The first 200 lines.
(Adakah Hujan Berbeza dengan Hotel daripada Motel?)
Cik Kim.
Cik Kim, awak di sana?
Cik Kim.
Ini saya.
Saya tahu awak akan berada di sini.
Sesuatu nampaknya tak betul.
Saya hantar awak ke hotel, jadi apa yang awak buat di sini?
Itu, saya...
Apa itu? Awak tiada duit?
Saya fikir awak jual rumah awak.
Itu...
Saya ada beberapa kerja.
Pameran ini hampir tiba,
dan saya perlu menyemak semula usul cadangannya.
Dan persatuan bantuan. Saya perlu sediakan banyak perkara...
jika saya mahu mewujudkannya.
Awak boleh buat kerja itu di hotel.
- Apa? - Awak akan bayar...
untuk bil air dan elektrik jika awak bekerja di sini?
Bil elektrik?
Galeri ini mungkin atas nama awak,
tapi utiliti akan dimasukkan dalam perbelanjaan operasi.
Kenapa galeri mesti bertanggungjawab...
untuk kecuaian awak?
Awak membazirkan duit galeri untuk diri sendiri.
Saya membazirkannya pada diri sendiri?
Ini adalah perkara peribadi, bukan hal galeri.
Kemas barang awak dan keluar.
- Saya akan hantar awak ke hotel. - Tak, terima kasih.
Saya memang perlu selesaikannya malam ini.
Hanya mereka yang bodoh akan berjaga sepanjang malam,
dan mereka yang tak rajin merungut bekerja hingga larut malam.
Sebagai pengarah, awak harus beri contoh...
bukannya bekerja lebih masa.
Apakah ini?
Dia juga tak menyalakan lampu?
Dia ini memang tak ada rasa takut.
Encik Jin, tolong.
Adakah ini saja?
Awak tahu...
Jangan beritahu saya...
awak nak tinggal di sini...
kerana awak tiada duit.
Awak salah.
Saya ada duit.
Cepat. Mari pergi.
Bagaimana awak tahu saya akan berada di sana?
Di mana lagi awak boleh berada?
Awak nampaknya tiada kawan minum...
atau saudara-mara yang selalu berkunjung.
Berikan saya nombor awak.
Nombor saya?
Saya terlalu berlembut sangat.
Bagaimana mungkin pemiutang tak tahu nombor telefon penghutang?
Cepatlah.
Tekan butang "dail".
Jangan padamkan nombor saya dan pastikan awak menyimpannya.
Dan jawab tepat pada masanya.
- Jangan salah faham... - Awak takut saya melarikan diri.
Seperti yang awak cakap, saya tiada kawan...
juga saudara-mara yang akan ambil saya.
Jadi ke mana saya akan pergi?
Jangan risau tentang perkara itu.
Semasa ayah saya masih hidup, hidup saya penuh...
dengan bersama kawan-kawan dan keluarga.
Tapi sekarang, saya sendirian.
Hidup ini kejam seperti itu.
Orang hanya menjaga hubungan yang dapat mereka manfaatkan.
Dalam kes awak, mereka boleh kehilangan duit mereka.
Sudah tentu, mereka akan pergi.
Jangan ambil hati.
Jadi malam ini,
tidur saja di bilik hotel yang mahal...
dan kosongkan fikiran awak.
Lagipun, awak sangat berhutang.
Satu malam di hotel bukanlah masalah besar.
Oh Tuhan, sayalah pemiutang terbaik di luar sana.
Saya tengok awak mabuk, membayar minuman awak,
hantar awak ke hotel yang mahal supaya awak dapat berehat,
dan akhir sekali, belikan awak minuman pengar.
Di sini.
Rupa-rupanya, itu pokok Kismis Oriental yang dibru.
Itu yang paling mahal,
jadi lebih baik awak meminumnya sehingga titisan terakhir.
Awak boleh pergi sekarang.
Saya perlu lihat awak masuk ke dalam.
Bagaimana jika awak menyelinap keluar lagi?
- Selamat tinggal. - Baik. Bagus...
Dia patut biar saya bayar.
Pekerja sepatutnya dapat gaji mereka esok.
Apa yang harus saya beritahu mereka?
Bayaran balik?
Ya, tolong.
Maafkan saya.
Saya ingin bermalam di sini.
Harganya 90 dolar.
Pergi ke Bilik 205.
Sayang, bilik kita yang mana satu?
Apa? Bilik 203.
Awak sedang tidur?
Tak, belum lagi.
Helo?
Jika awak masih bangun, lihat ke luar tingkap.
Tingkap?
Hujan sekarang. Awak tak tahu, bukan?
