The first 200 lines.
Kami akan kembali dalam siaran langsung dari Ibu Pejabat Bubble.
Ini hari pelancaran di Bubble.
Teknologi apa yang akan didedahkan?
Kita masuk sekarang.
Pernahkah anda rasa keseorangan?
Bersedia untuk melakukan sesuatu, berasa janggal
dan tak berani mendekati sesiapa?
Bagaimana jika anda ada seorang kawan sempurna
yang rasa anda hebat, bantu anda mendapatkan rakan baru
dan memudahkan segalanya?
DAN MEMUDAHKAN SEGALANYA
Semua staf diminta pergi ke auditorium.
Marc, mereka dah bersedia.
Marc?
Inilah saatnya.
Akhirnya!
Pada hari ini, kami di Bubble akan beri rakan karib kepada seluruh dunia!
Marc!
Kita lakukannya bersama!
Inilah matlamat kita selama ini.
Sejak Bubble dimulakan di garaj.
Garaj saya, hadirin sekalian.
Sudah tentu. Ya, Andrew.
Terima kasih.
Namun, pada hari ini,
kita akan mengorak langkah penting
dari telefon dan tablet Bubble
ke dunia komunikasi baru.
Semuanya kerana kod saya.
Algoritma saya untuk persahabatan.
ALGORITMA UNTUK PERSAHABATAN
Kod yang memacu rakan karib anda, Bot Bubble.
Inilah masa depan persahabatan.
SAYA SAYANG KOD
Anda ingin bertemu dengannya? Okey!
-Saya! -Saya! Di sini!
Pilih saya!
"EllieB9" ada di sini?
Seronoknya! Dia panggil saya!
Hai.
Hai. Itu hantaran, kawan-kawan dan foto awak, bukan?
-Ya. -Okey.
Ellie, ini untuk awak.
Bot Bubble pertama di dunia.
Silakan.
Memasang Persahabatan
Apa yang berlaku?
Ia mengenali awak!
Segalanya tentang awak.
MONYET DANGERBUNNY MARIKH
Hai, Ellie.
Danger-Bunny! Ia rancangan kegemaran saya!
Samalah macam saya!
Hebatnya!
Imej visual yang tersedia tanpa had!
-Saya suka monyet! -Aplikasi, kenalan, foto, sembang.
Tengoklah!
Muzik. Sudah tentu.
Naiklah!
Tetapan keselamatan yang hebat
supaya ibu bapa tak bimbang.
Awak boleh jadi apa saja di dunia ini?
Juga di alam semesta! Sebentar.
Saya suka angkasa.
Saya pun!
Tayangan imersif 360 darjah.
Swafoto pertama dari planet merah?
Okey.
Kongsi.
Hubungan kekal ke rangkaian Bubble.
Wah! Saya suka!
Apa dia buat sekarang?
Sebab inilah kita di sini, Ellie. Untuk cari kawan baru.
Yakah?
GraceMay11 juga mahu jadi angkasawan. Awak nak berkawan dengan Ellie?
Boleh juga.
Hei, Pete66.
Ya!
Pete peminat Danger-Bunny!
-Hai, Ellie. Hebat! -Hai!
Ya, saya sertai Kem Angkasa tahun lepas!
-Rakan karib sedia guna anda! -Hebat!
Mari kita lakukannya!
Mari kita berkawan!
Barney?
-Ya? -Dah pakai ves keselamatan?
-Sudah? -Dah ambil bekal?
Sudah, nenek.
Kita jumpa nanti.
Toyol! Arah pukul dua!
Omina mitotae!
Saya menang. Awak nak bertukar mantera?
Swafoto!
Ya!
Selamat untuk melintas.
Selamat Pagi
Boleh Saya Bantu?
Hebatnya!
Awak tak nampakkah?
Maaf. Maafkan saya.
Biar betul.
RAKAN KARIB sedia guna
SEKOLAH RENDAH NONSUCH
Letupan ninja!
Hei, awak minat juga?
Mestilah.
-Hei! -Hei!
Tengok kiri, Ethan. Kanan. Sekarang kita akan melintas.
Ke arah kejahatan!
Awak ada sembilan pesanan baru.
