Endless Love

Endless Love (끝없는 사랑)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

Endless Love E14 140803
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

other
Published on: 2016-03-06
Downloads: 24
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Apa ini?

Betulkah abang sudah bertunang dengan anak perempuan Jeneral Chun?

Betul apa yang ditulis itu.

Saya takkan berganjak!

Abang!

Masuk balik sekarang dan minta maaf daripada In Ae!

Cakap yang abang sudah gila dan cakap yang bukan-bukan!

Tak boleh! Abang tak boleh cakap sudah!

- Lepas. - Abang.

Abang, sekali saja.

- Lepaslah! - Abang tak boleh pergi!

Lepas! Biar abang pergi dari sini!

Tak boleh!

- Mari pergi! - Sudah terlambat!

Tak terlambat lagi! Mari kita pergi!

- Sudah terlambat! - Tolonglah! Mari kita pergi!

Dengar cakap saya!

Kamu memang pengecut, Han Kwang Hoon!

Kamu pastikan kamu berjaya nanti!

Saya...

Saya

akan musnahkan kejayaan kamu.

(Pegawai pembantu yang merupakan seorang anak yatim)

(iaitu Han Kwang Hoon akan bertunang)

- Tahniah saya ucapkan. - Terima kasih.

- Saya kenalkan. Ini Kwang Hoon. - Tahniah ya.

Abang

cintakan awak lebih daripada segalanya.

Abang terlalu cintakan awak.

Awak kena ingat itu.

Tak kira apa saja keadaannya nanti,

jangan lupa. Terus tunggu abang.

Saya tahu ucapan terima kasih pun takkan cukup

untuk semua yang sudi datang bagi meraikan

pertunangan anak perempuan saya.

Saya ingat mahu buat majlis kecil-kecilan

dan jemput keluarga saja.

Tapi saya ingin berterima kasih kepada pengerusi

yang beri sumbangan untuk saya mengadakan

majlis saya di dewan ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada

perdana menteri dan isterinya.

Majlis ini mengingatkan saya kepada masa

saya tinggal di markas tentera di Hwacheon masa saya menjadi askar.

Kamu rasa boleh tak Hye Jin hidup bahagia lepas dia berkahwin?

Tengoklah lelaki itu.

Saya rasa dia memang seorang yang sangat kacak.

Mak dapat tahu dia memang bercita-cita tinggi.

Mesti ada sebab mereka cepatkan pertunangan.

Jeneral Chun memang seorang lelaki yang hebat.

Sanggup pilih anak yatim jadi menantu.

Walaupun di barisan depan,

tapi kawasan itu dihuni oleh satu angkatan yang sama.

Jadi tempat itu memang aman dan damai.

Abang saja yang rasa aman damai.

Budak perempuan itu sudah membesar dengan cantik sekali

dan akhirnya bertunang pada hari ini.

Sekarang marilah kita ucapkan tahniah

kepada pasangan ini.

Bayangkan wain ini

macam air mata In Ae yang mengalir sekarang.

Alamak, biar saya ambil gelas yang baru.

- Awak okey? - Saya okey.

Kamu tak apa-apa, Sarah?

Kasihanilah Han Kwang Hoon

sebab dia lebih lemah daripada kamu, Sarah.

Saya rasa macam separuh badan saya sudah terputus.

Kenapa saya?

Kenapa saya kena tengok mak saya yang tak bersalah mati macam itu?

Kenapa saya kena tengok satu-satunya orang

yang saya cintai khianati saya?

Saya tak boleh maafkan.

Saya pasti...

Saya pasti akan membalas dendam terhadap mereka semua nanti.

Dia ada adik lelaki.

Tapi kenapa dia cakap dia anak yatim?

Kasihan betul.

Adik dia pun nampak kasihan.

Masuk baliklah.

Tapi In Ae bertuah sebenarnya.

Sebab ada orang yang sanggup bersedih untuk dia.

- Masuk sajalah. - Saya cemburukan dia.

Lagipun, saya suka bila awak macam ini.

Perasaan cinta yang tak berubah.

Saya rasa itu yang jadi sekarang.

Apa yang perdana menteri cakap dengan kamu?

Beliau cakap saya sama dengan beliau masa muda dulu.

Perdana menteri kita itu pun seorang anak yatim juga.

Beliau memang seorang yang sangat jujur dan amanah.

Saya rasa perdana menteri pun sudah tahu tentang ini.

Beliau jadi perdana menteri atas jasa keluarga Min.

Tapi kenapa dengan sikap Puan Min itu?

Takkan dia cemburu anak kita bertunang sebelum anak dia?

Kupu-kupu Besi itu memang kuat cemburu.

Puan Min boleh pengsan kalau dia dapat tahu

presiden jemput kita ke jamuan makan malam di Rumah Biru.

