Ride or Die

Ride or Die

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Ride or Die S01E08 The Song of Deborah 1080p WEBRip 10Bit DDP5 1 x265-NeoNoir
A Commentary by chargephoton88

Tags

webdl
Published on: 2026-08-21
Downloads: 2
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sebelum ini dalam Ride or Die…

Apa rancangannya?

Saya akan bunuh Ana.

Tok.

Hidupkan kereta! Mereka akan keluar ikut pintu belakang!

Kemudian saya akan bayar balik wang itu dan pergi jauh daripada Debbie.

Bolehkah awak jelaskan permintaan awak tentang firma guaman di New York

Saya padamkan e-mel asal yang menawarkan kerja itu.

Debbie!

Saya tahu sebuah tempat di Kemboja.

Maksudnya "jauh dan sukar dilihat."

Ikut saya.

Hentikan kereta!

Baiklah, tembak. Tembaklah, Sam!

Dia lari!

Adakah ikatan emosi satu isu?

Bersama dia?

Sudah tentu tidak.

Siapa dia?

Dia seorang pembunuh upahan.

Lebih 12 Ahli Parlimen setakat ini telah dipanggil untuk disoal siasat

atas tuduhan konspirasi rasuah,

menerima rasuah dalam percubaan untuk sekat Rang Undang-undang Pengangkutan UK,

atas tuntutan Ergon Kreshnik, ketua sindiket jenayah Albania,

yang terbunuh di Switzerland awal minggu ini.

Perdana Menteri telah memuji penguatkuasaan undang-undang

dan menggelarkan situasi itu "Satu kesan buruk pada politik British."

Pegang kamera!

- Itu dia! - Wartawan makin ramai.

Patutkah saya tutup muka? Itu yang orang selalu buat?

- David. - Atau itu kelihatan lebih bersalah?

- Saya kena senyum? Nampak gila pula. - Itu dia! Ayuh! Hei!

Debbie, saya tak boleh buat tanpa awak. Saya perlukan awak.

Beginilah, David.

Pergi matilah.

David!

Bertabahlah.

Jangan buat kacau.

Debbie!

Pn. Claybourne…

Kalau awak tekan butang ini, awak boleh dengar semuanya.

Saya tak perlu dengar, saya tahu apa yang dia cakap.

Berita baik.

Awak dilepaskan daripada semua tuduhan.

Awak tak tahu perbuatan David, jadi…

Pasport itu?

Ia hilang dari fail bukti.

Awak bebas.

Kami tak rasa geng Albania akan menjadi ancaman kepada awak,

tapi kami boleh sediakan pengawal di rumah awak untuk lindungi awak.

Saya dah muak dengan orang yang sentiasa lindungi saya.

Debbie?

Apa yang awak cakap tentang kawan awak di Geneva…

Dia bukan kawan saya.

Itu saja saya nak cakap.

Saraf optik normal.

Jahitan itu bagus. Siapa buat?

Lelaki di Monaco.

Dia dah mati.

Masukkan saya semula. Saya perlu cari Redback.

Baiklah. Saya boleh benarkan awak kembali bekerja dalam masa…

tiga minggu.

Dua minggu.

Awak boleh pergi. Kesihatan disahkan baik.

Awak boleh pergi, Whiptail.

MENGELUARKAN SUBJEK

LENGKAP

PANGGILAN DITOLAK SAM

Q, selamat hari jadi.

Q, selamat…

"Queenie yang disayangi.

Ibu tulis surat ini setiap tahun dan ibu harap kamu tak pernah baca.

Kehidupan setiap anak ditentukan oleh pilihan ibu bapa

dan ibu tak buat pilihan yang bagus.

Tapi ketahuilah ibu menyayangimu lebih daripada apa pun di seluruh dunia.

Ada wang yang mencukupi

dan banyak nama berbeza di sini untuk kamu bermula semula.

Pergi jauh dari sini.

Ibu berhutang pada kamu untuk kehidupan yang lebih baik…

SIJIL KELAHIRAN

…dan ibu berhutang perkara sebenar kepada kamu.

Semua jawapan ada di sini.

Ibu sayang kamu.

Ibu."

Aduhai.

Okey.

Hai. Maaf. Kami sebenarnya tutup.

Cantiknya tempat awak.

- Saya baru kata kami tutup. - Tukang kasut, bukan?

Awak baiki kasut.

Maaf, bahasa Inggeris saya… Maafkan saya.

Tapi "tukang kasut",

ia perkataan sama untuk seseorang yang buat pasport palsu, bukan?

Apa awak nak?

Interpol.

Saya mahu jawapan.

Apa awak buat di Geneva?

Geneva?

Saya tak pernah ke Geneva, tapi teringinlah nak pergi.

Ya, awak pernah ke sana.

Kami jejaki awak sampai ke sini.

