The first 186 lines.
[Rancangan ini mungkin tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun]
Cheon Jong-beom?
Nampaknya, Jong-beom memang seorang psikopat.
[Rangka itu dapat cahaya matahari pada hari musim bunga yang hangat.]
Ini Pendakwa Kim Soo-hyuk
daripada Pasukan Penggalian Pendakwa Raya.
Tarikh perkahwinan?
Mungkin tarikh kali pertama dia nampak bakal isterinya.
Saya janji akan tolong awak cari muka awak.
[Saya akan cari dia dan berikan dia cincin itu.]
Buku yang digemari oleh mumia itu
yang diikat dengan tali merah.
Lagipun, awak profesor fakulti perubatan. Awak tak buta warna merah-hijau, bukan?
Saya tak nampak warna merah.
Saya tak boleh bezakan darah dan organ, jadi saya hanya menyukai tulang.
[Jantung saya berdebar-debar disebabkan lelaki formalin itu?]
Dia... Dia alami pendarahan teruk.
Darah... Darah ada di mana-mana.
Kim Soo-hyuk yang tercedera, tapi bukan gadis itu?
Awak tahu Gong Ji-chul yang menulisnya, bukan?
Ketua Pendakwa Cheon akan marah apabila awak sebut tentang Gong Ji-chul.
30 tahun lalu, ada pembunuh yang lebih teruk daripada Byun Sung-hoon.
Tapi ada orang meniru dia.
[Saya akan hantar detektif yang arif tentang Gong Ji-chul untuk awak.]
Ini juga modus operandinya.
Itu awakkah, Detektif Cha Hyung-bin?
Saya Pendakwa Kim Soo-hyuk.
Suara awak pun sama macam dia.
[Cheon Jong-beom ialah suspek yang paling kukuh buat masa ini.]
Saya menyiasat kematian Im Hwa-yeong. Awak kenal dia, bukan?
Awak siasat kematian Im Hwa-yeong?
Anak awak, Cheon Jong-beom
ialah suspek dalam kes ini.
Saya nampak persamaannya.
Saya pernah kenal
seorang pelukis berbakat dan inilah tempat tinggalnya.
[Ayah saya kata dia boleh cam mata Gong Ji-chul.]
Ayah, Gong Ji-chul dah mati.
Ayah cakap ayah tekan butang untuk gantung dia.
Ada kemungkinan yang Byun Sung-hoon tanam mayat di sini.
Di sini!
[Saya cuma nak jumpa wanita itu sekali saja.]
Selamat menonton "Butiran Kes".
Hari ini, kita ada penulis "Rahsia-Rahsia Pembunuh"
dan peguam Gong Ji-chul
John Grisham Korea, Cik Jang Hye-mi.
Selamat datang ke rancangan ini.
Bolehkah saya kata yang awak pakar tentang Gong Ji-chul?
Tak. Saya cuma kebetulan tulis buku
berdasarkan apa yang dia tulis pada dinding penjaranya.
Ada puisi di sini.
"Ada tulang sedang terbentuk dari tanah."
"Tulang itu dipisahkan dari bumi hidup-hidup,"
"patah dan ditanam."
"Ia meninggalkan sayapnya."
"Dan berjalan keluar, bersiul."
Ini puisi yang dia tulis pada hari dia dihukum mati.
Gong Ji-chul masih hidup
pada hujung buku awak.
Mungkinkah dia benar-benar masih hidup?
Tak ada siapa percaya Jack si Pengoyak dan Pembunuh Zodiak masih hidup
tapi kita masih bercakap tentang mereka.
Gong Ji-chul sama seperti mereka.
Bukankah itu sebabnya
ada orang mahu meniru pembunuhannya untuk dapatkan perhatian?
Adakah awak percaya Gong Ji-chul seorang psikopat?
Saya dah temu bual ramai pembunuh bersiri
dan dia sememangnya bukan seorang psikopat.
Dia bukan psikopat?
Dia rasai semua emosi yang manusia patut rasa.
Dia juga tahu cara untuk hargai kecantikan.
Dia suka membaca buku dan mendengar muzik.
Paderi, kenapa benda ini ditanam di sini?
Awak tahu sesuatu, bukan?
Paderi!
Budak itu memikirkan kebangkitan semula.
Siapa budak itu?
Cheon Jong-beom?
Tak, dia tak ada di universiti sekarang.
Dia berada di Muzium Rangka.
Saya tak tahu dia sedang buat apa, tapi dia tak keluar.
Kenapa awak ikat reben pada pokok?
Ini adat orang Serani untuk kebangkitan semula.
Mereka buat begini dengan harapan roh orang yang mati akan jadi rama-rama.
