Release info

모던파머 Modern Farmer E17 141213
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

other
Published on: 2016-03-06
Downloads: 30
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kenyangnya. Rasa mengantuk pula.

Kenapa awak semua ini? Buat saya rasa kekok pula.

Kami cuma risaukan kamu.

Saya tak apa-apa, jadi mak cik tak perlu risau.

Apa Min Ho cakap?

Dia sudah puas hati lepas nampak muka ayah dia.

Dia cakap dia hanya perlukan saya. Itu saja sudah cukup.

Nampaknya Min Ho lebih berfikiran matang daripada saya.

Baguslah itu. Kami risau sangat dia akan rasa terkejut dan sedih.

Saya pun fikir macam itu.

Jadi awak semua tak perlu risau tentang kami.

Selama ini, kami hidup dengan baik saja

dan kami akan teruskan hidup kami macam itu.

Saya sudah janji untuk tolong hantar telur untuk Encik Park hari ini.

- Jumpa nanti. - Kakak, saya mahu ikut.

Tak perlu. Awak ada kerja sendiri.

Kakak, kubis kami sudah besar. Saya tak ada kerja.

- Marilah, kakak. - Kakak sudah cakap tak perlu.

- Nanti semua telur itu pecah. - Mari kita pergi!

- Apa awak buat ini? - Selamat tinggal, semua!

Kakak, apa benda ini?

Yang itukah? Itu ialah sijil perlindungan haiwan.

Ini satu pengesahan yang tunjuk semua haiwan di kampung ini

dilayan oleh penternak dengan baik.

- Ada satu tanda. - Jadi semua telur ini

adalah berkualiti tinggilah.

- Lebih kurang macam itulah. - Jadi semua ayam ini mewakili...

Sudahlah. Tak perlu cuba lagi.

Kakak tahu awak cuba hiburkan kakak. Jangan pura-pura lagi.

Nampak sangatkah?

Apa saja awak buat, kenapa semuanya nampak teruk?

Sudah tua, tapi tak tahu apa-apa.

Kakak tak apa-apa tentang ayah Min Hokah?

Tipulah kalau kakak cakap kakak tak kisah dengan semuanya.

Tapi itu bukannya salah dia pun.

Dia ada hak untuk berkahwin, ada anak

dan ada kehidupan dia sendiri.

Kakak tak pernah harapkan apa-apa daripada dia pun.

Kakak tak pernah terfikir ada satu hari

dia akan muncul untuk jaga Min Ho dan kakak.

Kakak cuma mahu dia terus hidup gembira.

Kakak dan Min Ho boleh terus gembira.

Kakak ini ibu tunggal yang paling hebat.

Terima kasih untuk bahu awak semalam.

Tak apalah. Bahu saya ini sentiasa ada untuk kakak.

Sandarlah bila kakak mahu. Kakak dialu-alukan.

Yalah, terima kasih.

Mari pergi, Hyeok. Sudah lambat ini.

Abang semua perasan tak Abang Hyeok macam suka pada Kakak Yun Hui?

Dia selalu ambil berat tentang kakak dan ikut ke mana saja kakak pergi.

Tak pelikkah?

Orang gila, apa yang kamu merepek ini?

Hyeok lebih muda daripada kakak dan kakak ada seorang anak.

Apa yang kamu mengarut ini? Betul tak, Min Ki?

Saya tak peduli semua itu.

Biarkanlah dia.

Mari sini.

Abang, kenapa dengan Yuna itu? Angin dia pun teruk.

Yalah. Kamu berdua bergaduhkah?

Kami tak bergaduhlah.

Kamu mahu ke mana pula ini?

Kamu selalu buat macam kamu dalam drama sedih pula.

Nak risaukan orang pula.

Abang, Su Yeon macam mana?

Su Yeon? Hubungan kami sudah semakin rapat macam dalam filem romantik.

Sebenarnya, dia baru cium pipi saya semalam. Pada pipi ini.

Tak melampau bagi saya untuk

isytiharkan Su Yeon sebagai perempuan saya.

Tak cukup itu. Cium sedikit pada pipi pun sudah kecoh.

Abang, cium pada pipi di Amerika sama macam bertegur sapa.

Sama macam kita cakap "helo" kepada orang.

Abang kena cium mulut dia. Baru dikatakan betul-betul

bercinta dengan dia.

Cium mulut? Banyaklah cium mulut! Malulah saya nanti.

Abang, jangan cakap abang tak pernah cium budak perempuan sebelum ini?

Budak tak guna! Apa kamu cakap tadi?

Saya bergurau sajalah. Mana mungkin tak pernah?

Biar betul abang ini.

Tak pernah.

Apa? Abang setua ini tapi tak pernah cium perempuan?

Apa yang abang buat ini?

Abang, tak apa. Sudah cium pipi, bukan?

Lepas ini, terus macam ini. Dia mesti suka!

Cium mulut?

Mak, jangan pukul saya!

Tak guna. Saya asyik mimpi buruk saja

sebab saya tak tidur di tempat biasa saya.

Tapi sampai bila saya harus terus tinggal di sini?

Mi Young.

Macam mana? Selesa tak tidur di sini?

Mestilah selesa. Lebih selesa daripada rumah abang.

Dapat mimpi indah lagi.

Jangan macam ini. Baliklah rumah abang.

Jangan buat mak abang sedih lagi.

Kita putus asa sajalah.

Apa yang awak cakapkan ini?