-Awak ada sepuluh sukaan. -Suruh Abby tunggu saya.
-Jack mahu berkawan. -Awak ada enam pesanan.
-Dah baca hantaran Ruby? -Kongsi.
Hei, Savannah ikut saya.
Isaac terima permohonan berkawan awak.
Begitulah cara magma dari mantel atas naik ke ruang magma.
-Hebatnya! -Labelkan ruang.
Kawan-kawan, dia dah datang?
Ini tentu hebat. Dia datang.
-Hei, Savannah! -Hei, Sav. Cantik kasut awak!
Terima kasih. Kawan-kawan. Savannah dah sampai.
Nanti saya nak bercakap tentang plastik di laut
dan cara mengeringkan rambut yang hebat.
-Teruknya, Rich. -Video berkualiti.
Suka dan langgan...
Menghantar ke saluran awak.
Ayuh, toyol, sembur api!
Tiada apa-apa yang menarik di sini.
Kepada Ava Anda Dijemput ke PARTI Barney
Barney, hari ini hari jadi awak.
Awak masih belum ada B-Bot?
Tak perlulah awak jelaskan.
Barney akan mengadakan parti.
-Yakah? -Taklah.
Terbanglah, burung comel.
Awak okey, Barney?
Ya. Maaf, saya muncul dalam rakaman awak.
Baiknya awak, tapi saya boleh tapis imej awak.
Pergi dulu.
Ini teman anda. Jumpa lagi. Saya sayang anda semua.
-Mulakan kumpulan sembang Sav. -Periksa Skuad Sains.
TIADA PADANAN
Okey.
Okey. Waktu rehat 18 minit yang perit. Awak boleh hadapinya!
Mungkin tidak.
-Barney! -Alamak.
Awak bersendirian lagi?
Saya tak apa-apa. Saya...
-Pada hari jadi awak? -Jangan...
Biar betul. Siapa yang beritahu dia?
Nenek awak telefon pihak sekolah.
Saya perlu pergi...
Saya tertinggal alat sedut.
Yang satu lagi.
Okey. Awak perlu duduk.
PERLUKAN kawan? Anda akan menemuinya TAK LAMA LAGI!
BANGKU KAWAN
Ini pasti berjaya, Barney. Tengoklah nanti.
-Ia akan gagal. -Ia pasti berjaya.
Ia memburukkan lagi keadaan.
-Wah. -Kejamnya.
Mari sini, askar berani.
Apa?
Mari sini, Barney.
Ayuh, Barney. Mari sini.
Ini sangat memalukan.
Apabila ada orang datang, cuba berbual tentang hobi.
Awak pernah tulis karangan tentang batu, bukan?
Tak ada.
Boleh awak berbual dengan Barney? Dia suka batu.
Dia perlukan kawan. Hari ini hari jadinya.
Lebih baik saya mati saja.
Selamat hari jadi!
Cik Thomas kata awak nak berbual tentang batu?
Mana ada orang suka batu.
Awak suka batu? Baguslah.
Biar betul? Hari ini hari jadi awak dan awak masih belum ada B-Bot?
Mungkin dia tak teringin B-Bot
kerana lebih menyukai batu.
Hei. Barney, awak kepala batu.
-Aduhai. -Awak faham tak?
Siapa pelakon kegemaran awak? The Rock?
Kelakarnya, Rich.
Awak seteguh batu!
Makin lama, makin kelakar.
Hei, Barney, boleh kami berpesta di rumah batu awak?
Lawaknya, Rich.
Kami nak lihat koleksi batu awak.
Tak boleh, Rich.
Awak tak dialu-alukan di rumah saya.
Atas sebab tertentu.
Sudahlah! Lepaskannya! Hei!
Hari ini hari jadi saya, kambing tak guna.
Maaf, talian ini okey? Ya, helo!
Jadi, hari ini, En. Takahashi,
Syarikat Eksport Hiasan Kecil Pudowski Antarabangsa
tak sabar untuk menawarkan hiasan kecil yang menghiburkan
bernama hiasan kereta Abang Enjut.
-Ia bergoyang, berenjut, dia ada... -Tidak.
Ia boleh pegang telefon.
No comments yet. Be the first to leave one.