Loki

Loki

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Loki-S01E05 Journey Into Mystery 720p DSNP WEB-DL DDP5 1 Atmos H 264
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
720p
720
Published on: 2021-07-07
Downloads: 86
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Awak tak boleh percayakan dia.

Saya boleh uruskan dia.

TVA sudah mencantas ramai varian ini

dan setiap varian amat berbeza.

Kamu semua varian!

Penjaga Masa tak cipta awak. Mereka culik awak dari Garis Masa.

SEDUTAN EPISOD LEPAS

Kamu berdua dah cetuskan peristiwa neksus. Apa pun kaitannya,

ia boleh musnahkan tempat ini.

Baiklah. Awak ingin mengetahui kebenaran?

Saya cuba melindungi awak.

Persahabatan antara kita amat luar biasa.

Awak tahu ke mana saya akan pergi kalau boleh pilih?

Saya nak pulang ke tempat asal saya.

Di mana saja kehidupan saya sebelum saya sertai TVA.

Cantas dia daripada cabang garis masa.

Penjaga Masa dah rampas kehidupan awak.

Awak varian. Kita sama saja.

Semua ini cuma android.

Jadi, siapa yang mengasaskan TVA?

Sylvie, saya perlu beritahu awak sesuatu.

Awak akan beritahu saya segala-galanya.

PENGUAT KUASA VARIAN MASA SETIAP MASA, SEPANJANG MASA

Tempat apa ini? Kita di mana? Siapa awak?

Sini merupakan Ruang Kosong. Itu Alioth. Kita bakal jadi makanan dia. Lari!

Berikan TemPad awak!

Siapa dalang sebenar di sebalik TVA?

Saya juga tak tahu seperti awak...

Kasihannya awak, Renslayer.

Nampaknya realiti awak dah musnah.

Beritahu saya, apa perasaan awak apabila perkara sama menimpa awak?

Inilah tempatnya, bukan?

Awak bawa saya ke tempat ini selepas rampas hidup saya.

Tempat yang sesuai untuk saya bunuh awak.

Bagaimana kalau saya cakap Loki belum mati?

-Buat masa sekarang. -Saya rasa awak menipu.

Mungkin, atau mungkin kita berdua mahukan perkara yang sama.

Kenapa dia masih hidup?

Kenapa pula menyelamatkan dia

boleh bantu kita cari dalang sebenar di sebalik TVA?

Susah saya nak cakap.

-Saya cuma rasa awak patut tahu. -Kenapa?

Sebab saya nak tahu siapa yang mengasaskan TVA.

Saya nak tahu, siapa yang menipu saya.

Apabila kami cantas satu cabang realiti, mustahil untuk hapuskan kesemuanya sekali,

jadi kami alihkan mereka ke garis masa yang takkan berubah atau bercambah.

Cabang garis masa bukan ditetapkan semula, ia dipindahkan,

ke Ruang Kosong pada Penghujung Masa,

tempat setiap kewujudan akan bertembung

di ruang yang sama dan takkan berkembang.

Kenapa?

Saya tak tahu.

Dogma Penjaga Masa menyatakan, Penghujung Masa masih sedang dibentuk.

Penjaga Masa akan mengubahnya menjadi utopia.

Bagusnya. Macamlah saya akan percaya.

Tak kira apa sebab sebenarnya,

tiada apa-apa pernah keluar dari sana.

Saya boleh tolong awak, kalau awak percayakan saya.

Boleh kita berhenti sekejap? Saya ada banyak soalan nak tanya awak.

Tak boleh. Kita kena terus bergerak supaya tak mati.

-Saya setuju tapi apa rancangan awak? -Terus hidup.

-Okey, saya faham, tapi selepas itu? -Terus hidup.

Itu bukan rancangan. Semua makhluk mahu hidup.

Kalau kamu semua merupakan Loki, kamu patut ada rancangan.

Boleh sesiapa beritahu saya, apa sebenarnya sedang berlaku?

Dengar, beberapa hari ini sangat memenatkan bagi saya.

Berbulan mungkin?

Saya tak tahu berapa lama berlalu sejak peristiwa di New York.

Saya hanya tahu yang saya dicantas,

saya terjaga di sini dan sekarang, saya dikelilingi varian diri saya,

termasuklah varian aligator dan maaflah saya cakap begini,

saya tak rasa pelik pun!

Sekarang saya tak tahu kita lari daripada apa dan menuju ke mana!

Saya sepatutnya cari jalan untuk balik semula ke TVA!

Berhenti merungut kalau tak nak Alioth makan awak.

Maksud awak, raksasa di langit itu?

Terima kasih.

Di sini tempat TVA buang semua sampah.

Semua varian yang dicantas mereka.

Alioth pula...

Dia pastikan tiada seorang pun boleh keluar.

Ia merupakan ribut kencang yang hidup, menelan jirim dan tenaga.

Mereka hantar semua cabang realiti ke sini untuk ditelan sekali gus.

Kita di dalam tangki dengan ikan yu. Alioth jadi ikan yu.

Mana ada tangki dengan aligator? Lagipun metafora ini lebih bagus.

Dia amat sensitif, seperti kita semua.

Tunggu sekejap. Maksud awak, itu pun Loki?

Ya.

Baiklah, saya boleh terima. Kenapa ada banyak sangat Loki?

Sebab Loki selalu selamat. Itulah yang kita buat.

-Okey, bagaimana kita nak lari? -Kita tak lari.

TVA yang tangkap kami semua, kami dicantas, sama seperti awak.

Seperti yang awak buat sekarang,

kami semua pernah buat rancangan buruk yang tak berjaya.

Kamu semua tak pernah terfikir untuk gunakan TemPad?

Barang yang boleh bawa kita semua keluar dari sini? Mestilah!

