The first 200 lines.
Terima kasih.
Hei! Jaga-jaga!
Alamak. Saya kata jaga-jaga.
Enid?
Enid, apa awak buat di luar?
Ada satu lagi botol air di sudut sana.
Ambil dan pergi.
Cobblestones Menu Bawa Balik
Awak tak nak jawab?
Tak.
Apa yang berlaku di Alexandria?
Kami terdengar bunyi itu. Tembakan senjata.
Enid.
Apa yang berlaku ialah apa yang sentiasa berlaku.
Ada orang yang mati.
Kumpulan itu berjaya menembusi benteng?
- Kumpulan apa? - Perayau.
Mereka terlepas awal dari kuari.
Kami berjaya kawal mereka tapi bunyi itu...
Bunyi hon udara itu, apa dia?
Orang yang menyerang.
Awak patut pergi dari sini.
Isteri saya, Maggie...
Adakah dia selamat?
Enid,
adakah Maggie selamat?
Jawab soalan saya!
Enid?
Enid!
Hei! Enid!
Enid!
Morgan.
Selamat pagi.
Kita belum berbincang lagi. Kita patut berbincang.
Nanti, okey?
Okey.
Awak tak perlu kerap berada di sini.
Saya tak akan buat begitu.
Ini arah yang akan ditujuinya.
Jika dia hantar isyarat, tentu ia akan datang dari sana.
Ya.
Atau tidak.
Semasa kita pergi ke luar,
ia bukan mudah, ia bukan kerja mudah.
Ia satu perjuangan.
Tapi kita pernah melalui keadaan yang lebih teruk.
Dari jarak yang lebih jauh.
Glenn, Daryl, Abraham dan Sasha, mereka akan balik juga.
Mungkin kita tak tunggu mereka balik.
Kita patut mula fikir cara untuk mengusir perayau dari sini.
Kita ada makanan dan minuman yang mencukupi buat masa ini
dan benteng masih bertahan.
Kita boleh mengambil sebanyak masa yang
diperlukan, untuk membuat perancangan. Rancang betul-betul.
Bersihkan satu laluan untuk mereka.
Saya nampak Judith di rumah tempoh hari.
Dia dah mula...
Dia dah mula menyerupai Lori.
- Ya. -la buat saya rasa gembira.
Saya juga.
Wahai Betsy yang dikasihi Jika awak membaca ini
bererti saya dah mati.
BERKUMPUL UNTUK BERDOA DI SEBELAH PANEL SURIA
HARI INI PADA JAM 1.00
Ayah.
Pistol lebih sesuai untuk percubaan pertama awak.
Ini pelepas lelopak peluru. Ini pelepas gelangsar.
Ini untuk keselamatan ibu jari.
Senang saja, kan, Ayah?
Ya. Lelopak peluru yang kosong.
- Kebuk yang kosong. Nampak tak? - Ya.
Ada orang di depan awak dan mereka bersenjata.
Awak akan berasa takut. Awak pasti akan berasa begitu.
Badan awak akan menegang, awak tak akan ada masa berfikir.
Awak nak tarik picu saja apabila awak menghalakannya ke depan.
Tapi tembakan awak tak akan kena
dan awak akan mati.
Awak perlu pegang ke aras mata.
Awak perlu cukup kuat untuk menunggu sehingga saat itu.
Bolehkah saya...
Jangan biar jari awak menyentuh picu
sehingga awak bersedia menembak.
Simpan pistol itu.
Cuba rasa bagaimana rasanya membawa senjata.
Boleh saya menembak?
Mungkin ke arah perayau.
Bukan dalam keadaan sekarang. Benteng kita kuat,
tapi nasib baik semua perayau berpecah-pecah.
Kita tak nak menumpukan mereka ke satu titik.
Bagaimana dengan latihan menembak di pusat bandar?
Sebab bunyi tembakan akan tersebar.
Atau kita boleh gunakan penyenyap atau apa-apa seperti itu.
Tapi...
Kita mungkin tak nak membazirkan peluru sekarang, kan?
Saya cuma nak belajar lebih lanjut.
Awak akan berpeluang nanti.
Maaf.
Saya sedang membuat...
Awak nak bubur oat?
Tak apa.
Awak menuju ke pintu. Kenapa?
Awak nak saya periksa lengan awak?
Tak. Saya bukan datang untuk...
Saya tak apa-apa.
Awak boleh beritahu saya jika awak sakit.
