The first 200 lines.
Menyelam ialah aktiviti paling mengasyikkan boleh dirasai.
Saya sedih apabila tak menyelam.
Rasanya seperti telah melihat syurga,
kemudian terpaksa kembali ke dunia.
Pemandangannya indah.
Okey.
-Kapten, ini Jennifer. -Jennifer.
Bagaimana keadaan di sana?
Okey.
Ia memang hebat.
Bayangkan, tiada berat.
Bayangkan, semua ini di dalam air.
Kamu boleh tarik nafas dan kamu terapung-apung.
Kamu berenang-renang di atas kawan-kawan kamu.
Ia memang indah.
Kapten, ada soalan.
Saya terpukau dengan unsur air.
Kehidupan di darat memerlukan kita melawan graviti.
Namun, apabila kita menyelam memakai akualung,
kita terus berubah menjadi malaikat.
Bergerak secara harmoni dengan entiti tunggal
tempat terciptanya segala jenis hidupan.
Ia satu kebebasan.
Awak kata awak telah melihat perubahan.
Bilakah kali pertama awak sedar yang
planet kita sedang berubah?
Waktu saya dan kawan-kawan mula menyelam,
tujuannya untuk memenuhi minat kami meneroka.
Mereka menyelam!
Sediakan pelampung! Falco dan Piel, siap sedia!
Saya rasa bertanggungjawab untuk tunjukkan isi kandungan laut,
keindahannya…
supaya orang boleh mengenali dan menyukai laut.
Kemudian, kami mula nampak benda yang kami kagumi
sudah mula terjejas.
Kami perlu lakukan sesuatu.
Kami perlu berjuang.
Kita hanya boleh lindungi apa yang kita sayang.
Selamat petang.
Saya pasti anda cam muka di skrin belakang saya.
Itu Kapten Jacques-Yves Cousteau.
PENGEMBARAAN
Sejak 25 tahun yang lalu, buku…
PASUKAN COUSTEAU
…filem dan siri TV Kapten Cousteau
yang berkongsi penemuan terhebat zaman ini,
telah sampai kepada jutaan orang serata dunia,
iaitu dunia bawah laut yang penuh misteri dan indah.
Hadirin sekalian, mempersilakan Kapten Jacques-Yves Cousteau.
Pertama sekali, saya ingin bertanya,
bagaimana awak boleh mula meminati laut?
Waktu saya kecil,
saya kagum dengan unsur bendalir
yang mampu menampung kapal yang berat.
Saya tak memahami konsepnya.
Awak boleh tahu semua itu di muzium,
dan dengan menjelajah permukaan. Apa awak dapat dengan menyelam?
Awak tak pernah rasa perbezaan antara membaca buku
- dan melakukannya sendiri? - Betul juga.
Berasmara betul-betul tak sama dengan membacanya.
KARYA JACQUES COUSTEAU
"Setiap penjelajah yang saya temui didorong oleh sifat ingin tahu.
"Sifat ingin tahu sepenuh jiwa yang tidak pernah puas.
"Kita mesti pergi dan lihat sendiri."
BERSAMA IBU DAN ABANG
Sejak saya kecil,
saya sangat berkeinginan untuk menjelajah dan pergi jauh.
Jadi, pada usia 20 tahun, saya menyertai Akademi Tentera Laut.
Saya memilih pengkhususan sebagai juruterbang pesawat.
Waktu di sekolah juruterbang, saya memandu pada suatu malam.
Saya terlibat dalam kemalangan yang teruk.
Tangan kanan saya lumpuh. Ada 12 tulang yang patah.
Keadaan saya teruk.
"Saya sendirian pada malam hari, berlumuran darah, di jalan desa,
"dan tiada sesiapa datang.
"Ketika itu jam dua pagi.
"Saya kehilangan darah.
"Saya pandang langit dan bintang. Saya ingat saya akan mati.
"Namun, yang peliknya, ia menjadi
"peluang indah buat saya."
KAPTEN
SUARA THOMAS TAILLIEZ
Cousteau disuruh berjumpa datuk saya, Philippe Tailliez.
Dia antara penyelam bebas terawal dalam Tentera Laut…
…dan Frederic Dumas...
…yang bukan anggota tentera laut, tapi pelembing ikan terkenal.
Tailliez dan Dumas rasa mereka dapat bantu Cousteau
pulih dengan berenang.
TOULON, PERANCIS 1936
Kami bertiga mula melembing ikan.
Aktiviti selam snorkel telah pun dipopularkan
oleh warga Amerika, Guy Gilpatric, beberapa tahun sebelumnya.
Perkara menarik bagi saya waktu itu,
seorang manusia boleh menyelam
dan bawa balik ikan.
Umpama seorang dewa dalam mitos.
Marilah. Dah tiba masa untuk menyelam.
Sebaik saja kepala saya di dalam air, saya terkejut.
Kami menemui segala keajaiban yang tak terjangkau dek akal.
Kami berada di lembah baru.
Lembah yang luas dan belum pernah diterokai!
SUARA KAPTEN PHILIPPE TAILLIEZ
Bukan mudah untuk manusia menerokai bawah laut.
Kami di dunia baru, dengan benda baru…
Dunia mimpi.
