Release info

My Girlfriend Is A Gumiho E01 ms
A Commentary by hyp0
By Mypandasubs (https://mypandasubs.weebly.com/). Next episode can be find in our fb

Tags

other
Published on: 2018-07-19
Downloads: 63
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Terjemahan oleh ALZsub & hyp0; QC oleh hyp0

Dae Woong!

Dae Woong!

Woong!

Dae Woong!

Oh, betul, betul.

Oh, ya.

Oh, apa kau cakap? Aku tak berapa dengar.

Oh, ah.

Dae Woong.

Oh tuhan.

Oh, awak datang?

Awak tak nampak saya ke tadi?

Saya panggil nama awak. Awak tak dengar?

Saya tak nampak awak.

Saya sedang bercakap telefon.

Ah, mungkin sebab itu.

Melainkan kalau awak nak mati, awak tak akan berpura-pura tak nampak atau dengar saya, kan?

Mestilah tak.

Saya nak hidup.

Jom. Saya jumpa sesuatu yang sangat menakjubkan.

Ini teman wanita aku.

Teman wanita aku yang cantik yang membuatkan lelaki lain cemburu.

Mari cepat.

Apa pula kali ini? Ke mana kita nak pergi?

Hari ini adalah hari yang benar-benar istimewa.

Hari apa?

Woong, di restoran ini, mereka baru tangkap seekor lembu.

Hari ini, saya nak makan lembu yang baru ditangkap.

Lembu lagi?

Tak boleh!

Mi Oh, betul saya tak ada duit.

Hari ini tak boleh daging.

Tak boleh?

Kalau begitu, saya akan makan awak.

Sedapnya.

Ini bukan sekadar gurauan.

Dae Woong, saya kena makan lembu, supaya saya tak makan awak!

Teman wanita aku, yang nak makan aku, seorang gumiho.

=Episod 1=-

Saya hebat tak?

Hebat, sangat hebat!

Turunkan aku cepat. Sakit.

Ah, baik! Turunkan dia, Turunkan dia!

Ow!

Hei, aku kena nampak macam dewa aksi!

Wayar tak boleh mengikuti pergerakan aku.

Masa korang pandang, nampak macam aku terbang tak?

Ya.

Sedap tak aiskrim itu? Nak aku belikan ayam sekali?

Ya, sudah tentu.

Tetapi, hanya disebabkan kita meletakkannya di internet,

kau fikir kau boleh menjadi bintang UCC?

Macam mana kalau,

kau buat tarian aksi dan "Star King"! Apa kata kau masuk "Star King"?

Itu untuk orang awam.

Aku akan jadi selebriti tak lama lagi dan ianya tak baik untuk imej aku.

Betul.

Mari kita lakukannya sekali lagi.

Oh, nuna!

Awak di sekolah sekarang? Saya akan ke sana.

Kira sampai seratus.

Aku kena pergi.

Hei.

Nuna.

Dae Woong.

"Moonlight Swordsman".

Jadi, awak akan uji bakat untuk filem ini juga?

Saya dapat ke babak akhir.

Mereka kata dengan bilangan calon, kemungkinannya adalah seperti 150:1.

Tetapi saya rasa persaingan sebenar nampak macam 2 atau 3 orang.

Itu sangat hebat!

Saya amat berbangga dengan awak, Dae Woong.

Awak tak dapat sentuh saya bila saya dah terkenal nanti.

Jadi, buatlah semua yang awak nak selagi boleh.

Di sini. Sentuh muka, dan tampar saya di bahu.

Patutkah, saya peluk awak sekali?

Saya dah jadi takut sampaikan saya tak rasa saya boleh peluk awak.

Saya benar-benar akan menjadi begitu terkenal sampai awak takut.

Tunggu dan lihat. Ianya akan berlaku.

Aku dah selesai buat persediaan untuk sesi uji bakat.

Selepas menganalisa skrip ini, aku boleh nampak keadaan karakter.

Mengisahkan luahan cinta seorang lelaki.

Hatiku panas.

Panas. Aw, panas! Panas!

Bukan ke uji bakat kau dalam masa 4 hari?

- Tak apa ke rambut kau kerinting? - Ah, tak terfikir pula.

Lebih baik aku betulkan segera dengan peneutral.

Dae Woong.

Tapi, betul ke kerintingkan rambut di sini percuma sebab ini bangunan datuk awak?

Pada asasnya ianya sebahagian daripada sewa.

Awak boleh makan dan membeli-belah dalam bangunan ini kalau awak guna nama Dae Woong.

Kalau begitu saya kena berkawan rapat dengan awak.

3 orang.

Oh! Oh!

Datuk!

Kamu tak guna.

Datuk dengar kamu datang untuk dapatkan gaya rambut percuma lagi.

Dan kamu bawa rakan-rakan kamu sekali.

Datuk, apa maksud datuk percuma?

Saya akan bayar. Saya ada duit.

Duit?

Duit itu bukan duit yuran yang datuk beri pada kamu, kan?

Yuran?

Universiti kamu telefon datuk nak cakap yang datuk belum bayar yuran.

Apa yang kamu buat dengan duit yang datuk bagi pada kamu?

Ah, saya masukkannya dalam bank dan terus lupa.

Sebaik saja rambut saya siap, saya akan terus bayar.

Kamu nak lari ke mana?

