Release info

Heirs 2013-E08 720p-HANrel Malay
A Commentary by Dazai

Tags

720p
720
Published on: 2019-04-14
Downloads: 33
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kenapa awak tak jawab panggilan saya?

Awak tak nampakkah saya sedang bekerja?

Awak ada pergi ke hotel Yeong Do?

Rachel itu, memanglah!

Awak ada pergi?

Hotel itu milik keluarga Choi Yeong Do?

Awak sudah gilakah?

Awak tahukah itu tempat apa?

Macam mana awak boleh pergi ke sana?

Hei, di Amerika pun saya ikut awak, seorang yang berpotensi untuk menjual dadah, balik ke rumah awak!

Saya bukannya orang yang suka melakukan sesuatu yang bodoh.

Itu kerja bodohlah. Itu.

Macam mana awak boleh percaya dan ikut saya, bodoh!

Siapa tahu apa yang akan berlaku nanti?

Tapi awak bukan orang seperti itu.

Macam mana awak tahu?

Macam mana awak tahu saya bukan orang seperti itu?

Kenapa awak pergi ke hotel Yeong Do?

Sebab Joon Yeong.

Kalau saya pergi, Choi Yeong Do kata dia akan tarik balik saman itu.

Dia akan pindah tak lama lagi, jadi kenapa awak ambil peduli?

Sudah berapa kali saya cakap pada awak, jangan masuk campur urusan orang lain.

Awak memang mahu jadi orang baik?

Awak tahukah kenapa Choi Yeong Do mengganggu saya pada mulanya?

Ianya kerana awak!

Sebab itulah saya buat begini!

Takut nanti sesuatu berlaku pada awak disebabkan saya.

Tolonglah,

saya merayu pada awak.

Tak bolehkah awak pastikan yang saya tak perlu risaukan awak?

Tak bolehkah awak duduk diam?!

Kenapa awak tak boleh biarkan saya bersendirian?

Hidup saya sudah menyukarkan seperti sediakala,

tapi saya rasa seperti saya ini sisi jahat Choi Yeong Do.

tapi saya rasa seperti saya ini sisi jahat Choi Yeong Do.

Dan setiap hari awak jadi semakin tak selesa.

Saya tak harapkan lebih.

Saya cuma mahu tamatkan pelajaran tanpa masalah, dan saya mahu hidup saya 1 kali lebih baik apabila saya berumur 20 tahun.

Saya cuma harapkan ini.

Tapi saya tak tahu apa yang patut saya buat.

Patutkah saya beritahu awak apa yang patut awak buat?

Mulai esok, keluar dari rumah kami dengan segera.

Apa?

Awak tak boleh keluar?

Awak nak terus bersekolah di situ?

Kalau begitu, mulai sekarang, jatuh hati pada saya.

Kalau boleh, jujurlah dengannya.

Saya sudah mula sukakan awak.

Jadi mulai sekarang, saya akan masuk campur dalam urusan awak.

Dan saya juga akan masuk campur dalam hidup awak.

Awak tak ada perkara yang lebih baikkah yang awak boleh buat?

Saya akan pura-pura yang saya tak dengar ini.

Awak dengar semuanya. Awak tak boleh berpura-pura yang awak tak dengar.

Saya perlu pergi.

Jawab soalan saya sebelum awak pergi!

Jangan jawab.

Ini Puan Han.

Jangan jawab.

Awak mungkin ada pilihan, tapi saya tak ada.

Itulah perbezaan kita.

Dan itulah jawapan saya.

Mak, ini saya.

Kami sedang dalam perbincangan yang penting.

Saya akan telefon mak sekejap lagi.

- Hei. - Kita akan usahakan perbezaan kita itu.

Awak perlu berikan saya jawapan.

Berikan telefon saya semula.

Berikan saya jawapan.

Saya tak faham apa yang awak maksudkan.

'Sukalah pada saya mulai sekarang'.

'Saya sukakan awak'. Bahagian mana yang awak tak faham?

Berikan telefon saya semula.

Selepas awak berikan saya jawapan.

Berikan telefon saya semula.

Pulangkanlah!

Kontrak saya masih belum tamat. Dan ianya sangat mahal bagi saya.

Saya perlu mesej mak saya dengan itu.

Saya perlukannya semasa bekerja.

Pulangkanlah!

Saya sudah hampir gila kerana saya nak peluk awak.

Saya akan bunuh awak!

Jangan menangis.

Jangan cakap yang awak tak sukakan saya.

Cakaplah yang awak akan fikirkannya.

Saya merayu pada awak.

Apa yang berlaku? Apa itu semua?

Kenapa kamu yang jawab telefon dia?

Sebab saya ada dengan dia.

Kamu ada dengan dia?

Kenapa?

Kenapa kamu ada dengan dia?

Saya pergi jumpa dia untuk minta dia sesuatu.

Minta apa?

Apa yang dia ada tapi kamu tak ada?

Saya pukul seseorang di sekolah.

Saya minta dia jangan beritahu mak tentang itu.

Apa?

Siapa yang kamu pukul?

Dia lebih kayakah daripada kita?

Mak tak nak tahu kenapa saya pukul dia?

