Parasite in Love

Parasite in Love (恋する寄生虫)

Download Malay Subtitle

Release info

ParasiteInLove(2021)[1080p][WEBRip][5 1]
A Commentary by koleksifilmserial

Tags

webrip
web
BRip
1080
Published on: 2024-04-09
Downloads: 38
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

DUNIA INI BAKAL BERAKHIR

Pada 24 Disember pukul tujuh malam,

dunia ini akan berakhir.

Ini ialah perisian hasad yang dicipta untuk membalas dendam kepada dunia ini.

Peralatan yang dijangkiti virus ini akan hilang semua rangkaian komunikasi.

Seluruh bandar akan huru-hara

dan pada malam suci itu, ramai kekasih akan temui takdir sengsara.

Ibu bapa saya meninggal ketika saya berumur lapan tahun.

Sejak itu saya bersendirian.

Marilah! Tukar!

Langkah bagus!

Kosaka!

Pertahanan bagus!

Rampasan yang hebat!

- Cikgu, Kosaka pengsan! - Berhenti sekejap!

Kosaka, kenapa ini?

Jangan sentuh dia, cikgu!

Bukankah dia fikir semua orang kotor?

Sekarang bukan masanya!

Kamu tak apa-apa?

Bolehkah kamu berdiri? Kamu okey?

Kosaka.

- Dia muntah! - Jijiknya!

- Dia muntah! - Jijik.

Saya fobia pada kuman.

Bukan saya yang menyisihkan mereka.

Satu kewujudan disisih oleh semua benda. Itulah saya.

Baiklah.

Dunia ini terus menyisihkan saya.

Saya harap dapat memuntahkan isi perut dan mati.

Sepak ke sini!

Apa?

Saya benci budak-budak sebab mereka merenung.

Saya benci mata manusia.

Mata mereka sangat ganjil.

Saya tak faham kenapa bentuk aneh itu berada di wajah mereka.

SATU EPIDEMIK KETIADAAN

Saya memiliki sesuatu fobia yang dipanggil skopofobia.

Kamu ada satu penyakit.

Sama seperti ibu kamu alami.

Adakah saya akan mati juga?

Ia hidup di dalam ini

dan ia memerhatikan kamu.

Malah pada saat ini,

ia menunggu masa sesuai

untuk makan kamu.

Ada cacing dalam kepala saya.

Ia hidup membesar dengan memakan otak saya

dan akhirnya ia akan memakan saya.

Jadi lambat-laun, saya akan mati.

Apa yang paling penting,

cacing ini menjangkiti yang lain.

Sebab itulah saya menyisihkan dunia ini.

Saya bukan mahu menokok tambah.

Kamu tentu dah mati jika kamu dimasukkan ke sini lewat sikit.

Kami ambil sedikit sampel darah awak.

Ia satu kecemasan. Saya harap awak faham.

Kenapa dunia ini membiarkan saya hidup?

Dia ada bau sama macam saya.

Bau putus asa.

Siapakah awak?

Ini menakjubkan.

Apa?

Apa yang awak lakukan? Hei!

Saya datang nak ugut awak.

Buat apa yang saya suruh jika awak tak mahu didakwa.

Apa?

Saya mahu awak uruskan seorang anak nakal.

Saya akan bayar 500 ribu yen. Hanya untuk dua bulan.

Datang ke Taman Mizushina pada pukul tiga petang esok.

Budak itu akan ada di sana.

Sekejap!

Awak perlukan wang, bukan?

Maaf, tapi saya dah siasat tentang awak.

Saya mengharapkan awak.

Saya akan setuju separuh daripadanya.

Apa?

Dia minta awak buat begini, bukan?

Adakah awak budak yang…

Dia tak beritahu awak?

Saya menunggu budak berumur sepuluh tahun.

Saya akan ambil separuh bayaran awak.

Saya juga akan jadi kawan awak.

Itu idea teruk. Awak ini pelajar sekolah menengah.

Jika lelaki seperti awak nak berkawan dengan gadis seusia saya,

wajarlah untuk dibayar sebegitu banyak.

Tapi saya belum terima…

Saya tak boleh percayakan awak jika awak tak bayar wang pendahuluan.

Saya akan mati tak lama lagi.

Saya sakit.

Saya takkan paksa awak buat begini.

Saya tak peduli apa yang berlaku kepada awak.