Nikmati pemandangan pada malam hujan sebelum awak tidur.
Awak bayar mahal untuk bilik itu. Awak mesti menikmatinya sikit.
Awak sedang tengok?
Ya.
Bukankah pemandangannya menakjubkan?
Hotel ini terkenal dengan pemandangan pada waktu malam.
Tunggu.
Itu tak bermaksud saya pernah tidur di hotel itu sebelumnya.
Saya mengadakan pesta pada akhir tahun...
dengan pemilik cawangan restoran di hotel.
Itu sebabnya saya tahu.
Saya ada rumah saya sendiri. Kenapa saya tidur di hotel?
Bilik hotel memerlukan banyak duit.
Tapi tentu saja, orang boleh tidur di hotel...
ketika mereka tiada tempat untuk pergi selepas pindah.
Saya hanya mahu cakap...
selamat malam.
Jangan biarkan masalah mengatasi awak.
Awak juga. Selamat malam, Encik Jin.
Baik.
Saya letak dulu.
Awak bodoh.
Tak. Bukan itu. Awak tak boleh ambil duit itu.
- Tak. Tolong! - Pergi jauh dari saya!
Berhenti.
Tak guna.
Tolong. Awak tak boleh ambil duit itu.
Galeri Cheongsong disaman?
Ya.
Saya rasa mereka tak dapat buat pembayaran tepat pada waktunya.
Dari apa yang saya dengar, ada samseng atau lintah darat...
telah datang ke galeri.
Sejak kebelakangan ini saya banyak dengar tentang galeri itu. Betul?
Oh Tuhan. Siapa tahu Galeri Cheongsong...
akan jatuh seperti ini?
Kenapa awak tak beritahu saya lebih awal?
Tak guna. Tepi!
Apakah itu? Kenapa dengannya?
Saya baru tahu, kawan!
Tak guna.
- Helo? - Adakah ini Detektif Joo Won Tak?
- Ya. - Jadi awak kenal Cik Kim Da Li?
Siapa?
Jadi ia adalah pekerja sambilan di kaunter.
Dan awak masih ingat wajahnya?
Da Li. Apa...
Saya penjaganya.
Saya dengar apa yang berlaku. Jadi pekerja motel buat begini.
Dia hanya bekerja di sana...
selama beberapa hari sebagai pekerja sambilan.
Oh Tuhan.
- Nasib baik, dia ingat wajahnya. - Awak baik-baik saja?
Dan kami sedang periksa tempat kejadian sekarang.
Saya rasa kita akan menangkapnya tak lama lagi.
Tapi dia harus menganggap dirinya bertuah.
Dia boleh pulang dan pulih di rumah.
- Jadi buat kenyataan. - Bagaimana dia bernasib baik?
Tubuhnya penuh lebam!
Tak. Biar saya uruskan.
Awak akan buat tugas awak...
apabila orang cedera parah atau mati?
- Maksud saya... - Awak sukar dipercayai.
Bukankah awak patut serbu motel haram ini?
Awak buat kerja semasa membuat rondaan?
Bagaimana rompakan boleh berlaku sepanjang masa?
Awak akan serbu perniagaan ini?
Selain itu, ia berlaku beberapa jam yang lalu!
Kenapa awak belum selesai dengan pemeriksaan?
Lepaskan saya.
- Awak tak apa-apa? Saya minta maaf. - Kenapa awak marah pada kami?
- Sukar dipercayai. - Sakitnya.
Dia cedera!
Awak mesti sibuk. Saya minta maaf menyusahkan awak.
Saya cuma boleh keluar selepas bayar bil saya.
Tapi dia ambil beg saya.
Jadi awak hubungi saya kerana bil hospital?
Jika tak, awak takkan hubungi saya?
Apa?
Encik Kim dan awak...
Awak berdua ubah saya jadi orang yang tak tahu berterima kasih.
Hei.
Saya tiada tempat untuk pergi.
Awak dan ayah awak orang pertama yang bawa saya masuk.
Satu-satunya perkara yang saya tahu adalah bagaimana untuk melawan.
Dan kalian tunggu saya buat sesuatu dari diri saya.
Awak tahu tak?
Apabila saya marah, gembira, atau putus asa,
saya tak pernah menyangka saya bersendirian.
Awak dan ayah awaklah orang pertama yang saya fikirkan.
Tapi kenapa awak tak buat perkara yang sama?
Kenapa tak?
Oh Tuhan.
Tergamak awak tak beritahu saya bila terpaksa pergi ke motel...
kerana awak tiada tempat untuk pergi?
No comments yet. Be the first to leave one.