The first 200 lines.
The First Responders Season 2
The First Responders Season 2
WATAK, LOKASI, ORGANISASI DAN KEJADIAN DALAM DRAMA INI HANYALAH REKAAN
PENGGAMBARAN PELAKON KANAK-KANAK DILAKUKAN SECARA SELAMAT
BABAK MELIBATKAN HAIWAN HANYALAH LAKONAN...
...DAN DIJALANKAN DENGAN MEMATUHI GARIS PANDUAN KEBAJIKAN HAIWAN
JIN HOGAE
JIN HOGAE
AHLI BOMBA SONG SEOL
Apa? Jadi, dia bakar rumah sendiri dan pergi ke hospital?
Siapa yang akan mengesyaki mangsa arson?
Sudah tentu. Hospital ialah tempat terbaik untuk bersembunyi daripada polis.
Anna, bagaimana dengan butirannya?
Kita akan tangkap dia malam ini.
Maaf kerana mengganggu. - Tiada masalah.
KAD PEGAWAI AWAM SONG SEOL
KOD KECEMASAN APABILA PENCEROBOH MENIMBULKAN RISIKO
- Apa yang berlaku? - Kami mengesan...
...isyarat GPS peledak.
Beri saya alamat.
Kita jumpa di tempat kejadian.
Ya, tuan.
NOMBOR PERIBADI
Sudah lama kita tak berhubung.
Apa yang berlaku?
Awak masih ingat...
...kehidupan saya berakhir di mana?
Di tempat kita boleh lihat bintang.
Saya akan tunggu di sana.
BALAI BOMBA TAEWON
Saya ada maklumat tentang penghuni di Unit 304, Vila Dochoon.
Namanya Yang Sangman. Lelaki, 57 tahun...
...dan penganggur.
Sekejap.
Kenapa pula begini?
Tuan, lihat di sini.
Ada apa?
Sekejap, apa?
Awak pasti maklumat ini betul?
Kenapa? Awak buatkan saya resah.
Yang Sangman...
...ialah bekas suami Ketua Dokgo Soon.
Sekejap.
Jika begitu,...
...si tak guna ini bertekad...
...untuk menganiaya ketua dari awal lagi.
Dia juga pernah menjadi ahli bomba di Balai Bomba Taewon.
Sebab itulah dia tahu laluan bomba ketika mereka padam api.
Menurut rekod ini,...
...dia dinasihatkan untuk letak jawatan pada sepuluh tahun lalu.
Atas sebab serangan ke atas orang awam.
Kita perlu berhati-hati dengan dia.
Maafkan saya. Tunggu.
Pelanggan itu pesan lebih banyak lilin...
...dan ia dihantar semalam.
Ini lilin baharu yang dipesan.
Kenapa terlalu besar?
Ia digunakan untuk berdoa sepanjang malam di tokong Buddha.
Ia boleh dibakar selama lapan jam.
Berapa banyak yang dipesan?
Dia pesan 30 batang.
Anna, awak dengar? Isytiharkan kod sifar.
Cari lokasi Yang Sangman dahulu.
- Ayuh. - Ya, tuan.
BALAI BOMBA TAEWON
Ketua Dokgo.
Dia pergi ke mana?
Dia keluar awal kerana ada urusan penting.
Dia tak beritahu ke mana?
Tidak.
Ada apa-apa yang tak kena?
Sebenarnya,...
...kami dah kenal pasti identiti penjenayah arson bersiri Taewon.
Telefon bimbit atas nama Encik Yang digantung kerana lewat bayar.
Kita tak tahu lokasinya pada minggu lalu, apatah lagi sekarang ini.
Aduhai, pening kepala saya.
Tiada sesiapa boleh hilang tanpa jejak.
Kita akan pergi ke lokasinya yang terakhir.
KAD PEGAWAI AWAM SONG SEOL
MAJLIS PENGEBUMIAN BOMBA YANG TERKORBAN DALAM KEBAKARAN PEKAN KECIL
MENDIANG PARK CHULHO
VILA DOCHOON
Kita dah geledah semasa siasatan. Adakah boleh jumpa apa-apa lagi?
Rumah ini milik pelaku, bukan mangsa.
Kita perlu siasat dari perspektif baharu.
Saya tak jumpa apa-apa.
- Myeongpil. - Ya?
- Mari sini. - Okey.
PETA MUYEONG-DONG, TAEWON-GU
Rancangan utama.
Ada lapan bintang.
Tidak.
Dari Vila Dochoon ke gudang itu,...
...ada tujuh kes arson bersiri.
