The first 200 lines.
(Semua orang, organisasi, lokasi, dan kejadian...)
Oh Tuhan. Dia tercampak begini.
- Saya tak pernah lihat sebelum ini. - Helo.
Betul, bukan?
Kemalangan itu sangat tragis.
- Saya rasa dia tak akan terselamat. - Oh Tuhan.
Saya dengar anak dia belajar di sekolah berdekatan.
Di mana kemalangan itu berlaku?
Di bawah sana.
Saya baru nampak kemalangan berlaku. Sangat menyeramkan.
- Saya tak boleh tengok. - Oh Tuhan.
Kasihan perempuan itu. Oh Tuhan.
Apa yang awak ada hari ini?
- Awak boleh tengok. - Baik.
Adakah kita masih perlu bercakap?
Saya tak boleh bercakap sekarang.
Ya. Saya bercakap. Siapa ini?
Awak telefon dari mana?
Hospital?
Awak datang untuk Cik Hwang Na Yoon?
Ya. Di mana dia sekarang?
Bagaimana keadaan dia?
Dia perlu dibedah sekarang.
Sila tandatangan surat kebenaran untuk pembedahan.
- Surat kebenaran? - Awak keluarga dia, bukan?
Tak. Saya...
Puan.
Awak ahli keluarga Puan Hwang Na Yoon?
Seseorang kena tandatangan borang kebenaran pembedahan.
Boleh awak...
tandatangan untuk saya?
Saya?
Saya minta maaf.
Tolonglah.
Baik.
(Borang Kebenaran untuk Prosedur Pembedahan)
Awak tak apa-apa?
Saya pasti pembedahan akan berjalan lancar.
- Awak yang terima panggilan? - Ya.
Kami jumpa telefon bimbit ini semasa di lokasi.
Nasib baik, telefon tak berkunci.
Jadi kami boleh hubungi awak cepat.
Terima kasih.
Ini telefon Puan Hwang Na Yoon.
Dia tak boleh bercakap sekarang.
Helo?
Ada sesuatu yang berlaku?
Dia cedera. Sekarang dia di hospital.
Dia di hospital mana?
Awak yang lakukan?
Awak, bukan?
Awak ada kaitan...
dengan kemalangan yang berlaku pada Na Yoon?
Helo?
Helo?
Oh Tuhan. Tiada waran?
Oh Tuhan.
Helo.
Tak. Dia terlepas.
Ada orang terlupa dapatkan waran.
Tiada apa kita boleh lakukan.
Awak di mana sekarang?
Apa?
Benarkah?
Baik.
Ke mana awak nak pergi?
Cik Hwang Na Yoon telah kemalangan teruk.
Dia sedang dibedah sekarang. Apa pun, nanti saya telefon.
Apa awak buat ini? Guna kata-kata saja.
Lakonan dah tamat. Okey?
Apa kata kita bercakap sekarang?
Bercakap tentang apa?
Kenapa buat saya begini? Saya bukan penjahat!
Senyap. Ikut saja saya.
Oh Tuhan.
Dia cakap dia penat, tapi tak dapat tidur.
Jadi saya berikan dia suntikan.
Dan pasti ada sesuatu yang tak kena.
Betul. Dia cakap propofol tak sesuai dengan dia.
Jadi, saya tambah beberapa benda, tak seperti kumpulan sebelum ini.
Oh Tuhan. Apa saya patut lakukan?
Awak patut balik dulu buat masa sekarang.
Saya akan uruskan hal ini.
Tunggu. Tapi dia...
Perempuan ini dah mati.
Saya kena telefon polis dulu.
Tak perlu.
Itu cuma kemalangan!
Kalau saya beritahu apa yang berlaku...
Seperti yang awak cakap, ini hanya kemalangan.
Tak perlu takut sekarang.
Tak mengapa.
Jangan risau. Ya?
Awak boleh tidur saja.
Iring dia balik ke rumah sekarang.
Bagaimana dengan pembedahan itu?
Pembedahan itu berjalan lancar.
Saya tak boleh jamin apa-apa sekarang.
Kecederaan dia agak teruk.
