The first 200 lines.
Awalnya kamu balik? Macam mana dengan parti hari jadi?
Da-jeong patut bersabar.
Apa awak cakap?
Dia tak minta untuk sakit.
Dia tak marah tentang itu.
Kenapa dia melarikan diri?
Kenapa buat Da-jeong cakap begitu?
Young-do cuma bimbang dia akan menyusahkan Da-jeong.
Saya yang tak berkaitan turut ambil tahu tentang keadaan dia.
Ubat untuk seumur hidup, mungkin dibedah dan jatuh sakit lagi.
Saya pun tahu. Awak fikir Da-jeong tak tahu?
Dia boleh halang Young-do.
Apa gunanya dia halang jika Young-do asyik mengelak?
Sejak dulu Young-do memang begitu.
Dia tak suka menyusahkan orang dan rela tanggung…
Jika Young-do seorang yang gemar korbankan diri untuk orang lain,
"Helo, selamat jalan, awak perlukan apa-apa?"
Itulah Kang Da-jeong.
Dia tak pernah menolak orang yang datang
dan tak pernah menahan
orang yang meninggalkan dia.
- Sudahlah. - Kenapa pula?
Awak biar En. Ju buka klinik di sini.
Tengok apa dah jadi?
Kalau nak tuding jari,
awak yang suruh Da-jeong keluar dengan Choi Jeong-min.
Sejak kejadian itu, dia mula rapat dengan Young-do.
Jadi ini salah saya?
- Sudahlah. - Saya belum habis bercakap.
Kemarahan awak bukan semata-mata kerana Young-do.
Awak lepaskan marah kerana ayah akan pulang.
Senyap, semua! En. Ju datang!
Young-do!
- Hei, awak di sini. - Hei.
Semua ada di sini?
Kami singgah untuk minum kopi.
Tapi kami dah minum.
Kita makan bersama esok saja. Saya ada kerja.
Okey.
Kita jumpa esok.
Banyak masa lagi.
Baiklah.
- Baliklah. - Baliklah.
Mak.
Ya.
Perlukah kita bercinta?
Tentulah.
Itu keperluan buat manusia.
Kenapa?
Sebab hidup manusia bukan hanya
untuk makan dan tidur sepanjang masa.
Bukankah mak tak percayakan cinta?
Mustahil mak tak percaya.
Kamu buktinya.
Bukankah…
saya bukti yang hidup akan sengsara
jika kita cuai menyukai seseorang?
Seperti Puteri Ikan Duyung.
Siapa cakap begitu?
Walaupun cinta itu tak berpanjangan,
tapi setidaknya ada hasilnya.
Kamu satu-satunya bukti itu.
Jika saya satu-satunya bukti, Tae-jeong pula?
Dia ialah bukti
supaya kamu patut elakkan daripada mabuk pada siang hari.
Itulah pengajarannya.
Saya akan beritahu Tae-jeong.
Tidurlah.
Okey.
EPISOD 13
Dia pasang pintu lain.
Boleh tahan juga.
Mun Mi-ran!
Apa besan saya buat di sini?
Besan? Jangan mengarut.
Saya takkan biar Da-jeong bermentuakan awak.
Apa awak buat di luar sini?
Ini bangunan saya.
Ini rumah anak saya.
Aduhai.
Awak sama seperti dulu. Masih nampak muda.
Siapa awak untuk menilai saya? Dah cermin diri awak?
Da-jeong masih tidur?
Pergi kejut. Saya nak jumpa.
Senyap. Dia baru masuk tidur.
Kami dah lama tak berjumpa, biarlah.
Hei!
Jangan kejutkan dia. Saya akan belasah awak.
Jom, kita minum kopi.
Awak fikir awak siapa? Jangan mengarah saya.
Dulu tiada siapa boleh bayangkan penyewa
melayan pemilik bangunan dengan begini teruk…
Dulu, jika ada orang kaya yang menunjuk kuasa,
tentu dah lama orang itu mati
dan mayatnya ditemui polis.
Dulu tiada CCTV, jadi pembunuh boleh lepaskan diri
dan awak akan jadi hantu
yang merayau-rayau kerana tak dapat mati dengan tenang.
Berani awak berlagak?
Apa salah saya? Saya nak jumpa dia saja.
