Pinocchio

Pinocchio (피노키오)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

피노키오 Pinocchio E15 150101 XviD HDTV H264 720p-WITH-iPOP-BarosG-LIMO-CHAOS
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami : malaysub.com

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
XviD
HD
Published on: 2016-04-28
Downloads: 32
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Ia memang...

...sama macam insiden 13 tahun lepas.

Ini pun berlaku pada masa itu juga.

Semua orang sedang mencari punca kebakaran...

...tapi tiba-tiba kisah ayah awak timbul...

...macam Chan-soo sekarang.

Macam mana pula ini salah Chan-soo?

Mana boleh dia buat kesimpulan begitu mudah?

Puan, berita eksklusif ini tak masuk akal.

Macam mana pula ini salah Chan-soo?

Pegawai Ahn kawan awak, bukan?

Awak tak rasional sebab dia kawan awak...

...dan saya takkan beri respons kepada kata-kata tak rasional.

Saya bukan kawan dia dan saya tak berkelakuan tak rasional.

Boleh puan beri respons kepada saya?

Pegawai Ahn dipanggil untuk...

...letupan tong butana mudah alih.

Itu tak berkaitan dengan kebakaran ini.

Tentulah, itu apa yang dia dakwa.

Dia akan cakap itu salah dia?

Puan dah jumpa pekerja yang membuat panggilan itu?

Saya dah cuba, tapi dia tak sedarkan diri.

Memang malang sekali.

Jadi puan tak jumpa.

Kalau begitu apa asas kesimpulan puan...

...salah dia kebakaran ini berlaku?

Saya nak tanya awak...

...kenapa awak bertegas yang itu bukan salah dia?

Setidaknya rakaman CCTV ialah bukti saya.

Apa bukti kamu?

Saya timbulkan kesangsian. Saya tak buat kesimpulan.

- Adakah itu satu masalah? - Tentulah itu satu masalah.

Orang ramai menerimanya sebagai kebenaran.

Macam 13 tahun lepas.

Kenapa awak bangkitkan hal dari 13 tahun lepas?

Adakah puan gunakan bukti samar-samar begini masa itu...

...untuk timbulkan keraguan dan musnahkan sebuah keluarga?

Jadi bawa paling kurang bukti samar-samar dulu!

Jangan lindungi dia sebagai kawan tapi sebagai pemberita...

...bawa bukti yang sebenar!

Saya akan datang berhujah dengan bukti.

Saya akan cari bukti yang Ahn Chan-soo tak bersalah.

Kami takkan kehilangan nyawa tak bersalah...

...macam 13 tahun lalu.

Awak alihkan perhatian...

...dan saya akan mengubahnya semula.

Helo!

Pegawai Ahn Chan-soo datang dengan harapan temui ketenangan.

Chan-soo.

Apa awak buat di sini?

Saya singgah sekejap sambil saya buat rondaan.

- Awak okey? - Tentulah.

Pegawai Ahn, betulkah awak pergi ke loji itu dan tak buat apa-apa?

Ya. Itulah yang saya nak cakapkan.

Saya di tempat kejadian kebakaran di mana lebih 40 orang...

...kehilangan nyawa atau tercedera.

Api telah dipadam namun wasap masih lagi ada.

Rakaman video CCTV menunjukkan tragedi ini...

...mungkin boleh dielakkan.

Memang saya pergi, tapi ia letupan tong butana. Pekerja di situ...

...memasak mi. Dengan tong mudah alih kecil itu.

Itu yang meletup.

Apa? Itu yang berlaku?

Tapi rakaman CCTV tunjukkan awak berdiri...

...dengan cara berdiri yang buat awak nampak tak ikhlas.

Perkataan carian terbanyak ialah "Kaki Pegawai Ahn terbuka luas".

Hari sebelum kebakaran itu, seorang pegawai polis...

...memasuki loji itu.

Dia bercakap dengan seorang pekerja...

...dan lihat sekeliling sebentar...

...dan tinggalkan loji itu.

Dia berada di situ tidak sampai lima minit.

Pegawai Ahn dari Balai Polis Hangang...

...tidak mengambil sebarang langkah selepas melawat loji tersebut.

- Cara berdiri awak nampak teruk. - Awak nampak tak ikhlas.

Pegawai polis perlu berdiri dengan kaki terbuka luas.

Kami pakai lebih 3 kilogram di tali pinggang dengan pistol dan gari.

Disebabkan ia tak seimbang, jadi kena berdiri begitu.

Ia buatkan pelvis senget.

Sebab itu ramai pegawai polis alami cakera teranjak.

Tak boleh salah faham itu sebagai tak ikhlas.

Pegawai tersebut tidak fikir apa-apa tentang letupan itu.

Malangnya, satu tragedi besar telah berlaku...

...di loji ini keesokannya, lebih 40 orang terbunuh atau tercedera.

Kemalangan tragik nampak tidak akan berhenti.

Seluruh negara marah kerana...

...kecuaiannya mengakibatkan tragedi ini.

Berita MSC, saya Song Cha-ok.

Orang yang memanggil pun minta maaf...

...sebab telefon polis untuk hal yang begitu kecil.

Mereka kata mereka nak batalkan panggilan itu...

...tapi saya sampai terlalu cepat jadi mereka tak sempat.