Morgan.
Boleh kita berbincang sekarang?
Apa yang sedang berlaku?
Semasa saya dalam perjalanan balik,
saya cuba memintas kumpulan perayau dengan RV,
dan mengumpan perayau pergi dari sini.
Tapi lima orang dengan ukiran W di dahi mereka
telah menghalang saya.
Mereka cuba membunuh saya dan menembak RV itu.
Carol kata dia nampak awak.
Awak tak nak membunuh orang-orang itu.
Adakah awak melepaskan mereka?
Ya.
Saya tak nak bunuh lima orang yang saya tak perlu bunuh.
- Mereka bakar orang hidup-hidup. - Ya.
Kenapa awak tak bunuh saya, Rick, semasa di Daerah King?
Saya tikam awak dengan pisau.
Jadi kenapa awak tak bunuh saya?
Sebab saya selamatkan awak di hospital?
Sebab saya kenal awak.
Pada masa itu saya pasti akan bunuh awak tanpa ragu-ragu.
Dan saya cuba buat begitu.
Tapi awak biarkan saya hidup,
dan saya berjaya membantu Aaron dan Daryl.
Jika saya tak berada di sana...
Jika mereka mati...
Mungkin kumpulan Serigala tak akan berjaya sampai ke sini.
Saya dah tak tahu apa perkara yang betul lagi.
Sebab saya nak sangat bunuh mereka.
Saya nampak apa mereka buat dan akan terus buat.
Saya tahu saya mampu mengakhirinya.
Tapi saya juga tahu bahawa orang boleh berubah.
Sebab semua orang yang duduk di sini berjaya berubah.
Semua kehidupan berharga.
Idea itu telah mengubah saya.
Ia membawa saya kembali dan membolehkan saya terus hidup.
Saya rasa ia tak semudah itu.
- Ia tak mudah. - Saya tak kata ia mudah.
Saya tahu.
Saya pernah terfikir nak melupakan idea itu.
Tapi saya enggan.
Awak mungkin perlu berbuat begitu.
Ia tak semudah empat perkataan.
Rasanya ia tak pernah semudah begitu pun.
Awak rasa saya tak sesuai di sini?
Awak berjaya hidup setakat ini,
awak betul-betul rasa awak boleh buat begitu
tanpa membunuh?
Entahlah.
Jika kita boleh keluar dari benteng ini
kembali ke kereta kita di kuari,
kita boleh mengumpan mereka pergi.
Kita boleh adakan lebih banyak titik pemerhatian.
Selaraskan tembakan pistol dan lampu suar
supaya kita boleh menarik mereka ke arah yang berbeza.
Kita perlu siapkan semua orang kita.
Carl, Tara, Rosita, Carol.
Bagaimana dengan orang lain?
Kita akan gunakan orang kita saja buat masa ini.
Betulkah?
Jika kita ada masa untuk membawa mereka bersama, bolehlah.
Tapi kita belum ada masa untuk menilai keadaan.
Betulkah?
Kita semua terlibat bersama.
Kita sedang menilai keadaan sekarang.
Semua itu cuma alasan.
- Deanna. - Rick.
Apa itu?
Pelan untuk pembangunan.
Kita sibuk menangani masalah lain sekarang.
Saya tahu.
Ia pelan untuk pembangunan Alexandria selepas ini.
Sebab walau apa cara sekali pun, keadaan ini akan berlalu.
Selepas bilah terkena sasaran, jangan tarik keluar terus.
- Awak akan tersangkut. -Tersangkut?
Seperti kapak menebang pokok. Pisau lebih muda memasuki tulang daripada keluar.
Jadi apa yang kami harus buat?
Awak patut tolak parang turun melalui luka.
Dengan satu gerakan yang lancar.
Kita keluarkan dari tulang seperti ini.
Okey?
Hei!
Saya orang baru yang sedang memegang parang
dan ada orang berhampiran saya yang memakai selipar.
Betul. Jadi bertenanglah.
Apa yang awak takutkan?
Mati.
Mati perkara mudah.
Segalanya terhenti. Awak dah mati.
Apa yang sukar ialah orang di sekeliling awak yang mati.
Okey? Sebab awak masih hidup,
dan sedar mereka dah tiada
dan awak masih berada di sini.
Awak patut takut untuk hidup,
dan mengetahui yang awak tak cuba sedaya-upaya
No comments yet. Be the first to leave one.