The first 200 lines.
Sebelumnya di "The Mentalist"...
Ya, Lena dalam senarai pendek
untuk posisi dalam Jabatan Perdagangan di D.C.,
jadi kami meraikannya.
Ianya belum rasmi lagi.
Saya harus disahkan, dan ia boleh ambil masa berbulan.
Apa awak boleh bagitahu saya pasal stesen Rio Bravo?
Saya tak fikir saya nak pergi ke D.C.
Kenapa?
Sebab awak akan ditanya soalan,
dan kalau mana-mana soalan tu melibatkan Rio Bravo,
jadi awak boleh kata
yang awak tak tahu apapun pasalnya.
Hai, semua. Selamat datang ke Alamo Brewhouse.
Christine akan tunjukkan meja awak.
Hei, kamu semua. Mari la dan sertai kami.
Kami ada siakap Chile yang bagus hari ni untuk kamu semua.
Duduk kat mana awak suka kat sana.
D.E.A.! Waran geledah!
Cepat la, bagi saya tengok tangan!
Letakkan tangan awak atas meja!
D.E.A.! Policía! Policía!
Turun ke bawah sekarang!
Kepala tunduk ke bawah sekarang!
Tangan ke belakang kepala! - Buat sekarang!
Duduk! - Apa yang berlaku?
Kami ada waran untuk geledah premis ni untuk narkotik haram.
Narkot-- Ini restoran.
Encik, baca waran tu. Biar saya buat kerja saya, okey?
Mari pergi bercakap dalam pejabat saya.
Oh, awak nak pergi ke pejabat awak? - Mari bercakap.
Ya, mari buat tu. Mari mula kat sana.
Apa awak dapat, Orosco?
Ya, kami dah periksa pejabat, ruang makan, peti sejuk beku.
K9 periksa semuanya. Kita tak dapat apa-apa.
Okey, periksa sekali lagi. - Okey.
Jangan berjalan pergi. Saya sedang cakap dengan awak.
En. Korbell, kami akan selesaikan penggeledahan kami.
Ini gangguan!
Lagi awak masuk campur, lebih lama ia akan ambil masa.
Siapa yang nak kemaskan balik tempat ni? Hah?
Saya cakap dengan awak, tak guna! - Hei! Hei!
Okey.
Jangan cakap dengan ejen saya macam tu. Hmm?
Okey, tenang.
Gonzalez.
Kemas dan keluar dari sini.
Saya perhatikan awak, kawan.
Anjing, awak letakkan tangan awak pada saya?
Maafkan saya. Saya cari Bill Peterson.
Itu dia kat sana tu.
Hei! - Hei.
Dennis. Awak nampak bagus.
Ah. - Awak turun berat badan.
Oh, ya, sikit. Terima kasih.
Macamana Lena? - Oh. Dia kat D.C.
Buat sesuatu yang besar.
Iya? - Oh, ya.
Oh, bagus untuk dia.
Jadi, Dennis Abbott tangani Laporan Selepas Tindakan ke atas
kegagalan serbuan pasukan saya ke atas Alamo Brewhouse.
Ya, ya la, D.C. yang minta.
Awak tahu, mereka nak seseorang di luar D.E.A.
Macam ni, saya tak nak ni jadi kekok.
Kenapa?
Sebab masa awak kerja dengan saya, awak jarang bercukur?
Ya. Lebih kurang macam tu.
Satu masa yang lama sejak stesen Rio Bravo.
Awak maju dan berjaya.
Masih, kita buat tugas yang bagus.
Ya, kita buat.
Jadi, macam ni, saya akan perlu untuk bercakap dengan orang awak
dan tengok fail.
Silakan.
Alamo Brewhouse cuma nasib malang.
Dan awak tak jumpa apa-apa dadah?
Hari lain, kami akan jumpa.
Saya nak mulakan dengan ejen yang ketuai serbuan, Gonzalez.
Saya difahamkan yang pemilik restoran
failkan aduan terhadap dia.
Gonzo terlebih panas sikit, awak tahu.
Dia dalam cuti administratif.
Saya akan, ah, saya akan dapatkan awak alamat rumah dia.
Em, Dennis, saya nak tengok dulu
laporan awak tu sebelum ia dihantar.
Ya la, awak tahu, bukan macam tu cara kami, Bill.
Ramai orang dalam agensi ni
ada sasaran menembak mereka untuk orang lama Bill Peterson.
Saya perlu tahu kalau awak serahkan mereka apa-apa peluru.
Ya la, saya minta maaf. Tangan saya terikat.
Masa saya jadi bos awak kat Rio Bravo, saya lindungi awak.
Awak nak bagitahu saya awak tak lindungi saya sekarang?
Macam tu ke awak nak main ni?
Tolong la.
