The first 200 lines.
Aduhai. Panas betul di sini, bukan?
Hei, perhatikan apa yang kamu buat! Kamu nak tercedera?
- Maaf. - Maaf.
Ini bukan kilang.
Kenapa awak tak pakai topeng?
Saya tanya awak.
Maafkan saya.
SEKOLAH TINGGI TEKNIK WILAYAH ASUKA
Jangan curi tulang.
Ini sekolah tinggi.
Sekolah Tinggi Teknik Wilayah Asuka yang saya masuk tanpa dirancang.
Bodoh! Apa masalah awak?
Apa ini?
Ini sekolah tinggi teknik yang ada ramai pelajar lelaki
digelar Asuko.
23 MAC 2011
PROSES KEMASUKAN PELAJAR BARU 2011 SILA TANGGALKAN KASUT
Kalaulah saya tak buat silap sewaktu ujian berkomputer,
tentu saya dapat masuk Sekolah Tinggi Perempuan Utama.
Ini buku teks dan satu set peralatan.
Saya tak perlu terima alat-alat misteri ini.
Saya datuk Nao.
Nampaknya, dia ada banyak persoalan.
Berapa ramai pelajar perempuan yang belajar di sini?
Tahun ini tak ramai. Ada tiga orang.
Tiga.
Bolehlah kamu cepat mesra dengan mereka.
Peratusan pelajar berjaya ke universiti?
Tahun lepas, kira-kira tiga peratus.
Tiga peratus.
Namun begitu, lebih 90 peratus pelajar mendapat pekerjaan.
Setinggi 90 peratus?
Baguslah, melihatkan keadaan ekonomi sekarang.
Betul. Awak boleh pelajari sebanyak mana kemahiran yang awak mahu.
Jangan beritahu orang.
- Kami tak larang kerja sambilan. - Saya faham. Sangat bebas.
- Ramai pelajar ada masalah kewangan. - Pasti susah.
Saya tak rancang pun nak masuk sekolah begini.
Hei.
Apa?
Nak gaduh?
Saya dah agak.
Nao, ini sekolah yang bagus.
Marilah!
Saya dah tersilap langkah.
HARI INI, 8 APRIL
SEKOLAH TINGGI TEKNIK WILAYAH ASUKA
Ada gadis comel.
Comelnya dia.
Maafkan saya.
Comelnya!
Macam mana dengan kelab penyelidikan robot?
Saya tak tahu lagi.
Awak.
- Awak tengok apa? - Hei!
Jangan cari pasal.
Semua duduk.
Kamu bertiga. Berhenti merenung, duduk!
Hei.
Saya guru kelas kamu.
Kita akan bersama selama setahun mulai hari ini.
OHMUKAI
- Hiragana. - En. Toru Ohmukai.
Kami taklah bodoh sangat sampai tak kenal huruf Kanji.
Apa?
Mungkinlah.
Cikgu dari Jabatan Elektrik.
Apa pun, cikgu baru berkahwin. Jadi tolong jangan timbulkan masalah.
- Apa kaitannya dengan baru berkahwin? - Itulah.
Kalau kamu buat masalah, cikgu terpaksa balik lambat.
Alamak.
- Telefon! - Maafkan saya.
MATIKAN
Letak telefon dalam mod senyap ketika dalam kelas.
- Apa? - Cikgu takkan rampas?
Kalau cikgu tegas sangat, ada pelajar yang akan berhenti.
Beginilah Asuko.
Cikgu nak kurangkan bilangan yang berhenti daripada kelas cikgu
kepada kurang lima orang tahun ini.
Apa?
Teruknya.
Apa?
- Apa awak nak buat? - Diamlah.
Sho!
Apa kena dengan awak?
Kita sambung lain kali saja.
Kenapa ada pelayan lelaki di sekolah ini?
Ini makmal Jabatan Elektrik.
Di bilik inilah kamu akan buat kerja-kerja
seperti mengimpal, mengacu dan membentuk.
Kita guna alat-alat ganti kereta ini.
Jangan terlalu dekat.
Kamu cuma boleh tengok hari ini.
Ini kilang.
Baunya busuk, bukan?
- Akhirnya, dapat jumpa pelajar perempuan. - Saya juga.
Kita bertiga saja tahun ini.
Susahlah kita.
Saya Maiko Takada dari Kelas B.