Datuk dengar kamu beli motosikal dengan duit itu.

Makcik kamu dah beritahu semuanya.

Mana kamu sembunyikan motosikal itu?

Baik, baik, saya akan bagi motosikal itu. Saya akan bagi.

Mari kita pergi.

Sekejap, sekejap, datuk. Saya kena neutral kan rambut.

Rambut saya. Kalau biar macam ini, akan kerinting.

Kerinting? Lupakan keriting? Aku akan cukur semuanya, budak tak guna.

Baik. Saya faham, jadi lepaskan saya. Siapa kata saya tak pergi?

Bagi saya neutral kan rambut saya dulu.

Serius, kalau betul-betul kerinting, datuk nak bertanggungjawab?

Ya, datuk, bagilah dia neutral kan rambut dia.

Kalau lambat, akan kerinting.

Pergilah pakai peneutral atau baja atau apa sajalah, budak tak guna.

Baik.

Cha Dae Woong!

Macam mana dengan rambut aku?

Aku kena cari salon.

=5572, 5572! Sila berhenti.=

=5572! 5572, sila berhenti ke tepi jalan!=

Tolong saman saya dengan cepat.

Saya kena uruskan rambut saya sebelum saya boleh memakai topi keledar.

- Awak kena ikut saya ke balai. - Apa?

- Motosikal ini telah dilaporkan hilang. - Apa?

Saya baru beli ini seminggu...

Saya tak akan cuba larikan diri. Bagilah saya pergi ke salon.

Atau belikan saya peneutral.

Masa dah banyak terbazir!

Saya nak jadi bintang filem. Saya ada uji bakat penting.

Kalau rambut saya kerinting, saya akan saman kerajaan atas kerosakan ini.

Dae Woong.

Makcik!

Jom keluar. Datuk kamu tengah tunggu kamu.

Datuk?

Pertama sekali, pergi betulkan rambut kamu.

Ayah dah melampau kali ini.

Sampai hati awak masukkan satu-satunya cucu ayah ditangkap sebab mencuri motosikal.

Macam mana pun, ayah lepaskan dia tadi sebab dia cucu ayah.

Ayah dah cuba cakap dengan dia, tapi dia sibuk nak masik fakulti lakonan, jadi ayah hantar lah.

Tapi, apa? Dia belanjakan duit yuran dia untuk motosikal?

Ayah yang rasa bersalah pada dia sebab jadi anak yatim pada usia muda, jadi ayah manjakan dia.

Kamu...

Tunggu dan lihat.

Kali ini, ayah dah tetapkan pendirian,

dan akan jadikan cucu ayah seorang manusia.

Datuk, saya minta maaf...

Saya minta maaf.

Semuanya telah disediakan.

Mari pergi.

Apa?

Akademi Spartan?

- Kenapa saya kena pergi sana. - Kena kurung dan belajar.

Selepas itu masuk semula ke kolej.

Datuk! Tak boleh.

Saya ada uji bakat dalam beberapa hari lagi!

Anggap ini macam kemasukan tentera dan belajar.

Kembali ke Seoul secepat mungkin.

Kamu tak ada pilihan.

Saya tak nak pergi.

Makcik, hentikan kereta. Saya tak nak pergi.

- Tekan minyak. - Makcik, jangan tekan minyak!

Cha Dae Woong!

Kamu akan dikurung sampai kamu jadi manusia!

Mari ke sini.

Sekarang, ini adalah lukisan satu gumiho,

yang berusaha keras untuk menjadi manusia sejak beratus tahun dulu, sedang terperangkap.

Dan Nenek Tiga Dewa di sebelahnya...

Dia ada banyak kebaikan.

Macam yang awak tahu, dia pasangkan ramai lelaki dan wanita, dan menghantar bayi kepada kita!

Itulah Nenek Tiga Dewa yang sangat terkenal.

Dan gumiho ialah musang jadian yang mengikuti serta taat kepada Nenek Tiga Dewa.

Awak kata dia gumiho tapi dia tak ada ekor!

Asalnya, dia ada kesemua sembilan ekor.

Tapi dia sangat cantik!

Itulah masalahnya.

Gumiho itu turun ke dunia manusia dan nak hidup sebagai manusia.

Tapi kecantikan yang tiada tandingannya menjadi satu masalah.

- Agassi! - Agassi!

Kakitangan awam yang perlu belajar berhenti menulis.

Cik, sila beritahu saya nama awak.

Dan petani yang diperlukan untuk ladang menghentikan penanaman mereka.

Dan pedagang-pedagang yang diperlukan untuk menjual berhenti bekerja.

Mereka semua terpukau oleh gumiho dan tak boleh melakukan apa-apa.

Wanita tidak tahan melihat lelaki-lelaki jadi begitu dan berjumpa Nenek Tiga Dewa.

Nenek Tiga Dewa dalam dilema

dan dia fikir kalau dia jumpa suami untuk gumiho itu,

masalah ini dapat diselesaikan.

Jadi dia dah jumpa seorang lelaki untuk menjadi suami gumiho ini.

Tapi wanita-wanita tak nak melepaskan suami atau anak-anak mereka untuk menjadi suami kepada gumiho itu

Maafkan saya! Saya dengar gumiho ini makan hati lelaki!

dan menyebarkan khabar angin yang pelik tentang gumiho itu.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left