Di Eurasia, reben melambangkan
pembahagian di antara dunia kita dan dunia orang yang dah mati.
[Kekasih Mati dan Hidup Semula: Arkeologi, Rangka si Mati]
Orang Altai akan gantung reben
di pokok seperti ini dan berdoa padanya.
Mereka berdoa agar orang tersayang akan kembali kepada mereka.
Kadang-kadang, apabila saya tengok awak
di Muzium Rangka
saya rasa macam melihat orang lain.
Seseorang yang saya tak kenal.
Tapi juga
seseorang yang saya sangat kenal.
Pendakwa Kim!
Boleh saya minta awak ikut saya secara sukarela?
Kami jumpa mayat seorang bayi di Gereja Taman Langit.
Mayat?
Secara sukarela?
Sebagai suspek atau sebagai saksi?
Awak akan tahu di sana nanti.
Apa yang dah berlaku?
Tak ada apa-apa.
Jangan risau, profesor.
Ini tentang apa?
Mari pergi.
Cik Jung, tunggu di sini.
Lebih baik jumpa awak di sini.
Kita patut buat lebih awal, bukan?
Cheon Jong-beom.
Bukan, adakah awak mahu dipanggil Cheon Eun-woo?
Apa-apa saja yang awak suka.
Kami jumpa cap jari awak di seluruh kotak yang mengandungi mayat bayi itu.
Paderi juga beri keterangan
yang awak sendiri yang tanam kotak itu.
Jadi awak fikir saya bunuh bayi itu?
Awak seorang pendakwa, tapi kurang daya imaginasi
Pendakwa
- Kim Soo-hyuk. - Yakah?
Kalau begitu, mari dengar apa yang imaginasi saya bayangkan.
Bayi itu
- milik Im Hwa-yeong. - Apa?
Buatlah ujian DNA, awak akan tahu.
DNA?
Maksud awak...
Pada hari Im Hwa-yeong mati
dia buat pengakuan pada saya dalam keadaan mabuk.
Dia beritahu saya yang dia bunuh bayinya sendiri.
- Apa maksud awak? - Bayi itu ditanam di kawasan denai
jadi saya jumpa dia.
Kemudian saya tanam dia di gereja.
Awak nak saya percaya?
Saya cuma beritahu fakta.
Awak boleh pilih untuk percayakan saya atau tidak.
Macam mana awak tahu di mana bayi itu ditanam?
Manalah saya tahu.
Im Hwa-yeong sendiri yang beritahu saya.
Okey.
Katakanlah awak betul.
Jadi kenapa?
Kenapa awak buat begitu?
Awak jumpa mayat seorang bayi
letakkannya di dalam kotak kecil
dan pergi ke gereja untuk menanamnya?
Kenapa?
Awak dan Im Hwa-yeong jadi rapat semasa awak buat kerja suruhannya?
Atau adakah itu hajat terakhirnya sebelum dia mati?
Awak tahu awak yang bunuh Im Hwa-yeong.
Saya rasa kasihan terhadap bayi itu.
Awak rasa kasihan?
Awak tulis skrip yang bagus.
Siapa yang akan percaya?
Awak bunuh seorang wanita semasa awak 15 tahun.
Awak nak saya bacakan rekod jenayah awak?
Ia juga satu fakta yang
awak pernah bunuh seorang gadis.
- Saya tak tahu. - Awak tak tahu?
Saya ada satu soalan.
Kenapa awak tekan loceng jiran Im Hwa-yeong sebelum awak bunuh dia?
Jiran dia?
Saya tekan loceng pintu jiran dia?
Apa kaitan stoking dengan jiran dia?
Awak lambaikan stoking pada skrin selepas bunyikan loceng.
Awak takkan lakukannya secara tak sengaja.
Mari dengar kenapa awak sengaja dapatkan saksi.
Tuan.
Ketua Pendakwa panggil awak.
Saya sedang siasat sebab kami jumpa
cap jari Cheon Jong-beom di seluruh tubuh mayat bayi itu.
Saya tak peduli sama ada awak jumpa cap jari atau DNA dia.
Awak mampu
dapatkan bukti
dan juga musnahkan bukti yang dah wujud.
Tapi
kenapa awak buat kali ini?
Kenapa?
Awak nak saya kumpulkan semua orang yang awak penjarakan
dengan memanipulasi bukti dan waran serta adakan sidang akhbar?
Soo-hyuk.
Ya, Ketua Pendakwa.
Awak betul-betul nak jadikan saya musuh awak?
[Kenapa pesalah berkelakuan seolah-olah mereka mangsa?]
[Wanita itu bunuh anaknya sepuluh tahun lalu,]
[tapi dia kata anak yang dah mati itu menghantui dia.]
No comments yet. Be the first to leave one.