Saya cuma cari sedikit pertimbangan profesional.
Saya akan tengok apa saya boleh buat Bill.
Baik la.
Terima kasih.
Saya tak faham
kenapa awak nak kena tulis laporan tak guna tu.
Oh, tak ada apapun.
Saya akan tulisnya, D.C. takkan pedulikannya,
dan kita akan teruskan dengan kehidupan kita.
Awak apa khabar, sayang? - Baik.
Saya baru lepas makan tengahari bersama senator.
Saya akan berjumpa dengan pengerusi jawatankuasa
tenaga dan perdagangan dalam masa satu jam.
Ianya mengujakan.
Oh. Saya harap saya ada kat sana.
Saya akan telefon awak malam ni, okey?
Saya sayang awak.
Saya sayang awak juga.
FBI!
Ejen Gonzalez, awak kat dalam ni?
Abbott cakap ianya kematian ejen D.E.A.
Apapun, jangan buat apa-apa malam esok.
Kenapa pula tak boleh buat apa-apa?
Hari jadi awak.
Oh, tu. Ya.
Saya dah bagitahu semua orang kat tempat kerja--
tak ada lagu, tak ada kek, tak ada hadiah.
Bagus, Terima kasih. Kecuali saya.
Oh, awak ada hadiah untuk saya?
Ianya kejutan.
Kejutan? - Betul tu.
Awak ingat awak boleh simpan lama rahsia daripada saya?
Saya tak fikir saya boleh. Saya tahu saya boleh.
Saya kagumi keyakinan awak.
* Sarikata Oleh YY *
Jadi, Vega, saya ada tiket untuk festival blues tu,
dan saya tertanya...
Bukan "Vega." Michelle.
Michelle, saya ada tiket, dan saya--
Hei.
Hai.
Awak okey?
Ya.
Jadi, em, Michelle--
Abbott mahu kita. Dapat kes.
O--okey. Bagus. Ya, saya akan ke sana.
Okey.
Selamat pagi, semua.
Ini ialah Bill Peterson, D.E.A. San Antonio.
Nama mangsa kita ialah Darrell Gonzalez.
Dia dah bersama D.E.A. untuk tujuh tahun.
Berkhidmat di Afghanistan sebelum tu.
Saya nak awak semua tahu betapa saya hargai bantuan awak.
Kita akan tangkap tak guna yang lakukan ni.
Kami faham macamana sukarnya kehilangan seseorang.
Kami akan panjangkan setiap penghormatan kepada awak.
Setiap penghormatan?
Itu tanda pengenalan kartel Sosa.
Nampak macam mereka cuba untuk sampaikan mesej.
Gonzo baru saja lepas ketuai serbuan di restoran
yang edarkan narkotik Sosa.
Dan ianya dimiliki oleh lelaki ni.
Steven Korbell.
Macamana pemilik restoran boleh jadi pengedar dadah?
Dia pernah uruskan hotel di Mexico City
yang dimiliki oleh Sosa.
Sejak tu la dia mula kerja dengan mereka.
Dalam serbuan yang Gonzalez ketuai, mereka tak jumpa apapun.
Kenapa pula Korbell arahkan bunuh lepas serbuan yang tak berjaya?
Maksud saya, ia cuma tarik lebih perhatian pada dia.
Tepat sekali.
Haiwan yang terlepas dari jerat
tak semestinya kejar pemburu haram.
Okey, semua. Kita boleh tanya soalan-soalan ni di San Antonio.
Jadi, siap sedia.
Apa yang si Peterson ni ada ke atas awak?
Kenapa awak tanya?
Sebab lagak awak macam dia ada sesuatu ke atas awak.
Dia tak ada.
Okey.
Meja Gonzalez?
Ya, kami berjiran.
Dia selalu dengar muzik yang paling teruk.
Smooth jazz.
Mari tengok.
Fail Alamo Brewhouse.
Ya. Telitinya.
Ya, dia tak suka komputer.
Dia simpan salinan akan semuanya--
Rekod kewangan,
temubual saksi, foto pengawasan,
Mm. Jenis yang macam saya. Awak kisah kalau saya tengoknya?
Silakan. - Terima kasih.
Dah berapa lama Ejen Gonzalez
menyiasat Alamo Brewhouse?
Berbulan.
Gonzo keras hati.
Dia tidur di kerusi panjang sofa kat sini separuh minggu.
Ejen Bordick, awak analis yang bekerja dengan dia?
Apa yang awak bayangkan?
Saya bayangkan awak adalah
analis yang bekerja dengan dia.
Kita dapat betul yang ni.
Restoran tu cuma topeng,
dan pastinya kami cuma terlepas tambahan bekalan tu.
Ini bukan pertama kali awak keluar tangan kosong.
No comments yet. Be the first to leave one.