Abang sudah suruh jangan cakap macam itu lagi.

Abang akan terus pujuk mak abang tak kira apa pun.

Awak jangan risau lagi. Faham tak?

Baiklah.

Saya ada bawa sedikit sandwic untuk abang buat sarapan pagi ini.

Cubalah.

Berbaloi juga abang dihalau keluar.

Dapat juga abang rasa masakan awak.

- Sedapnya! - Baguslah itu.

Saya pergi kerja dulu.

- Jumpa nanti. - Okey. Baik-baik, ya?

Ya.

Mak. Ini sandwic atau muntah?

Teruk betul masakan dia.

Patutkah saya jadikan dia isteri saya?

Kenapa kamu nampak gembira saja pagi ini?

Mana ada?

Kamu yang cakap Han Cheol sudah buatkan baju rekaan kamu.

Inikah bajunya?

Ya.

Biar betul.

Jangan cakap kepada kakak yang kamu sebenarnya

sudah mula jatuh cinta pada Han Cheol.

Apa cinta-cinta? Jangan mengarutlah.

Ya juga. Muka dia macam lobak merah kering yang dimuntah keluar.

Tak mungkin kamu suka dia.

Lagipun otak dia itu tak berapa betul.

Macam mana cakap... Sejenis makhluk miang generasi baru.

Kenapa pula Han Cheol miang?

Dia seorang yang baik dan bertimbang rasa.

Dan kakak tak patut menilai Han Cheol dengan rupa dia.

Lagipun, apa masalah dengan rupa Han Cheol?

Dia itu comel.

Saya mahu keluar seorang diri. Jangan ikut saya.

Dia sudah memihak pada lelaki itu.

Habislah dia. Tak boleh diselamatkan lagi.

Kakak selalu saja berfikiran negatif.

Kenapa dia mengumpat seorang lelaki yang baik hati dan ikhlas?

Cium dia...

Kamu kena cium dia. Barulah boleh jadi sepasang kekasih sebenar.

Baiklah. Saya akan beri ciuman pertama saya ini kepada dia.

Tapi tak semestinya dia benarkan saya cium dia.

Biarkanlah. Kalau dia tak setuju, saya akan pergi dengan selamba.

Ya! Mari mula!

- Su Yeon! - Han Cheol, ada apa-apa?

Saya ada satu permintaan kecil mahu minta daripada awak.

Apa?

Sebenarnya saya mahu...

Cat... Ya, boleh saya tolong cat hari ini?

Mahu tolong, ya?

Boleh juga. Saya tak kisah.

Mana semua orang sudah pergi ini? Bosannya.

Apa ini? Tali kasut putus? Tak pernah terjadi sebelum ini.

Tanda sesuatu yang malangkah?

Abang, macam mana? Sudah ciumkah?

Saya tak tahu macam mana patut buat. Fikiran saya buntu.

Tadi saya ada jumpa dia.

Tak tahu kenapa saya boleh cat dengan dia.

Yakah? Apa rancangan abang sebenarnya?

Rancangan? Saya ingat mahu cakap, "Su Yeon, boleh saya cium awak tak?"

Masalahnya ia tak terkeluar dari mulut saya.

Kalaulah saya cakap tadi...

Nasib baik abang tak tanya dia macam itu.

Pasti dia akan tampar muka abang nanti.

Mana ada orang tanya bila mahu cium seseorang?

Jadi apa saya patut buat?

Ada satu cara biasa dan ada satu lagi cara yang paling cepat.

- Mahu mana satu? - Mestilah saya mahu cara

- yang paling cepat. - Paling cepat?

Hanya ada satu cara saja. Arak.

Alkohol boleh tenangkan seseorang.

Ia paling sesuai untuk wujudkan suasana berahi.

- Abang tunggu masa yang sesuai... - Arak! Okey!

Sekejap! Saya tak habis lagi!

Hwa Ran, mahu ke mana?

Saya mahu pergi ke pekan untuk jual herba ini.

Untuk duit rawatan mak awak, bukan?

Baiklah, bas akan sampai sekejap lagi.

Saya kena pergi sekarang.

- Saya mahu ikut. - Tak perlulah.

Jangan salah sangka.

Saya cuma mahu tahu harga herba di pasaran.

Sebab itulah saya mahu ikut. Marilah.

Tak rasa beratkah?

- Ringan saja. - Biar saya bawa.

Su Yeon!

Han Cheol, kenapa awak datang balik?

Awak mahu minum sekali dengan saya tak sekarang?

Minum dengan awak? Siang-siang macam ini?

Saya hadapi satu masalah yang sangat serius.

Tapi awak nampak okey saja tadi.

Saya buat okey saja tadi.

Saya tak mahu awak rasa risau saja.

Tapi kenapa awak mahu beritahu saya sekarang?

Saya rasa saya tak tahan lagi. Sebab itu saya mahu cakap sekarang.

Tapi saya tak pandai minum dan saya ada banyak kerja lagi.

Tak apalah. Apa boleh dibuat?

Biar saya minum seorang diri dan mabuk entah ke mana.

Kalau saya tercedera sebab saya mabuk sangat,

harap awak jangan risau tentang saya.

Baiklah!

- Tapi sedikit saja, tahu? - Betulkah? Mari ikut saya!

Bukan kita mahu minumkah? Kenapa jauh sangat ke sini?

Saya tak mahu ada orang kacau semasa kita minum.

More Malay subtitles for Modern Farmer (모던파머 / Modeonpameo)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left