The first 199 lines.
(TAPAK PERKHEMAHAN RUMAH TUMPANGAN AONOHARA NORO)
Menakjubkan!
Saya dah biasa berkhemah solo tapi berdua sekarang,
tapi saya masih perlu nikmati masa bersendirian sekali-sekala.
(EPISOD 14: APABILA BERKHEMAH SENDIRIAN, IMPIAN MUNCUL DALAM FIKIRAN)
Kereta?
Sejujurnya, saya tak nak bawa banyak barang untuk berkhemah.
Namun dengan kereta, ada banyak tempat yang saya boleh pergi.
Itu insentif yang besar.
Jika saya nak mengembangkan julat pergerakan saya sebanyak mungkin
tanpa mengubah gaya saya,
mungkin motosikal?
Atau basikal?
Kedengaran bagus,
tapi sukar untuk bayangkan saya menunggang basikal.
Tak kira apa-apa pun,
saya nak tapak perkhemahan saya selesa
untuk pekhemah kembara.
Jika saya nak bina tapak perkhemahan,
saya perlu jadikannya tempat yang saya sendiri pun nak pergi.
Memilih lokasi yang betul sangat penting.
Walaupun saya jumpa tanah yang bagus,
saya perlu lihat jika memenuhi semua syarat.
Ini dah cukup bagus.
Resipi istimewa Shizuku,
aneka snek perut khinzir gulung dah siap!
Namun adakah membalut roti dengan hirisan perut khinzir
akan menjadikannya sedap?
Sedapnya!
Begitu.
Lemak khinzir meresap ke dalam roti
dan memeluwapkan semua rasa.
Bagaimana dengan yang ini?
Keju.
Daun bawang.
Saya juga agak pandai memasak.
Saya hanya boleh mencari tanah untuk tapak perkhemahan saya dengan sabar.
Namun saya perlu fikirkan perkara lain yang penting sekarang.
Iaitu…
Konsep.
Tapak perkhemahan yang saya nak bina
ialah tapak perkhemahan untuk pekhemah solo
yang diuruskan oleh pekhemah solo.
Itu memang cita-cita saya.
Namun sekarang saya ragu-ragu.
Dulu saya fikir saya cuma perlu fokus pada pekhemah berpengalaman,
tapi selepas bertemu Shizuku, saya teringat sesuatu.
Semua orang pasti melalui fasa janggal tanpa pengalaman.
Betul. Saya tak terkecuali.
Kinokura!
Ada apa?
Saya tanya dia jika dia nak keluar dengan semua orang.
Dengan sikap begitu, tak seronoklah nak ajak dia.
Dia selalu berwajah muram.
Berwajah muram?
Saya rasa dia senyum.
Saya juga teruja seperti orang lain.
Minggu Emas bermula esok.
Saya penuhi beg galas saya dengan barang.
Kemudian saya sangat teruja sehingga tak dapat tidur.
Beg galas itu lebih berat daripada biasa, tapi saya seronok.
Kaki saya terasa ringan.
Saya tak dapat menahan senyuman.
Seperti yang dijanjikan, hari ini, saya akan buka ruang ini untuk awak saja.
Saya akan berada di pejabat pengurusan.
Jumpa saya jika awak perlukan apa-apa.
Okey. Terima kasih.
Aduhai. Saya dah cakap saya tak apa-apa.
Lagipun, saya dah biasa berkhemah.
Cukuplah merungut.
Untuk ucapkan tahniah kerana saya masuk ke sekolah tinggi,
orang tua itu benarkan saya berada di tapak perkhemahan untuk satu malam.
Itulah debut saya sebagai pekhemah solo.
Saya sangat yakin.
Saya dah banyak kali berkhemah seorang diri.
Lagipun, ayah saya ajar saya banyak perkara.
Dia didik saya dengan asas yang kukuh untuk berkhemah.
Jadi saya fikir saya dah bersedia.
Namun ketika itu,
saya belum faham skop sebenar perkhemahan.
Sedap.
Mi segera sangat mudah dan sedap.
Namun tak seronoklah jika saya tak belajar memasak.
Masukkan nasi dan keju
ke dalam lebihan sup.
Kemudian gaulkannya.
Mi segera saja tak cukup.
Saya hampir kenyang.
Ayah.
Adakah ini menjadikan saya pekhemah solo sekarang?
Tiada tetamu lain di sini.
Saya dapat tapak perkhemahan solo pertama saya sendiri.