Nak makan tengah hari dengan saya esok?
Nak.
Berhenti!
Dia berlumuran minyak. Kotornya.
Awak tak apa-apa?
Saya dah suruh awak berhenti.
Busuknya.
OHMUKAI
Nah, cikgu pinjamkan. Pakailah dan balik rumah.
Busuknya.
Nao,
macam mana dengan sekolah?
Datuk?
Jangan masuk.
Ada sesuatu yang datuk nak beritahu kamu.
Boleh beritahu nanti?
Kamu patut guna pembersih solekan untuk cuci kesan minyak.
Yakah? Datuk patut beritahu awal-awal.
Tapi kamu suruh beritahu nanti.
Datuk dah siap masak.
Tolong kemaskan meja.
Ini dia sup kacang fava sejuk.
Nampak sedap.
Kita raikan hari pertama kamu.
Datuk gunakan pengalaman sebagai cef dulu untuk buat hidangan ini.
Maafkan saya.
Saya mungkin akan berhenti sekolah.
Kamu nak buat apa selepas berhenti?
Saya tak pasti lagi.
Mungkin tukar sekolah.
Kamu yang putuskan
untuk bersekolah tinggi di Jepun
dan tak ikut Mikio ke luar negara.
Saya nak masuk Sekolah Tinggi Perempuan Pertama.
Apa bezanya Sekolah Tinggi Perempuan Pertama dan Asuko?
Semuanya berbeza.
Saya silap kerana minta pendapat datuk ketika itu.
Kenapa datuk cadangkan Asuko?
Kamu tak nak jadi lepasan sekolah menengah rendah
yang gagal ujian kemasukan
dan datuk dapati kamu layak memohon Asuko.
Lepasan menengah rendah yang gagal lebih baik.
Kamu selalu begitu.
Saya dah tak peduli. Terima kasih untuk makan malam.
Sekejap, Nao.
Tak nak, datuk membebel lama.
Hanya 30 minit.
- Lamanya. - Kalau begitu, 15 minit.
Jadikan 15 saat.
Dengar sini, Nao.
Kata orang, alah bisa tegal biasa.
Kalau tunggu lebih lama, saya dah tamat belajar.
- Betul juga. - Okey, tamat 15 saat.
Apa? Nao, tunggu dulu.
Macam mana dengan makan malam kamu?
Datuk beli itik yang berkualiti.
YOSHINO
Untuk kelas seterusnya, kita akan buat latihan amali.
Pergi salin baju kerja.
Yoshino, maaf. Bilik persalinan pelajar perempuan di tingkat empat.
Baik.
BILIK PERSALINAN PEREMPUAN TINGKAT 4 BANGUNAN SEBELAH
Arah sini?
PELAJAR LELAKI DILARANG MASUK
BILIK PERSALINAN PELAJAR PEREMPUAN
Jauh betul.
Buruknya.
Awak Nao Yoshino?
Ya, saya.
Cakap kasual saja dengan saya. Saya pun pelajar baru.
Saya Momo Aizawa dari Kelas D.
Macam mana awak tahu nama saya?
Para pelajar senior kata awak pelajar baru yang paling cantik.
Apa? Tapi cuma ada tiga orang pelajar baru perempuan, bukan?
Taklah. Ada dua orang saja.
Pelajar perempuan Kelas B berhenti pagi tadi.
Apa?
Betulkah?
Sayang betul.
Jadi pelajar perempuan di sekolah teknik ada kelebihannya.
Kita boleh pilih mana-mana lelaki yang kita nak.
Mereka semua mahukannya.
Saya beritahu awak dulu.
Saya mahu pelajar baru bernama Aruto Yokoyama.
Apa?
Awak tak kenal dia?
Dulu dia pelakon kanak-kanak. Dia membintangi Daddy is a Fifth Grader .
Begitu rupanya. Pelakon kanak-kanak.
Jangan suka lelaki yang sama, okey?
Saya masuk sini bukan untuk itu.
Menjengkelkan betul. Tak perlulah nak berlagak baik.
Ia bergerak.
Ia bergerak tadi.
Semua dah ada di sini?
Saya En. Okano dari Jabatan Mekanikal.
Selamat berkenalan.
Selamat berkenalan.
Kenapa dengan baju kerja awak?
Maaf.
Saiznya terlalu besar.
Apa?
No comments yet. Be the first to leave one.