Bukankah itu yang sepatutnya mak tanya dulu?

Ayah pastinya sudah tahu. Dia telefon saya tadi.

Sudah tentulah dia tahu.

Kamu fikir pengerusi lembaga sekolah itu tak akan beritahu dia?

Kenapa kamu buat...

Saya nak ke bilik bacaan dia.

Hanya cakap yang kamu minta maaf dan minta kemaafan dia, okey?

Di mana kamu sekarang?

Apa yang kamu sedang buat? Kamu nak terus berdiri di sanakah?

Cepatlah beritahu saya kenapa dia pukul budak itu.

Maafkan saya, tapi saya rasa lebih baik puan dengar sendiri daripada dia.

Saya tanya kamu sebab dia tak akan beritahu saya.

Saya suruh kamu laporkan pada saya, bukan?

Siapa yang dia pukul? Budak itu dari keluarga yang mana?

Tak mengapa. Cukuplah.

Tapi, kenapa dengan panggilan telefon tadi?

Berani kamu buat Tan cari kamu.

Kamu fikir masuk akalkah untuk kamu dan Tan dilihat bersama di luar?

Kamu dan mak kamu

tak boleh tinggal di sini kalau kamu berkelakuan seperti itu. Kamu faham?

Maafkan saya.

Kamu tumbuk anak Choi?

Ya, ayah.

Kenapa?

Ayah sudah terlambat,

untuk ambil berat.

Sebelum saya pergi ke Amerika dan semasa saya berada di sana.

Saya telah buat perkara yang lebih teruk daripada ini.

Tapi

dahulu ayah tak ambil peduli.

Ayah selalu cakap yang ayah sibuk setiap kali saya telefon dan ayah akan matikan telefon.

Ayah perlu sibuk untuk jalankan perniagaan.

Terima kasih untuk itu. Saya dan abang saya akan dapat lebih duit daripada kasih sayang ayah.

Saya pergi dulu.

Mak kamu adalah pengerusi lembaga sekolah.

Jangan buat sesuatu yang akan menyebabkan orang lain cakap tentang kamu.

Mak saya bukannya pengerusi.

Dia adalah perempuan simpanan ayah.

Selamat malam.

Kenapa awak keluar dari sana?

Mak saya ada cakap sesuatu pada awak?

Mestilah ada.

Apa yang dia cakap?

Saya merayu pada awak. Boleh tak awak jangan bercakap dengan saya di rumah?

Saya tak mahu timbulkan masalah.

Cha Eun Sang.

Hei.

Apa yang mak saya cakap?

Kalau saya minta maaf bagi pihak mak saya, boleh awak maafkan?

Boleh awak pergi? Saya takut Puan Han akan nampak kita nanti.

Awak pastikah awak takut disebabkan itu?

Mungkin awak gementar sebab saya ada di sini.

Saya tak rasa nak bergurau.

Marilah bergurau sedikit.

Saya nak awak rasa sedikit gembira.

Saya cakap pergi dari sini.

Nak pergi ke mana? Ini rumah saya.

Baiklah, kalau begitu saya yang akan pergi.

Awak fikir itu juga bukan rumah saya?

Semua tempat lain juga adalah milik saya.

Awak tahukah betapa gembiranya saya awak berada di rumah saya?

Selamat malam.

Kalau begitu, jatuh hatilah pada saya mulai sekarang,

kalau boleh dengan setulus hati awak.

Sebab saya sukakan awak.

Kalaulah kita tinggal bersama...

Selamat malam.

Selamat pagi.

Awak tahukah sekarang ini pukul berapa?

Saya sudah cakap

yang saya akan masuk campur dalam hidup awak.

Saya memang maksudkannya yang saya akan masuk campur dalam urusan awak.

Saya ingat saya sudah suruh awak

buat sesuatu yang lebih baik daripada ini.

Saya tak dengar yang itu.

Awak dengar.

Saya tak ingat.

Itu sarapan awak?

Cukupkah?

Saya sudah jumpa awak. Jadi, saya pergi dulu.

Kenapa?

Awak fikir saya tak akan datang ke sekolah?

Saya asyik fikir banyak perkara

sepanjang malam tadi.

Saya jumpa awak semasa rehat nanti.

Dengar cakap cikgu awak.

Kamu datang awal hari ini.

Kita ada urusan penting, tapi kami tak dapat cari tuan malam tadi.

Tuan juga tak jawab telefon.

Saya keluar jumpa seseorang. Saya tertinggal telefon saya di sini.

Apa yang pentingnya?

CEO Choi dari Hotel Zeus ingin bersarapan dengan tuan.

Dia menghubungi saya malam tadi.

Saya perlu berikan jawapan kepadanya dalam masa 10 minit.

Dia fikir saya ini kawan dia?

Dia telefon dari semalam untuk ajak bersarapan?

Beritahu dia yang kamu tak dapat menghubungi saya.

Dia yang hubungi tuan dulu. Apa kata tuan jumpa dia.

Kenapa saya perlu buat begitu?

Sebab tuan mungkin mahu jumpa dia nanti.

More Malay subtitles for The Heirs (The Inheritors / Sangsokjadeul / 상속자들)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left