Betul, bukan? Saya dah agak.

Mesti awak rasa teraniaya.

Jadi tolonglah, bersihkan nama saya.

Ini sampul apa?

Ini rasuah untuk buat laporan menyebelahi awak?

Tak.

Itu jemputan ke parti hari jadi pertama anak ketiga saya.

- Parti hari jadi? - Anak ketiga awak?

Tengah hari dua hari lagi jadi datanglah makan tengah hari.

- Hei, Chan... - Chan-soo, mari kita bercakap.

Apa? Saya belum selesai lagi.

- Hei! - Apa awak buat? Hei...

- Apa ini! - Berhenti bercakap.

Hei, lepaskan!

Hei! Saya tak habis bercakap lagi.

Saya belum selesai berikan jemputan.

Awak dah gila? Awak masih adakan parti untuk anak awak?

Apa salahnya adakan parti hari jadi pertama untuk anak saya?

Awak tak faham situasi awak? Awak tak tengok berita?

Dunia fikir awak bertanggungjawab untuk kebakaran itu.

Saya dah cakap yang saya tiada kaitan dengannya.

Saya tahu, tapi masanya tak sesuai.

Kalau awak adakan parti sekarang...

...orang akan kritik awak lagi.

Awak akan ada beribu-ribu pencaci.

Chan-soo...

...saya tahu dari pengalaman, dan...

...hidup awak akan jadi sangat sukar.

Hei.

Saya tahu apa yang awak risaukan...

...tapi saya lebih tabah daripada yang awak sangkakan.

Saya takkan kalah kerana penganiayaan tak masuk akal.

Maaf, Chan-soo.

Saya betul-betul minta maaf.

Untuk apa? Kenapa awak patut minta maaf?

Maksud saya...

...awak menderita kerana apa yang mak saya laporkan.

Hei. Kenapa awak nak minta maaf untuk itu?

Bersabarlah. Saya takkan biar awak menderita begini.

Saya pun sama.

Terima kasih. Setidaknya saya boleh bergantung harap pada kawan.

Terima kasih, kawan.

Terima kasih.

Ya. Bersabarlah.

Baiklah.

Awak ini.

Saya risau tentang Chan-soo...

...yang dia akan jadi macam kita 13 tahun lepas, tapi saya lega.

Dia tabah dan sabar.

Abang pasti dia berpura-pura tabah.

Kemarahan dia mungkin membuak-buak. Atau dia sedang tertekan.

Dulu abang begitu juga.

Betul juga.

Saya sangka abang hadapinya dengan baik masa itu.

Kamu okey?

Apa maksud abang?

Kes Chan-soo sama dengan apa yang berlaku 13 tahun lepas.

Ia akan sentiasa ingatkan kamu masa kamu menyiasat.

Kamu akan okey?

Saya okey. Saya berbeza berbanding masa itu.

Tiada pemberita yang baik masa itu, tapi sekarang dah ada seorang.

Seorang pemberita baik? Siapa?

Saya.

Apa ini?

Kamu dah jadi tak tahu malu.

Yakah?

Puan.

Puan akan terus hadiri sesi perbincangan?

Anggap saja saya tiada di sini.

Ya, puan.

Il-joo, awak mulakan.

Tuan tahu yang Pegawai Ahn topik hangat sekarang, bukan?

Macam mana kalau kita buat kisah tentang bagaimana dia terlepas...

...Santa pencuri minggu lepas?

Saya dah dapatkan video CCTV dia terlepas suspek itu.

Itu dah berlaku seminggu lepas. Apa gunanya?

Dah seminggu berlalu tapi orang berminat sekarang.

Kalau begitu ia bukan item lama.

Kenapa puan asyik gesa topik tentang Pegawai Ahn?

Bukankah kita patut cari punca kebakaran dan pemilik loji?

Ya, dan terlepas suspek itu tak berkait dengan kebakaran.

Kamu ini...

- Saya setuju ia tiada kaitan. - Tiada kaitan?

Pegawai polis yang terlepas punca kebakaran yang membunuh 16 orang...

...malah pernah terlepas suspek.

Ia selari dengan menunjukkan dia pegawai polis cuai.

Apa?

Puan buat saya rasa macam saya tiada di sini.

Awak masih tak tahu puncanya?

Dah periksa dengan jabatan bomba dan makmal jenayah?

Ya, tuan. Saya tanya mereka setiap jam...

...tapi mereka takkan tahu puncanya sehinggalah minggu depan.

Letupan itu berlaku di dalam bilik stor satu...

...tapi itu juga satu tekaan jadi terlalu awal untuk laporkannya.

Itulah masalahnya dengan kebakaran. Ambil masa lama untuk cari puncanya.

- Seterusnya, Woo-chul. - Ya, tuan.

Mereka kata Pegawai Ahn baru-baru ini terlepas seorang suspek.

Pegawai yang terlepas punca kebakaran juga terlepas suspek.

Tidakkah itu sesuai?

Dia ini...

Siapa cakap Pegawai Ahn terlepas punca kebakaran?

Itu dah disahkan?

Itu yang semua orang fikirkan.

Entahlah. Saya tak fikir begitu.

Jangan terbawa-bawa dengan berita yang belum disahkan.

Jangan kaburkan fakta.

Tuan hebat!

Kenapa dengan dia itu?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left