Apa pun, mari kita tunggu sehingga pesakit sedar.
Saya pasti dia akan sedar tak lama lagi.
Awak tahu betapa kuatnya dia.
Dia kena sedar.
Dan dia akan sedar.
Awak tak nak masuk dalam?
Awak patut masuk dan lihat dia.
Dah berjam awak menunggu.
Masuklah tengok dia.
Saya tak layak buat begitu.
Sedarkan diri awak.
Kalau tak boleh, lebih baik awak ke tepi.
Cik Nam.
Cik Nam.
Lepas.
Cik Nam, tolonglah.
Kalau kita jatuh begini sekarang,
saya tak akan dapat menerimanya.
Ke tepi.
Saya akan lakukannya.
Helo. Ini saya.
Awak melalui banyak benda hari ini.
Terima kasih.
Pasti awak penat menjaga budak-budak.
Saya tak kisah.
Adakah semuanya akan baik-baik saja?
Kita kena tunggu dan lihat. Dia masih tak sedarkan diri.
Anak dia masih kecil.
Dia kena sedar cepat.
Tak.
Saya bukan bercakap tentang Cik Hwang.
Saya tanya tentang awak.
Oh.
Perkara ini berlaku kerana saya.
Sedarkan diri!
Awak tak tahu apa yang berlaku?
Kenapa?
Awak ingat saya akan mati seperti orang lain?
Terharunya saya rasa.
Saya tak tahu apa rancangan awak,
tapi kalau dia hidup lagi, saya akan percayakan dia.
Kerana dia saja yang saya ada.
Awak akan terus percayakan dia?
Baiklah.
Kalau begitu...
Itu pilihan awak.
Saya beri amaran kepada awak.
Saya patut bercakap dengan dia lagi pada waktu itu.
Saya patut berusaha halang dia lagi.
Tapi perkara ini telah berlaku.
Dan sekarang Commer dah terlepas.
Saya tak tahu di mana nak bermula dan apa perlu dilakukan.
Belum tamat lagi.
Orang yang terlibat dengan saya...
semuanya akan mati atau cedera.
Cik Song.
Cik Song?
Ya. Saya dengar.
Apa yang terjadi ini bukan salah awak.
Jadi, jangan cakap begitu.
Awak tak menangis, bukan?
Tak.
Itu saja untuk hari ini.
Hari ini dah cukup panjang.
Kalau awak semakin lemah, awak tiada tenaga nak berlawan lagi.
Hal esok, serahkan saja pada hari esok.
- Okey? - Baik.
Bagus. Awak sangat bagus hari ini.
Puas hati awak?
Perlukah awak buat begini?
Adakah ini hanya kebetulan?
An Ji Yong, Doh Jin Sol, dan sekarang Hwang Na Yoon.
Mereka bertiga...
ada kaitan dengan Song Yeo Wool.
Maksud awak, dia yang bunuh mereka?
- Untuk apa? - Saya tak tahu.
Orang mati tak boleh bercakap.
Mungkin dia nak salahkan mereka atas apa dia lakukan.
Awak kena sentiasa perhatikan dia,
dan laporkan semuanya kepada saya.
Awak mengupah perkhidmatan saya?
Tanpa sebarang bayaran?
Saya bukan klien awak. Saya bos awak.
Secara tak rasmi.
Bagaimana kalau saya menolak?
Jadi, pergi balik ke penjara dan tunggu waran awak.
Awak agak pandai mengugut.
Baik. Saya akan ikut cakap awak.
Kalau awak benarkan saya berjumpa pemandu trak...
yang melanggar Hwang Na Yoon.
- Untuk apa? - Lakukan saja.
Maaf, tapi dia dah mengaku kesalahannya...
kerana mabuk dan waran dia dah dikeluarkan.
Awak akan membazir masa saja.
Bukankah awak perlukan saya?
Kita akan lakukan atau tak?
Lupakan saja.
Saya akan hubungi Song Yeo Wool sekarang...
dan beritahu dia, awak cuba mengugut saya untuk membantu awak.
Saya pernah masuk penjara. Saya tak kisah langsung.
Si dungu..
No comments yet. Be the first to leave one.