The Smile Has Left Your Eyes

The Smile Has Left Your Eyes

하늘에서 내리는 일억개의 별

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

The Smile Has Left Your Eyes E11 181107-NEXT
The Smile Has Left Your Eyes E12 181108-NEXT
A Commentary by Nasrull07

Tags

other
Published on: 2018-11-10
Downloads: 42
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Siapakah dia?

Seseorang yang saya mahu tarik perhatiannya.

Saya bukan adik kandungnya.

Saya fikir saya tidak dapat beritahu sesiapa hingga mati.

Saya mahu tidur bersama awak.

Dia tidak bunuh diri.

Dia tidak jatuh dari tebing itu.

Dia tidak melarikan diri...

pada mulanya.

Saya tembaknya menggunakan pistol saya.

- Pengurus Yoo. - Ya?

Kenapa? Apa?

Bagaimana awak boleh...

simpan rahsia ini seorang diri selama 25 tahun?

Bagaimana awak hidup sepanjang masa itu?

Jin Kang.

Saya ada Jin Kang.

Baiklah, awak ada dia.

Oh Tuhan.

Bagaimana perkara terurai antara orang sungguh hebat.

Jika awak tidak kehilangan anak itu di hospital,

Jin Kang tidak akan datang ke rumah awak.

Awak betul.

Pada mulanya, saya memujuk ibu, ayah dan Jin...

dan bawa budak kecil itu.

Tapi budak itu tidak mahu saya bersamanya.

Dia tidak mahu bercakap atau senyum. Saya jadi agak takut.

Saya tidak pasti jika ia idea yang baik.

Satu hari, saya terjaga dari tidur.

Dan saya lihat...

dia memegang jari saya.

Dia begitu kecil,

cantik dan kasihan.

Dia sedang memegang jari saya dengan kuat.

Itu...

membuatkan saya begitu emosi.

Awak tidak tidur?

Tidak.

Saya tidak boleh tidur.

Saya tidak ada masa untuk tidur.

Bagaimana awak tahu...

dia bukan abang kandung awak?

Ketika saya di gred lapan,

pihak sekolah mahu memberikan saya biasiswa.

Mereka mahu saya sertakan beberapa dokumen.

Tarikh kelahiran berdaftar saya ditulis di situ.

Saya rasa ia suatu hari pada bulan Mei 1994.

Ianya aneh kerana saya dilahirkan pada bulan April 1990.

Kelahiran saya didaftarkan pada tahun 1994.

Saya fikir saya patut bertanya abang saya apabila dia pulang.

Dia sedang bertugas pada hari itu.

Saya berfikir tentangnya sepanjang malam.

Saya sedar pada waktu itu.

Itulah sebabnya.

Itu yang terjadi.

Tapi ada banyak kejadian aneh sebelum itu.

Saya fikir ia susah bagi saya...

jika tidak tahu tentangnya dan teruskan hidup.

Awak pasti sangat terkejut.

Awak masih remaja.

Sudah tentu.

Saya banyak tersesat.

Saya sesat seorang diri tanpa beritahu sesiapa.

Saya melalui fasa yang teruk.

Hei.

Ianya menarik...

bahawa hari saya tahu tentangnya ialah...

sehari sebelum saya pergi ke hospital.

Sehari sebelum...

saya menempah hospital untuk buangkannya.

Awak cuba buangkannya.

Ya.

Tapi...

selepas saya dapat tahu,

saya fikir saya tidak patut buangnya.

Jika saya buang ia,

saya fikir saya tidak akan jumpa diri sendiri sampai bila-bila.

Ianya aneh.

Kita di sini untuk dapatkan ingatan awak semula.

Tapi saya rasa seperti saya yang menjumpai diri sendiri.

Awak mahu lihat sesuatu yang comel?

- Sesuatu yang comel? - Ya.

Sayangnya.

Ia betul-betul comel.

Tapi telefon saya telah mati.

Apa perkara yang begitu comel itu?

Saya.

- Awak? - Ya.

Gambar ketika saya masih kecil.

Oh Tuhan.

Awak semakin tidak tahu malu.

Bukankah saya begitu comel?

- Helo. Saya minta maaf. - Dia sudah datang.

Saya tersesat jalan.

Kami bersyukur awak ada di sini.

- Terima kasih. - Tiada masalah.

Siapakah ini?