Ke kedai ini yang hasilkan dokumen haram.

Saya berani bertaruh yang awak hasilkan ini.

Saya tak tahu apa yang awak cakapkan.

Sama ada saya boleh baiki kasut hodoh itu

atau awak boleh berambus dari kedai saya.

Kalau nak beritahu saya apa-apa…

ini nombor saya.

Sebenarnya, saya suka kasut saya.

Kualiti Perancis.

Macallan '35,

seketul kiub ais.

Salah, tapi itu cita rasa awak.

Saya beli wiski itu pada tahun saya merekrut awak.

Salah satu harta saya yang paling berharga.

Beri fail itu.

Ini semua yang saya ada tentang Redback.

Ini kali pertama saya buka tugasan untuk ejen sendiri.

Awak akan tamatkan ini.

Lengkapkan ini, kemudian kembali kepada saya.

Kita akan jadi satu pasukan semula.

Saya dah tak nak tinggal di London, samaran saya dah diketahui.

Saya perlu berpindah.

Judith Burton dah mati.

Debbie Claybourne?

Dah berakhir.

David!

Buka pintu!

David!

Maaf. Saya nak beri awak kejutan.

Apa?

- Debbie, helo! - Kelab Buku? Awak jemput Kelab Buku?

- Awak suka. - Kami tak nak ganggu awak.

- Ingatkan Kelab Buku. - Untuk buat awak gembira.

- Dah berhari-hari awak tak bangun. - Kerana awak masih di sini.

- Saya tak dibenarkan pergi. - Awak sepatutnya

cari tempat tinggal lain yang bukan rumah saya.

- "Rumah kita". Saya fikir… - Apa?

Terperangkap dengan awak akan buat saya nak kembali semula?

Masak satu hidangan akan tebus apa yang awak dah buat?

Kita boleh pergi tempat lain.

- Saya tak nak buka pintu. - Mereka di sini untuk awak.

Awak tak perlu melalui perkara ini sendirian.

Awak fikir mereka boleh bantu?

- Trifel. - Ini masa yang tak sesuai, Debbie?

- Kita boleh pergi. - Tak perlu masak trifel.

Sesiapa ada sebarang idea pembukaan?

Saya tak suka Kelab Buku.

Rasanya tak pernah suka pun.

Saya tak baca buku pun.

Saya rasa pilihan buku awak teruk.

Abangnya yang buat?

Ya.

Wiski, Debbie?

Awak tak minum wiski.

Awak tak tahu apa-apa tentang saya.

Saya pernah hisap kokaina.

Di mana dia?

Awak tak boleh masuk, dia tak nak jumpa awak!

- Keluar. - Debbie.

Saya tak nak dengar.

Keluar…

- sekarang. - Baiklah.

- Awak takkan jumpa saya lagi. - Bagus.

- Awak perlu dengar sesuatu. - "Perlu"?

"Perlu". Tak perlu pun.

Saya tak perlu buat satu perkara pun yang saya tak mahu.

Saya tak perlu layan suami saya yang tak pandai buat kerja

atau apa yang dia masak di dapur!

Saya tak perlu berpura-pura yang saya baca buku bodoh itu

dan saya tak perlu dengar permohonan maaf awak.

- Keluar. - Tidak.

Baiklah! Saya akan keluar.

Debbie.

Debbie.

Aduhai.

Debbie, tunggu! Debbie.

Tolonglah. Debbie, tunggu!

- Berambuslah, David. - Berambuslah, David.

Kalau awak nak benci saya, saya kena cakap sesuatu kepada awak…

Ada lagi? Ada lagi pendapat tentang saya yang perlu saya dengar?

Ada lagi adjektif saya wanita pertengahan umur yang membosankan?

Saya tipu! Saya terpaksa cakap macam itu untuk lindungi awak.

Padam tawaran kerja saya pun untuk lindungi saya?

Okey. Ya, itu untuk lindungi saya.

Saya baru saja lakukan perkara yang paling dahsyat

dan saya tak sanggup fikir yang awak akan tinggalkan saya.

Ya, saya yang padam. Percayalah, saya akan menyesal seumur hidup saya.

Satu kerja itu. Sekali saja.

Saya dapatkan banyak tawaran kerja lain untuk awak.

- Yang lebih baik. - Itu awak yang buat?

Ya, sayalah!

- Awak tak ambil pun! - Sebab saya tak layak

untuk mana-mana jawatan itu dan masanya semuanya salah.

Kerjaya David semakin meningkat naik, anak-anak telah berpindah ke New York.

Nampak? Inilah yang awak buat!

Awak cari alasan. Itulah sebabnya saya datang ke sini.

Kerana saya takkan jadi alasan awak yang seterusnya.

Saya tak mahu kebencian awak ini bebankan awak.

Judith! Tak nampakkah yang awak dah rampas impian saya?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left