Bagus sekali!
Apa? Dah rosakkah?
Ketika itu,
masih ada sesuatu yang saya belum alami.
Sesuatu yang saya tak dapat alami
dengan ayah saya atau semasa perkhemahan siang.
Perasaan sunyi dalam gelap.
Apabila gelap gelita,
bunyi yang paling perlahan pun menjadi lebih jelas.
Itu bunyi apa?
Ini bunyi apa?
Saya dah makan, jadi saya rasa dah tiba masa untuk tidur.
Bukan sebab saya takut.
Apa-apa pun,
jangan lupa bawa bateri lebih lain kali.
Unggun api juga. Saya akan nyalakan api lain kali.
Apabila difikirkan semula,
saya rasa sebab itulah saya suka unggun api.
Kesunyian.
Itulah bahagian terbaik tentang perkhemahan solo.
Itu juga halangan terbesar.
Saya nak cuba, tapi saya agak takut.
Jika ada tapak perkhemahan
yang boleh bantu orang atasi halangan ini,
mungkin menyeronokkan.
Untuk seseorang?
Patutkah saya dengar pendapat orang lain juga?
Namun saya agak malu untuk tanya Shizuku.
Tumpang tanya.
Encik, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?
Ada apa?
Awak akan balik malam ini?
Atau awak akan bermalam di sini?
Saya bermalam di sini.
Baguslah. Saya juga bermalam di sini.
Namun saya ingat nak pergi ke tapak perkhemahan lain.
Sebenarnya saya pekhemah basikal.
Saya nak pergi dengan berbasikal.
Apabila difikirkan semula, saya ada ternampak dia semalam.
Kemudian
saya minum terlalu banyak malam tadi dan terus tertidur.
Jadi saya ada lebihan kayu api.
Jika awak setuju, boleh awak ambil?
Baiklah.
Jika begitu, saya akan terima.
Baguslah.
Sukar untuk bawa kayu api selebihnya dengan menunggang basikal.
Saya datang ke sini dengan berjalan kaki, jadi saya faham.
Berjalan kaki?
Saya akan ambil kayu api itu.
Tolong beritahu saya lebih lanjut nanti.
Boleh, tapi…
Beritahu awak lebih lanjut tentang apa?
Itu saja.
Begitu.
Banyak perkara yang saya belajar.
Saya selalu berkhemah,
tapi saya baru saja mula berbasikal.
Berbeza daripada yang saya bayangkan.
Sebab itulah saya nak bercakap dengan orang yang tahu.
Betul, tapi saya bukan pekhemah basikal.
Saya tak pasti sejauh mana saya boleh bantu.
Tak mengapa.
Saya risau tentang cara mengemas barang,
tapi sekarang saya dah tahu.
Saya boleh cari melalui Internet,
tapi saya tetap nak tanya seseorang.
Malangnya, saya tak kenal mana-mana pekhemah basikal solo.
Tak ramai orang suka berkhemah.
Jika begitu,
awak datang ke sini untuk perkhemahan solo juga?
Apa? Awak baru sedarkah?
Saya memang pekhemah solo.
Sebab saya pekhemah solo sejati.
Awak datang ke sini untuk perkhemahan solo juga, bukan?
Awak selalu berkhemah seorang diri?
Sebenarnya saya juga…
En. Gen.
Pekhemah solo.
Kenapa awak tergagap-gagap?
Taklah!
Perkhemahan solo tapi berdua tetap perkhemahan solo. Saya tak tipu.
Apa-apa sajalah, itu tak penting.
Saya patut pergi.
Jika begitu,
saya harap dapat jumpa awak lagi, encik.
Baiklah.
Lelaki yang menarik.
Wanita yang pelik.
Siapa gadis itu?
Curang?
Ini dikira curang, bukan?
Selamat pagi, En. Gen.
Siapa perempuan tadi?
Perempuan?
Maksud awak, perempuan tadi?
Dia kata dia ada lebihan kayu api.
Saya cuma ambil dan bantu dia dengan masalah perkhemahan.
Betulkah?
Ya.
Baguslah. Saya akan pasang khemah.
Okey.
Kenapa dia terlalu marah?
Biasalah jika pekhemah saling berbual.
Namun dengan Cik Hana sebagai contoh,
saya pasti akan risau.
Shizuku masih tak tahu yang Hana dah pergi.
No comments yet. Be the first to leave one.