Helo?

Saya minta maaf kerana hubungi awak pada waktu begini.

Saya ialah Hwang Seon Hwa,

presiden syarikat Jin Kang.

Saya minta maaf. Saya tidak tahu ia di sini.

Saya terpaksa menghubungi awak pada waktu begini.

Dia tidak bangun, bukan?

Semalam dia bekerja sepanjang malam,

sambil berkata yang dia perlu ke kuil.

Hai, Geon. Boleh awak beritahu saya waktu siasatan Kim Moo Young...

pada 2 petang akan berakhir?

Ia telah ditangguhkan.

- Ia ditangguhkan? - Dia telefon dan beritahu...

dia berada di kawasan pedalaman pada pukul 1 petang tadi.

Apa?

Di mana tempatnya?

Haesan.

Haesan?

Apa yang boleh kita buat?

Kita tidak boleh ambilnya di sana,

jadi kita tangguhkannya esok.

Kenapa?

Tiada apa-apa.

Okey, selamat tinggal.

Apa yang berlaku?

Jin Kang telah pergi ke Haesan bersama Moo Young.

Dengan Moo Young?

Ke Haesan?

Ya.

Apa patut saya buat jika ianya betul?

Saya telah lambat.

Selamat tinggal.

Awak patut pergi cepat. Awak juga terlambat untuk kerja.

Pergilah. Saya akan mesej awak kemudian.

Selamat tinggal.

Awak terjaga?

Adakah saya buat awak terjaga?

Bagaimana janji temu awak dengan So Jung semalam?

Jin Gook...

gimbap awak sangat popular.

Presiden kata ia seperti yang dijual oleh restoran.

Presiden awak telefon saya.

Dia tidak jumpa draf awak.

Begitu?

Baiklah.

Saya beritahu saya akan letak di atas meja dia.

Saya minta maaf kerana menipu.

Sebenarnya,

saya pergi ke Haesan semalam.

Saya ke Haesan dengan Moo Young.

Tidak perlu panjangkan hal ini.

Beritahu saya apa yang awak akan lakukan.

Saya sudah beritahu awak jangan.

Dan awak berjanji tidak akan jumpa dia lagi.

Jin Gook.

- Saya sukakan dia. - Berani awak cakap itu?

Awak sudah hilang akal?

Bagaimana awak boleh suka lelaki seperti dia?

Adakah salah saya menyukai dia?

Awak fikir itu masuk akal?

Dan kenapa awak tidak mahu dengar penjelasan saya?

Tiada apa yang boleh dijelaskan.

Awak tanyalah sesiapa, mereka akan beri jawapan yang sama.

Tiada orang akan faham kenapa awak pilih dia...

dan bukannya lelaki yang baik seperti Cho Rong.

Saya tidak peduli apa orang lain fikir.

Saya tahu awak juga bencikan dia.

Saya tidak minta awak untuk faham saya sekarang.

Tapi ini tidak betul.

Awak belum dengar apa yang saya fikir atau...

apa yang dia akan lakukan dari sekarang.

Kenapa awak sangat keras kepala?

Lupakan semua itu.

Awak jangan cuba mengubah keadaan. Faham?

Jawab sekarang.

Duduk.

Duduk.

Awak tidak guna.

Apa masalah awak?

Awak benar-benar...

awak tidak begini ketika kecil.

Walaupun sewaktu zaman remaja awak.

Adakah awak...

tidak mahu dengar cakap saya?

Ketika saya merayu kepada awak begini?

Siapa yang besarkan awak sehingga sekarang?

Awak tidak nampak bagaimana saya terdesak?

Tolong hentikannya.

Apa yang harus saya katakan jika awak cakap begitu?

Apa yang saya boleh katakan jika awak buat saya rasa bersalah?

Zaman remaja?

Apa yang awak tahu mengenainya?

Saya sentiasa rasa bersalah.

Melihat muka atau belakang awak...

akan buat saya rasa bersalah.

Ia buat saya rasa lemas. Itu yang saya rasakan.

Awak...

Saya tahu saya beban kepada awak.

Saya tahu saya terhutang budi kepada awak.

Saya tahu tentangnya, jadi tolong berhenti.

Saya sudah rasa cukup bersalah,

jadi berhenti berlagak.

Berlagak?

More Malay subtitles for The Smile Has Left Your Eyes

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left