Itu saja saya ada sekarang.

Bolehkah awak berikan saya sedikit masa?

Saya akan bayar apabila saya dapat wang itu.

Apa?

Tiada apa-apa.

Baiklah.

Apa hubungan awak dengan lelaki itu?

Entahlah.

Sejujurnya, dia tak beritahu saya apa-apa.

Siapakah awak, hubungan awak dengan…

Saya Sanagi Hijiri.

Kekasih dia?

Jangan merepek.

Saya ubah fikiran.

Hei! Jangan! Tunggu!

Saya ada satu syarat.

Awak harus benarkan saya tinggal di sini sehingga awak bayar saya.

Awak bergurau, bukan?

Jangan sentuh!

Kenapa dengan tempat ini?

Bau seperti hospital.

Saya cakap jangan sentuh!

Fon kepala ini sangat mahal.

Boleh berikan kepada saya?

Hei, tunggu!

Turun. Saya cakap turun!

Hei, awak okey?

Saya pergi dulu.

Bagaimana?

Saya tak tahan. Saya nak berhenti.

Dengar sini.

Walau apa pun yang awak fikir, dia seorang gadis biasa.

Jadi pastikan awak layan dia dengan baik.

Jika awak sakiti dia,

awak takkan terlepas dengan satu dakwaan saja.

Jangan cuba nak tipu saya.

Ini satu amaran.

Saya akan pindahkan wang.

Jadi, ini misi awak yang seterusnya.

Siasat kenapa dia tak pergi sekolah.

Adakah kerana dia tak peduli?

Awak sensitif pada penderitaan sendiri tapi bukan penderitaan orang lain.

Sekurang-kurangnya bolehkah awak beritahu saya apa yang awak cuba lakukan?

Jadi saya boleh fikirkan…

Jangan menyibuk.

Awak perlu habiskan makanan itu.

Jika awak masuk,

awak perlu mensanitasi tangan awak,

pakai topeng muka jika boleh dan pakai selipar.

Tolonglah.

Sekejap.

Guna ini.

Hei! Kenapa pakai kasut awak?

Tanggalkan. Sekarang.

Hei!

Mana wang itu?

Ada pada saya, tapi saya belum pergi ke ATM lagi.

Pergilah.

Saya sibuk.

Hei! Hentikan!

Kenapa saya tak pakai baju?

Awak tak ingat?

Saya telah bersihkan awak tapi awak boleh bersihkan semula jika ia menganggu awak.

Saya sangat penat.

Saya ada fobia terhadap kuman.

Saya tahu.

Fobia saya agak teruk.

Saya menyisihkan orang lain dan tak boleh keluar rumah.

Satu masa dulu…

Cubalah.

…saya muntahkan makanan yang kekasih saya sediakan untuk saya.

Awak sukakannya?

Ya.

Saya takkan lupa pandangan penuh benci dia terhadap saya.

Menyedihkan.

Kenapa kita bertemu di sini?

Saya benci tempat begini.

Ia dekat dengan ATM.

Periksalah.

Dua puluh lima keping wang. Betul.

Apa awak nak buat dengannya?

Entahlah.

Mungkin lari dari rumah.

Awak suka kucing?

- Tentulah tak. - Yakah?

Jadi saya rasa awak tiada toksoplasma.

Ada apa?

Satu parasit yang menjadikan awak pencinta kucing.

Apa maksud awak? Satu parasit?

Toksoplasma ialah satu parasit yang dibawa oleh kucing.

Ia menjangkiti tikus dan menguasai otaknya untuk menyukai kucing.

Dengan begitu, tikus tak boleh mengelak daripada dimakan kucing.

Apabila seorang manusia dijangkiti, kesannya dikatakan sama.

Hei.

- Apa? - Begini.

Saya ingin tahu kenapa awak tak pergi sekolah.

- Apa? - Lupakan saja.

Saya hanya ingin tahu.

Adakah En. Izumi suruh awak tanya?

Maksud saya, awak boleh reka saja ceritanya.

Awak hanya perlu yakinkan dia.

Awak tak perlu beritahu hal sebenar.

Tipu saja dah memadai.

Saya tak tipu.

Dia beritahu awak tentang saya, bukan?

Tak.

Nak tidur dengan saya?

Tentulah tak.

More Malay subtitles for Parasite in Love

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left