzel ,
tapi ada orang yang memerhati dan aku bukannya bodoh.
Masa aku mula-mula masuk sini, aku pun susah macam kau.
Ada perselisihan faham.
Kemudian kami bertumbuk.
Itulah cara nak selesaikan masalah.
Kalau aku menang ketika itu,
No comments yet. Be the first to leave one.