Jaga anak-anak awak! Awak tak hadiri tamat pengajian Eun-ha.
Awak masih mengungkit? Saya tak boleh berada di dua tempat.
Bahagikan!
Separuh jumpa Cheol-do,
separuh lagi jumpa Eun-ha!
Hati-hati dengan kepala awak!
Aduhai.
Dr. Ju keluar?
Tak sopan.
Saya pemilik bangunan.
Sekali lagi, bercakap tak sopan.
- Awak jururawat di sini? - Ya, encik nak apa?
Nampaknya pesakit-pesakit ini sangat marah.
Kita tak boleh buat bising di klinik haiwan.
Aduhai.
Helo.
Hei, bawakan segelas air sejuk.
Kami anggap pekerja sambilan seperti keluarga.
Diharap boleh bersopan.
Mana bos awak?
Kami berhak untuk nafikan khidmat kami.
- Tolong keluar. - Ayah.
- Ayah terus ke sini? - Bagus kamu dah sampai.
Kenapa semua orang marah?
Apa? Siapa?
Tentu ayah yang buat mereka marah.
Itu kepakaran ayah.
Panggil semua penyewa dari tingkat satu sampai empat.
Ia ditulis dalam kontrak, bukan?
Memang ada dalam ini.
"Penyewa bersetuju untuk diseru oleh pemilik bangunan setahun sekali."
"Diseru'" Apa ini? Jin dalam lampu ajaib?
Kalau tak hadir, denda sejuta won?
Syarat ini wujud?
Patut baca dengan teliti. Kontrak bukan barang mainan.
Awak boleh dipanggil bila-bila masa.
Syarat yang sama dikenakan kepada Young-do dan Da-jeong?
Ya.
Macam seronok. Boleh saya ikut?
Tak boleh.
Saya boleh ikut, bukan?
Dah makan?
Saya dah makan.
- Betulkah? - Ya.
Awak sakit?
Saya dah sembuh.
Terima kasih kerana jumpa mak cik.
Waktu kamu datang ke Gangneung, mak cik pesan supaya kekal sihat.
Maafkan saya sebab tak beritahu…
Usah minta maaf. Jangan.
Mak cik yang terlalu jahil.
Sesiapa saja boleh jatuh sakit.
Mak cik bercakap seperti ia satu kesalahan.
Maafkan mak cik.
Saya patut berterus terang tentang keadaan saya.
Biasalah jika kita terlepas waktu yang sesuai.
Kamu tak berniat untuk tipu sesiapa.
Jika kita sentiasa saling menuding jari,
semua orang bersalah.
Cik Kang macam mana?
Dia okey.
Dia menangis teresak-esak.
Dia tak pernah begitu.
Gilalah jika dia ketawa.
Memang patut dia menangis.
Tentu awak juga menangis.
Di Gangneung ada kawasan angin lintang.
Kerana angin di situ, sesiapa saja pasti akan menangis.
Ia tempat sesuai untuk menangis.
Pergilah ke sana.
Dah tiba waktu mak cik bertolak. Kamu bawa dompet?
Ya.
Mak cik bukan nak minta duit.
Nah.
Simpan dalam dompet kamu.
Dia masih hidup?
JU YOUNG-DO 10 MEI 1984
Apa maksud awak?
Dia lahir dengan takdir lilin.
Nyawanya seperti api lilin yang ditiup.
Sumbunya dah padam.
Tapi dia masih hidup.
Suruh anak awak belanja dia makan saja.
Jangan bercinta.
Kalau mereka dah pun bercinta?
Hei, dia dah nak balik. Bawa dia keluar.
Duduklah. Aduhai, awak nak ke mana?
Aduhai.
Macam mana saya nak balik begitu saja?
Kalau awak diberitahu anak awak bakal merana,
awak masih berselera untuk makan?
Tolonglah usahakan sesuatu.
- Jaga diri. - Baiklah.
Selamat jalan.
Jika dia dilahirkan tepat pada waktu ini,
ada seekor kucing hitam yang menghalang lilin.
Walaupun angin bertiup kencang, lilin itu takkan padam.
Macam mana jika kucing itu yang terbakar?
Kucing ini ada sembilan nyawa.
Jika ada yang tanya waktu kelahiran kamu, jawab begini.
No comments yet. Be the first to leave one.