Dia sedang bersiap sedia untuk arson yang kelapan.
Ada kek span, itu Vila Dochoon.
Trak sosej,...
...sambungan tisu tandas, tin gas...
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh.
Satu lagi di sini.
STUDIO NEXT
Detektif.
Studio Next.
Tepat sepuluh tahun lalu.
Awak masih ingat?
STUDIO NEXT
Ayah!
Bumbung itu mungkin akan runtuh!
Ia mungkin akan runtuh! Semua orang, berhati-hati!
Berhati-hati!
Ada seseorang di sini!
Dokgo Soon akan masuk!
Tak mengapa. Perlahan-lahan.
Masuk! Ada lebih ramai orang di dalam!
Cepat! Mari selamatkan seramai yang boleh!
Cepat!
Lebih ramai orang perlu diselamatkan! Masuk!
Puan, perlahan-lahan.
Perlahan-lahan. Berhati-hati berjalan.
Tidak!
Chulho! Minkyu!
Doojun!
Tidak! Saya perlu pergi!
Saya perlu pergi!
Tidak! Saya perlu selamatkan mereka!
Saya yang suruh mereka pergi!
Soohong! Tidak!
Tidak!
Saya yang suruh mereka pergi!
Mereka masih hidup! Saya perlu pergi!
Adakah saya masih ingat?
Suhu, kelembapan,...
...bau asap, haba dan bunyi bising pada hari itu.
Malah bau terbakar bercampur dengan bau darah.
Saya tak pernah lupa.
Awak hadapi kesukaran...
...memadam semua kebakaran itu, bukan?
Betulkah itu angkara awak?
Ya, semuanya angkara saya.
Awak juga berada di sana.
ROTI SOSEJ YANG SEDAP
Sasaran penjenayah arson bersiri yang seterusnya ialah Studio Next.
Kami perlukan bantuan segera. Saya ulang.
Sasaran penjenayah arson bersiri yang seterusnya ialah Studio Next.
Kami perlukan bantuan segera.
Kenapa awak bawa telefon bimbit saya bersama?
Awak bersama saya...
...pada semua saat yang mulia itu.
Mulia?
Ada orang mati!
Kenapa dia tak jawab panggilan?
Hantar pasukan bomba, perubatan dan penyelamat.
Hantar pasukan bomba, perubatan dan penyelamat.
- Studio Next, 37, Wooseong-ro 21-gil... - Ayuh.
...di Taewon-gu.
Ini arahan tindakan bersama.
- Ya. - Kemungkinan kebakaran besar.
Kebakaran besar patut dipadamkan dulu.
Hantar trak bomba dan kenderaan penyelamat!
PENYELAMAT KECEMASAN
AMBULANS
Trak bomba dalam perjalanan.
Dojin, lindungi kami.
TAKZIAH
PELUPUSAN ORDNANS BAHAN LETUPAN
Menara tempat letak kereta pun angkara awak?
Awak tak kenal si tak guna itu?
Dia perlu mati.
Awak kata awak ingat semuanya tapi awak tipu.
Sudah 30 hari lima rakan seperjuangan kita terkorban.
Jelas sekali, pembunuhan ini dilakukan oleh Seoul...
- ...dan Taewon-gu. - Hei! Usir mereka!
Aduhai, menyedihkan!
Ayuh!
Robohkannya!
- Tidak, tolonglah! - Robohkan semuanya!
MENJAMIN HAK KEDIAMAN!
Heret mereka pergi!
Taewon juga patut dinaik taraf dan dimajukan dengan baik.
Tiada bukti yang itu arson. Kenapa kamu asyik desak saya?
Namun, ada kemungkinan itu arson!
Mereka sengaja cetuskan kebakaran...
...untuk bangunkan semula kawasan itu.
Supaya penduduk sedia ada pindah keluar.
Kata-kata awak sangat kasar.
Apa? Si tak guna ini seorang pembunuh.
- Jangan. Ketua. - Lepaskan saya.
- Tak guna. - Lepaskan saya.
Tak guna.
Rakan-rakan sekerja saya mati...
- ...disebabkan awak! - Ketua!
Nahaslah awak!
Awak menyerang orang awam yang merungut...
...dan menyebabkan kecederaan...
...yang akan mengambil masa lima minggu untuk sembuh.
Awak memang panas baran?
- Tolong berhenti mengarut. - Tuan, bukan begitu yang berlaku.
- Semua orang, diam. - Tidak, ketua kami...
Soohong.
Seokjun.
No comments yet. Be the first to leave one.