SUARA FREDERIC DUMAS
Itulah pengembaraan paling luar biasa dalam hidup kami.
Pengembaraan kami dengan Cousteau.
Bersama-sama haiwan laut yang kini menjadi sahabat kami,
namun, kami membunuhnya.
Setibanya saya di permukaan,
saya sedar, seluruh masa lapang saya adalah untuk
penjelajahan bawah laut.
Apabila datuk saya dan Cousteau mula menyelam bebas,
laut seperti milik mereka,
kerana tiada orang lain yang melakukannya pada masa itu.
Semua nelayan cemburu dengan tiga lelaki itu
yang menyelam dan kembali membawa ikan terbesar.
Ia bermula dengan Philippe Tailliez dan Frederic Dumas.
Bertahun-tahun kami bertiga melakukannya.
Pertemuan menakjubkan berlaku di mana-mana.
Mereka agak terkenal di French Riviera.
Akhbar tempatan menggelar mereka "Tiga Panglima Penyelam".
Simone, awak jumpa Jacques pada usia berapa?
17 tahun.
DIA SUNGGUH CANTIK
Bagaimana ia berlaku? Adakah ia cinta pandang pertama?
Memang pun!
Dia ada bau laut.
Apa yang menarik tentang anggota tentera laut itu?
Tiada apa-apa pun. Dia sangat hodoh.
Namun, dia baru sembuh daripada jaundis.
Apa-apa pun, saya memang mahukan tentera laut.
Itu penting? Dia mesti tentera laut?
-Ya. -Saya hanya gembira di laut.
SUARA PENULIS BIOGRAFI SIMONE COUSTEAU
Simone inginkan kehidupan sebagai kelasi di laut.
Dua orang datuknya ialah laksamana
dan semua ahli keluarganya kelasi.
Dia kata, "Di dalam badan saya mengalir air laut, bukannya darah."
12 JULAI 1937
Waktu dia mengahwini Cousteau, dia buat perjanjian.
"Saya beri awak dua anak, Jean-Michel dan Philippe,
"awak pula perlu beri saya laut."
Simone mula mengikuti kami dalam semua ekspedisi saya.
Selepas dua tahun, kami sangat mahir menyelam.
Namun, kami ada keinginan untuk menyelam lebih dalam dan jauh.
Dari dulu begitu. Ada keperluan.
Untuk menyelam lebih dalam, menyelam lebih lama,
saya perlu jadi pereka cipta.
Jika kita lihat semula asal-usul peradaban,
terdapat bukti bahawa menyelam sentiasa bermain di fikiran manusia
sejak awal peradaban lagi.
Manusia membayangkan ada harta karun… iaitu kebenaran, di dasar laut.
Kita tahu Leonardo da Vinci banyak buat lakaran luar biasa.
Dia membayangkan kubah dengan tutup kepala dan paip yang disambungkan ke permukaan.
Ia cuma sains fiksyen ketika itu.
Sejak itu, ada banyak penambahbaikan.
Ada penyelam "kaki berat",
yang guna tapak plumbum untuk berjalan di dasar laut.
Namun, saya tak nak paip. Saya nak bebas.
Melalui bapa mertua saya, saya bertemu Emile Gagnan, seorang jurutera,
yang membangunkan pengatur untuk menggerakkan motokar.
Jadi, saya pinjam satu, dan pasang pada botol udara.
Di Marne, saya mula mengujinya.
UJIAN PENGATUR
"Saya tarik nafas biasa secara perlahan,
"tundukkan kepala saya dan berenang dengan lancar 30 kaki ke bawah.
"Saya tak rasa peningkatan tekanan air."
J. Y. COUSTEAU ET AL UNIT MENYELAM
"Ia alat baru yang berpotensi,
"hasil impian dan usaha bertahun-tahun,
menyelam dapat direvolusikan."
AKUALUNG
Di Mediterranean, tiga anggota tentera laut,
di bawah Leftenan Jacques Cousteau,
baru saja membina alat menyelam luar biasa
yang membolehkan mereka menyelam
lebih 60 meter tanpa sut menyelam.
"Bertahun-tahun kami menyelam guna gogal.
"Kunci baru ke dunia tersembunyi menjanjikan keajaiban.
"Malangnya, utopia kami bakal lenyap."
Dalam tempoh empat minggu,
pertahanan Perancis musnah.
Adolf Hitler telah menawan Paris.
Selepas Perancis menyerah kalah, saya dan isteri tak tidur lena.
Saya sentiasa bawa pistol.
Saya meninjau dulu sebelum keluar.
Namun, kami masih ada laut ketika itu.
Bagi datuk saya dan Cousteau,
menyelam buat mereka lupa tentang perang.
Di atas laut, semuanya tak masuk akal.
"Pada satu malam, saya memikirkan masa silam dan masa depan saya.
"Saya tekad untuk ada kerjaya.
"Waktu perang itu, saya sedar sut menyelam berautonomi
"boleh bawa keuntungan.
"Ada ratusan kerja untuk penyelam mencari kapal tenggelam,
"dan kapal yang ditembak torpedo.
"Apabila perang tamat, saya beritahu pegawai Kementerian Tentera Laut
"mengenai sistem baru yang kami telah bangunkan."
No comments yet. Be the first to leave one.