Biarlah. Kita cakap yang baik-baik saja.

- Minum. - Baik.

Negara dalam keadaan huru-hara.

Mereka tak patut buat majlis pertunangan pada masa sekarang.

Mereka cuma mahu tunjuk kuasa mereka kepada kita.

Mereka cuba merebut kuasa.

Bagus macam itu. Macam dulu-dulu juga.

Apa yang bagus?

Mereka akan tikam kita dari belakang.

Dia memang sengaja nak tunjuk pada kita

yang dialah ketua dalam angkatan tentera.

Chun Tae Woong itu orang kedua yang layak.

Abang tahu kenapa dia hantar menantunya ke Amerika?

Dia sebenarnya mahu kedudukan yang sama dengan dalang politik itu.

Sudahlah itu.

Kenapa abang tak boleh faham politik macam saya?

Abang buat-buat tak tahu atau memang tak tahu?

Sayang.

Abang tahu tak berapa harga hanbok Puan Jin?

Lebih mahal daripada baju isteri presiden.

- Saya akan buat aduan. - Sudahlah itu.

Saya pun tak tahu apa yang anak kita tengah buat.

Orang lain sudah mula latih pengganti.

Kalau dia pengurus dana antarabangsa MK Global,

kamu boleh belajar dari dia.

- Sebab itu saya panggil kamu. - Tak adalah.

Apa yang dia boleh belajar dari saya?

Kamu sudah belajar tentang pengurusan di Amerika.

Saya belajar pun sebab saya dipaksa ambil kursus itu dulu.

Pangkat saya hanya sah atas kertas saja.

- Kwang Cheol! - Suruh dia ajar saya?

Saya ini bodoh. Apa pun tak tahu.

Awak tahu tak?

Adik saya ini

cuma pakai gincu bila dia akan jumpa dengan awak seorang saja.

- Abang. - Tolong jangan buat lagi.

Kita kena hidup dengan jujur macam Han Kwang Cheol ini.

Ya.

Maafkan saya sebab mengganggu.

Saya mahu beri laporan penting kepada pengurus besar.

- Yakah? Kamu boleh keluar. - Baik.

Mari sini.

- Cikgu ada berita baik untuk kamu. - Apa?

Tadi Peguam Kim Moo Hyuk ada telefon.

Ahli keluarga In Ae dibenarkan melawat.

- Bila itu? - Esok!

- Esok? - Ya.

Esok!

Esok!

Aduh, nak cakap apa dengan dia nanti?

Saya sudah naik gila ini.

Han Kwang Hoon sajakah satu-satunya lelaki di Korea ini?

Tanyalah soalan itu.

Apa yang hebat sangat dengan cita-cita dia itu?

Menyampah saya tengok abang kamu itu.

Ini penghormatan yang tertinggi.

Ini menunjukkan presiden sendiri beri

keistimewaan kepada keluarga kita.

Ya.

Kenapa saya resah ini?

Sedangkan sudah pernah jumpa banyak kali.

Kwang Hoon, kamu mesti ingat hari ini selamanya.

Supaya boleh datang lagi

selepas kamu habis belajar di Amerika.

Berusahalah.

Silakan.

Gementarnya.

Awak macam mana?

In Ae.

In Ae.

Hei.

Mesti susah.

Kamu okey tak?

Abang saya memang patut mati saja.

Abang saya itu memang tak guna langsung!

Jangan hilang semangat. Kamu Seo In Ae, bukan?

Jadilah diri sendiri, In Ae!

Kwang Cheol.

Memang saya rasa susah.

Saya sudah tak tahan lagi.

Pergi dan cakap dengan dia untuk saya.

Tolong beritahu abang kamu saya belum lagi putus asa.

Saya tak boleh putus asa.

Kamu kena suruh dia sedar sekarang.

Dia kena sedar tentang ini

dan anggap pertunangan dia dengan anak jeneral itu tak pernah jadi.

Lepas itu, semua akan jadi okey balik.

Kamu tolonglah beritahu dia, Kwang Cheol.

Okey, In Ae.

Tapi

saya rasa mungkin susah sedikit sekarang.

Abang sudah ada dalam dunia yang berbeza dengan kita sekarang.

Saya akan beritahu abang. Saya janji.

Tapi saya rasa abang sudah tak peduli.

Tapi kamu kena beritahu dia juga.

Beritahu dia apa saya cakap tadi.

Ini tak boleh jadi walaupun di dalam mimpi kita.

Macam mana benda ini boleh jadi kepada kita semua?

Tak masuk akal betul, Kwang Cheol.

Ia tak patut jadi macam ini. Mesti ada yang tak kena.

Tolong selamatkan saya, Kwang Cheol.

Tolong selamatkan saya sekarang, Kwang Cheol.

Ini semua tak betul.

Kwang Cheol.

More Malay subtitles for Endless Love

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left