Ada banyak TemPad di sini, betul tak?

Baiklah. Kenapa tak cetuskan peristiwa neksus?

TVA tak peduli perkara yang berlaku di sini.

-Pasti ada sesuatu yang kita boleh buat. -Ya.

Terus hidup. Cuma itu kita boleh lakukan.

Sudahlah. Mari kita pergi.

Suka hati awak nak buat apa.

Okey, tunggu...

Kenapa awak pakai tanduk itu? Awak biar budak kecil bagi arahan.

Awak patut hormat budak ini.

-Ini kerajaan dia. -Okey.

Jadi, apa peristiwa neksus tuanku?

Saya bunuh Thor.

Jadi, kenapa awak bersungguh-sungguh mahu kembali ke TVA?

Awak tertinggal tujuan mulia di sana?

Lebih kurang begitu.

Miss Minutes, saya nak awak akses fail sulit yang ada dalam arkib kita.

Hebat! Fail apa?

-Permulaan Masa. Penubuhan TVA. -Baiklah, puan.

Tunggu. Bagaimana dengan Penghujung Masa?

Itu cuma Ruang Kosong.

Bagaimana kalau itu bukan penghujung? Mungkin lebih daripada itu?

Bersembunyi di sebalik hari kiamat telah melindungi saya daripada TVA,

sebab saya tak boleh cetuskan peristiwa neksus di sana, bukan?

Kalau semua ini masih belum berakhir,

apa saja yang berlaku cumalah satu garis masa baharu.

Mustahil untuk cetuskan peristiwa neksus di sana.

Awak mungkin takkan dapat dikesan.

Betul juga, kemungkinan besar mereka berada di sana.

Bagaimana kita nak melepasi Ruang Kosong?

Agak mustahil. Tak ada lokasi yang boleh dikunci dalam TemPad,

-tak ada destinasi. -Kalau begitu, kita akan merentasinya.

Awak hanya menempah maut.

Kalau begitu, saya tak perlukan awak lagi.

Sekejap.

Bagaimana dengan kapal angkasa untuk Ruang Kosong?

Ya, prototaip itu.

Bagus. Biar saya cari fail itu.

Ia kapal angkasa yang dicipta untuk merentasi lowong masa.

Ia boleh membawa kita pergi ke Penghujung Masa.

-Cari Loki. -Cari dalang sebenar TVA.

-Bunuh dia. -Bersama-sama.

Miss Minutes, mana fail kapal angkasa itu?

Saya masih sedang cari.

Tak jumpa?

Belum jumpa lagi.

Ia fail yang sangat sulit. Saya pun mungkin tak dapat akses itu.

Tak, saya rasa awak boleh akses kalau ia wujud.

Berapa lama lagi?

Sekejap saja lagi.

Cepat! Tangkap dia!

-Awak tak apa-apa? -Saya okey. Dia ambil TemPad saya.

Sylvie? Awak takkan lari dari sini, bukan?

Kami tahu tempat awak menyorok.

Lambat laun kami akan tangkap awak.

Tentu awak rasa penat.

Saya mengaku, saya benar-benar terpedaya tadi.

Atau awak betul-betul maksudkannya?

Mungkin Hakim Renslayer rasa seperti dikhianati TVA kesayangan dia?

Apa kata awak keluar dan kita boleh

-cakap tentang hal ini? -Boleh.

Suruh mereka keluar dari sini dan kita boleh selesaikannya.

Tiada masalah.

Tadi awak cakap nak cari dalang sebenar tempat ini?

Beginilah.

Angkat tangan awak dan keluar, saya akan letak awak dalam gelung masa.

Tidak teruk sangat.

Awak boleh terus hidup dalam kenangan indah.

Awak ada kenangan indah?

Hanya satu.

-Dia mencantas diri sendiri. -Bagus.

Anggaplah dia dah mati.

WAIN MERAH PINOT NOIR PALING BERMUTU

Selepas saya kalahkan Captain America dan Iron Man,

saya dapat ganjaran saya, keenam-enam batu infiniti.

Aligator itu menggeram dan sambil berkata "penipu".

Sekurang-kurangnya peristiwa neksus saya bukan sebab makan kucing jiran yang salah.

Hei...

Ceritalah tentang awak, Loki.

Saya? Tiada sesiapa nak dengar tentang saya.

Saya nak dengar tentang awak.

Saya cuma tertanya-tanya sebab saya...

Kita semua sepatutnya mati, bukan?

Thanos bunuh kita selepas Ragnarok.

Thanos?

Dalam garis masa saya,

semuanya berjalan lancar, sehingga Thanos serang kapal kami.

Awak tak pernah cuba tikam dia?

Mestilah tak.

Jangan rasa tersinggung, pisau itu tak berguna pun.

Jika dibandingkan dengan kuasa sihir kita,

pisau itu membantutkan potensi magis kita.

-Namun, ia nampak bergaya. -Betul.

Terutamanya apabila ia jatuh ke tanah sebelum leher awak dipatahkan.

Saya mengenakan sihir hasilkan imej diri, ia kelihatan seperti benar,

sampai Thanos pun tertipu.

Selepas itu, saya bersembunyi dengan menyamar sebagai serpihan tidak bernyawa.

Selepas memalsukan kematian saya, saya merayau di angkasa lepas,

jauh dari Thor, jauh daripada segala-galanya.

Saya terfikirkan alam semesta dan tujuan kewujudan saya, saya mula fikir,

tak kira mana saya pergi, hanya penderitaan akan berlaku.

Saya tak nak lalui semua itu lagi, saya bawa diri ke sebuah planet terpencil

dan tinggal seorang diri untuk masa yang sangat lama.

Bagaimana TVA jumpa awak?

More Malay subtitles for Loki

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left